"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Wednesday, July 29, 2009

Tingkatkan hubungan baik yang membina dengan semua sektor

Ayahnda Presiden NDP dan rombongan menaiki bot tambang menuju ke Temburong

TEMBURONG RABU 29 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) perlu meningkatkan usaha membuat hubungan baik dan membina (constructive engagement) dengan semua pihak berkepentingan (stakeholders) dalam agenda pembangunan bangsa dan negara terutama dengan agensi-agensi dan badan-badan kerajaan. Seterusnya..

Sunday, July 26, 2009

HAWA, BIRO AGAMA ANJURKAN BEGKEL MENYEMPURNAKAN JENAZAH

LIMBARUH HIJAU, Jumaat- Himpunan Wanita Pusat (HAWA) dengan kerjasama Biro Agama Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menganjurkan Bengkel Fardhu Kifayah Menyempurnakan Jenazah Perempuan di adakan di Dewan Syura Limbaruh Hijau Jalan Jerudong hari ini. Seterusnya...

Friday, July 24, 2009

Lepasan Pegawai Kadet ABDB setarap dengan negara luar

Gambar ehsan Pelita Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 23 Julai.- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah lepasan Sekolah Pegawai Kadet Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) adalah setaraf dengan lepasan sekolah-sekolah pegawai kadet dari luar negara. Seterusnya...

KDYMM Berangkat ke Upacara Sovereign’s Parade Pegawai Kadet Pengambilan Pertama

Gambar ehsan Kementerian Pertahanan

SUNGAI AKAR, Khamis 23 Julai 2009 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini telah berkenan berangkat bagi menyempurnakan Upacara Sovereign’s Parade bagi Pegawai Kadet Pengambilan Pertama. Upacara ini telah berlangsung di Padang Kawad Sekolah Pegawai Kadet di Perkhemahan Sungai Akar. Seterusnya...

Wednesday, July 22, 2009

Brunei Terus Komited dalam Misi Pengaman UNIFIL Di Lubnan

LIMBARUH HIJAU RABU 22 JULAI 2009 – PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dengan ini merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Kementerian Pertahnana dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) atas komitmen berterusan yang tinggi dalam membantu negara melaksanakan tanggunjawab membantu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memelihara keselamatan di Lubnan. Seterusnya...

Tuesday, July 21, 2009

HAWA IKUT SERIKAN MAJLIS DIKIR DI ISTANA

LIMBARUH HIJAU, AHAD- Bersempena dengan Sambutan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam yang ke 63 tahun acara keagamaan berdikir dan membaca ayat-ayat suci Alquran turut diadakan di Istana Nurul Iman Bandar Seri Begawan setiap malam. Seterusnya...

Sunday, July 19, 2009

LAPORAN BERGAMBAR SEKITAR MAJLIS SERAH TUGAS PADA 13 JULAI 2009 DI JERUTON HOTEL, JERUDONG



Israk Mikraj pedoman umat pertahan hak

TAHLIL adalah pengucapan kalimah 'La ilaha illallah', tahmid pula mengucap kalimah 'Alhamdulillah' dan tasbih ialah mengucap 'Subhanallah'.

Pengucapan kalimah terakhir itu bertujuan menunjukkan rasa takjub terhadap sesuatu, manakala Alhamdulillah pula bagi menunjukkan syukur. Kalimah pertama 'La ilaha illallah' dilafazkan bagi menunjukkan ketauhidan atau keesaan Allah SWT. Subhanallah yang bererti Maha Suci Allah pula lafaz doa dan zikir yang mempunyai banyak manfaat antaranya berat timbangan kebaikan walaupun ia hanya satu lafaz mudah seperti dinyatakan dalam hadis.

Dalam ajaran Islam, lafaz ini menunjukkan kesucian Allah SWT dari segala kekurangan dan ucapan menunjukkan kesempurnaan-Nya. Seterusnya......

Kanun Tanah Strata

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI 2009 - Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan bahawa baginda telah memperkenankan supaya Kanun Tanah Strata (Penggal 189), Negara Brunei Darussalam dikuatkuasakan bermuala 1 Julai 2009.

Friday, July 17, 2009

Lantikan ketua-ketua biro

Mesyuarat Majlis Tertinggi kali ke 35

LIMBARUH HIJAU 17 JULAI 2009 - AHLI-AHLI Majlis Tertinggi yang dipilih dalam Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 pada 19 Jun lepas telah menerima surat lantikan mereka untuk mengetuai Jawatankuasa-Jawatankuasa dan Biro-Biro seperti yang disenaraikan dibawah ini:- Seterusnya.....

Thursday, July 16, 2009

Menjunjung kasih raja kepada rakyat

Awang Aji bin Hj Omar Ali rasa gembira yang tidak terhingga mendapat kunjungan mengejut Ayahnda Presiden dan rombongan

SATU KETENTUAN ALLAH....tidak disangkakan kunjungan Ayahnda Presiden ke rumah Awang Mohd Hirzan telah menemukan beliau dengan anak-anak kecil yang dimaklumkan kepada beliau adalah cucu kepada Allahyarham Awang Sulaiman Ahmad bekas pejuang kemerdekaan yang berasal dari Awat-Awat

BELAIT 16 JULAI 2009 - WALAUPUN wabak Influenza A (H1N1) telah memaksa negara membatalkan semua program sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan KDYMM, namun ianya tidak dapat menghalang Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk memeriahkan 15 Julai dengan program menyusur rumah-rumah ahli-ahli NDP yang bermasalah dan perlukan pemedulian. Seterusnya

Wednesday, July 15, 2009

Anugerah raja kepada rakyat

Gambar ehsan Pelita Brunei

LIMBARUH HIJAU 15 JULAI 2009 - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, merakamkan ucapan rasa penghargaan yang tidak ternilai kami atas titah perkenaan baginda meningkatkan sistem keselamatan sosial yang sedia ada demi kesejahteraan rakyat baginda terutama dalam kehidupan mereka setelah bersara dari pekerjaan baik dalam kerajaan atau di swasta.

Seluruh warga NDP sangat mengalu-alukan dan menyokong sepenuh hati titah baginda tersebut terutama mengenai isu umur persaraan mandatori yang baginda telah berkenaan untuk menganjakkannya dari 55 tahun ke 60 tahun.

Begitu juga dengan titah mengenai skim persaraan tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010, sangat kami alu-alukan bukan sahaja kerana ianya bertepatan dengan hasrat rakyat yang sering NDP suarakan, tetapi dalam masa sama membuktikan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat baginda di hari-hari persaraan.

Sekali lagi seluruh warga NDP menjunjung kasih mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan di kesempatan ini sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda, izinkan kami menjunjung kasih membaharui tekad ta'at setia tidak berbelah bahagi kepada baginda yang kami kasihi. Insya Allah seluruh warga NDP akan terus berusaha semampu mungkin menyokong dan membantu baginda dalam apa jua usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur). Seterusnya...

Hati sejuk dengan titah panas semula

LIMBARUH HIJAU 14 JULAI 2009 - BARU pun rakyat berasa sejuk hati mendengar titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei yang sangat perihatin akan keselamatan dan kesejahateraan negara dan bangsa, timbul lagi inisiatif baru jawatankuasa perayaan yang boleh memanaskan hati. Seterusnya...

Tuesday, July 14, 2009

Titah Sultan Yang Berjiwa Rakyat

Gambar ehsan Pelita Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 14 Julai. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Mesyuarat Khas Majlis Bencana Kebangsaan (MBK) kelmarin
.
Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri selaku Pengerusi MBK.

Di majlis tersebut baginda bertiitah meluahkan rasa kurang senang dan harapan baginda mengenai beberapa perkara. Berikut diperturunkan laporan titah dipetik dari Pelita Brunei untuk kita renungkan bersama dan mudah-mudahan ianya dapat dijadikan pedoman untuk kita memuhasabah diri. Insya Allah....Seterusnya...

NDP LAHIR DALAM SUASANA PENUH KEPAYAHAN

JERUTON HOTEL JERUDONG 14 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) dicipta dan dilahrikan bukan dengan sentuhan tongkat sakti atau ala cerita rakyat 'Bujang Si Gandam'. Seterusnya...

Monday, July 13, 2009

HAWA ANJURKAN BEGKEL KEMAHIRAN

PUSAT TARBIAH TUTONG, AHAD- 12hb Julai 2009 - Kemahiran yang diajarkan dan di raih melalui bengkel bukanlah hanya untuk diguna pakai secara individu tetapi adalah lebih baik jika ianya di majukan secara berkumpulan untuk menghasilkan produk yang boleh di pasarkan secara meluas. Seterusnya...

Friday, July 10, 2009

Presiden umumkan penubuhan Institut PEMIKIR NDP

LIMBARUH HIJAU 9 JULAI 2009 - DALAM usia baru empat tahun Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah melakar sejarah baru dengan menubuhkan sebuah institusi yang dekenali sebagai Institut Pemikir Strategik dan Pengembangan MIB (PEMIKIR NDP).Seterusnya...

Isu Sekuriti Permakanan - Kenapa NDP tidak bosan perjuangkannya?

LIMBARUH HIJAU 9 JULAI 2009 - BERCAKAP mengenai isu sekuriti permakanan, mungkin ramai yang heran kenapa Parti Pembangunan Bangsa (NDP) semacam belum cukup puas hati dengan langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu tersebut.

Sebagai contoh usaha terkini kerajaan untuk meningkatkan penghasilan beras kepada 20 peratus sara diri (kira-kira 5,800 metrik tan setahun) pada tahun 2010 dan seterusnya ke tahap 60 peratus sara diri ( kira-kira 18,000 metrik tan setahun) pada tahun 2015 melalui pelan jangka sederhana. Apakah ini belum cukup menunjukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu tersebut?

Dalam hal ini NDP memang setuju ianya menunjukkan satu komitmen yang baik, malahan NDP mengalu-alukan langkah kehadapan tersebut. NDP gembira kerana pihak kerajaan akhirnya mengambil langkah tersebut walaupun agak lambat tiga tahun dan perlaksanaannya bak kata pepatah seperti pahat dengan tukul.

Tetapi dalam masa sama NDP berpandangan langkah tersebut harsulah tanpa berlengah-lengah diikuti dengan langkah-langkah kehadapan yang lain seperti mempastikan rizab beras dalam negeri mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh tiga tahun dan lain-lain lagi.

Dalam perkataan lain komitmen untuk menangani isu sekuriti permakanan seharusnya tidak terhenti dengan projek mega penanaman beras di Wasan.

NDP berpandangan negara seharusnya bercontoh kepada komitmen tinggi negara jiran dalam usahanya lebih 50 tahun untuk mempastikan isu sekuriti permakanan yang berkait rapat dengan isu keutuhan kedaulatan dan survival bangsa dan negara nya tidak diringan-ringankan.

Berikut dua artikel yang menunjukkan komitment tinggi tersebut yang rasanya perlu kita contohi:

Tuesday, July 07, 2009

Perkembangan baik di Ukong

LIMBARUH HIJAU 7 JULAI 2009 - AHLI-AHLI Majlis Eksekutif Ranting (MER) serta ahli-ahli biasa bagi Ranting Ukong 2 mendapat pujian atas inisiatif mendepani hasrat Presiden NDP untuk melihat transformasi menyeleuruh dari gaya kepimpinan dan organisasi berlaku dalam parti di tahun-tahun mendatang ini. Seterusnya...

Monday, July 06, 2009

Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah

AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama. Seterusnya...

Transformasi in toto perlu dijadikan kenyataan

KUALA BELAIT, 3hb Julai 2009- BARISAN kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bagi sesi 2009-2012 diseru agar berusaha sebaik mungkin menterjemah sokongan mereka terhadap ucapan dasar presiden di Kongres Agung Tahunan NDP kali ke-4 yang menyentuh akan perlunya barisan kepimpinan parti yang baru mentransformasikan gaya kepimpinan diri dan organisasi kepada yang lebih baik. Seterusnya...

Himpunan Wanita adakan mesyuarat pertama

LIMBARUH HIJAU,Sabtu- 5hb Julai 2009 - JAWATANKUASA EXCO HIMPUNAN WANITA PUSAT (HAWA) bagi sesi 2009 hingga 2012 telah mengadakan Mesyuarat Pertamanya kelmarin di Dewan Syura Limbaruh Hijau Jalan Jerudong.Seterusnya...

NDP ikut serikan suasana perayaan

LIMBARUH HIJAU 5 JULAI 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) ikut menyerikan suasana bulan perayaan sempena hari ulang tahun keputeraan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam kali ke-63 tahun dengan menghias halaman Limbaruh Hijau, markas pusat parti di Jerudong dengan kibaran bendera-bendera Negara Brunei Darussalam dan Sang Setia serta kain-kain rentang ucap selamat hari ulang tahun keputeraan KDYMM. Seterusnya...