"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Monday, May 25, 2009

Berupayakah MIB memberikan jaminan survivaliti bangsa, negara?

PUSAT TARBIYAH TUTONG 25 MEI 2009 – KONSEP Melayu Islam Beraja (MIB) sebagai falsafah bernegara dan berbangsa perlu diperluaskan lagi skop dan jangkauannya melimpasi skop budaya Melayu, adat istiadat, cara mengikat dastar, sarban, etika di majlis-majlis rasmi, berdikir Ratib Al-Atas dan sebagainya. Seterusnya...

Sunday, May 24, 2009

Berkenan berangkat menziarahi sultan Kelantan

Gambar ehsan Pelita Brunei

KELANTAN, Sabtu, 23 Mei. - Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar berkenan berangkat menziarahi Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Al-Sultan Yahya Petra yang sedang dalam rawatan perubatan. Seterusnya....

MIB tunggak perjuangan NDP membela bangsa dan negara

LIMBARUH HIJAU 22 MEI 2009 - Setahun sesudah merdeka sehingga berterusan selama 16 tahun Negara Brunei Darussalam pernah mempunyai beberapa badan konsep Melayu Islam Beraja.

Pada tahun 1985 negara menubuhkan 'Komiti Konsep Melayu Islam Beraja'.

Pada tahun 1990 ia di pertingkat lagi menjadi Badan Peringkat Nasional Konsep Melayu Islam Beraja.

Pada tahun 2001 ia terus dipertingkat menjadi Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja. Lantikan paling akhir ialah ahli-ahli Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ialah pada tahun 2001 iaitu bagi tempoh selama lima tahun dan berakhir pada tahun 2006.

Akan tetapi sehingga tahun 2009 cerita lanjut mengenai Majlis itu belum lagi didengar sampai ke hari ini.

Perkara ini digariskan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam dalam titah perasmian Forum Majlis Forum Khas Konsep MIB Sempena Sambtan Jubli Perak Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam 2009 Anjuran Orang-Orang Yang Dikurnia Gelaran yang berlangsung Selasa baru lalu di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas.

Dalam titah tersebut baginda melontarkan persoalan, "Apakah kita sudah kehabisan orang-orang yang layak untuk dipilih menjadi ahli-ahli baru?. Atau Majlis ini sendiri telah dianggap sebagai tidak lagi relevan?

"Apa pun masalahnya, Beta sendiri ingin mendengar dan mengetahuinya," tegas Baginda.

Kita selaku rakyat menganggotai Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga ingin sama mengetahui kedudukkan Majlis Tertinggi Kebangsaan Melayu Islam Beraja ini. Seterusnya...

Friday, May 22, 2009

MIB perlu terus dipelihara

Gambar ehsan Pelita Brunei

LIMBARUH HIJAU 21 MEI 2009 - JIKA sudah nyata konsep Melayu Islam Beraja itu sangat bagus apakah tidak perlu lagi mengambil langkah-langkah selanjutnya untuk mempastikan ianya terus bagus diamalkan dan dihayati bukan sahaja oleh generasi hari ini tetapi amat penting oleh generais yang akan datang? Seterusnya...

Wednesday, May 20, 2009

Selamat Hari Jadi

LIMBARUH HIJAU 20 MEI 2009 - WARGA Jabatan Setiausaha Agung (JASA) kelmarin mengadakan majlis hari jadi bagi Ayahnda Yasin Affandy, Presiden Parti Pembangunan Bangsa sempena genap umur beliau lapan puloh tujuh tahun. Seterusnya...

Tekad 3P Untuk Terus Maju Ke Hadapan

LIMBARUH HIJAU 17 MEI 2009 - PERGERAKKAN PUTERI PEMBANGUNAN NDP (3P) akan terus maju kehadapan meneruskan perjuangan menjunjung titah membangun bangsa bersama NDP walaupun disepanjang jalan tersedia banyak rintangan dan halangan yang boleh sahaja melemahkan semangat ahli-ahli mereka yang baru setahun jagung berpolitik. Seterusnya...

Friday, May 15, 2009

Badan-Badan Perhubungan Daerah perlu dimantapkan

LIMBARUH HIJAU 15 MEI 2009 - BADAN-BADAN PERHUBUNGAN Daerah Parti Pembangunan Bangsa (NDP) seluruh negara perlu mengambil langkah kehadapan meningkatkan keupayaan mengurus dan mentadbir parti di peringkat daerah. Seterusnya...

Tahap kesedaran politik dikalangan rakyat masih rendah

LIMBARUH HIJAU 14 MEI 2009 - Iklim politik dan berpolitik di Negara Brunei Darussalam yang kurang mengizinkan menyebabkan kesedaran politik dikalangan rakyat masih ditahap rendah. Dalam masa sama iklim politik yang kurang sihat ini juga merumitkan usaha meningkatkan kesedaran rakyat akan peranan politik mereka dalam proses pembangunan bangsa dan negara.Seterusnya...

Friday, May 08, 2009

Keburukan babi patut jadi iktibar

PENYAKIT bawaan daripada babi iaitu Influenza A (H1N1) adalah penyakit sistem pernafasan akut yang biasanya menjangkiti babi, tersebar menerusi partikel kecil dalam udara atau sentuhan langsung. Seterusnya...

Keakraban, kemesraan hubungan Malaysia-Brunei mengorak era baru

WALAUPUN ringkas dan terpaksa diringkaskan, lawatan kerja dua hari Datuk Seri Najib Razak ke Brunei pada Rabu dan Khamis lalu, jelas memberi impak positif kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang memang sudah sedia akrab dalam pelbagai bidang. Seterusnya...

Lubuk virus

TEMPOH lebih seminggu lalu mencatat titik hitam sejarah peradaban manusia moden yang biarpun dikelilingi pelbagai peralatan serba canggih tetapi terpaksa akur dengan ancaman virus 'ganas' haiwan dan terbaru, selesema babi. Seterusnya...

Negara siap sedia tangani wabak 'influenza A'


Gambar ehsan Pelita Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu,2 Mei 2009.- Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri bersabda bahawa negara sudah bersedia mengatasi wabak influenza A (H1N1), jika wabak flu ini meningkat ke peringkat Pandemik. Seterusnya...

Sunday, May 03, 2009

SPU teruskan PEMILU untuk undi tertunda di Brunei-Muara

LIMBARUH HIJAU 03 MEI 2009 - Bulan pilihan raya NDP masih diteruskan untuk sebilangan ahli-ahli yang belum berkesempatan untuk melaksanakan hak mereka untuk memilih tujuh dari sepuloh calun yang bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi Brunei-Muara. Seterusnya>>>

Minat Najib selesai isu sempadan dihargai

LIMBARUH HIJAU 02 MEI 2009 - PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat menghargai komitmen Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memuktamadkan perjanjian menyelesai isu sempadan darat dan maritim Brunei-Malaysia yang telah dimeterai di Brunei Mac lepas. Seterusnya>>>

Saturday, May 02, 2009

Isu sempadan - NDP alu-alukan kenyataan Najib

BANDAR SERI BEGAWAN 01 Mei 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat mengalu-alukan kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak di Brunei berhubung persetujuan Malaysia dengan Brunei untuk menyelesiakn isu sempadan yang dipertikai kedua buah negara. Seterusnya>>>