"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Thursday, April 30, 2009

Lembaran baru isu sekuriti permakanan

LIMBARUH HIJAU 29 APRIL 2009 - MAJLIS pelancaran penanaman padi besar-besaran di Wasan pada pagi Isnin 27 April 2009 merupakan lembaran baru dalam sejarah negara memajukan bidang tanaman padi di negara ini. Seterusnya>>>

Tuesday, April 28, 2009

KDYMM Lakar sejarah Turun Ke Sawah

PENGKALAN BATU, Isnin, 27 April- Sejarah baru telah terpahat di negara ini dalam bidang pertanian khususnya penanaman padi apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bercemar duli menyertai acara penanaman padi di kawasan ladang penanaman padi Wasan, di sini. Seterusnya>>>

Mengkaji potensi lembah Ukong

LIMBARUH HIJAU 26 APRIL 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sedang membuat kajian untuk mengenalpasti potensi membangunkan dan memajukan Lembah Ukong sebagai sebuah kawasan pertanian yang boleh menyumbang kearah menangani isu keselamatan permakanan, isu kemiskinan dan juga masalah banjir dipersekitaran kawasan tersebut. Seterusnya...

Friday, April 24, 2009

Kuala Balai mahu dibangun semula?

BELAIT 24 APRIL 2009 - DENGAR-DENGAR satu rancangan sedang diusahakan untuk memajukan semula Kuala Balai sebagai Pusat Eko Pelancongan Budaya Daerah Belait. Seterusnya...

Wednesday, April 22, 2009

Ranting Gadong membuang undi

LIMBARUH HIJAU 22 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting Gadong kelmarin mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan mereka di marks pusat parti di Limbaruh Hijau Jerudong. Seterusnya.......

Usrah Muslimah berhimpun di mesjid Sengkurong

LIMBARUH HIJAU 21 APRIL 2009 - WALAUPUN Rabiaulawal, bulan kelahiran nabi Muhammad SAW telah berakhir namun ianya tidak menghalang Himpunan Wanita (HAWA NDP) dengan kerjasama Biro KeKWA dan Biro KeKIN untuk mengadakan majlis sambutan khusus bagi memperingati ulang tahun kelahiran baginda. Seterusnya...

Monday, April 20, 2009

Jangan mudah patah semangat

SERIA 20 APRIL 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kelmarin menasihatkan ahli-ahli parti di Daerah Belait agar terus istiqamah memperkukuhkan semangat juang untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara melalui pelantar politik. Seterusnya...

PIAT bantu taklimatkan usaha tanaman padi

TEMBURONG 18 APRIL 2009 - Pihak Biro Perindustrian, Perusahaan dan Asas Tani (PIAT) telah mengadakan satu perjumpan dan taklimat khas mengenai projek penanaman padi. Seterusnya...

SPU ke Temburong lagi untuk mengutip undi

BUKIT TUAU 17 APRIL 2009 - Seramai 45 orang ahli NDP yang berhalangan untuk hadir di mesyuarat tahunan ranting masing-masing tempoh hari diberikan kesempatan membuang undi pada 15 April baru lalu. Ini selaras dengan Aturan dan Peraturan Pemilihan Umum (AP 004/008) yang menghendaki SPU memberikan tempoh 2 minggu untuk mengutip undi tertunda selepas tarikh rasmi pembuangan undi bagi setiap ranting dijalankan. Seterusnya....

Dasar mendiskriminasikan wanita dihapuskan?

LIMBARUH HIJAU 16 APRIL 2009 - PARTI Pembangunan Bangsa (NDP) mengalu-alukan langkah baik kerajaan untuk menghapuskan dasar-dasar dan amalan-amalan yang jelas mendiskriminasikan kaum wanita di negara ini. Seterusnya...

Pengundian berjalan lancar di Ranting Sengkurong B

LIMBARUH HIJAU 15 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting NDP Sengkurong B kelmarin keluar mengundi bagi memilih 7 dari 10 calun-calun yang bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi Daerah Brunei-Muara. Seterusnya...

Wednesday, April 15, 2009

Ahli-ahli NDP Rambai ikut mengundi

RAMBAI 15 APRIL 2009 - TIDAK kira dimana mereka tinggal walaupun nun jauh di kawasan pendalaman, Suruhanjaya Pemilihan Umum (SPU) Parti Pembangunan Bangsa 2009 tetap terus gigih melaksanakan tanggunjawab mempastikan mereka yang jauh di pendalaman ini tidak dinafikan hak mereka untuk mengundi. Seterusnya...

Tuesday, April 14, 2009

Giliran Ranting Berakas membuang undi

LIMBARUH HIJAU 14 APRIL 2009 - AHLI-AHLI Ranting NDP Berakas keluar mengundi kelmarin di Limbaruh Hijau, markas pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP). Seterusnya...

Monday, April 13, 2009

Isu Limbang - NDP mesti merakamkan pendirian

TUTONG 11 APRIL 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sebagai sebuah pertubuhan politik rakyat mesti merakamkan pendiriannya dalam isu sempadan dan tuntutan Brunei keatas Limbang agar sejarah nanti dapat menilai dimana kedudukan rakyat yang diwakili oleh NDP dalam proses menyelesaikan isu-isu tersebut. Seterusnya...

Thursday, April 09, 2009

Ahli-ahli NDP Ukong 1, 2 keluar mengundi

TUTONG 9 APRIL 2009 - SEBILANGAN besar ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dari Ranting Ukong 1 dan 2 enggan hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Ranting mereka masing-masing yang telah diadakan di Pusat Tarbiyah NDP Tutong pada sebelah pagi dan petang hari isnin baru lepas berikutan surat larangan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membenarkan sebarang aktiviti parti yang ditakrifkan ROS sebagai aktiviti politik termasuk mesyuarat diadakan di rumah-rumah persednirian. Seterusnya...

Tuesday, April 07, 2009

Ahli-ahli Sengkurong A keluar mengundi

LIMBARUH HIJAU 7 APRIL 2009 - Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Sengkurong A keluar mengundi kelmarin di Limbaruh Hijau, markas pusat NDP di Jerudong. Seterusnya...

Semangat demokrasi terserlah di Bebuloh

BEBULOH 06 APRIL 2009 - Pemilihan umum barisan kepimpinan parti bagi sesi 2009 - 2012 yang berlangsung di Kampong Bebuloh, Daerah Brunei-Muara kelmarin mengukuhkan lagi keyakinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) bahawa rakyat Brunei sebenarnya sudah bersedia untuk berpartisipasi dalam sistem demokrasi dan pilihanraya jika di berikan ruang dan peluang secukupnya. Seterusnya...

Wednesday, April 01, 2009

USAHA PENYATUAN PALESTIN DEMI PEMULIHAN KEMBALI GAZA

Kesemua pihak yang bertelagah di Palestine masih ada yang berada di Mesir untuk membincangkan usaha penyatuan bagi membolehkan mereka menerima sumbangan antarabangsa yang telah dijanjikan bagi tujuan membangunkan kembali Gaza. Seterusnya...

Nikmat, azab iringi kemenangan

Peranan utama tegakkan kebenaran kerana mereka khalifah di muka bumi

SETIAP pemimpin adalah khalifah Allah di muka bumi. Peranannya hanya satu iaitu menegakkan setiap kalimah titah perintah Allah serta menebas setiap kejahatan yang tumbuh menjalar di hati pengikut dan kaumnya. Seterusnya...