"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Tuesday, March 31, 2009

Cabaran pertubuhan politik?

LIMBARUH HIJAU 31 MAC 2009 - "The existing political parties have very limited membership and have difficulty in organising it's meeting through lack of quorum. They do not enjoy popular support".

Terjemahan kasar kenyataan di atas berbunyi, "Pertubuhan-pertubuhan politik yang ada mempunyai keahlian yang terhad dan menghadapi kesukaran mengadakan mesyuarat kerana tidak cukup kourum. Mereka tidak mendapat sokongan popular dari rakyat". Seterusnya...

Pemimpin wajib lindung agama, makmurkan rakyat

SAYID Sabid pernah berkata: “Mendirikan pemerintahan adalah wajib. Kita dilarang melengah serta melalaikan persoalan itu. Islam memberi pengertian pemerintahan adalah pelindung agama Allah dan pelaksana politik umat manusia”. Seterusnya...

ROS prihatin imej NDP

LIMBARUH HIJAU 29 MAC 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sangat berbesar hati dengan sikap Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang sangat prihatin dengan imej pertubuhan politik (seperti NDP) di negara ini. Seterusnya...

Saturday, March 28, 2009

Tahniah kepada Datuk Seri Najib Razak

LIMBARUH HIJAU 27 MARCH 2009 - PRESIDEN Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Ayahnda Yasin Affandy mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak atas pengisytiharan beliau pada Perhimpunan Agung parti 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur sebagai presiden UMNO yang baru. Seterusnya...

Friday, March 27, 2009

KENALI CALUN KITA

Wednesday, March 25, 2009

SENARAI RASMI NAMA-NAMA CALUN DARI SPU

LIMBARUH HIJAU 25 MARCH 2009 - SURUHANJAYA Pemilihan Umum (SPU) Kepimpinan Parti 2009 kelmarin memaklumkan bahawa terdapat sedikit kesilapan pada senarai nama calun yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Presiden Brunei-Muara. Seterusnya...

Tuesday, March 24, 2009

Mohon pertimbangan ROS memudah cara aktiviti ranting

LIMBARUH HIJAU 24 MARCH 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) melalui Pengerusi Jawatankuasa Panitia Kongres Agung Tahunan kali ke-4 pagi tadi telah mengutus surat memohon pertimbangan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membenarkan ranting-ranting parti yang berdaftar, terutama yang terletak jauh dari markas-markas Badan Perhubungan Daerah, mengunakan rumah-rumah Ketua Ranting untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Ranting. Seterusnya...

Monday, March 23, 2009

Pembuangan undi sudah bermula

LIMBARUH HIJAU 23 MARCH 2009 - RANTING Kilanas mencatat sejarah sebagai ranting pertama dalam Parti Pembangunan Bangsa (NDP) keluar membuang undi dalam sistem pemilihan umum bagi barisan kepimpinan parti peringkat ranting dan pusat yang di perkenalkan oleh parti akhir tahun lepas. Seterusnya...

Saturday, March 21, 2009

Lembaran baru di pangkuan Islam


LIMBRUH HIJAU 21 MAC 2009 - TAHNIAH kepada Awang Peter Saging dan syukur alhamdullilah ke hadrat Allah SubahanAllah Ta'ala kerana memberikan beliau petunjuk dan hidayat untuk memileh ugama Islam sebagai pegangan hidup. Seterusnya...

Thursday, March 19, 2009

Isu Persempadan Malaysia-Brunei

Tuesday, March 17, 2009

Brunei gugur tuntutan

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei Darussalam semalam secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang di utara Sarawak, sekali gus mengakhiri episod pertikaian wilayah berkenaan yang berlarutan sejak sekian lama. Seterusnya....

Brunei Gugurkan Tuntutan Ke Atas Limbang

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac (Bernama) -- Brunei secara rasminya menggugurkan tuntutannya sejak sekian lama terhadap Limbang, bahagian di utara Sarawak, menandakan bermulanya era baru dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Seterusnya...

Penyelesaian Isu Sempadan Malaysia-Brunei Dimeterai

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah hari ini memeterai penyelesaian isu sempadan Malaysia-Brunei yang telah lama berlarutan dengan menandatangani Surat Pertukaran di sini. Seterusnya....

Monday, March 16, 2009

Malaysia-Brunei Setuju Cara Selesai Isu Sempadan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac (Bernama) -- Isu berhubung pertikaian sempadan Malaysia-Brunei Darussalam dijangka selesai dengan termeterainya Surat Pertukaran yang mengandungi prinsip kerjasama bagi menentukan sukatan sempadan laut dan darat. Seterusnya...

Sunday, March 15, 2009

NDP berharap pakej penyelesaian isu sempadan tidak merugikan Brunei

LIMBARUH HIJAU 15 MARCH 2009 - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) penuh berharap jalan penyelesaian isu sempadan antara Brunei dan Malaysia yang akan di persetujui oleh kedua-dua buah negara akan memihak kepada Brunei. Seterusnya...

Rakyat menunggu penuh debaran penyelesaian isu sempadan

LIMBARUH HIJAU 14 MARCH 2009 - MULAI besok Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di jadualkan akan memulakan lawatan kerja dua hari ke Bandar Seri Begawan.

Lawatan kerja beliau ke Brunei kali ini sangat di nanti-nantikan oleh seluruh rakyat Brunei yang sehingga kini masih mengharapkan satu jalan penyelesaian kepada isu sempadan Malaysia yang sudah sekian lama menjadi tanda tanya kepada semua lapisan rakyat di negara ini. Seterusnya....

Taklimat tumpu perhatian kepada usul

TUTONG 13 MARCH 2009 - JAWATANKUASA USUL kelmarin meneruskan lagi sesi taklimat usul bagi tujuan membantu pemimpin-pemimpin akarumbi mengangkat isu-isu pembangunan serta isu-isu masyarakat di kawasan mereka masing-masing untuk di usulkan di Kongres Agung Tahunan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kali ke-4 yang di jadualkan akan di adakan pada 19 hingga 21 Jun akan datang ini. Seterusnya...

Thursday, March 12, 2009

Titah KDYMM di persidangan MMN ke-5

Segala puji dan syukur bagi Allah jua yang mengizinkan kita berkumpul pada hari ini di Majlis pembukaan persidangan musim permesyuarat ke-5 Majlis Mesyuarat Negara. Seterusnya...

'Sudah jatuh di timpa tangga'

KUALA BELAIT 12 MARCH 2009 - SUDAH jatuh di timpa tangga. Begitulah kisah derita seorang wanita yang kehilangan keupayaan fizikal sejak mengalami penyakit lumpuh di kaki.
Seterusnya .....

Wednesday, March 11, 2009

ISU-ISU YANG MENCABAR INSTITUSI RAJA DAN KEDUDUKAN ORANG MELAYU

Sejak Pakatan Rakyat berjaya menguasai lebih banyak kerusi di parlimen, di samping mengambil alih kerajaan di beberapa buah negeri melalui pilihan raya umum Mac 2008 lalu, semakin banyak nampaknya isu-isu yang menyentuh institusi raja dan kedudukan orang Melayu muncul di negara jiran kita, Malaysia. Seterusnya...

Monday, March 09, 2009

"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim” asas kearah kedewasaan bernegara

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 9 Mac. -Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah, keagungan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kerana Baginda itu menjadi Rasul pembawa rahmat kepada alam seluruhnya. Seterusnya...

Sunday, March 08, 2009

Mengingati Rasulullah sepanjang masa

AKU kesayangan Allah (dan tidak bongkak). Aku membawa panji ‘Pujian’ pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak bongkak). Aku yang pertama pemberi syafaat dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak bongkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu syurga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkan-Nya bersama-sama orang beriman yang fakir (dan tidak bongkak). Dan Akulah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terkebelakang di sisi Allah (dan tidak bongkak)," maksud sabda Baginda SAW yang diriwayatkan Tirmizi. Seterusnya...

NDP meriahkan majlis-majlis dikir Maulidur Rasul

LIMBARUH HIJAU 05 MARCH 2009 - Setiap menjelang Rabiulawal seperti lazimnya umat Islam di Negara ini menyambutnya dengan dikir marhaban. Seterusnya...