"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Friday, July 10, 2009

Isu Sekuriti Permakanan - Kenapa NDP tidak bosan perjuangkannya?

LIMBARUH HIJAU 9 JULAI 2009 - BERCAKAP mengenai isu sekuriti permakanan, mungkin ramai yang heran kenapa Parti Pembangunan Bangsa (NDP) semacam belum cukup puas hati dengan langkah-langkah yang sedang diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani isu tersebut.

Sebagai contoh usaha terkini kerajaan untuk meningkatkan penghasilan beras kepada 20 peratus sara diri (kira-kira 5,800 metrik tan setahun) pada tahun 2010 dan seterusnya ke tahap 60 peratus sara diri ( kira-kira 18,000 metrik tan setahun) pada tahun 2015 melalui pelan jangka sederhana. Apakah ini belum cukup menunjukkan komitmen kerajaan untuk menangani isu tersebut?

Dalam hal ini NDP memang setuju ianya menunjukkan satu komitmen yang baik, malahan NDP mengalu-alukan langkah kehadapan tersebut. NDP gembira kerana pihak kerajaan akhirnya mengambil langkah tersebut walaupun agak lambat tiga tahun dan perlaksanaannya bak kata pepatah seperti pahat dengan tukul.

Tetapi dalam masa sama NDP berpandangan langkah tersebut harsulah tanpa berlengah-lengah diikuti dengan langkah-langkah kehadapan yang lain seperti mempastikan rizab beras dalam negeri mencukupi untuk menampung keperluan beras negara bagi tempoh tiga tahun dan lain-lain lagi.

Dalam perkataan lain komitmen untuk menangani isu sekuriti permakanan seharusnya tidak terhenti dengan projek mega penanaman beras di Wasan.

NDP berpandangan negara seharusnya bercontoh kepada komitmen tinggi negara jiran dalam usahanya lebih 50 tahun untuk mempastikan isu sekuriti permakanan yang berkait rapat dengan isu keutuhan kedaulatan dan survival bangsa dan negara nya tidak diringan-ringankan.

Berikut dua artikel yang menunjukkan komitment tinggi tersebut yang rasanya perlu kita contohi:

0 comments: