"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Wednesday, July 15, 2009

Anugerah raja kepada rakyat

Gambar ehsan Pelita Brunei

LIMBARUH HIJAU 15 JULAI 2009 - PRESIDEN dan seluruh warga Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam, merakamkan ucapan rasa penghargaan yang tidak ternilai kami atas titah perkenaan baginda meningkatkan sistem keselamatan sosial yang sedia ada demi kesejahteraan rakyat baginda terutama dalam kehidupan mereka setelah bersara dari pekerjaan baik dalam kerajaan atau di swasta.

Seluruh warga NDP sangat mengalu-alukan dan menyokong sepenuh hati titah baginda tersebut terutama mengenai isu umur persaraan mandatori yang baginda telah berkenaan untuk menganjakkannya dari 55 tahun ke 60 tahun.

Begitu juga dengan titah mengenai skim persaraan tambahan yang digelar ‘Skim Persaraan Caruman Tambahan’ atau Supplemental Contributory Pension (SCP) yang akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2010, sangat kami alu-alukan bukan sahaja kerana ianya bertepatan dengan hasrat rakyat yang sering NDP suarakan, tetapi dalam masa sama membuktikan keperihatinan baginda terhadap kesejahteraan kehidupan rakyat baginda di hari-hari persaraan.

Sekali lagi seluruh warga NDP menjunjung kasih mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan di kesempatan ini sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan baginda, izinkan kami menjunjung kasih membaharui tekad ta'at setia tidak berbelah bahagi kepada baginda yang kami kasihi. Insya Allah seluruh warga NDP akan terus berusaha semampu mungkin menyokong dan membantu baginda dalam apa jua usaha untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang aman dan makmur serta mendapat keampunan Allah SWT (Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafuur). Seterusnya...

0 comments: