"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Thursday, April 20, 2006

NDP President cautions against dirty politics

NDP small flags put up along the road leading to NDP HQ at Limbaruh Hijau Jerudong- signs of democracy in the making in Brunei
Limbaruh Hijau 20th April 2006: The President of the National Development Party (NDP) reminded elected candidates competing for seats in the Supreme Council to keep their campaigning clean in their quests to win votes. He said they need to maintain a healthy spirit in campaigning as well as to avoid any ill intent and disunity in the party.

“We must avoid the practice of cronyism and nepotism in our enthusiasm to campaign to win votes. We must remain disciplined and to campaign in a healthy manner which will safeguard the harmony in the Party,” advised Yasin Affandy to the candidates of the Supreme Council.

He made the speech during the announcement of the names for the elected candidates competing for the twenty eight seats in the Supreme Council. The seats include the positions for President, Vice President, four Vice Presidents, Head of Women Assembly, Head of Youth Assembly, Head of Non-Muslim Welfare Bureau and nineteen other positions, which will be determined by the Supreme Council on a later date.

Hadrah players at the historic event

Scene inside the special room where candidates have to go through screening process by the Disciplinary Commitee
NDP representatives from all four districts were present at the Limbaruh Hijau to submit their candidate’s names to the Disciplinary Committee to be screened and approved before they can proceed to run in the first NDP General Congress which will be held on the 29th and 30th April 2006.

The position of President and Vice President held by Yasin Affandy and Mahmud Morshidi Othman respectively were not challenged. However it was predicted that there will be a stiff competition for the positions of Head of Women Assembly and the Head of Youth Assembly.


Awang Raduan from Belait running for the position of the Head of Youths Assembly and below Awang Shafiee from Temburong contesting Awang Raduan
Awang Shafiee Haji Simpul and Awang Raduan bin Mohamed from NDP Temburong and NDP Belait respectively have been nominated to contest for the post of the Head of Youth Assembly.

Meanwhile NDP Belait had nominated two candidates, Dayang Hajjah Saemah Kepli and Dayang Hajjah Kertini OKPDS Abang Haji Abu Hanifa, to contest for the position of Head of Women Assembly.
Hajjah Saemah from Belait defending her position as Head of NDP Women Assembly and below Hajjah Kertini also from Belait contesting Hajjah Saemah
Meanwhile Awang Serudin Pungut, NDP Temburong candidate will not be contested for the Head of Non-Muslim Welfare Bureau
Awang Serudin bin Pungut
Awang Haji Ibrahim Haji Jumat, a candidate from NDP Temburong will most likely be disqualified from the candidacy race for the Supreme Council, due to non attendance during the screening process.

Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Haji Shamsudin Ahim and Haji Khalid Haji Ghazali representing NDP Tutong had succeeded in their candidacy to be members of the Supreme Council.

A number of NDP Brunei-Muara’s candidates and four candidate elects from NDP Belait had withdrawn from the race in competing for seats in the Supreme Council.


From left: Haji Antin and Haji Mohiddin going through the screening process and pic below shows candidates fo Supreme Council seats ndergoing screening

Haji Hanafi, the candidate for Vice President NDP Tutong addressing his supporters. Looking on Ayahnda Yasin Affandy (R) and Haji Abdul Rahman, the Chairman of the Election Committee

Awang Haji Omar, the Vice President of NDP Brunei Muara addressing members

Haji Khalid Haji Ghazali, Tutong candidate for the Supreme Council seat
“The responsibility will be immense and the commitment needed will be enormous. We need to remember that when we become NDP members that we are ready to shoulder the responsibilities not just for the glamour of the position,” said sdra Morshidi during the event. He also advised that candidates who will be given mandates for their posts in the Supreme council to carry their responsibilities with dedication.

He also took the opportunity to remind NDP members that The National Development Party was approved with the consent of His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

He added that the establishment of NDP was in line with the aspiration of His Majesty to give the opportunity for his subjects to contribute and participate effectively in nation building.

“Therefore NDP must not fail because failure would mean that we are disappointing His Majesty,” concluded sdra Morshidi

Rosli, Borneo Bulletin's journalist (R) and NDP reporter watching closely the proceeding

Calun MT Di Ingatkan Kempen Secara Sihat

a


Anak-anak NDP juga ikut serta menyaksikan acara penamaan calun di Limbaruh Hijau

LIMBARUH HIJAU 20 HB APRIL 2006: Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengingatkan calun-calun terpilih untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi (MT) NDP pusat agar menjalankan kempen untuk mendapatkan undi secara sihat dan sedaya upaya menggelakkan perpecahan dalam keghairahan untuk mencapai kemenangan.

“Kita mestilah menggelakkan sikap berkroni, berpuak-puak dan nepotism dalam keghairahan kita berkempen untuk mendapatkan undi. Kita mestilah menjaga disiplin kita dan berkempenlah secara yang sihat yang boleh memelihara keharmonian dalam parti”, nasihat Ayahnda Yasin Affandy kepada calun-calun MT.

Beliau membuat seruan itu semasa berucap diacara pengumuman nama-nama calun yang terpilih untuk bertanding bagi 28 jawatan di Majlis Tertinggi NDP. Jawatan-jawatan tersebut termasuklah jawatan Presiden, Timbalan Presiden, 4 Naib Presiden, Ketua Himpunan Wanita, Ketua Himpunan Pemuda, Ketua Biro Hal Ehwal Non Muslims dan 19 jawatan yang lain yang akan ditentukan oleh MT nanti.

Rombongan ahli NDP dari Temburong mengiringi wakil mereka dengan permainan hadrah

Persembahan hadrah memeriahkan lagi suasana acara penamaan calun diperkarangan Ibu Pejabat NDP

Perwakilan NDP dari keempat-empat daerah diacara penamaan calun yang berlangsung di Limbaruh Hijau tadi telah menghadapkan nama-nama calun mereka kepada Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah untuk ditapis dan diluluskan untuk bertanding di Kongres Agung pertama NDP yang akan berlangsung pada 29 dan 30 hb April ini.

Ayahnda Yasin Affandy tidak dicabar bagi jawatan Presiden dan begitu juga bagi sdra Mahmud Morshidi Othman yang telah dicalunkan bagi jawatan Timbalan Presiden tidak dicabar bagi jawatan tersebut.

Ahl-ahli NDP Brunei-Muara menantikan keputusan penamaan calun
Akan tetapi saingan sengit dijangkakan dalam pertandingan bagi jawatan Ketua Perhimpunan Pemuda dan Ketua Perhimpunan Wanita.

Bagi jawatan Ketua Perhimpunan Pemuda, NDP Temburong telah mencalunkan Awang Shafiee Haji Simpul manakala NDP Belait telah mencalunkan Awang Raduan bin Mohamed.

Bagi jawatan Ketua Perhimpunan Wanita pula NDP Belait telah menghantar dua perwakilan bagi merebut jawatan tersebut. Calun-calun tersebut ialah Dayang Hajjah Saemah Kepli dan Dayang Hajjah Kertini OKPDS Abang Haji Abu Hanifa.

Ayahnda Yasin Affandy sedang meneliti borang pengistiharan persetujuan beliau dicalunkan selaku Presiden NDP

Sdra Morshidi semasa perjumpaan dengan jawatankuasa Disiplin dan Hisbah
Awang Serudin Pungut, calun Temburong bagi jawatan Ketua Hal Ehwal Non Muslims pula tidak akan ditandingi di Kongres Agung pertama Perhimpunan Hal Ehwal Non Muslims.


Ayahnda Yasin Affandy mengambil kesempatan memberikan sedikit nasihat kepada calun-calun MT Sdra Morshidi juga menambil kesempatan memberikan ucapan ringkas
Sementara itu Awang Haji Ibrahim Haji Jumat, seorang perwakilan dari NDP Temburong besar kemungkinan akan terkeluar dari pertandingan jawatan MT kerana tidak hadir atas sebab-sebab tertentu semasa penamaan calun tadi.

NDP Tutong pula telah mencalunkan 3 wakilnya dan mereka yang terdiri dari Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Haji Shamsudin Ahim dan Haji Khalid Haji Ghazali telah berjaya melayakkan diri untuk dipilih menjadi ahli MT di Kongres nanti.

Bagi NDP Brunei-Muara, beberapa orang yang telah dicalunkan mengundur diri dari bertanding semasa penamaan calun-calun tadi.

Begitu juga bagi NDP Belait yang telah mencalunkan 10 wakil bagi merebut 6 jawatan di MT. Seramai 4 orang wakil yang dicalunkan telah menggundurkan diri dari bertanding di Kongres nanti.

Diacara penamaan calun tadi sdra Morshidi yang diberikan kesempatan untuk berucap mengingatkan calun-calun yang akan mendapat mandat untuk menjawat jawatan MT agar dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka nanti dengan penuh komitmen.

“Tugas yang akan kita pikul agak berat dan ia memerlukan komitmen yang tinggi. Kita semua perlu ingat apabila kita menjadi ahli NDP ia bererti kita semua telah bersedia untuk berkerja dan bukannya semata-mata untuk glamour”, tegasnya.

Katanya semua ahli-ahli NDP perlu ingat bahawa NDP telah diluluskan pendaftarannya atas perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Penubuhan NDP, tambahnya adalah selari dengan hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan untuk melihat rakyat baginda berpeluang untuk menyumbang dan berpartisipati dengan secara lebih efektif dalam usaha membangun bangsa.

Justeru itu, katanya NDP tidak boleh gaggal kerana kegagalan akan menghampakan harapan baginda.

Wednesday, April 19, 2006

Bermuzakarah bersama calun-calun MT Belait



BELAIT 19 April 2006: Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman semalam meluangkan masa berkunjung ke Kuala Belait untuk bermuzakarah dengan calun-calun dari Belait yang akan bertanding di Konges Agung pertama NDP bagi jawatan di Majlis Tertinggi (MT).

Sdra Morshidi bermuzakarah bersama calun-calun MT dari Belait
NDP Belait telah mencalunkan seramai 10 orang untuk bertanding bagi 6 jawatan di MT nanti.

Kongres Agung pertama NDP akan berlangsung pada 29 dan30 April ini.

Sdra Morshidi dalam perjumpaan tidak rasmi itu mengambil kesempatan menjelaskan proses seterusnya pemilihan calun-calun bagi jawatan di MT.

Besok 20 April acara penamaan calun-calun akan berlangsung di Ibu Pejabat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.

Ahli-ahli NDP dari kesemua daerah dijangkakan akan menghadapkan nama-nama calun-calun mereka yang akan dipertandingkan di Kongres Agung nanti.


Sementara itu mereka-mereka yang terpilih pula akan diberikan masa dari 20hb sehingga 28hb untuk berkempen mendapatkan undi dari penyokong-penyokong mereka seluruh negara.

Daerah Brunei Muara telah mencalunkan seramai 14 orang untuk merebut 7 jawatan yang telah diperuntukkan kepada NDP Daerah Brunei Muara, manakala Daerah Belait telah mencalunkan seramai 10 orang untuk 6 jawatan di Majlis Tertinggi yang telah diperuntukkan kepada daerah tersebut.

Tutong dan Temburong pula masing-masing telah mencalunkan 4 dan 2 orang bagi jawatan-jawatan di Majlis Tertinggi yang telah diperuntukkan kepada daerah-daerah tersebut.

Sementara itu Kongres Agung Pertama NDP akan bermula pada 29hb April 2006 ini.

Kongress Agung hari pertama akan menyaksikan berlangsungnya:

1- Persidangan Hal Ehwal Non-Muslim untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatankuasa yang lainnya

2- Persidangan Himpunan Pemuda untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatankuasa yang lainnya

3- Persidangan Himpunan Wania untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatnkuasa yang lainnya

Di hari kedua nanti iaitu pada 30hb April 2006 akan menyaksikan berlangsungnya:

1- Pemilihan Presiden

2- Pemilihan Timbalan Presiden

3- Pemilihan Naib-Naib Presiden

4- Pemilihan 19 Ahli Biasa Majlis Tertinggi yang lainnya

Pada hari kedua ini juga akan menyaksikan pebentangan usul dan membahaskan usul-usul yang dikemukakan.

Belia-belia NDP Sibuk Buat Latihan

Kumpulan Muzik NDP dari kalangan belia-belia dijangkaakan memeriahkan majlis makan malam

BELAIT 19 APRI 2006: Sementara ahli-ahli jawatankuasa penganjur Kongres Agung pertama NDP sedang sibuk dengan kerja-kerja persiapan bagi acara bersejarah itu, belia-belia NDP di Belait pula tidak ketinggalan dengan kesibukkan mereka mengadakan latihan-latihan bagi persembahan pentas.

NDP akan mengadakan majlis makan malam pada sebelah petang hari Sabtu bersamaan 29hb April ini bagi merayakan ahli-ahli dan tetamu-tetamu yang hadir menyaksikan Kongres Agung tersebut. Latihan tarian sedang diadakan di studio ahli NDP Kuala Belait

Dimajlis tersebut NDP akan mengenegahkan bakat-bakat muda dari kalangan ahli-ahli keluarga dan kenalan NDP untuk memeriahkan majlis tersebut.

Disamping itu NDP juga akan mempersembahkan tarian-tarian tradisi oleh penari-penari dari kalanghan ahli-ahli NDP.

Tuesday, April 18, 2006

NDP Adakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

LIMBARUH HIJAU 18HB APRIL 2006: Semangat persaudaraan dan kesataun jelas tergambar di perkarangan ibu pejabat NDP pada Ahad baru ini dimana berlangsungnya majlis merayakan hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Lebih 300 ahli-ahli NDP berkumpul di ibu pejabat NDP untuk menghadiri dimajlis yang mulia itu.
Sebelum majlis berlangsung ahli-ahli NDP yang lain sudah awal-awal lagi berkumpul di markas untuk bergotong royong membuat persediaan bagi majlis tersebut seperti menyediakan hidangan makanan dan minuman khas untuk majlis yang berlangsung hampir sehari suntuk itu.

Antara acara sambutan Maulidur Rasul itu ialah persembahan dzikir Maulud and dzikir Syarafil Anam oleh kumpulan belia yang didatangkan dari Limbang dan juga oleh kumpulan dzikr ahli-ahli perempuan NDP dibawah pimpinan Dayang Hajjah Raiyah Md Ali.

Disebelah petangnya pula majlis tahlil dan doa arwah didakan khusus untuk Al Marhum Sultan Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

NDP juga menjemput pensyarah dari Pusat Dakwah Islamiah, Ustaz Drs Haji Mohd Syahroni Haji Abd Kahar untuk memberikan ceramah mengenai perjuangan Rasulullulah s.a.w menerangi dunia ini dengan cahaya Islam.

Maulidur Rasul Celebration at NDP HQ

Over 300 NDP members turned up at the party's HQ to celebrate Maulidul Rasul


LIMBARUH HIJAU 18 APRIL 2006: Over 300 National Development Party (NDP) members and guests Sunday gathered at the party's headquarters in Limbaruh Hijau, Jerudong, for an elaborate ceremony to commemorate Maulud Nabi Muhammad.

Dikir Maulud and Dikir Syarafil Anam were recited by various groups including one from Limbang, and NDP women's group ledby Dayang Hajjah Raiyah Md Ali.

They also performed Doa Maulud and Kesyukuran.

In the evening, a `tahlil' and 'doa arwah' ceremony was held for His Majesty's late parents Al-Marhum Sultan OmarAli Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien and Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit.

Pusat Dakwah Islamiah Speaker Ustaz Drs Haji Mohd Syahroni Haji Abd Kahar delivered a religious talk on the life and tradition of Prophet Muhammad (pbuh) to glorify the messenger of Allah in commemoration of his birth

Proses Eliminasi Untuk Menapis Calun-Calun

LIMBARUH HIJAU 18 HB APRIL 2006: Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah bersidang dihari kedua hari ini untuk menapis kelayakkan ahli-ahli parti yang dicalunkan bagi jawatan-jawatan di Majlis Tertinggi.

Proses eliminasi ini telah bermula kemarin dengan ahli-ahli JK Disiplin dan Hisbah meneliti senarai nama-nama calun yang telah terpilih melalui pengundian di perhimpunan-perhimpunan agung peringkat daerah.

Kesemua mereka yang terpilih ini telah berjaya meraih tidak kurang 10 peratus undian dari jumlah keahlian di daerah-daerah masing-masing. Ini membolehkan mereka dicalunkan untuk bertanding bagi jawatan-jawatan d Majlis Tertinggi.

Pengundian bagi calun-calun ini akan diadakan di Kongres Agung pertama NDP pada 29hb dan 30hb April ini.

Keputusan proses eliminsai akan diserahkan kepada Pengerusi Penitia Kongres pada hari ini juga yang mana akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding bagi 28 kerusi yang dipertandingkan pada 20h April nanti.

Penamaan calun-calun yang terpilih untuk dipertandingkan akan diumumkan di Limbaruh Hijau Jerudong pada hari tersebut.

Mereka-mereka yang terpilih pula akan diberiakn masa dari 20hb sehingga 28hb untuk berkempen mendapatkan undi dari penyokong-penyokong mereka seluruh negara.

Daerah Brunei Muara telah mencalunkan seramai 14 orang untuk merebut 7 jawatan yang telah diperuntukkan kepada NDP Daerah Brunei Muara, manakala Daerah Belait telah mencalunkan seramai 10 orang untuk 6 jawatan di Majlis Tertinggi yang telah diperuntukkan kepada daerah tersebut.

Tutong dan Temburong pula masing-masing telah mencalunkan 4 dan 2 orang bagi jawatan-jawatan di Majlis Tertinggi yang telah diperuntukkan kepada daerah-daerah tersebut.

Sementara itu Kongres Agung Pertama NDP akan bermula pada 29hb April 2006 ini.

Kongress Agung hari pertama akan menyaksikan berlangsungnya:

1- Persidangan Hal Ehwal Non-Muslim untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatankuasa yang lainnya

2- Persidangan Himpunan Pemuda untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatankuasa yang lainnya

3- Persidangan Himpunan Wania untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatnkuasa yang lainnya

Di hari kedua nanti iaitu pada 30hb April 2006 akan menyaksikan berlangsungnya:

1- Pemilihan Presiden

2- Pemilihan Timbalan Presiden

3- Pemilihan Naib-Naib Presiden

4- Pemilihan 19 Ahli Biasa Majlis Tertinggi yang lainnya

Pada hari kedua ini juga akan menyaksikan pebentangan usul dan membahaskan usul-usul yang dikemukakan.

Sunday, April 16, 2006

NDP Now Gearing Up For General Congress



By Malai Hassan Othman

The National Development Party’s (NDP) election committee is now gearing up for NDP’s first General Assembly to take place in less than two weeks from today.

It will see for the first time NDP’s over 900 strong members from all the four districts assembling at one place to give their votes to elect their first president and deputy president.

The General Assembly is to be held on 30th April 2006 at the main hall of the Brunei Malay Teachers Association (PGGMB) in the capital.

It will be preceded by the General Assembly of the Youths and Women Assemblage and also the General Assembly of the Bureau for Non Muslim Affairs scheduled on the 29th April at the same venue.

NDP members for these respective units of the party are scheduled to cast their votes to elect their leaders for the hotly contested posts of Head of Youth Assemblage, Head of Women Assemblage and also Head of the Bureau for Non Muslims Affairs.

NDP members from Temburong have fielded Awang Shafiee Haji Simpul for the post of the Head of NDP Youths Assemblage while Tutong fielded Awang Abi Hurairah Haji Ghazali. NDP Brunei Muara members meanwhile nominated Awang Zol Hamjah as their candidate with Belait District nominating Awang Raduan as its candidate.

At the coming General Assembly for NDP Women Assemblage, Hajjah Saemah Kepli, the incumbent Head of NDP Women Assemblage is challenged by Hajjah Sauyah a candidate from Tutong and Hajjah Kertini OKPSD Haji Abang Abu Hanifah, a candidate from Belait.

Awang Serudin Pungut, the interim Head of the Bureau for Non Muslims Affairs, without any challenger so far, meanwhile is expected to win the election unchallenged when the Bureau holds it’s General Assembly this 29th April.

Another interesting event to be expected at the NDP First General Assembly is the voting for the seats of 7 members from Brunei Muara and 6 members from Belait at the Supreme Council.

The 2 seats for Temburong and 4 for Tutong will not be contested at the General Assembly as its respective members have not fielded candidates more than the allocated seats.

In the case of Brunei Muara and Belait all the candidates fielded have successfully garnered more than 20 percent votes to enable them to contest again at the NDP First Congress.
They now have 9 days to campaign nation-wide for support if they were to win the election at the congress.

NDP yesterday concluded its round of district-level general assembly with NDP Belait first General Assembly. Temburong had its first General Assembly on 2nd April followed by Tutong on the 9th April and Brunei Muara on 14th April.

The NDP Belait Assembly saw Sulaiman Metrasad, the interim NDP Belait Vice President reelected as the first Vie President of NDP Belait.

NDP Belait members also nominated 10 candidates to contest for the allocated 6 seats for Belait at the NDP Supreme Council.

The Belait nominees for NDP Central Executie Committee
The nominees were Haji Md Zain Tengku Ali, Pengiran Mohammed Pengiran Said, Haji Awang Damit bin Awang Chuchu, Pengiran Ismail bin Pengiran Haji Ali, Ali Haji Omarali, Yahya Janai, Sheikh Khalid bin Sheikh Nikman, Haji Yunus bin Haji Md Suhaili, Haji Abu Bakar bin Haji Othman dan Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talip.

Meanwhile members of NDP Brunei Muara have fielded 14 candidates to race for the 7 allocated seats at the Supreme Council.


The NDP Brunei Muara nominees for the seats at Central Executive Committee
They were Awang Haji Azahari bin Jais, Major (B) Mohd Jaafar Haji Jeludin, Awang Haji Shamsudin Hashim, Pengiran Haji Md Samli Pg Haji Lahap, Awang Haji Asbinin Haji Maylin, Pengiran Shahminan Pengiran Ismail, Awang Haji Matzin Haji Salleh, Awang Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Haji Md Salleh bin Ali Akbar, Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Damit, Hajjah Raiyah Md Ali, Awang Haji Matzin Haji Omar, Haji Abdul Rahman Yusup dan Awang Haji Antin Ahad.

Nominees for Central Executive Committee from Tutong District












Saturday, April 15, 2006

Ahli-ahli NDP Belait keluar mengundi

Abang Amat (Ahmad Timpus) Naib Presiden NDP Temburong selaku tetamu kehormat Perhimpunan Agung pertama NDP Belait menggingatkan ahli-ahli NDP Belait agar mengunakan undi dengan baik

BELAIT 15 HB APRIL 2006: Ahli-ahli NDP Daerah Belait sebulat suara menyokong cadangan untuk menetapkan Ayahnda Yasin Affandy, Presiden penaja NDP selaku Presiden pertama parti dan sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden penaja selaku Timbalan Presiden pertama parti.

Mereka juga sebulat suara memilih Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden penaja NDP Daerah Belait selaku Naib Presiden pertama NDP bagi daerah Belait yang pada mulanya dicabar oleh Haji Wan Zain Tengku Ali.

Haji Wan Zain telah menarik diri dari bertanding merebut jawatan Naib Presiden untuk ikut dalam pemilihan bagi 6 orang wakil Belait ke Majlis Tertinggi NDP pusat.

Beliau mengambil langkah bijak ini diawal penamaan calun di Majlis Perhimpunan Agung pertama NDP Daerah Belait.

Perhimpunan Agung pertama itu telah berlangsung di perkarangan rumah Awang Haji Yunus Hj Md Suhaili di No 50 A Lot 3558 Jalan Sultan Kampong Melayu Asli Kuala Belait.

Lebih 200 ahli-ahli NDP Belait telah menghadiri perhimpunan agung itu walaupun ianya diadakan pada hari Sabtu ditengah-tengah kesibukkan ahli-ahli dengan tugas seharian mereka.

Turut hadir di perhimpunan agung itu ialah Ayahnda Yasin Affandy dan beberapa ahli-ahli NDP dari pusat dan juga dari Daerah Tutong dan Temburong.

Awang Ahmad Timpus, Naib Presiden NDP Temburong selaku tetamu kehormat di majlis itu mengingatkan ahli-ahli yang keluar mengundi agar menggunakan kebijaksanaan dan kematangan mereka dalam mengundi calun-calun untuk mewakili mereka ke Majlis Tertinggi NDP pusat.

Seramai 10 calun telah dinamakan untuk merebut 6 kerusi di Majlis Tertinggi NDP pusat yang diperuntukkan bagi daerah Belait.

Barisan calun-calun daerah Belait yang dipilih untuk diangkat ke Majlis Tertinggi NDP pusat

Dari kiri: Hajjah Saemah Kepli dan Hajjah Kertini bertanding bagi jawatan Ketua Himpunan Wanita

Mereka terdiri dari Haji Md Zain Tengku Ali, Pengiran Mohammed Pengiran Said, Haji Awang Damit bin Awang Chuchu, Pengiran Ismail bin Pengiran Haji Ali, Ali Haji Omarali, Yahya Janai, Sheikh Khalid bin Sheikh Nikman, Haji Yunus bin Haji Md Suhaili, Haji Abu Bakar bin Haji Othman dan Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Talip.

Kesemua calun-calun telah berjaya mengumpul peratus jumlah undi iaitu lebih 20 peratus, yang membolehkan mereka dipertandingkan lagi di Kongres Agung Pertama NDP pada 30 April ini.

Ramai ahli-ahli wanita NDP Belait keluar mengundi

Ahli-ahli NDP dari kalangan orang Tiong Hua juga ikut keluar mengundi
Sementara itu ahli-ahli kumpulan Pemuda NDP Belait juga mencalunkan Awang Haji Raduan bin Mohamed untuk bertanding merebut kerusi Ketua Himpunan Pemuda NDP bersama Awang Shafiee Haji Simpul, calun dari Temburong, Awang Abi Hurairah dari Tutong dan Awang Zol Hamjah dari Brunei Muara. Keempat-empat calun ini akan bertanding bagi jawatan ini di Kongres Agung pertama Himpunan Pemuda pada 29 April nanti.

Bagi jawatan Ketua Himpunan Wanita pula, Hajjah Kertini OKPSD Haji Abang Abu Hanafia yang mencabar Hajjah Saemah Kepli, Ketua Himpunan Wanita penaja telah berhasil mendapatkan undi yang cukup untuk beliau dipertandingkan lagi di Kongres Agung Himpunan Wanita pada 29 April nanti.

Mengangkat tangan menyokong pemlihan Ayahnda Yasin Affandy selaku Presiden NDP dan sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden NDP
Ahli-ahli wanita NDP Tutong juga telah mencalunkan wakil mereka untuk ikut bertanding bagi jawatan ini di Kongres Agung pertama Himpunan Wanita nanti.

Friday, April 14, 2006

NDP Brunei Muara Berjaya Adakan Perhimpunan Agung

Berbaris menunggu giliran untuk mengundi

Semua setuju Ayahnda Yasin Affandy dikekalkan mejnadi Presiden NDP pertama sementara itu sdra Mahmud Morshidi Othman dikekalkan menjadi Timbalan Presiden NDP pertama

Kematangan ahli-ahli NDP Brunei Muara berpolitik jelas terpancar di Limbaruh Hijau
LIMBARUH HIJAU 14HB APRIL 2006: Walaupun baru berjinak-jinak dengan sistem demokrasi dalam memilih pemimpin dan perwakilan mereka untuk diangkat ke Majlis Tertinggi NDP pusat melalui kotak undi, namun kematangan mereka menjalankan tanggungjawab memilih calun-calun sangat membanggakan.
Sdra Morshidi bersama ahli NDp yang lain sedang meneliti nama-nama calun untuk dipilih

Ayahnda Yasin Affandy diberikan penghormatan untuk memulakan pengundian

Sdra Morshidi memasukkan undian beliau bagi memilih 7 calun ahli MT NDP Pusat dalam kotak undi
Jelas orang Brunei pintar berpolitik dan pandai menggunakan hak dan tanggungjawab mereka mencalunkan dan memilih siapakah yang layak diberi mandat untuk mewakili mereka.

Buktinya pagi tadi Perhimpunan Agung Pertama NDP Daerah Brunei-Muara menerima kejutan apabila 7 kerusi yang dipertandingkan mendapat sambutan hangat dengan penyertaan 14 calun-calun.


Mendaftar diri sebelum mengundi
Calun-calun yang mereka pertandingkan untuk merebut 7 kerusi di Majlis Tertinggi NDP pusat juga tidak kurang hebatnya.

Mereka terdiri dari Awang Haji Azahari bin Jais, Major (B) Mohd Jaafar Haji Jeludin, Awang Haji Shamsudin Hashim, Pengiran Haji Md Samli Pg Haji Lahap, Awang Haji Asbinin Haji Maylin, Pengiran Shahminan Pengiran Ismail, Awang Haji Matzin Haji Salleh, Awang Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Haji Md Salleh bin Ali Akbar, Pengiran Haji Badaruddin bin Pengiran Haji Damit, Hajjah Raiyah Md Ali, Awang Haji Matzin Haji Omar, Haji Abdul Rahman Yusup dan Awang Haji Antin Ahad.

Barisan calun-calun untuk merebut 7 kerusi di Majlis Tertinggi NDP pusat

Calun-calun terpilih dari kiri: Haji Matzin Salleh, Major (B) Haji Md Jaafar, Haji Mohiddin, Haji Antin Ahad, Hajjah Rayah dan Awang Zol Hamjah calun Ketua Himpunan Pemuda

Hampir 200 pengundi yang hadir terpaksa membuat penilaian dengan lebih berhati-hati sebelum memangkah nama-nama calun pilihan mereka.

Keputusan akhir menunjukkan hampir kesemua yang bertanding memperolehi peratus yang cukup untuk melayakkan diri diangkat ke Majlis Tertinggi.

Jawatankuasa terpaksa menggunakan sistem kiraan untuk mendapatkan 7 calun teratas yang berjaya menggumpul jumlah undi yang terbanyak.

Kiraan Akhir menunjukkan Awang Antin bin Ahad dan Awang Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman mendapat jumlah undi terbanyak yang sama iaitu 112 setiap seorang, manakala Dayang Hajjah Raiyah mendapat jumlah 96 undi, dikiuti oleh Haji Matzin Salleh dengan jumlah 81 undi, Pengiran Haji Badaruddin memperolehi jumlah 69 undi, Pengiran Shahminan pula mendapat 67 undi dan Major (B) Haji Mohd Jaafar, muka baru dalam NDP mendapat 65 undi.

7 yang lainya pula masing-masing berjaya meraih jumlah undi yang cukup memuaskan juga dan boleh melayakkan mereka untuk diangkat ke Majlis Tertinggi NDP pusat.

Kedudukan ini menimbulkan spekulasi kemungkinan 7 kerusi ini akan dipertandingkan semula di Kongres Agung Pertama NDP pada 30 April ini sekiranya ada salah seorang yang telah dipilih sama ada menarik diri atau dapat diluluskan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah yang bertanggungjawab menapis kelayakkan 7 calun-calun yang terpilih.

Apa yang memeranjatkan ramai ahli-ahli NDP pagi tadi ialah kemenangan beberapa muka baru dalam NDP seperti Major (B) Major Haji Mohd Jaafar dan juga Pengiran Haji Badaruddin.

Major (B) Haji Mohd Jaafar merupakan bekas pegawai kanan tentera yang telah bersara dan memeggang jawatan terakhir sebelum bersara selaku Pegawai Penyelaras Com Sen Alfa Istana Nurul Iman.

Pengiran Haji Badaruddin pula, juga merupakan seorang pegawai kanan kerajaan yang telah bersara. Beliau pernah memeggang jawatan Ketua Agama dan Pendidikan di Majlis Belia Brunei, Ketua Pentadbir di Pusat Dakwah dan Pegawai Perkembangan Agama di Pusat Dakwah Islamiah. Beliau juga pernah menjadi Pemangku Kadhi di Tutong, Belait dan Temburong.

Sementara itu keseluruhan pengundi yang hadir juga sebulat suara bersetuju untuk menetapkan Ayahnda Yasin Affandy selaku Presiden NDP bagi 3 tahun penggal pertama ini dan sdra Mahmud Morshidi Othman pula dikekalkan selaku Timbalan Presiden NDP. Mereka juga sebulat suara memilih Tuan Haji Omar Haji Tamin, Naib Presiden penaja NDP Brunei Muara selaku Naib Presiden NDP Brunei Muara.

Saingan hebat pula dijangkakan bagi merebut kerusi Ketua Himpunan Wanita dan Ketua Himpunan Pemuda.

Ahli-ahli NDP Brunei-Muara pagi tadi telah mencalunkan Dayang Hajjah Kertini OKPSD Abang Abu Hanifah dari daerah Belait untuk mencabar Dayang Hajjah Saemah, juga wakil dari Daerah Belait yang pada masa ini memeggang jawatan Ketua Himpunan Wanita penaja.
Hajjah Saemah juga dicabar oleh Dayang Hajjah Sauyah Mahmud wakil dari Tutong yang telah dicalunkan untuk merebut kerusi Ketua Himpunan Wanita.

Ini bererti ada 3 calun yang akan bertanding bagi jawatan Ketua Himpunan Wanita di Kongres Agung Pertama Himpunan Wanita yang akan berlangsung pada 29 hb April ini.

Pertandingan bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda pula juga dijangkakan hebat memandangkan pada masa in sudah ada 3 pencalunan bagi jawatan tersebut berikutan langkah ahli-ahli Pemuda NDP Brunei Muara mencalunkan 2 perwakilan mereka pagi tadi.

Mereka yang dicalunkan ialah Awang Puspa bin Haji Mohammad dan Awang Zol Hamjah Abdul Hamid. Tapi nasib tidak menyebelahi Awang Puspa pagi tadi apabila beliau kalah satu undi sokongan kepada Awang Zol Hamzah.

Ini bererti Awang Zol Hamzah berjaya dicalunkan untuk bertanding di Kongres Agung Pertama Himpunan Pemuda NDP nanti menyaingi 2 yang lain iaitu Abi Hurairah dari daerah Tutong dan Awang Shafiee dari daerah Temburong.

Thursday, April 13, 2006

Ramai Ahli NDP Mengalami Demam Demokrasi


Dari kiri, Ahmad Timpus Naib Presiden NDP Temburong, Ibrahim Jumat ahli MT NDP Pusat (Temburong), Serudin Pungut, calun Ketua Hal Ehwal Non Muslim dan Ayahnda Yasn Affandy Presiden penaja NDP

Haji Ibrahim Jumat gembira dicalunkan oleh penyokong beliau dari Temburong selaku ahli Majlis Tertingg NDP Pusat



LIMBARUH HIJAU 13 HB APRIL 2006: ‘Demam’ demokrasi yang telah merebak dalam Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sejak pengumuman pilihan raya bagi mengisi 28 kerusi di Majlis Tertinggi NDP yang dibuat pertengahan bulan Mac lalu kini menjangkiti ahli-ahli Daerah Brunei Muara dan Belait.

Ahli-ahli NDP Daerah Temburong dan Tutong sudah dijangkiti selsema demokrasi ini pada 2 hb April di Temburong dan pada 9 hb April di Tutong.

Radang demokrasi yang mereka alami sudah mula reda bila saja Perhimpunan Agung Pertama yang berlangsung di daerah masing-masing bagi pemilihan perwakilan mereka untuk duduk di Majlis Tertinggi NDP selesai.

Kini edaran ahli-ahli NDP di Daerah Brunei Muara dan Belait pula akan mengadakan Perhimpunan Agung Pertama. NDP Daerah Brunei Muara akan mengadakan perhimpunan agung pertama besok manakala Belait pula pada hari Sabtu ini.

Perhimpunan Agung Pertama NDP Brunei Muara akan diadakan di perkarangan Ibu Pejabat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.

Di Belait pula, Perhimpunan Agung Pertama peringkat daerah akan diadakan di No 50 A Lot 3558 Jalan Sultan, perkarangan rumah salah seorang ahli NDP yang sudi meminjamkan kawasan rumah nya untuk NDP mengadakan acara penting ini.

Rancangan awal perhimpunan agung hendak diadakan di Dewan Serbaguna Kampong Pandan Kuala Belait yang dibawah kawalan Pejabat Kemajuan Perumahan. Akan tetapi rancangan ini terpaksa dibatalkan memandangkan masa terlalu singkat bagi pihak-pihak tertentu dalam kerajaan membuat keputusan sama ada NDP dibolehkan menggunakan ‘kemudahan awam’ ini bagi acara perhimpunan agung tersebut.

Walau bagaimanapun itu tidak menjadi masalah kepada NDP yang harus mengadakan perhimpunan agung bagi pemilihan ahli-ahli jawatankuasa Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden berdasarkan perlembagaan parti yang telah diluluskan oleh pihak keajaan sendiri melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Suasana Perhimpunan Agung NDP Tutong. Semua angkat tangan memberikan sokongan penuh atas pencalunan Ayahnda Yasin Affandy dan sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Presiden dan Timbalan Presiden.

Ahli-ahli yang hadir menyaksikan penamaan calun dan pengundian sedang dijalankan di Perhimpunan Agung NDP Tutong
Buat masa ini 28 kerusi Majlis Tertinggi NDP belum sepenuhnya diisikan dan jawatan-jawatan yang dipegang oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi pada masa ini pula hanya berupa sementara dan melalui perlantikan bukannya pilihan ahli-ahli.

Dalam erti kata lain, ahli-ahli pro tem yang bertanggungjawab menubuhkan NDP wajiblah kembali kepada peti undi untuk mendapatkan sokongan yang kuat dan mandat dari ahli-ahli untuk bersuara dan mewakili mereka melalui NDP.

Ini memandangkan jumlah keahlian NDP semakin meningkat sejak ianya berdaftar secara sah selaku pertubuhan politik pada 31 Ogos tahun lepas dan selaras dengan kewujudannya selaku parti politik kepunyaan rakyat yang mengamalkan sistem demokrasi berteraskan Melayu Islam Beraja.

Maka adalah wajar bagi ahli-ahli pro tem menyerahkan NDP kepada ahli-ahli untuk memutuskan secara demokratik melalui peti undi (ballot box) siapakah yang layak diberiakn mandat untuk menerajui NDP bagi tempoh 3 tahun penggal pertama ini.

Sejauh ini, ahli-ahli NDP Temburong dan Tutong sebulat suara menyokong cadangan untuk menetapkan Ayahnda Yasin Affandy dalam jawatan Presiden dan sdra Mahmud Moshidi Othman pula dalam jawatan Timbalan Presiden.

Ahli-ahli NDP Temburong juga sepakat memilih Awang Ahmad Timpus selaku Naib Presiden mereka manakala, Awang Ibrahim Haji Jumat bekas Naib Presiden penaja dan Awang Haji Ibrahim Abdullah untuk mewakili mereka di Majlis Tertinggi NDP pusat. Temburong telah diberiakn 2 kerusi di Majlis Tertinggi NDP pusat.

Di Tutong pula majoriti ahli-ahli NDP Tutong memilih Tuan Haji Hanafi Haji Daud untuk menjadi Naib Presiden mereka bagi tempoh 3 tahun akan datang ini. Kedudukan Tuan Haji Hanafi pada mulanya telah dicabar oleh Major (B) Haji Adnan Datu Hulubalang Haji Abdul Wahab akan tetapi beliau hanya berjaya meraih 20 peratus dari jumlah yang dikutip.

Ahli-ahli NDP Tutong juga sebulat suara menamakan Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, Haji Shamsudin, Haji Khalid Haji Ghazali dan Major (B) Haji Daud Haji Jamil untuk mengisikan 4 kerusi di Majlis Tertinggi yang telah disediakan untuk NDP Tutong.

Apa yang sekarang jelas menjadi saingan hebat ialah kerusi-kerusi bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda yang masa ini dipegang oleh Awang Aji Omar Ali dari Daerah Belait dan Ketua Himpunan Wanita yang dipegang oleh Hajjah Saemah Kepli juga dari Daerah Belait.

Sejauh ini Aji Omar Ali dicabar oleh perwakilan dari Temburong iaitu Awang Shafiee Haji Simpul dan juga oleh Awang Abi Hurairah dari Tutong. Ahli-ahli NDP Tutong juga mempertaruhkan wakil mereka Dayang Sauyah Haji Mahmud untuk bertanding bagi merebut kerusi Ketua Himpunan Wanita dari Hajjah Saemah.

Jawatan Ketua Hal Ehwal Non Muslims yang pada masa ini dipegang oleh Awang Serudin bin Pungut nampaknya tidak digugat oleh mana-mana pencabar dari Temburong mahupun Tutong.

Jika NDP Daerah Brunei Muara dan Belait tidak menamakan calun-calun bagi jawatan ini, Awang Serudin mempunyai harapan untuk menang tanpa bertanding nanti di Kongres Agung Pertama bagi Perhimpunan Hal Ehwal Non Muslim NDP pada 29 hb April ini.

Perkara ini akan lebih jelas lagi besok apabila NDP Brunei Muara mengadakan Perhimpunan Agung Pertama di Limbaruh Hijau Jerudong.

Apa yang jelas dan dari maklumat terkini yang diterima ahli-ahli NDP Brunei Muara besok akan menumpukan sepenuh perhatian kepada saingan hebat antara hampir 20 orang yang dijangkakan akan dicalunkan untuk merebut 8 kerusi di Majlis Tertinggi yang telah disediakan untuk NDP Brunei Muara.

Jawatan Naib Presiden bagi NDP Brunei Muara pada masa ini dipegang oleh Tuan Haji Omar dan Setakat ini belum jelas jika kedudukan beliau akan dicabar oleh mana-mana pihak dalam NDP Brunei Muara.

Ahli-ahli NDP Belait juga dimaklumi pada masa ini sedang sibuk membuat persediaan bagi Perhimpunan Agung Pertama NDP Belait yang telah dijadualkan akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Pada masa ini jawatan Naib Presiden NDP Belait dipegang oleh Awang Sulaiman Metrasad dan djangkakan beliau akan menghadapai saingan hebat dari salah seorang ahli yang telah dicalunkan untuk mencabar beliau.

Juga sedang menjadi rebutan ialah 6 kerusi di Majlis Tertinggi yang disediakan bagi NDP Belait. Difahami pada masa ini 11 orang ahli NDP Belait telah dikenalpasti akan dicalunkan untuk merebut 6 kerusi itu.

Keputusan terletak ditangan ahli-ahli NDP dan kebijaksanaan mereka dalam mencalunkan dan memilih perwakilan mereka akan jelas nanti apabila calun-calun mereka terpilih.



Menjadikan Brunei Negara Tanpa Penerima Zakat


KHALIFAH Umar Abdul Aziz disepakati layak disamakan dengan empat Khalifah ar Rasyidin iaitu Abu Bakar as Siddiq, Umar al Khatab, Uthman ibni Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib. Beliau boleh dijadikan contoh dan model bagi pentadbiran dan pimpinan semua masyarakat dan zaman.

Khilafah nya tidak lama. Sekitar dua tahun sahaja. Tetapi keadilannya berjaya mewujudkan satu contoh keadilan sosial yang sangat menakjubkan sepanjang sejarah. Belum ada selepasnya hingga hari ini dapat menyaingi keadilan sosial yang diperkenalkannya.

Orang-orang kaya di zamannya tidak menemui orang-orang yang layak dan sedia menerima zakat. Sekalian rakyat dan penduduk di bawah empayar Islam itu mempunyai pendapatan yang secukupnya dan masing-masing berharta. Justeru itu mereka tidak layak menerima zakat.

Pendidikan atau tarbiyah yang beliau wujudkan di dalam negara telah menjurus orang ramai menolak pemberian zakat disebabkan mereka mengetahui mereka mempunyai kecukupan, tidak layak lagi menerima zakat, malah sebaliknya, selayaknya pula merekalah yang mengeluarkan zakat. Inilah natijah keadilan sosial yang dipraktiskan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz. Inilah suatu contoh yang mesti diteladani oleh kita semua. Dan.....

Inilah natijah keadilan sosial yang di visikan oleh Partai Pembangunan Bangsa (NDP) untuk dinikmati oleh penduduk Brunei Darussalam dan rakyatnya yang berada di dalam dan di luar negeri dalam waktu yang paling dekat.

Brunei mempunyai semua potensi yang membolehkannya merancang dan bekerja ke arah mewujudkan masyarakat Brunei tanpa orang yang layak dan bersedia menerima zakat kerana kemiskinan.

Kekayaan alam semula jadi – di darat dan di perairan – merupakan satu kekuatan bagi Brunei menjadi negara berkeupayaan dari segi kewangan dan tenaga, yang jika penggunaannya dirancang dan diurus dengan baik, Insyaallah akan boleh melahirkan rakyat dan bangsa Melayu Brunei yang aman makmur tanpa seorang pun yang layak menerima zakat kerana kemiskinan.

Sekali ia gagah dari segi kewangan, cekap dari segi pengurusan, telus dalam pentadbiran dan mempunyai sumber tenaga berkualiti, maka ia dengan sendirinya meletakkan negara ke aras yang kuat, gagah dan perkasa pada kaca mata manusia. Inilah di antara beberapa asas penting yang mesti ada pada kita demi mengekalkan keutuhan serta kemerdekaan negara dan bangsa yang dinikmati sejak tahun 1983 dulu.

Soalnya sekarang, adakah rakyat Brunei sudah disediakan dengan program-program konkrit untuk menyambut rancangan dan cita-cita menjadikan masyarakat tanpa penerima zakat seperti yang wujud dalam empayar Islam di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz dulu?

Brunei sebuah negara kaya tetapi rakyatnya masih ramai yang miskin. Yang sedihnya, majoriti yang dikategorikan miskin pula adalah kalangan rakyat beragama Islam. Negara kita tidak akan berupaya untuk menjadi bangsa dan negara yang kuat jika keadaan terus begitu. Brunei Darussalam yang kaya raya dengan penduduknya yang sedikit ini mesti bergerak dan digerakkan kearah sebuah masyarakat tanpa penerima zakat dan fitrah kerana miskin tanpa bertangguh lagi.

Apa yang hendak kita lakukan esok hari hendaklah kita lakukan hari ini dan apa yang hendak kita lakukan hari ini hendaklah kita lakukan sekarang!.

Justeru itu motivasi dan pendidikan berteraskan Islam seperti yang dilaksanakan di zaman Umar Abdul Aziz boleh dijadikan iktibar untuk memacu rakyat Brunei menjadi umat yang lasak yang mampu melakukan apa jua pekerjaan, perkhidmatan dan amal ibadat. Pimpinan dan rakyat pula janganlah hendaknya meletakkan sebarang halangan interaksi diantara kedua institusi ini malah seharusnya seiring dan sejalan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang juga menjadi hasrat Kebawah DYMM.

Rakyat Brunei hendaklah terus menerus dirangsang, dididik dan dibantu agar mereka bersedia menyambut apa saja yang dirancang oleh Kerajaan yang membolehkan mereka memperolehi pendapatan yang lebih. Tanggunggjawab Kerajaan dan mereka yang berkeupayaan pula ialah membantu usaha semua pihak untuk membebaskan diri dan masyarakat dari kemiskinan sehingga tiada seorang pun penerima zakat kerana kemiskinan, sebaliknya pendapatan zakat fitrah itu boleh dimanfaatkan untuk keperluan asnab yang lain.

Sebagai sebuah organisasi politik, NDP tentunya tidak mahu memencilkan diri dalam sebarang usaha yang berkebajikan seperti ini sesuai dengan ikrarnya yang digarapkan di dalam salah satu Misinya iaitu untuk “menyokong dan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan zuriat Baginda membangunkan Negara Brunei Darussalam dalam semua sektor, termasuk ekonomi, sosial, budaya dan pendidikan, sehingga menjadi dan berterusan berkekalan sebagai sebuah negara Melayu Islam yang progresif, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain dan negara yang merdeka di arena antarabangsa”.

Mungkin kita tidak dapat menyamakan ketaqwaan dan mutu kemanusiaan orang zaman ini dengan umat zaman Umar Abdul Aziz, tetapi mempelajari dan mencontohi apa yang diamalkannya, Insyaallah mudah-mudahan akan dapat memberi inspirasi dan barakah yang sama dengan apa yang dicapainya. Satu-satunya kekuatan yang ada pada kita ialah niat dan azam yang ikhlas untuk merealisasikan visi kita ke arah negara Brunei yang aman dan makmur yang mendapat keampunan Allah SWT. Maka dengan itu, anggota-anggota NDP hendaklah menjaga satu-satunya “kekuatan” yang kita pegang itu dengan rapi.

Tuesday, April 11, 2006

Ahli-Ahli NDP Turun Padang Memperingati Hari Kelahiran Rasullullah

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam diacara sambutan Maulidur Rasul pagi tadi (Gambar ehsan infofoto Jabatan Penerangan)



KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan mengepalai perbarisan raksaksaksa

BANDAR SERIBEGAWAN 11 HB APRIL 2006: Ahli-ahli NDP seluruh negara turun padang pagi tadi untuk menyertai umat Islam di negara ini merayakan hari ulang tahun kelahiran junjungan besar kita kekasih Allah Nabi Muhammad s.a.w.

Di Brunei-Muara lebih 50 orang ahli-ahli NDP termasuk sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP ikut serta dalam perbarisan raksasksa oleh lebih 15,000 orang peserta menggelilinggi ibu kota dikepalai oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Bersama baginda ialah Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Haji Al Muhtadee Billah dan kerabat-kerabat Di-Raja yang lain serta menteri-menteri kabinet dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

DYTM Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah bersama DYTM Pengiran Perdana Wazir semasa acara sambutan MaulidurRaslul di Taman Sir Muda Omar Ali Saifuddien


Juga ikut serta bersama baginda Sultan ialah anak-anak baginda. Dari kiri YTM Pengiran Muda Abdul Maten, YTM Pengiran Muda Abdul Malek dan YTM Pengiran Muda Abdul Azim (Gambar ehsan Infofoto, Jabatan Penerangan)
Diacara pagi tadi kumpulan NDP yang di ketua oleh Pengiran Shahminan tidak ketinggalan diperkenalkan Kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan ketika baginda turun padng untuk menemi ketua-ketua perbarisan sebelum mengepalai perbarisan raksasksa yang bermula dari Taman Haji Sir Muda Omar Ali Saifuddien.

Perbarisan sejauh 8 kilometer itu melalui Jalan Stoney, Jalan Tutong, Jalan Dato Hj Basir, Jalan Kumpang Pasang, Jln Sekolah, Jalan Kebangsaan Lama, Jalan Tasek Lama, Jalan Residency, Jalan Mc Arthur dan Jalan Sultan sebelum diakhiri di Taman Sir Muda Omar Ali Sifuddien.

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan beramah mesra bersama ketua-ketua kumpulan dan juga peserta-pesrta (Gambar ehsan infofoto Jabatan Penerangan)

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan megepalai pebarisan Maulidur Rasul (Gambar ehsan infofoto Jabatan Penerangan)
Sementara itu di Belait pula hampir 50 orang ahli-ahli NDP yang diketuai oleh Tuan Haji Yunus Haji Suhaili juga ikut turun padang bersama hampir 10,000 peserta yang lain merayakan hari kebesaran ulang tahun kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.


Tuan Haji Yunus selaku ketua perbarisan Maulidur Rasul bagi NDP menerima sijil penghargaan dari Tetamu Kehormat Pengiran Dato Haji Mohammad, Timbalan Menteri Pendidikan
Hampir 50 orang ahli NDP dari Belait ikut serta perarisan Maulidur Rasul
Perbarisan Maulidur Rasul di Kuala Belait bermula dari padang kecil Bandaran Kuala Belait dan mengelilingi pusat Bandar Kuala Belait sebelum diakhiri dipadang yang sama.

Perbarisan Mauidur Rasul di Kuala Belait di ketuai oleh Pengiran Dato Haji Mohamad, Timbalan Menteri Pendidikan.

Tema Maulidur Rasul tahun ini ialah Menghayati Islam Dalam Usaha Memperkasa Bangsa

Naib Presiden NDP Belait menjelaskan sesuatu kepada beberapa orang ahli NDP yangikut serta majlis sambutan Maulidur Rasul di Padang Kecil Bandaran Kuala Belait

Anak NDP sedang membetulkan badge NDP ayanya

Di Daerah Tutong Ahli-ahli NDP Tutong juga tidak ketinggalan untuk ikut serta perbarisan Maulidur Rasul. Hampir 40 orang ahli-ahli NDP tuun padang untuk ikut serta di perbarisan itu. Juga turut hadir ialah Tuan Haji Hanafi Haji Daud Naib Presiden NDP Tutong dan Tuan Haji Talifudin, Ketua Biro Hal Ehwal Ugama NDP.
Tetamu kehormat di Majlis Sambutan Maulidur Rasul ialah Dato Haji Yusuf Haji Abdul Hamid.
Kumpulan NDP Tutong diketuai oleh Haji Abang bin Rani.

Monday, April 10, 2006

NDP Reaching New Height In Introducing Democracy Among Members





From left: Hajjah Sauyah Mahmud, candidate for Head of Women Assemblage, Abi Hurairah, candidate for Head of Youths Assemblage, Serudin Pungut, candidate for Head of Non Muslim Affairs, Major (Rtd.) Haji Daud, nominated as a member of Supreme Council, Haji Aminorashid, nominated as a member of Supreme Council, Haji Hanafi, elected as Vice President of NDP Tutong, Haji Shamsudin, nominated as a member of the Supreme Council and Haji Khalid, nominated as a member of the Supreme Council



Members in Tutong pass with flying colors in democratic test

LIMBARUH HIJAU 10th APRIL 2006: Members of the National Development Party (NDP) in Tutong passed with flying colors when on Sunday they were given the opportunity to exercise their freedom to vote for leaders of their choices to represent them in the party.

This opportunity for them to try for the first time their rights to nominate and vote for those whom they believed could deliver their services well to the members, the party and the nation at large came when NDP Tutong held its first convention on Sunday 9th April.

The NDP Tutong 1st District Level General Assembly was held at Wawasan Hall at Kampong Keriam Tutong. The historic event was officially launched by Haji Awang Antin bin Ahad, an interim member of NDP Supreme Council.

Like at the earlier same event in Temburong last Sunday, the NDP General Assembly in Tutong was also a prelude to NDP 1st National Level Party Congress to be held this coming 29th and 30th April at the Main Hall of PGGMB Building in the capital.

All members of NDP and invited guests who are scheduled to attend the historic event will have the opportunity to witness NDP reaching a new milestone in its efforts to inculcate healthy political culture in the nation, especially in promoting healthy democracy within the frameworks of Malay Islamic Monarchy among its members.

Chairman of Election Committee, Cikgu Haji Abdulrahman Mohd Yusuf briefing voters.

All members unanimously support for the nomination of Yasin Affandy as first President of NDP and sdra Mahmud Morshidi Othman as first Deputy President


The NDP assembly in Tutong saw all members in the district unanimously voting for Yasin Affandy, the interim President of the party to be made the first President of NDP while sdra Mahmud Morshidi Othman, the caretaker NDP Deputy President the first Deputy President of NDP.


Haj Hanafi leads in the race for the vice presidency seat

Women of NDP get their chance to cast their votes at the ballot box
They also gave strong votes of confidence to Haji Hanafi Haji Mohd Daud, the interim Vice President of NDP Tutong District to serve the party as the first NDP Tutong’s Vice President despite being challenged by Major (Rtd) Haji Adnan.

Major (Rtd) Haji Adnan lost in the race for the vice presidency seat by getting only 20 percent of the votes.

Major (Rtd.) Haji Adnan (centre) lost the race for the vice presidency seat.
Meanwhile NDP Tutong members also gave unanimous support for the nomination of Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, the caretaker Secretary General of NDP, Major (Rtd) Haji Daud bin Haji Jamil, Haji Shamsudin and Haji Khalid Haji Ghazali to represent them as members in the Supreme Council.

NDP Tutong is allocated with 4 seats at the Supreme Council, the highest authority in the party.

Another surprise turn of event at the Tutong assembly was the nomination of Dayang Sauyah Haji Mahmud as a candidate from Tutong to race for the post of the Head of Women Assemblage.

They also nominated Abi Hurairah Haji Ghazali to join in the race for the post of the Head of Youths Assemblage at the Supreme Council with another candidate, Awang Shafiee Haji Simpul from Temburong.

The post of the Head of Women Assemblage is now being temporarily held by Dayang Hajjah Saemah Kefli from Belait District while Awang Aji Omar Ali also from Belait is currently the caretaker Head of Youths Assemblage.

However NDP Tutong did not nominate any candidate to challenge Awang Serudin Pungut who is currently the interim Head of Non Muslims Affairs in NDP. The non Muslim members of NDP in Tutong unanimously voted for Awang Serudin to retain his seat as the first Head of Non Muslims Affairs in NDP.

All these three posts are expected to be hotly contested at the upcoming first Congress of the Youths and Women Asemblage as well as the first Congress of the Bureau for Non Muslims Affairs scheduled on 29th April at the Main Hall of PGGMB Building.







Sunday, April 09, 2006

Ahli-Ahli NDP Tutong Buat Pilihan





Semangat Demokrasi Di Beri Laluan Untuk Terus Subur di Tutong

Berbaris untuk mengambil giliran mengundi calun-calun yang telah dinamakan di Perhimpunan Agung Pertama NDP Tutong

Putera-putera NDP Tutong juga diberikan peluang mengundi. Satu peluang keemasan bagi mereka belajar sistem demokrasi sihat dalam pemilihan pemimpin-pemimpin yang akanmemperjuangkan masa depan mereka

Ahli-Ahli wanita NDP Tutong tidak ketinggalan ikut serta mencalunkan dan mengundi wakil-wakil mereka

TUTONG 9 HB APRIL 2006: Perhimpunan Agung Pertama NDP Daerah Tutong berjaya menghidupkan semangat demokrasi sihat bila saja peluang dibuka luas kepada ahli-ahli mengundi calon yang dipilih untuk menjadi pemimpin mereka di peringkat daerah dan wakil-wakil mereka untuk menduduki kerusi-kerusi di Majlis Tertinggi NDP Pusat.

Dalam Perhimpunan Agung itu 80 peratus dari jumlah pengundi yang hadir telah sepakat memilih Tuan Haji Hanafi Haji Mohd Daud selaku Naib Presiden mereka dan hanya 20 peratus yang lain memilih Major (B) Awang Haji Adnan Datu Hulubalang Haji Abdul Wahab yang telah dicalunkan untuk mencabar kedudukan Tuan Haji Hanafi.


Tuan Haji Hanafi mendahului meletak undi dalam kotak undi


Ahli-ahli NDP Daerah Tutong juga sebulat suara memilih Ayahnda Yasin Affandy untuk ditetapkan selaku Presiden NDP dan sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden NDP.


Ahli-ahli NDP Tutong berikan sokongan penuh bagi menetapkan Ayahnda Yasin Affandy selaku Presiden dan sdra Mahmud Morshidi Othman selaku Timbalan Presiden
Mereka juga mencalunkan dan memilih empat perwakilan mereka untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi NDP Pusat.

Mereka yang telah dipilih terdiri dari Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali yang sekarang memeggang jawatan selaku Setiausaha Agung NDP, Major (B) Haji Daud bin Haji Md Jamil, Haji Shamsudin bin Haji Alim dan Haji Khalid bin Haji Ghazali.

Penyokong-penyokong mereka sebulat suara mencalunkan dan memilih mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi.

Barisan calun-calun pemimpin terpilih. Dari kiri: Hajah Sauyah Mahmud, calun Ketua Himpunan Wanita, Awang Haji Abi Hurairah, calun Ketua Himpunan Pemuda, Awang Serudin Pungut, calun Ketua Hal Ehwal Non Muslim, Major (B) Haji Daud, dipilih menjadi Ahli MT NDP, Awang Haji Aminorashid, dipilih menjadi Ahli MT NDP, Tuan Haji Hanafi, dipilih menjadi Naib Presiden NDP Tutong, Awang Haji Shamsudin, dipilih menjad Ahli MT NDP dan Haji Khalid dipilih menjadi Ahli MT NDP

Ahli-ahli NDP juga mempertaruhkan orang mereka, Awang Haji Mohd Abi Hurairah Haji Ghazali untuk bertanding bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda yang pada masa ini dipegang oleh Awang Aji Omar Ali dari Daerah Belait.

Dengan pencalunan Awang Haji Mohd Abi Hurairah ini bererti sudah ada 3 calun bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda dengan mengambil kira calun dari Daerah Temburong iaitu Awang Shafiie Haji Simpul.

Siapa yang akan terpilih akan ditentukan nanti di Perhimpunan Agung Pertama Himpunan Pemuda dan Wanita pada 29b April ini dimana ahli-ahli mereka akan diberiakn peluang memilih melalui peti undi.

Begitu juga hal nya dengan kedudukan Ketua Himpunan Wanita yang sekarang dipegang oleh Hajjah Saemah Kepli. Beliau sekarang dicabar oleh Dayang Hajjah Sauyah binte Mahmud dari Daerah Tutong.

Dayang Hajjah Sauyah telah dicalunkan pagi tadi oleh penyokog-penyokong beliau dari Tutong untuk merebut kerusi Himpunan Wanita di Majlis Tertinggi dari Hajjah Saemah.

Bagi jawatan Ketua Hal Ehwal Non Muslim pula ahli-ahli non Muslim NDP Daerah Tutong sebulat suara mencalunkan Awang Serudin Pungut dari Daerah Temburong untuk tetap dalam jawatan beliau selaku Ketua Hal Ehwal Non Muslim di Majlis Tertinggi NDP.

Sementara itu Major (B) Awang Haji Adnan yang kalah dipertandingan merebut kerusi Naib Presiden NDP Daerah Tutong ketika ditemui pagi tadi meluahkan rasa puas hati beliau dengan cara pengundian dijalankan.


Major (B) Haji Adnan walaupun gagal merebut kerusi Niab Presiden NDP Tutong tapi berpuas hati dengan cara pengundian dijalankan

Haji Aminorashid bersama Major (B) Haji Adnan selesai sahaja pengundian dijalankan. Semangat setiakawan tidak terjejas dalam pemilihan secara demokrasi yang sihat.
“Dalam pertandingan ada kalah menangnya dan saya akur dengan keputusan ahli untuk memilih pihak lawan saya Tuan Haji Hanafi. Saya juga berpuas hati mendapat sokongan sebanyak 20 peratus dari jumlah undian yang dikutip”, jelas Major (B) Haji Adnan

Katanya jumlah undian yang diperolehinya menunjukkan beliau mendapat sokongan dari ahli-ahli walaupun sedikit.

Tuan Haji Hanafi pula dalam ucapannya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan keatas keprecyaan yang diberiakn kepada beliau untuk mewakili NDP Daerah Tutong selaku Naib Presiden bagi tempoh 3 tahun akan datang ini.



Beliau menyifatkan kemenangannya itu adalah kemenangan NDP Daerah Tutong dan ahli-ahli kerana membuat pilihan yang bijak.



Beliau juga meluahkan rasa puas hati beliau atas kejayaan NDP Tutong memberikan peluang bagi sistem demokrasi yang sihat berjalan dengan baiknya dalam pencalunan dan pemilihan perwakilan-pewakilan ke Majlis Tertinggi.

Perhimpunan Agung Pertama NDP Daerah Tutong yang berlangsung di Dewan Wawasan Kampung Keriam telah dirasmikan oleh Tuan Haji Antin bin Ahad selaku tetamu kehormat acara tersebut.

Haji Antin selaku tetamu kehoramt di majlis pelancaran Perhimpunan Agung Pertama NDP Tutong
Beliau dalam ucapannya diawal majlis menyeru kepada ahli-ahli NDP Daerah Tutong untuk membuat pencalunan dan pemilihan dengan bijak dan menekankan sistem pencalunan dan pemilihan secara demokrasi dan syura yang cuba NDP budayakan ini juga merupakan sunnah Rasullulah s.a.w.


Sulaiman Metrasad, Naib Presiden berbincang sesuatu dengan Haji Aminorashid
Beberapa orang ahl dari NDP Pusat juga turut hadir di Perhmpunan Agung Pertama NDP Tutong

Angin Demokrasi Bertiup Ke Arah Tutong Hari Ini


TUTONG 9 APRIL 2006 : Ahli-ahli NDP Daerah Tutong akan berpeluang hari ini menggunakan hak mereka selaku ahli untuk memilih siapa yang layak menjadi pemimpin mereka selaku naib presiden dan juga menerajui kepimpinan NDP di peringkat pusat.

Mereka juga pada hari ini akan berpeluang mencalunkan dan memilih 5 wakil mereka untuk duduk di Majlis Tertinggi NDP pusat selain berpeluang mencalunkan bagi pemilihan Ketua Himpunan Wanita, Ketua Himpunan Pemuda dan Ketua Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim di Kongres Agung Pertama NDP peringkat negara.

Percambahan demokrasi ini akan menjadi kenyataan di Dewan Wawasan Pesaka Kampong Keriam Tutong dimana ahli-ahli NDP Daerah Tutong akan berkumpul di Perhimpunan Agung Pertama NDP Daerah Tutong.

Antara acara yang akan mengambil tempat di Perhimpunan Agung ini ialah pencalunan dan pemilihan bagi jawatan Naib Presiden NDP yang pada masa ini dipegang oleh Tuan Haji Hanafi, salah seorang pelopor NDP.

Gambar dari file Aspirasi-NDP: Tuan Haji Hanafi (dua dari kiri) semasa mempengerusi majlis jerayawara politik di Telesai

Pencalunan bagi jawatan Presiden yang pada masa ini dipegang oleh Ayahnda Yasin Affandy dan Timbalan Presiden yang dipegang masa ini oleh sdra Mahmud Morshidi Othman juga akan mengambil tempat.

Sebilangan ahli difahamakan telah meramalkan Tuan Haji Hanafi akan mempertahankan kedudukannya dan akan bertanding bagi jawatan Naib Presiden NDP Tutong sekiranya ada muka baru yang akan dicalunkan untuk mencabar beliau.

Sebagai mana yang telah berlaku di Temburong minggu lepas, Awang Ibrahim Haji Jumat Naib Presiden pro tem NDP Temburong telah menggundurkan diri dari bertanding untuk mempertahankan jawatannya. Ini telah memberikan laluan kepada Awang Ahmad Haji Timpus untuk dipilih menjadi Naib Presiden NDP Temburong yang baru.

Ahli-Ahli NDP Temburong walau bagai manapun mencalunkan dan memilih Awang Ibrahim Haji Jumat untuk mewakili mereka di Majlis Tertinggi NDP Pusat.

Mereka juga memberikan sokongan penuh kepada Ayahnda Yasin Affandy dan sdra Mahmud Morshidi Othman untuk ditetapkan dalam jawatan mereka masing-masing selaku Presiden dan Timbalan Presiden.

Ahli-ahli NDP Temburong juga mencalunkan wakil mereka Awang Serudin Pungut untuk mempertahankan kedudukan beliau selaku Ketua Hal Ehwal Non-Muslim dan Awang Shafiee Hj Simpul untuk jawatan Ketua Himpunan Pemuda yang pada masa ini dipegang oleh Awang Aji Omarali dari Daerah Belait.

Mereka juga mencalunkan Dayang Hajah Saemah Kepli dari Belait untuk mempertahankan kedudukan beliau selaku Ketua Himpunan Wanita.

Pada pagi ini semua perhatian akan ditumpukan ke Tutong dimana giliran ahli-ahli di daerah ini pula akan mencalunkan bagi pemilihan pemimpin mereka di peringkat daerah dan wakil-wakil yang akan diangkat ke peringkat pusat.

Apa yang masih menjadi tanda tanya sama adaTutong akan mencabar kedudukan Ketua Hal Ehwal Non Muslim, mencalunkan muka baru untuk menyaingi calun Temburong bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda atau mencalunkan wakil mereka untuk merebut jawatan Ketua Himpunan Wanita?

Semua ini akan jelas dalam sedikit masa lagi bila saja Perhimpunan Agung Pertama NDP Tutong bermula.

Saturday, April 08, 2006

NDP Akan Rayakan Maulidur Rasul

LIMARUH HIJAU 8 HB APRIL 2006: Seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan ikut serta bersama umat Islam merayakan hari besar memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Negara Brunei Darussalam akan merayakan hari besar ini pada 11hb April dengan perbarisan raksasksa di Ibu Kota. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama kerabat-kerabat diraja yang lain dijadualkan akan mengepalai perbarisan mengelilingi ibu kota pada hari selasa ini.

Sementara itu NDP juga telah merancang untuk meneruskan perayaan itu dengan acara besar di Ibu Pejabat nya di Limbaruh Hijau pada 16 hb April ini.

Seluruh anggota NDP dan ahli keluarga mereka telah dijemput hadir ke Ibu Pejabat NDP untuk bersama-sama memperingati hari besar itu dengan acara keagamaan sepanjang hari.

Antara Kegiatan yang akan diadakan pada hari itu ialah majlis dzikir dan juga ceramah-ceramah.

Selain dari itu ahli-ahli NDP juga akan dijamu dengan sarapan pagi dan makan tengah hari.

Wanita-wanita NDP yang mahir dalam bidang masak memasak telah ditugaskan untuk memberikan khidmat menyediakan sarapan dan makan tengah hari.

Di fahamakan seekor lembu akan disembelih pada hari itu untuk sajian kepada seluruh anggota NDP yang hadir.

Antara tujuan NDP mengadakan majlis perkumpulan memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w itu ialah untuk memupuk rasa cinta umat islam terhadap Rasullullah s.a.w.

Selain itu NDP juga berharap majlis perkumpulan sempena memperingati hari kelahiran junjungan besar kita itu akan dapat memupuk semangat ukuah islamiah dikalangan ahli-ahli NDP dan semangat kekeluargaan dalam NDP.

Friday, April 07, 2006

KEARAH BRUNEI YANG LEBIH DIGALATI





Kewibawaan KDYMM PadukaSeri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam disegani di rantau ini


DASAR SERANTAU MESTILAH LEBIH MANTAP

SEBAGAI sebuah negara Islam yang menjadi anggota ASEAN, Brunei Darussalam tentunya turut berasa terganggu dan terpanggil apabila ada negara-negara anggota ASEAN yang berhadapan dengan konflik dan pertikaian dalaman Negara mereka termasuk yang melibatkan masalah minoriti umat Islam.

Antara isu yang menggamit kita ialah pertikaian di Aceh Indonesia, konflik antara Kerajaan Filipina dengan Moro Islamic Liberation Front (MILF), Konflik diantara Kerajaan Thailand dengan penduduk Islam di wilayah selatannya, masaalah orang-orang Islam Kempuchea dengan kerajaan mereka, serta masalah hubungan suku Rohinya dengan kerajaan Myanmar.

Semua perkembangan itu tidak lagi menjadi isu domestik bagi setiap negara, tetapi ia telah membabitkan masyarakat antarabangsa.

Dato' Abdullah Ahmad Badawai, Perdana Menteri Malaysia : Malaysia memainkan peranan penting dalam penyelesaian konflik antara Kerajaan Filipina dan MILF
Menyentuh konflik di Acheh, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) merasa bersyukur dan mengucapkan syabas dan tahniah diatas persetujuan damai dan penyelesaian yang dicapai oleh Indonesia dan pejuang Aceh secara perundingan.

Moga-moga apa yang telah disepakati setakat ini dapat menyelesaikan terus konflik yang berlaku sejak sekian lama itu.

Penyelesaian yang dicapai didalam konflik Aceh itu adalah melalui peranan besar yang dimainkan oleh Sweden dengan sokongan masyarakat antara bangsa.


Susilo Bambang Yudhoyono, Presiden Republik Indonesia : Pertikaian Indonesia - Aceh boleh didamaikan.


Yang terkilannya ialah, pertikaian yang melibatkan masyarakat umat Islam di Acheh itu didamaikan oleh masyarakat Eropah yang letaknya ribuan batu jauhnya dari kawasan konflik. Bukankah besar ertinya jika pertikaian Indonesia-Aceh boleh didamaikan oleh masyarakat Islam ASEAN sendiri?

Dalam kes ini kita merasakan bahawa Brunei boleh memainkan peranan yang baik malah sewajarnya boleh dilakukan oleh Negara Brunei Darussalam yang tidak mempunyai apa-apa niat dan kepentingan selain dari memberikan khidmat untuk keamanan dan kesentosaan Asia Tenggara dan penduduknya.

Sementara konflik bersenjata di Selatan Filipina pula, Alhamdulillah, sudah nampak tanda-tanda kearah penyelesaiannya.


Gloria Arroyo Macapagal Presiden Filipina : Rundingan sedang berjalan bagi menyelesaikan pertikaian antara Kerajaan Filipina dengan MILF
Konflik bersenjata yang sudah berlarutan lebih 30 tahun itu telah memakan korban lebih 100,000 nyawa dan menimpakan kesusahan yang amat perit dikalangan penduduk-penduduk yang terlibat.

Rundingan damai antara Kerajaan Filipina dan MILF itu pula ditaja oleh Malaysia dan disokong oleh Brunei dan Libya melalui penglibatan mereka mengirimkan sejumlah pegawai tentera berperanan menjadi pemantau gencatan senjata antara pihak-pihak yang bertikai dibawah program International Monitoring Team (IMT) diketuai oleh Malaysia.

Sebagai sebuah negara merdeka yang bebas dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua negara anggota ASEAN, Brunei Darussalam boleh saja menawarkan jasa baiknya kepada negara-negara yang berdepan dengan konflik khususnya yang melibatkan penduduk umat islam. Kita yakin, paling tidak Brunei boleh sekurang-kurangnya mengendurkan jika pun tidak dapat menyelesaikan sepenuhnya sebarang konflik yang disebutkan.

Kewibawaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang betul-betul diseganai oleh pemimpin-pemimpin rantau ini dan dasar luar Brunei yang benar-benar dilihat sebagai berkecuali itu boleh saja meletakkannya sebagai sebuah negara yang digalati (disegani) oleh semua pihak. Yang demikian itulah anak kunci yang membolihkan ia diterima sebagai pihak yang berkelayakan untuk menjadi orang tengah.

Mungkin banyak faedah yang oleh diraih oleh Negara kita, jika dasar luar Brunei yang berkecuali dan digalati itu tidak meletakkan tanda noktah setakat disitu saja.

Alangkah baik dan bermunafaatnya jika dasar luar yang mantap itu membawa bersamanya pendekatan yang proaktif untuk menunaikan tanggung jawab kejiranan yang pada pandangan Islam suatu yang amat dituntut.

Hari ini kita merasa senang hati melihat rundingan sedang berjalan antara kerajaan Filipina dan MILF bagi menyelesaikan pertikaian yang sudah lama itu.

Kita menaruh harapan kepada peranan yang dimainkan oleh Malaysia yang mengatur pertemuan antara pihak yang bertikai itu agar akhirnya menemui perdamaian yang abadi.

Walau pun peranan Brunei Darussalam yang mempunyai sejarah besar di kawasan yang bertikai itu dilihat agak kecil jika dibandingkan dengan peranan yang di mainkan oleh Malaysia atau Indonesia dan Libya sebelum ini, namun kita percaya masih ada ruang lagi buat Brunei untuk memainkan peranannya bagi menunaikan tanggung jawab sejarah dan kejiranannya yang boleh melonjakkan nama besar Brunei dikacamata dunia antarabangsa.

Brunei boleh saja turut berperanan lebih jauh dengan mengaturkan dan menaja pertemuan-pertemuan dikalangan kumpulan ethnik dan agama diwilayah yang bertikai itu mengenai kebaikan hidup rukun dan berdamai yang akhirnya mungkin boleh menyebabkan mereka menerima formula penyelesaian yang dipersetujui oleh Kerajaan Filipina dan MILF yang sedang diperingkat akhir penyelesaiannya.

Pengertian dan penerimaan semua kumpulan agama dan berpuloh puloh kumpulan ethnik yang datang dari akar umbi terhadap formula penyelesaian konflik diwilayah berkenaan adalah penting untuk keamanan yang berkekalan di wilayah berkenaan.

Keamanan abadi di wilayah berkenaan tentulah menjadi agenda teratas dalam dasar serantau negera.

Oleh kerana Malaysia sudah berperanan begitu baik membawa kedua pihak berunding, maka sewajarnyalah kita memberikan sokongan penuh kepada inisiatif damai itu.

Tetapi kalau Malaysia tidak mengambil inisiatif itu, maka Brunei sepatutnya lebih awal mengambil langkah proaktif yang munasabah bagi mendamaikan kedua pihak.

NDP tidak berhajat untuk campur tangan dalam urusan domestik negara-negara ASEAN, tetapi dalam masa yang sama kita tidak mahu negara-negara sahabat berkekalan dilanda kesusahan akibat konflik dan perang saudara lebib-lebih lagi yang melibatkan hidup mati umat islam. Matlamat kita ialah untuk seboleh-bolehnya membantu menyelesaiakan sebarang konflik dan pertikaian dimana jua setakat yang kita mampu demi keaman dan keharmonian sesuai dengan gagsan perjuangan NDP kearah masyarakat sejagat yang aman makmur.

Harapan kitaialah ialah ingin melihat mereka hidup rukun dan damai serta aman dan makmur, dengan penuh kesetiaan membangunkan masyarakat dan negara di mana mereka berada. Dengan suasana tenang dan selesa itu, kita berharap mereka mendapat keadilan sosial yang setimpal dari demokrasi dan keamanan yang wujud di negara masing-masing itu.

Atas kepentingan inilah NDP akan sentiasa menyokong setiap usaha Kerajaan Kebawah DYMM kearah meningkatkan daya diplomasi Negara Brunei Darussalam yang tinggi, berperanan menangani sebarang konflik khususnya yang melibatkan umat Islam di negara-negara tetangga dan serantau, supaya ia tidak melarat menjadi pertikaian antarabangsa dan supaya kita ada peranan dalam ASEAN yang bersatu dan gagah.

Dalam konteks yang lain, NDP sedar bahawa letak kekuatan Brunei Darussalam sebagai sebuah negara Islam ialah ia mesti dilihat sebagai sebuah Negara yang berpengaruh dan disegani didalam suasana ASEAN, tidak bermasalah dengan umat Islam di negara-negara anggotanya.

Pengaruh dan suasana yang dikehendaki itu tidak wujud sendiri tetapi ia suatu yang mesti diusahakan dan Insyaallah ia boleh dicapai jika dasar luar dan dasar keselamatan negara kita lebih proaktif.

Inilah Brunei Darussalam yang diidamkan oleh Parti Pembangunan - NDP.

Thursday, April 06, 2006

Suasana Sibuk Di Ibu Pejabat NDP Menjelang Kongres


Setiausaha Agung NDP, Awang Haji Aminoashid serta ahli-ahli JK yang lain sedang sibuk membuat kerja-kerja persiapan kongres Awang Haji Mat Zin, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP serta ahli-ahli JK dibilekurus setia Kongres Pertama NDP yang lain kelihatan sibuk dengan kerja-kerja persiapan kongres
LIMBARUH HIJAU 5 HB APRIL 2006: Suasana di Ibu Pejabat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) semakin ketara bertambah sibuk kebelakangan ini dengan semakin hampirnya tarikh keramat dimana NDP akan buat pertama kalinya mengadakan Kongres Agung.

NDP yang baru didaftarkan penubuhannya 7 bulan lepas iaitu pada 31 hb Ogos 2005 akan mengadakan Kongres Agung Pertama pada 29 dan 30 hb April ini.

Sebanyak 28 kerusi di Majlis Tertinggi parti akan diisikan oleh calun-calun yang terpilih di Kongres Agung Pertama NDP itu. Ini termasuklah bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Major (B) Haji Adnan, Ketua Biro Organisasi dan Penyelidikan sedang mempengerusikan mesyuarat JK Publisiti dan Promosi Kongres NDP
Awang Haji Juned sibuk menyiapkan kerja-kerja persediaan kongres
Dijangkakan hampir 1000 jemputan termasuk ahli-ahli NDP dan tetamu-tetamu dari luar negara akan menghadiri Kongres Agung Pertama NDP itu.

Kongres Agung akan dimulakan pada 29 hb April bertempat di Dewan Besar Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) dengan acara Kongres Himpunan Pemuda, Kongres Himpunan Wanita dan Kongres Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim.
Suasana sibuk dimarkas NDP menjelangnya kongres agung pertama
Di pusingan awal ini ahli-ahli NDP akan mengundi untuk memilih calon-calon untuk menduduki jawatan Ketua Himpunan Pemuda, Ketua Himpunan Wanita dan Ketua Himpunan Hal Ehwal Non-Muslim

Pada hari berikutnya pula Kongres Agung akan diteruskan dengan pengundian bagi pemilihan Presiden dan Timbalan Presiden.

NDP juga menjadualkan majlis makan malam pada malam 29 April bertempat di Hotel Orchid Garden di Anggrek Desa untuk meraikan tetamu tetamu dan ahli-ahli NDP sempena Kongres Agung Pertama itu.

Sebanyak 13 Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan kelancaran perjalanan Kongres Agung ini dan bilek urus setia juga telah disediakan di Ibu Pejabat bagi memudahkan ahli-ahli jawatankuasa menjalankan tugas-tugas mereka dengan sempurna.

Sementara itu jawatankuasa-jawatankuasa sementara juga ditubuhkan di daerah-daerah untuk melancarkan perjalanan Perhimpunan Agung peringkat daerah.

Pada Ahad lepas NDP Daerah Temburong telah dengan jayanya mengadakan Perhimpunan Agung. Hampir 200 orang jemputan termasuk ahli-ahli dari seluruh negara menghadiri acara penamaan dan pemilihan Naib Presiden dan dua lagi calon untuk diangkat ke Majlis Tertinggi NDP.

Pada Ahad ini pula Daerah Tutong akan mengadakan Perhimpunan Agung untuk menamakan dan memilih Naib Presiden dan juga wakil-wakil untuk diangkat ke Majlis Tertinggi dikiuti oleh NDP Daerah Brunei Muara pada 14 April dan Belait pada 15 April ini.

Tuesday, April 04, 2006

RASUAH BOLEH JEJASKAN VISI, MISI NDP




PERINGATAN YTM PENGIRAN ANAK ISTERI PENGIRAN ANAK SARAH MENGENAI RASUAH WAJIB DIAMBIL BERAT


Bandar Seri Begawan April 4 “Corruption has to be stopped as it is believed to bring about bad effect to the community and national harmony, besides being against the teaching of Islam”-Demikian antara lain sabda Yang teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.

Peringatan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bahawa rasuah itu adalah suatu kejahatan dan perlu dibasmi wajar diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat.

Peringatan dan nasihat YTM itu disabdakan dalam satu majlis pelancaran musim kedua drama KOD 486, sebuah drama Melayu bersiri mengisahkan penentangan terhadap rasuah hujung minggu lalu.

Seruan YTM itu amat bertepatan sekali dengan hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Sultan Dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam yang tidak jemu-jemu menitahkan semua pihak agar sentiasa mengelakkan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membantutkan usaha membangun bangsa dan negara.

Bagi NDP amalan rasuah yang meluas dalam masyarakat boleh menghambat visi parti untuk melihat negara Brunei Darussalam yang aman, makmur dan mendapat keampunan Allah SWT. Justeru itu adalah tanggungjawab sosial NDP untuk sentiasa bersama Baginda dan seluruh jentera Baginda untuk membantu menagani jenayah rasuah dan lain-lain bentuk jenayah di semua peringkat.
.
Rasuah melibatkan pemberi dan penerima, justeru seluruh lapisan masyarakat terutamanya kepada sektor-sektor yang secara langsung berhadapan dengan orang ramai menerima nasihat ikhlas YTM itu secara positif lebih-lebih lagi perbuatan rasuah itu adalah “bertentangan dengan ajaran-ajaran islam” Sabda YTM.

Rasullallah SAW mengingatkan bahawa mereka yang memberi dan menerima rasuah itu kedua-duanya akan dimasukkan kedalam api neraka. Begitulah imbalan rasuah pada hukum Islam.

Maksud hadis di atas adalah bertepatan sekali dengan firman Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran, yang bermaksud : " dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ". (Al-Baqarah : 188)

Dari maksud ayat di atas, Allah SWT menjelaskan kepada kita agar kita jangan memakan harta orang lain dengan jalan yang salah atau batil, termasuk makan harta orang lain dengan cara yang salah iaitu menerima rasuah. Islam mengutuk semua perbuatan jahat termasuk rasuah, menipu, pecah amanah dan mungkir janji atau sebarang sifat negatif yang boleh merosakkan masyarakat.
Kesan dari perbuatan rasuah bukan saja boleh membawa kerosakan kepada si pemberi malah lebih jauh boleh mengeruhkan hubungan dalam masyarakat dan mencacatkan hubungan dengan Allah. Mereka yang melakukan jenayah rasuah akan menerima balasan didunia seperti hilangnya barakah dalam kehidupan di samping akan menerima siksaan yang berat di akhirat kelak.

Rasuah adalah perbuatan menyogok atau memberi kepada orang-orang tertentu dengan tujuan tertentu samada berupa wang, barang hadiah atau manfaat sebagai ganjaran balasan terhadap sesuatu hajat atau keinginan yang akan dan telah di tunaikan dengan cara yang tidak sebenarnya.

Dalam satu hadis yang lain diriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w. mengirim seorang utusan untuk mengumpul zakat dari satu kabilah, tetapi setelah utusan itu mengadap nabi, sebahagian barang yang dibawanya itu dipegang dan dia berkata kepada nabi s.a.w., " ini untukmu dan ini pula untuk saya yang diberikan oleh pembayar zakat, sebagai hadiah kepada saya,' mendengar ucapan itu nabi s.a.w. marah seraya bersabda, " mengapa tidak sahaja kamu tinggal di rumah bersama dua ibu-bapa kamu sehingga hadiah itu sampai kepadamu, sekiranya kamu orang yang jujur ". Itu bererti penipuan.'

Amalan ini bukanlah fenomena baru. Ia wujud dalam semua masyarakat, dan telah berumur beribu tahun lamannya sejak zaman Jahiliyah lagi. Sejarah menunjukkan bahawa amalan rasuah ini adalah warisan turun-temurun yang berhubung kait dengan unsur-unsur mementingkan diri sendiri, tamak haloba dan gelojoh terhadap kemewahan dunia.

Perbuatan rasuah juga adalah jenayah terkutuk yang bukan sahaja satu kesalahan besar di sisi undang-undang negara, malah dilarang keras dan di kategorikan di dalam Islam sebagai amalan dosa besar kerana membabitkan unsur kezaliman dan penindasan serta mengambil hak orang lain.

Dari segi psychology, pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka. Secara tidak disedari mereka akan hidup dalam keresahan dan menganggap orang lain sebagai musuh yang ingin membongkar kesalahan mereka.

Kehidupan pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan dan tekanan jiwa. Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima bala’ disebabkan Allah SWT telah mencabut sebahagian kebarkahan darinya.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan hal ini dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bermaksud " bakal datang kepada manusia satu masa, orang tidak lagi peduli terhadap apa yang diambilnya, apakah ini halal atau haram “

Pada akhir zaman ini kebanyakan manusia tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan benda itu menguntungkan mereka. Kebanyakan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat penting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.


Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Sedangkan banyak lagi bidang rezeki yang halal di atas muka bumi ini. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud : " Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat dibumi dan janganlah kamu mengikut jejaklangkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata'.

KAMPUCHEA - KISAH MALANG UMAT ISLAM TERTINDAS



OLEH: HUSSEIN MAA
KEMPUCHEA atau juga dikenali sebagai Kemboja adalah sebuah negara yang kecil dan miskin di Asia, terletak di antara India dan China, di sebuah kawasan yang dipanggil Indochina. Kebanyakan rakyatnya buta huruf dan selama berabad-abad bergantung kepada pertanian untuk meneruskan kehidupan. Tanaman paling penting diwilayah ini ialah padi.
Kanak-kanak Islam di Kampuchea - wajah-wajah yang tidak berdosa ini banyak menaruh cerita nasib malang umat Islam di Kampuchea
Majoriti masyarakatnya terdiri daripada bangsa Khmer, sebuah kumpulan etnik tertua di kawasan tersebut. Terdapat ramai juga minoriti Cina dan Buddha di situ. Umat Islam juga merupakan kumpulan minoriti tersendiri. Umat Islam di Kampucea sedang solat berjemaah
Kebanyakan masyarakat Islam Kemboja tinggal ditebing-tebing sungai, justeru bergantung hidup kepada hasil sungai. Oleh itu, untuk mengenali perkampungan masyarakat Islam ialah dengan melihat terdapat banyaknya bot atau sampan di pinggir-pinggir sungai. Aktiviti ini adalah pekerjaan utama masyarakat Islam dan jarang dilakukan oleh penduduk majoritinya.
Islam datang ke Kemboja melalui jalan laut, dibawa oleh pedagang dan pelayar Islam. Kebanyakan umat Islam di Kemboja berasal dari Thailand, daripada sebuah kerajaan Islam yang dimusnahkan dalam siri peperangan dan keganasan oleh musuh-musuh Islam. Sehingga tahun 1975, masih terdapat kira-kira 75 buah masjid yang bersejarah di negara ini.
Kumpulan masyarakat Khmer Rouge pula adalah sebuah kumpulan komunis yang dibentuk dan dipimpin oleh seorang Maoist yang digelar Pol Pot. Mereka menghabiskan masa bertahun-tahun di dalam hutan Kemboja sambil mengimpikan sebuah kekuasaan, dan akhir­nya pada tahun 1975 ia menjadi kenyataan.
Selepas menawan negara itu, mereka telah menu­buh­kan sebuah rejim yang kejam dan totalitarian (Pent: iaitu sistem peme­rintahan yang memiliki sebuah parti politik sa­haja), yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Rejim Khmer Rouge me­mutuskan, tugas utama mereka adalah untuk bekerja bermati-matian di sawah padi, dan dengan itu memaksa keseluruhan masyarakat di negara tersebut berkerja untuk mereka. Berpuluh-puluh ribu rakyat yang hidup di bandar-bandar - ahli politik, pegawai kerajaan, guru dan golongan intelektual - telah dihantar ke perkampungan dan dipaksa berkerja dalam keadaan yang serba kekurangan.
Sewaktu rejim Khmer Rouge ini ber­kuasa, terdapat usaha-usaha untuk memisahkan umat Islam dari agama mereka sendiri. Ini dapat dilihat apabila rejim tersebut melarang umat islam dan penganut agama-agama lain daripada meng­amalkan sebarang bentuk kegiatan agama yang dianggap sebagai "aktiviti-aktiviti yang menentang kerajaan," dan mereka yang mengingkari arahan boleh dibunuh. Oleh sebab itulah, di antara tahun 1975 dan 1979, kawasan sawah padi telah bertukar menjadi sebuah "padang pembunuhan." Kira-kira 3 juta orang daripada populasi total seramai 9 juta orang telah dibunuh, sama ada ditembak, atau dikapak di kepala, atau dicekik, atau dibiarkan mati kelaparan.
Seperti disemua negara-negara komunis yang lain, polisi kejam yang menindas umat Islam telah diwujudkan. Perang telah diisy­tiharkan ke atas nilai-nilai keagamaan rakyat, dan rejim terbabit telah melakukan kezaliman dalam usaha mereka memalingkan rakyat dari agama yang dianuti. Beratus-ratus ribu umat Islam telah dibunuh. Statistik berikut sudah cukup untuk membuktikannya: Kira-kira 200,000 umat Islam hidup di Kemboja pada hari ini. Sebelum revolusi komunis, angkanya adalah 800,000 orang, iaitu umat Islam mewakili seramai 7 peratus dari keseluruhan populasi. Ysa Osman seorang penulis buku mendakwa 400,000 hingga 500,000 umat Islam terkorban sepanjang empat tahun kezaliman dan pemerintahan kuku besi rejim Pol Pot
Kenyataan ini diperkukuhkan lagi oleh Ysa Osman, seorang penulis buku dari Kemboja yang mendakwa antara 400 000 hingga 500 000 umat Islam terkorban sepanjang empat tahun kezaliman dan pemerintahan kuku besi rejim pengganas Pol Pot.
Pada tahun 1973, masjid-masjid dirobohkan dan solat diharamkan di dalam zon bebas. Tindakan sedemikian menjadi lebih meluas selepas bulan Mei 1975. Al-Quran dikumpulkan dan dibakar, dan masjid-masjid sama ada telah ditukar menjadi bangunan lain atau diranapkan.
Seramai 13 orang pembesar Islam telah dihukum pada bulan Jun, setengahnya kerana pergi bersolat dan tidak menghadiri penyatuan politik, yang lain pula kerana berkempen mendapatkan hak mengadakan majlis perkahwinan keagamaan. Ada lagi yang lebih dahsyat: kira-kira 1000 orang yang pergi mengerjakan haji ke Makkah, hanya 30 orang sahaja yang hidup.
Kira-kira 70 peratus umat Islam yang tinggal di ibu negaranya, Phnom Penh, telah meninggalkan negara ini disebabkan oleh kekejaman rejim Khmer Rouge dan terpaksa mencari perlindungan di negara-negara jiran seperti Thailand, Malaysia dan Laos. Apabila Vietnam menakluk Kemboja pada tahun 1979, kezaliman Khmer Rouge pun berakhir. Namun, penindasan ke atas umat Islam masih juga tidak reda. Kerajaan Vietnam yang disokong oleh Soviet, terus melakukan kekejaman ala Khmer Rouge. Mereka mengenakan polisi yang benar-benar menekan bagi menghapuskan Islam secara total. Beberapa tempat ibadah telah dimusnahkan dan tokoh-tokoh keagamaan telah dibunuh. Kebanyakan dari mereka telah diseksa dengan kejam di dalam penjara dan dijadikan buruh paksa.
Malangnya, sehingga hari ini pun, adalah menjadi satu kesalahan untuk menyebarkan Islam atau untuk berkomunikasi dengan rakyat Kemboja di negara-negara lain. Ibadah secara berjemaah diharamkan. Selain itu mereka juga mengalami masalah pencemaran akidah yang sangat serius. Berbagai-bagai pengaruh telah menyusup masuk di kalangan umat Islam di sana.
Penghapusan etnik terhadap orang Islam semasa rejim Pol Pot itu juga mengakibatkan mereka kekurangan al-Quran, kitab-kitab agama, guru-guru dan imam selain daripada terpinggir dalam pembangunan ekonomi, pendidikan, bangunan sekolah, bangunan masjid dan sebagainya.
Hari ini, berpuluh-puluh ribu ketulan tulang manusia dan tengkorak mangsa bunuh rejim Khmer Rouge dipamerkan di sebuah muzium di Phnom Penh termasuk ratusan ribu tengkorak dan tulang-tulang umat Islam sendiri . Peristiwa di Kemboja telah mendedahkan kepada dunia wajah sebenar kezaliman komunis.

Sumber:
http://www.harunyahya.com/malaysian/buku/kebangkitanislam/#63
Utusan Malaysia
Ensiklopedia Islam Jilid 3

Monday, April 03, 2006

Democracy Pass The Test in NDP Temburong

From Left: Ahmad Timpus, the new Vice President of NDP Temburong, Awang Haji Ibrahim Jumat, the outgoing interim Vice Prsident of Temburong, Awang Serudin Pungut, nominated to contest for the position of the Head of Non-Muslim Affairs and Yasin Affandy, the interim President of NDP.
LIMBARUH HIJAU APRIL 3RD, 2006: Members of the National Development Party (NDP) in Temburong on Sunday got a first hand experience in democracy at their first ever district level General Assembly.

NDP Temburong held the General Assembly for the nomination and election of Vice President and the nomination of 2 other candidates to represent Temburong at NDP Supreme Council.

Members at the assembly voted for Awang Ahmad Haji Timpus to be their Vice President when he was nominated following the decision of Awang Haji Ibrahim Jumat, the pro tem Vice President not to contest his seat.

However members unanimously agreed to nominate Awang Haji Ibrahim Jumat for NDP Temburong seat at the Supreme Council. They also nominated another colleague, Awang Haji Ibrahim Abdullah to contest for a seat at the Supreme Council.

The NDP Temburong General Assembly also saw members nominating Yasin Affandy, the pro tem President and sdra Mahmud Morshidi Othman, the pro tem Deputy President to lead NDP for the next 3 years.

They also voted for the nomination of Awang Serudin Pungut, the pro tem Head of Non-Muslim Affairs to keep his position at the Supreme Council.

NDP Temburong is also eyeing for the seat of the Head of Youths Assemblage at the Supreme Council which is now being held by Awang Aji Omar Ali from Belait while at the same time not contesting for the position of the Head of Women Assemblage which is now being held by Dayang Hajah Saemah Kepli also from Belait District.

Their candidate for the Head of Youths Assemblage is Awang Shafiee Haji Simpul.

With Temburong members now eyeing for the two positions - the Head of Youths Assemblage and the Head of Non-Muslim Affairs - in the Supreme Council, the district stands to gain two additional seats should their candidates win the hotly contested seats.

Chief Guest at the General Assembly, Awang Sulaiman Metrasad, the interim Vice President of NDP Belait
Awang Sulaiman Metrasad, the pro tem Vice President of NDP Belait at the function reminded members to be sincere and honest in nominating and voting for their candidates.

“We should make up our own mind in nominating and voting by taking into account the credibility and meritorious values of the candidates and not purely based on other people’s perception. What we should look for is a leader who could steer NDP towards excellence”, said Awang Sulaiman who was invited as the chief guest at the historic function.

Awang Yasin Affandy, the pro tem President also attended the function that saw nearly 200 members of NDP Temburong including leaders and other members from other district turning up to witness the democracy in the making.

Sunday, April 02, 2006

NDP Catat Sejarah Di Temburong


Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Daerah Belait selaku tetamu Kehormat di Perhimpunan Agung Pertama NDP Daerah Temburong

TEMBURONG 2 HB MAC 2006: MESKIPUN masih agak kecil bilangan ahlinya namun suasana kesepakatan dan kesefahaman di kalangan keahlian NDP Daerah Temburong sungguh membanggakan sesuai dengan matlamat yang dihasratkan oleh partai ini untuk mendidik dan menyemai semangat patrotik, cintakan negara dan kesedaran berpolitik secara aman dalam suasana madani di kalangan rakyat.

Kemuafakatan mereka begitu ketara sekali sehingga terpamir wajah-wajah keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan masing-masing bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Agung pertama dan acara penamaan dan pemilihan calun-calun untuk di bawa ke Kongress Agung NDP yang akan berlangsung pada 29 hingga 30hb April ini.
Awang Ahmad Timpus dipilih bagi jawatan Naib Presiden NDP Daerah Temburong

Awang Haji Ibrahim Haji Jumat mengundur diri tidak bertanding bagi jawatan Naib Presiden NDP Daerah Temburong. Namun beliiau dicalunkan untuk menduduki kerusi di Majlis Tertinggi pusat
Dewan Lun Bawang (Murut) Jalan Batang Duri Temburong mencatatkan sejarah hari ini 2hb April 2006 apabila menyaksikan berlangsungnya Majlis Perhimpunan Agung Perhubungan Daerah Temburong yang pertama di mana hampir 200 orang terdiri daripada ahli-ahli NDP serta penduduk kampung berdekatan memenuhi dewan berkenaan.

Barisan belia-belia yang bakal menjadi pelapis warga hari ini, turut memeriahkan majlis melalui kumpulan-kumpulan pemain hadrah yang mengiringi kedatangan Ayahnda Presiden Yassin Affendy serta tetamu kehormat perhimpunan hari ini Naib Presiden Daerah Belait Awang Sulaiman bin Metarshad.

Sesi penamaan calun sedang berjalan di Perhimpunan Agung Pertama NDP Daerah Temburong

Ketibaan Ayahnda masuk ke perut dewan di iringi oleh Naib Presiden Daerah Temburong Awang Haji Ibrahim bin Jumaat dan timbalannya Awang Ahmad bin Haji Timpus serta Ketua Himpunan Non Muslim Awang Serudin bin Pungut kemudiannya beliau menerima kalungan bunga menandakan penghormatan dan selamat datang daripada barisan HAWA NDP Temburong.

Begitu juga sambutan yang mesra dan penuh penghormatan diberikan kepada tetamu kehormat Awang Sulaiman bin Metarshad Naib Presiden Daerah Belait yang tiba beberapa minit kemudiannya, selain pukulan hadrah mengiringi beliau juga menerima kalungan bunga daripada para wanita di sana.

Dari kiri- Ahmad Timpus, Haji Ibrahim Jumat, Awang Serudin Pungut dan Ayahnda Yasin Affandy

Hadir bersama-sama meraikan Majlis Perhimpunan itu ialah Ketua Himpunan Pemuda Awang Aji bin Omarali dan Ketua Himpunan Wanita Dayang Hajah Sa’emah binti Haji Kepli, serta jawatan-jawatankuasa majlis tertinggi Pusat, Ketua Cabang Kuala Belait, Seria dan juga Sungai Liang serta jawatankuasa-jawatankuasa pencalunan.

Tidak ketinggalan juga barisan-barisan pemuda-pemudi yang belum menjadi ahli NDP seperti tidak mahu melepaskan peluang ingin menyaksikan acara pengundian secara demokrasi melalui sebuah badan Partai di negara ini.
Antara yang hadir di Perhmpunan Agung NDP Daerah Temburong

Beberapa orang belia yang sempat ditemui menyatakan mereka merasa begitu seronok melihat majlis perhimpunan hari ini, sedikit sebanyak membangkitkan perasaan patriotik dan menyaksikan keindahan pencalunan secara demokrasi.

Yang lainnya pula memberitahu, mereka begitu kagum melihat keteguhan semangat peneraju parti ini Ayahnda Yassin Affendy, yang dalam usianya yang sudah lanjut masih mempunyai kekentalan jiwa perjuangan, dan menurut mereka tidak ramai yang mempunyai jiwa sedemikian jika tidak benar-benar menghayati apakah ertinya pengorbanan bagi membangunkan negara dan juga bangsa.

Setelah hampir setahun Parti Pembangunan Bangsa di ketengahkan dan kini sudah semakin menjadi tajuk perbualan sebilangan masyarakat yang menyedari pertubuhannya, ianya sering menjadi sebutan dengan sengkatan NDP baik dalam perbualan di kedai-kedai kopi, di pejabat-pejabat atau di mana-mana saja selain ada yang sudah boleh menerimanya tidak kurang juga masih ada yang takut bercerita tentangnya.

NDP telah begitu rancak penampilannya dalam berbagai kegiatan mendekatkan diri bersama masyarakat di sekelilingnya, penyertaan dalam perbarisan meraikan Hari Kebangsaan ke 22 tahun yang baru lalu, mengadakan Majlis Pelancaran Penubuhannya pada 25hb Mach yang baru lalu, penuh dengan kemeriahan di sambut secara besar-besaran dengan dihadiri sama oleh beberapa orang wakil-wakil kedutaan negara dan para jemputan khas dalam dan luar negara.

Kini NDP mempersiapkan diri lagi untuk mengadakan Kongress Agung Pertama yang akan berlangsung selama dua hari berturut-turut bermula 29hb hingga 30hb April ini dan sekali lagi memilih Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei menjadi lokasi menyaksikan perhimpunan raksaksa bagi penamaan dan pencalunan bakal pemimpin-pemimpin yang akan bertanggungjawap selama tiga tahun menjalankan tugas dengan penuh komitmen, kejujuran, keikhlasan dan kesepaduan yang teguh.

Daerah Temburong telah memulakan acara perhimpunannya bagi penamaan calun wakil daripada daerah itu bagi di bawa ke kongress akan datang, manakala diikuti pula oleh Daerah Tutong yang akan di adakan pada 9hb April, diikuti kemudiannya oleh Daerah Brunei Muara pada 14hb April dan terakhir di Daerah Belait pada 15hb April. HSK

Semangat Demokrasi Bercambah di Perhimpunan Agong Pertama NDP Temburong

  • NDP TEMBURONG SOKONG PENCALONAN AYAHNDA YASIN AFFANDY SELAKU PRESIDEN DAN SDRA MAHMUD MORSHIDI OTHMAN SELAKU TIMBALAN PRESIDEN
  • AHMAD HJ TIMPUS DIPILIH NAIB PRESIDEN TEMBURONG
  • HAJI IBRAHIM HJ JUMAT DICALONKAN SEBAGAI AHLI MT NDP PUSAT
  • HAJI IBRAHIM ABDULLAH DICALONKAN SEBAGAI AHLI MT NDP PUSAT
  • AWANG SHAFIEE HJ SIMPUL DICALONKAN UNTUK BERTANDING JAWATAN KETUA HIMPUNAN PEMUDA
  • HAJAH SAEMAH KEPLI DICALONKAN UNTUK PERTAHANKAN KEDUDUKAN KETUA HIMPUNAN WANITA
  • AWANG SERUDIN PUNGUT DICALONKAN UNTUK PERTAHANKAN JAWATAN KETUA HAL EHWAL NON-MUSLIM
TEMBURONG 2 HB APRIL 2006: Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah sebulat suara memilih Awang Ahmad Haji Timpus selaku Naib Presiden NDP Daerah Temburong menggantikan Awang Haji Ibrahim Haji Jumat yang telah menggundurkan diri dari bertanding bagi jawatan tersebut di Perhimpunan Agong Pertama NDP Daerah Temburong pagi tadi.

Awang Haji Ibrahim Haji Jumat merupakan salah seorang ahli pro tem NDP dan sebelum ini memeggang jawatan Naib Presiden Daerah Temburong.

Walaupun beliau mengundur diri dari bertanding bagi jawatan naib presiden, ahli-ahli NDP Daerah Temburong tetap mencalunkan beliau untuk dikekalkan sebagai ahli mewakili mereka di Majlis Tertinggi NDP pusat.

Ahli-ahli NDP Daerah Temburong juga sebulat suara menyokong pencalonan Ayahnda Yasin Affandy , Presiden NDP (pro tem) untuk ditetapkan dalam jawatan selaku Presiden NDP untuk tempoh 3 tahun dan sdra Mahmud Morshidi Othman ditetapkan dalam jawatan Timbalan Presiden NDP untuk tempoh yang sama.
Mereka juga sebulat suara menyokong pecalonan Awang Serudin bin Pungut untuk ditetapkan selaku Ketua Hal Ehwal Non-Muslim di Majlis Tertinggi NDP dan Awang Haji Ibrahim Abdullah untuk mewakili mereka di Majlis Teringgi NDP pusat.

Temburong juga mencalunkan wakil mereka Awang Shafiee Haji Simpul untuk bertanding bagi jawatan Ketua Himpunan Pemuda yang sekarang dipegang oleh Awang Aji Omar Ali, wakil dari Daerah Belait yang juga merupakan salah seorang ahli pro tem Majlis Tertinggi NDP.

Ahli-ahli NDP Daerah Temburong juga memberikan sokongan yang kuat kepada pencalonan Dayang Hajah Saemah Kepli untuk mempertahankan kedudukannya selaku Ketua Himpunan Wanita di Majlis Tertinggi NDP.

Hampir 200 orang ahli-ahli NDP Temburong termasuk pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP dari daerah-daerah lain hadir di Perhimpunan Agong Pertama NDP di Temburong itu.

Perhimpunan Agong tersebut yang berlangsung di Dewan Lun Bawang (Murut) Jalan Batang Duri Temburong telah menyaksikan ahli-ahli NDP Temburong mempraktikkan sistem demokrasi dan syura dalam penamaan dan pemilihan calon-calon untuk mewakili mereka di Majlis Tertinggi NDP pusat.

Di awal perhimpunan Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP daerah Belait selaku tetamu kehormat diacara yang bersejarah itu mengingatkan ahli-ahli agar bersifat jujur dan ikhlas dalam pemilihan calon-calon untuk mewakili mereka.

Beliau meluahkan harapan agar ahli-ahli tidak membuat keputusan kerana terpengaruh dengan mana-mana pihak atau individu akan tetapi membuat penilaian sendiri secara ikhlas dan jujur akan kualiti kepimpinan calon-calon yang akan diharpakan membawa NDP kearah kecemerlangan.

Sementara itu Awang Haji Ibrahim Haji Jumat yang juga berucap di perhimpunan itu meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan beliau atas keikhlasan Awang Ahmad Haji Timpus membantu beliau selaku Timbalan Naib Presiden selama 7 bulan yang lalu.
Beliau menyeru kepada semua ahli-ahli NDP Temburong supaya akan terus memberikan sokongan kepada Awang Ahmad Timpus yang telah dipilih untuk mejadi Naib Presiden NDP Temburong.

NDP Belait Tubuhkan Jawatankuasa Perhimpunan Agong Peringkat Daerah

BELAIT 2 HB APRIL 2006: Jawatankuasa (JK) Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Belait kemarin menubuhkan jawatankuasa kerja bagi menyelaraskan perhimpunan agong NDP peringkat daerah yang dijadualkan akan berlangsung pada 15 April akan datang ini.
Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Daerah Belait mempengerusikan mesyuarat bagi penubuhan jawantankuasa perhimpunan agong NDP Daerah Belait

Mesyuarat yang bertempat di pejabat sementara NDP Daerah Belait di Kampong Pandan dipengerusikan oleh Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait selaku Ketua Perhubungan NDP Cawangan Belait.
Ketua-ketua cabangNDP Daerah Belait dan ahli-ahli eksekutif yang lain menghadiri mesyuarat

Turut hadir dimesyuarat tersebut ialah ahli-ahli JK Perhuungan yang lain dan ketua-ketua cabang NDP di Daerah Belait serta ahli-ahli Eksekutif Cabang dari Cabang Kuala Belait, Seria dan Sungai Liang.

Mesyuarat membincangkan penubuhan jawatankuasa bagi mengendalikan perhimpunan agong NDP Daerah Belait yang akan diadakan pada 15 April akan datang ini.

Perhimpunan Agong NDP Daerah Belait dijangka akan berlangsung di Dewan Serbaguna Kampong Pandan.

Ahli-ahli NDP Daerah Belait dijangka akan mencalunkan 7 ahli-ahli mereka untuk mewakili mereka di Majlis Tertinggi NDP pusat untuk tempoh 3 tahun. Ini termasuklah pemilihan bagi jawatan Naib Presiden yang buat masa ini dipeganag sementara oleh Awang Sulaiman Metrasad salah seorang ahli penaja NDP yang terlibat dalam penubuhan parti dan perkembangan NDP di Daerah Belait sejak pendaftarannya diluluskan pada 31 Ogos tahun lepas.

Mesyuarat kemarin bersetuju melantik Pengiran Haji Zainal selaku Pengerusi JK Perhimpunan Agong, Malai Hassan Othman, Timbalan Pengerusi, Haji Awang Damit, Setiausaha dan 12 ahli yang lain yang dilantik mengetuai JK kerja bagi kelancaran perjalanan perhimpunan agong peringkat daerah nanti.

Saturday, April 01, 2006

NDP Temurong Adakan Perhimpunan Agong Esok

Hari Bersejarah Bagi Daerah Temburong
TEMBURONG 1 HB APRIL 2006: Jawatankuasa Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Temburong sudah bersedia bagi mengadakan perhimpunan agong esok dimana ahli-ahli NDP di daerah tersebut dijangka akan mencalunkan dan memilih tiga orang dari kalangan mereka untuk mewakili mereka di Majlis Tertinggi NDP pusat.

Antara jawatan yang akan dipertandingkan esok ialah jawatan Naib Presiden yang pada masa ini dipegang oleh Awang Haji Ibrahin Haji Jumat, Naib Presiden penaja bagi Daerah Temburong dan dua lagi jawatan ahli biasa di Majlis Tertinggi.

Ahli-ahli NDP di Daerah Temburong juga dijangka akan mempertahankan kedudukan Ketua Hal Ehwal Non-Muslim yang pada masa ini dipegang oleh Awang Serudin bin Pungut, salah seorang dari ahli mereka.

Perhimpunan agong NDP Daerah Temburong kali pertama itu dijadualkan akan berlangsung di Dewan Persatuan Lun Bawang (Murut) Jalan Batang Duri Temburong bermula jam 8.30 pagi esok.

NDP yang akan mengadakan Kongres Agong Kali Pertama pada 29 dan 30 hb April akan datang ini telah menubuhkan sebanyak 13 jawatankuasa untuk memastikan kelancaran acara yang bersejarah itu dimana ahli-ahli akan berpeluang mempraktikkan sistem demokrasi dan syura dalam pencalunan dan pemilihan ahli Majlis Tertinggi bagi penggal pertama selama 3 tahun bermula bulan Mei ini.

Sebanyak 28 jawatan akan dipertandingkan dan dipilih semasa Kongres tersebut. Ini termasuklah jawatan Presiden yang dipegang pada masa ini oleh Ayahnda Yasin Affandy dan Timbalan Presiden yang dipegang oleh sdra Mahmud Morshidi Othman.

13 jawatankuasa (JK) yang ditubuhkan terdiri dari Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee), Jawatankuasa Kecil 1, 2, 3 dan 4, Jawatankuasa Persiapan dan Kemudahan, Jawatankuasa Usul, Jawatankuasa Penginapan dan Pengangkutan, Jawatankuasa Sajian, Jawatankuasa Keselamatan dan Perubatan, Jawatankuasa Pencetakkan dan Penerbitan, Jawatankuasa Penerangan dan Publisiti, Jawatankuasa Sambutan dan Protokol, Jawatankuasa Pencalonan dan Pengundian, Jawatankuasa Penjaja dan Jawatankuasa Pameran.

Ahli-ahli JK Pemandu terdiri dari Presiden Ayanda Yasin Affandy dan Timbalan Presiden sdra Morshidi sendiri, Awang Haji Umar Tamin, Naib Presiden NDP Brunei-Muara, Awang Sulaiman Metarsad, Naib Presiden NDP Belait, Awang Haji Hanafi Md Daud, Naib Presiden NDP Tutong dan Haji Ibrahim Haji Jumat, Naib Presiden NDP Temburong.

JK tersebut yang bertanggungjawab antara lain memantau perjalanan perjalanan JK kecil, membuat keputusan mengenai kongres dan menapis usul yang diangkat ke Pusat juga dianggotai oleh Awang Aji Omarali, Awang Haji Wahab Tengah, Awang Serudin Pungut dan Dayang Hajah Saemah Kepli.
Pengarah JK Pemandu ini ialah Awang Haji Mat Zin Haji Omar dan Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali selaku Timbalan beliau serta Awang Juned Haji Ramli selaku Setiausaha JK Pemandu dan Awang Haji Majid Haji Hamid bersama Awang Haji Adinin Haji Mylin selaku Timbalan Setiausaha.

Ahli-ahli JK ini pula terdiri dari Pg Haji Abu Bakar Pg Dato Paduka Hj Muhammad, Pg Hamzah Pg Salleh, Awang Haji Yunus Haji Momin, Awang Halim Haji Jumat, Awang Haji Kasim Haji Ahmad dan Awang Zamsahrin Haji Abu Hasrah.

Sementara itu Jawatankuas Kecil 1 yang bertanggungjawab keatas semua keurusetiaan pada dan sebelum perjalanan kongres di ketuai oleh Hajah Kartini binti OKSPDR Abu Hanafiah.

Jawatankuasa Kecil 2 bagi pendaftaran peserta di Kongres Agong dan sokongan logistik juga ditubuhkan dan diketuai oleh Haji Asbinin Haji Mayalin dan Abu Hurairah Haji Ghazali sementara Haji Kahlid Haji Ghazali mempengurusikan Jawatankuasa Kecil 3 yang akan menyediakan laporan kongres dan menyediakan kompilasi resolusi kongres untuk disembahkan kehadapan Majlis Kebawah Dulia Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Juga ditubuhkan ialah Jawatankuasa Kecil 4 bagi menyediakan sukarelawan untuk menjadi pemandu dan juruiring tetamu luar negara semasa kongres itu nanti. JK ini dketuai oleh Major (B) Awag Haji Mohd Daud bin Haji Jamil.

Selain itu JK Persiapan dan Kemudahan juga ditubuhkan yang diketuai oleh Pg Shahminan Pg Haji Ismail dan Awang Haji Muhammad Haji Md Yassin. JK Usul yang bertanggungjawab menerima dan menapis usul-usul yang akan dikemukakan di kongres tersebut juga dibentuk dan diketuai oleh Haji Antin bin Ahad dan Hajah Raeya Ali.

Untuk memastikan keselesaan tetamu luar negeri dan juga ahli-ahli yang datang dari luar daerah tempat Penginapan dan pengangkutan juga disediakan oleh JK Penginapan dan Pengangkutan yang diketuai oleh Awang Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman semenara JK Sajian di ketuai oleh Awang Ahmad bin Haji Timpus dan Dayang Susan Ameerah binti Abdul Aziz.

JK Keselamatan dan Perubatan pula diketuai oleh Major (B) Awang Haji Mohd Daud bin Haji Jamil dan JK Pencetakkan dan Penerbitan diketuai oleh Malai Hassan Othman dan Pg Haji Zainal bin Pg Talip.

NDP juga melantik Awang Mohd Ali Noordin Mohd Zin dan Major (B) Awang Haji Adnan Datu Hulubalang Haji Abdul Wahab selaku ketua bersama JK Penerangan dan Publisiti.

JK Sambutan dan Protokol pula diketuai oleh Awang Haji Matzin bin Haji Salleh bersama Awang Haji Wan Zain Tengku Ali dan JK Pencalonan dan Pengundian diketuai oleh Haji Abdul Rahman Yusuf bersama Awang Haji Shamsudin Haji Ahim.

Juga ditubuhkan ialah JK Penjaja yang dipengersuikan oleh Dayang Siti Khadijah bersama Awang Haji Hamid Haji Nudin sementara JK Pameran dipengerusikan oleh Awang Haji Muhammad Haji Mohd Yasin dan Dayang Hajah Azizah Haji Momin.