"Lita a’rafu, Lita a’ wanu, Arrahman Arrahim”

Friday, March 31, 2006

NDP Bantu Kukuhkan Lagi Hubungan Persahabatan Antara Brunei-Australia

Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP

LIMBARUH HIJAU 31 HB MAC 2006: Pentingnya Australia dan Negara Brunei Darusalam mengekalkan dan memperluskan lagi hubungan dua hala mereka yang baik menjadi isu perbincangan dalam perjumpaan wakil Pesuruhjaya Tinggi Australia dan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kemarin.

Perjumpaan bertempat di Ibu Pejabat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.

Pesuruhjaya Tinggi Australia Puan Yang Terutama Ruth P. Adler ditemani oleh Andreas Clark Setiausaha Ketiga (Politik dan Ekonomi) di Pesuruhjaya Tinggi Australia di Brunei semasa membuat kunjungan muhibbah ke Ibu Pejabat NDP itu.
Sdra Morsidi, Timbalan Presiden NDP berbincang-binang dengan Puan Adler dan Adnreas Clark
Turut hadir bersama Presiden NDP Ayahnda Yasin Affandy diperjumpaan yang berlangsung lebih satu jam itu ialah Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman, Awang Haji Aminorahid Haji Ghazali, Setiausaha Agong NDP dan Malai Hassan Othman , Setiausaha Akhbar Presiden.

Puan Ruth Adler dalam perjumpaan itu meluahkan rasa senangnya berpeluang bertemu dan dapat berkenal-kenalan dengan Presiden dan perwakilan lain NDP sambil berkata perjumpaan itu banyak membantu beliau memahami perkembangan politik di negara ini.
Kunjungan muhibbah Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Limbaruh Hijau
Katanya Australia dan Brunei menikmati hubungan dua hala yang sangat baik dan hubungan ini akan terus diperkukuhkan dan diperluaskan lagi untuk menanainya agar terus berkekalan demikian selama-lamanya.

Beliau juga meluahkan kesediaan pejabatnya di Brunei untuk memberikan khidmat bantuan kepada NDP membuat hubungan persahabatan dengan parti-parti politik dan badan-badan bukan Kerajaan yang lain yang boleh menguatkan lagi hubungan dua hala antara Australia dan Brunei.

Puan Ruth Adler menyentuh perkara ini apabila perbincangan ditumpukan kepada isu kerjasama antara dua negara yang boleh diterokai oleh badan-badan politik dikedua-dua negara seperti kerjasama dibidang pertanian antara petani-petani dan juga isu memulakan persahabatan antara umat Islam dari kedua negara.

Sementara itu Puan Ruth Adler juga mendengarkan penjelasan dari Timbalan Presiden NDP berhubung dengan perkembangan NDP selama 7 bulan yang lalu sejak ianya didaftarkan sebagai sebuah organisasi politik yang sah di Brunei pada 31hb Ogos 2005.

Sdra Morshidi menjelaskan selaku parti politik yang mewakili rakyat akar umbi, isu-isu kemiskinan, perumahan dan keselamatan permakanan adalah antara isu-isu yang telah dikenalpasti dan sedang ditangani oleh NDP dalam usahanya memperjuangkan nasib rakyat dan dalam usahanya membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Banginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan baginda memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terjamin.

Sebagai contoh dalam isu pertanian, katanya, lebih banyak usaha perlu diambil untuk mempercepatkan lagi perkembangan industri pertanian di negara ini terutama sekali umpamanya dalam usaha memodenkan lagi teknik penghasilan sawah padi di negara ini.

Dalam isu kemiskinan pula, tambahnya, tindakan segera perlu diambil untuk mengurangkan kadar kemiskinan dinegara ini dan memerdekakan lebih hampir 25,000 rakyat yang pada sa’at ini hidup bergantung kepada pemberian dari Baitul Mal dan dana kebajikan yang lain.

Tambahnya isu perumahan dimana buat masa ini hampir 40,000 orang masih menunggu untuk mendapatkan rumah sendiri juga akan menjadi satu masalah yang serius jika tidak ditangani dengan baik dari sekaranag.

Sdra Morshidi di sesi prjumpaan itu juga tidak lupa memakulmkan kepada Puan Ruth Adler mengenai Kongres Agong Pertama NDP yang dijadualkan akan berlangsung pada 29 dan 30 hb April akan datang ini.

Beliau menjemput Puan Adler untuk hadir di Kongres Agong NDP itu dimana perkembangan politik di negara ini akan mencatat lagi satu kemajuan dimana ahli-ahli NDP yang sekarang sudah mencecah 1000 orang akan berpeluang mempraktikkan konsep demokrasi dan syura dalam pemilihan pemimpin-pemimpin untuk memprjuangkan kepentingan mereka.

Kongres Agong Pertama NDP akan menyaksikan pemilihan 25 ahli-ahli Majlis Tertinggi NDp termasuklah jawatan Presiden dan Timbalan Presiden yang sementara ini dipegang oleh Ayahnda Yasin Affandy dan sdra Mahmud Morshidi Othman, dua tokoh politik veteran dan berpengalaman.


.



Thursday, March 30, 2006

Australian High Com Visits NDP

LIMBARUH HIJAU 30 HB MAC 2006: The need for Australia and Brunei to expand further their existing good relationships particularly on the area that could promote greater friendship between the two communities was discussed this morning at an informal get together between the Australian High Commissioner to Brunei and the National Development Party (NDP).

Her Excellency Australian High Commissioner to Brunei Ruth P. Adler meets with NDP President Yasin Affandy. Also seen in the picture sdra Morshidi NDP Deputy President, Mr Andreas Clark, the Third Secretary of the Australian High Commission.


Her Excellency Ruth P. Adler was at NDP’s Headquarters at Limbaruh Hijau in Jerudong this morning to make a courtesy call to Awang Yasin Affandy, the President of NDP.

Her Excellency Ruth P. Adler was accompanied by Mr. Andreas Clark, the Third Secretary (Political/Economic) at the Australian High Commission in Brunei.

Also present at the courtesy meeting was sdra. Mahmud Morshidi Othman, the Deputy President of NDP, Awang Haji Aminorashid Haji Ghazali, the Secretary General of NDP and Malai Hassan Othman, the Press Secretary of NDP’s President.

The meeting discussed on various issues of interests to both the Australian High Commissioner and NDP.

From left: Mr. Andres Clark, Third Secretary at Australian High Commission, Awang Haji Aminorashid, NDP Secretary General, Yasin Affandy NDP President, sdra Mahmud Morshidi Othman and Malai Hassan Othman.

Sdra Morshidi at the meeting briefed Her Excellency Ruth Adler on the progress and development of NDP since it inception as a legal political organisation in the country on 31st August 2005.

He also informed the Australian High Commissioner on the upcoming first party’s congress to be held at the end of April this year and extended an invitation to the Her Excellency to witness the first NDP Congress that will see real spirit of democracy in the making in the country.

NDP is scheduled to hold its first national level congress this coming 29th and 30th April where party members would be nominating and electing 25 new members of the party’s Supreme Council. These include the position of the President and Deputy President.

“I am glad to have the opportunity to meet with NDP officials today especially the opportunity to meet with the President and his deputy”, said Her Excellency Ruth Adler adding that she was also pleased to see the NDP is progressing well.

“Australia has a good long standing bilateral relationship with Brunei and both nations are working together to maintain the strong ties and expand it further to other areas that could promote greater cooperation and understanding between the two countries particularly among their people and non-government organisations of the two countries”, said Her Excellency.

Earlier at the meeting, Her Excellency and NDP’s officials discussed on the possibility of her office in Brunei extending assistance in establishing connection between NDP and other non-government organisations in Australia such as farmers association and business bodies for the mutual benefit of both countries and their people.

The meeting also discussed on the need for both countries particularly on people to people level to increase contact and promote greater understanding and cooperation as a way to strengthen further bilateral ties between the two countries.

Wednesday, March 29, 2006

Presiden NDP Yakin Terhadap Kebolehan NDP

Kongres Pertama NDP acara sangat signifikan bagi perkembangan politik negara

LIMBARUH HIJAU 29 HB MAC 2006: Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) hari ini telah meluahkan rasa yakin ahli-ahli NDP boleh menganjurkan acara-acara besar bertaraf serantau dan antarabangsa dengan jayanya.

Ayahnda Yasin Affandy berkata demikian di mesyuarat ketua-ketua jawatankuasa-jawatankuasa yang baru dilantik untuk mengungkayahkan Kongress Pertama NDP yang dijadualkan akan berlangsung di Dewan PGGMB pada penghujung bulan April yang akan datang ini.

Katanya beliau pernah melibatkan diri dalam menganjurkan beberapa kongres besar termasuk yang bertaraf antarabangsa dan yakin ahli-ahli NDP boleh melakukan perkara yang sama malahan dengan lebih baik lagi dari apa yang pernah beliau lakukan di zaman nya.
Ayahnda Yasin Affandy memberikan semangat kepada jawatankuasa penganjur Kongres Pertama NDP

Kongress Pertama NDP akan menyaksikan buat pertama kalinya pencalonan dan pemilihan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Semuanya sebanyak 25 kerusi akan ditandingkan dan mereka-mereka yang terpilih akan menduduki kerusi di Majlis Tertinggi NDP bagi penggal pertama selama 3 tahun.

Sebelum Kongress Pertama NDP berlangsung pada 29 dan berakhir pada 30 hb April ini, NDP diperingkat daerah akan mengadakan Perhimpunan Agong masing-masing dimana pencalonan dan pemilihan bagi 4 jawatan naib presiden dan beberapa kerusi-kerusi di Majlis Tertinggi yang lain mengikut quota yang sudah disediakan juga akan akan diadakan.

NDP telah ditubuhkan dan diluluskan pendaftarannya oleh ROS pada 31hb Ogos 2005 yang lalu. Selama lebih kurang 7 bulan yang lalu ini NDP telah ditadbir oleh ahli-ahli jawatankuasa penaja parti.

Mereka ini yang antara lain terdiri dari Presiden, Timbalan Presiden dan 4 Naib Presiden akan mengosongkan kerusi masing-masing untuk memberikan laluan bagi pencalonan dan pemilihan ahli tetap Majlis Tertinggi NDP.
Ahli-ahli jawatankuasa penganjur Kongres Pertama NDP membincangkan program perjalanan kongres

NDP telah menubuhkan sebanyak 13 jawatankuasa kecil termasuk Jawatankuasa Pemandu (Steering Committee) untuk memastikan perjalanan Perhimpunan Agong NDP di peringkat daerah dan seterusnya perjalanan Kongres Pertama NDP nanti akan berjalan dengan lancarnya.

“Kongres Pertama NDP ini merupakan satu acara yang besar lagi bersejarah bukan sahaja bagi parti malahan bagi perkembangan politik di negara ini” tegas sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP di mesyuarat hari ini sambil mengingatkan ketua-ketua jawatankuasa-jawatankuasa pentingnya memberikan komitmen penuh bagi memastikan kelancaran perjalanan Kongres Pertama NDP nanti.

Ayahnda Yasin Affandy di mesyuarat tersebut mengambil kesempatan mengongsikan pengalaman beliau menganjurkan acara sedemikian diperingkat antarabangsa dan juga pengalaman beliau ikut serta secara aktif dalam 5 Kongres besar.

Katanya pada 1961 beliau mewakili parti politik dari Brunei telah dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Pemandu bagi Kongres negara-negara Afrika Asia yang mana pertubuhan antarabangsa itu sekarang dikenali dengan nama Non-Align Movement (NAM).

Persiapan-persiapan yang diperlukan bagi kongres tersebut bukan sedikit akan tetapi berkat kerjasama dan persefahaman antara anggota-anggota jawatankuasa kongres tersebut berjalan dengan lancarnya.

“Walaupun kita anggota parti politik dan dijemput atas nama partai akan tetapi ketaat setiaan kita tetap kepada negara dan raja kita. Waktu itu saya sebagai ahli jawatankuasa penaja kongres tersebut telah menyuarakan agar bendera Negara Brunei dikibarkan bersama bendera-bendera negara-negara lain bukan nya bendera partai yang telah mereka kibarkan”.

“Apa yang saya ingin kongsikan disini ialah kita sebagai rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam wajiblah sentiasa menunjukkan ketaat setiaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada baginda dan zuriat baginda dimana saja kita berada”, nasihat Ayahnda Yasin Affandy.

Dalam konteks kita mengadakan Kongres Pertama NDP ini, kita mestilah memastikan perjalanan kongres itu nanti akan lancar dan berlangsung dengan cemerlangnya. Perkara ini penting kerana ia akan mengambarkan ime parti dan nama baik negara kita, tegas Ayahnda Presiden.

Juga penting kongres tersebut mestilah dapat mengambarkan ketaat setiaan kita yang tidak berbelah bahagi kepada baginda sultan dan zuriat baginda selaras dengan ikrar kita, visi, misi dan objektif parti seperti yang tertara dalam perlembagaan parti, tambah Ayahnda Yasin Affandy.

Pengarah Kongres Pertama NDP, Awang Haji Md Zin bin Haji Omar selaku Pengerusi mesyuarat sementara itu mengingatkan semua yang hadir hari Kongres Pertama NDP semakin hamper justeru semua yang terlibat hendaklah menjalankan tugas masing-masing seberapa segera agar tidak kesuntukkan waktu.

Direncanakan NDP akan mengundang seramai kurang lebih 50 tetamu-tetamu dari luar negara untuk menghadiri dan menyaksikan Kongres Pertama NDP itu.

PATANI : KEZALMAN YANG MELAMPAU (SIRI ll)

Oleh HUSSEIN MAA

Pembunuhan beramai-ramai hampir 100 penunjuk perasaan di balai polis Tak Bai, Narathiwat (yang jaraknya hanya beberapa km dari sempadan Kelantan, Malaysia) menimbulkan suasana tegang, sekaligus merentap suasana tenang masyarakat Islam yang baru pulih di Selatan Thai itu.

Selain membunuh sembilan orang (tiga darinya di dalam sungai) dalam operasi 25 September 2004, semua tahanan dilucutkan baju, dengan tangan terikat di belakang, dipaksa merangkak di bawah terik mentari, sambil ditendang dan diterajang di kepala, perut, sebelum dihumban ke dalam trak, secara berlapis-lapis, macam menyusun batu-bata.

Seramai 78 tahanan dilaporkan meninggal kerana sesak nafas terhimpit dalam perjalanan ke berek tentera, yang memakan masa enam jam, sejauh 120km. Lebih mendukacitakan dalam keadaan yang terhimpit-himpit dan berlapis-lapis, trak itu dilitupi dengan kanvas yang panas dan membahang. Anehnya, sewaktu tahanan dibebaskan, mereka hanya mengambil masa dua jam untuk jarak perjalanan yang sama. Jelas, mereka merancang untuk melakukan penyeksaan sehingga mati.
Gambar hiasan: Nasib malang tidak henti-henti menimpa umat Islam di Patani
Saksi dan keluarga mangsa memaklumkan sebahagian besar mayat mempunyai kesan tembakan di seluruh tubuh, terutama kepala dan dada. Ada juga yang mati dibelasah dalam tahanan, manakala mereka yang cedera parah terbiar menunggu maut tanpa rawatan. Pelbagai cerita sedih, ngeri dan dahsyat tersebar apabila kebanyakan tahanan dibebaskan, sementara 189 yang lain akan didakwa. Demikianlah nasib sebuah bangsa yang digelar Pattani yang bergelut untuk membebaskan diri dari kezaliman pemerintahannya.

Kezaliman seumpama itu adalah juga suatu kebiasaan dilakukan oleh mana-mana jua penjajah keatas anak-anak jajahan mereka lebih-lebih lagi ia tetap ditimpakan keatas sesiapa saja yang menentang mereka. Walaupun ada manusia yang mendewa-dewakan penjajah itu sebagai baik namun kepada orang-orang yang beriman Penjajah itu tetap jahat!

Tregedi September 2004 itu dikatakan tercetus berikutan bantahan penduduk Islam terhadap penahanan enam guru agama oleh pihak berkuasa dan enam bulan sebelum itu tercetus peristiwa berdarah di Masjid Krisek yang menyaksikan 100 penduduk Islam ditembak mati oleh pihak keselamatan. Kedua-dua peristiwa berdarah itu sehingga kini masih menghantui penduduk islam apatah lagi sehingga kini masih ada mereka yang ditahan dalam peristiwa di Tak Bai tidak diketahui nasib mereka. Peta menunjukkan kedudukan Patani di Selatan Thailand
Penggunaan tentera untuk menangani konflik tersebut secara jelas memperlihatkan niat sebenar kerajaan Thai untuk menghapuskan penduduk Islam di wilayah terbabit. Bagi tentera Thai, menyuraikan demonstrasi dan aksi yang dianggap menentang kerajaan dengan tembakan peluru hidup adalah perkara biasa.

Senario konflik di selatan Thailand memerlukan penyelesaian menyeluruh, termasuk membayar ganti rugi kepada keluarga terbabit samada mereka yang telah dibunuh, terbunuh, ditangkap atau ditahan. Kerajaan Thai hendaklah menyuburkan ruang kebebasan termasuk kebebasan umat islam mengamalkan tuntutan agama, budaya dan bahasa. Dalam masa yang sama perundingan atas dasar saling menghormati, berpegang kepada prinsip keadilan bagi mulihkan keyakinan umat Islam kepada Bangkok, di samping mempastikan kemajuan pembangunan ekonomi di wilayah terbabit hendaklah diletakkan diagenda paling atas .

Strategi Bangkok yang hanya memberi jawatan tertentu dalam kerajaan kepada segelintir elit Muslim, tetapi dalam masa yang sama membiarkan majoriti umat islam yang lain menderita dilihat sebagai bertujuan untuk “menSiamkan” mereka. Pendekatan ini telah meletakkan wilayah-wilayah majoritu umat islam itu dalam keadaan menjadi lebih buruk dan terus terbiar. Justeru, tidak hairan apabila ada pihak melihat beberapa insiden pembunuhan beramai-ramai itu, termasuk di Masjid Kerisek, yang jumlah korban hampir 500 orang, disifatkan oleh sebilangan pemerhati politik sebagai “pembersihan etnik” seperti mana yang berlaku di Bosnia Herzegovina.

Bekas Menteri Kewangan Malaysia, Daim Zainuddin menyebutkan dalam artikelnya yang diterbitkan dalam sebuah akhbar tempatan, merumuskan: “Apa yang diperlukan oleh umat Islam selatan Thai ialah peningkatan martabat, sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, pembangunan ekonomi yang pesat, kemudahan infrastruktur dan perumahan yang mampu mencetus mobiliti. Pembangunan selatan Thai harus diintegrasikan dengan arus kemajuan yang dialami utara Semenanjung yang sudah sampai ke pagar sempadan.”

“Kaedah sekarang tidak dapat diterima sama sekali. Dunia Islam perlu mengingatkan Thailand bahawa tindakan seumpama ini jika tidak dibendung, boleh mencetuskan pemboikotan ke atas negara itu. Sekadar meminta maaf walaupun berkali-kali tidak dapat mengembalikan mereka yang tumbang,” tegas Daim.

Sebagai saudara yang seagama, secara otomatis kita melahirkan simpati kepada mangsa kezaliman tersebut dan berasa amat kesal dan turut tersinggung dengan tindakan kerajaan Thailand itu.

Dalam konteks penyelasaian konflik, khususnya konflik antara minoriti Islam dengan Kerajaan bukan Islam, Dunia Islam, khususnya OIC perlulah melakukan sesuatu yang berkesan untuk membela nasib umat-umat Islam yang tertindas itu. Kutukan dan nota bantahan tidak mencukupi. Lakukanlah segala sesuatu yang yang wajar untuk sehingga kerajaan Thailand menghormati prinsip-prinsip keadilan dan kebebasan beragama sebagaimana conto terbaik yang ditunjukkan oleh negara-negara Islam keatas golongan minoriti bukan islam dinegara mereka.

Kerajaan pimpinan Thaksin perlu peka terhadap sinsitiviti umat Islam seluruhnya dan tidak sekadar memohon maaf tetapi harus memastikan perkara yang sama tidak berulang dengan memberikan keadilan kepada warga Islam selatan Thai itu dengan saksama.

Persoalan utama di selatan Thai belum terungkap sepenuhnya, malah Thaksin dan pihak tentera Thai tetap mempertahankan tindakan biadab mereka menggunakan kekerasan dalam menyuraikan demonstrasi dengan tembakan peluru hidup dan juga menghina Islam apabila mensabitkan kematian 80 tahanan itu akibat amalan berpuasa.
Pembunuhan ini bukan kali pertama atau berlaku secara tidak sengaja. Ia dilakukan secara terancang atas nama memerangi keganasan walhal apa yang berlaku ialah usaha mematahkan tuntutan dari kumpulan rakyat yang tidak bersenjata.

Sememangnya kejadian pembunuhan tidak berlaku sepanjang masa kerana wilayah selatan itu belum lagi diisytiharkan zon perang. Tentera hanya membunuh dalam suasana dan lingkungan tertentu, meskipun diakui ada kalanya berlaku peristiwa pembunuhan misteri. Sememangnya kes selatan Thai ini berbeza dengan Acheh, Moro, apatah lagi Palestin, Chechnya, Kashmir atau Afghanistan.

Isu Patani sudah membarah sekian lama, dengan siri kisah tragis pembunuhan ulamak berwibawa, terutama sekitar Perang Dunia II., apabila berlaku tragedi pembunuhan misteri yang didalangi kerajaan terhadap tokoh ulamak Patani, Tuan Guru Haji Sulong dan pengikutnya pada tahun 1954. Mereka hilang dan tidak pulang-pulang selepas mengadakan pertemuan tertutup dengan ketua penyiasat polis Thai di Songkhla.

Sumber:
1. http://www.geocities.com/ummahonline/kolum/lutfi/041105utfi-amarah.htm
2. Utusan Malaysia

Tuesday, March 28, 2006

NDP Bersiap-Siap Untuk Adakan Kongres Pertama

Sdra Morsidi, Timbalan Presiden NDP mempengerusikan mesyuarat mengenai perjalanan Kongress Pertama NDP . Sebelah kanan beliau Haji Amonirashid, Setiausaha Agong NDP, Awang Haji Ali, Ketua Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah dan Sulaiman Metrashad, Naib Presiden NDP Daerah Belait

LIMBARUH HIJAU MAC 28, 2006: Parti Pembangunan Bangsa (NDP) hari ini mula membekukan proses pengambilan ahli-ahli baru buat sementara untuk membukakan jalan bagi kelancaran perjalanan Kongres Pertama NDP hujung bulan depan.

Mulai hari ini borang-borang permohonan untuk menjadi ahli akan masih diterima dan hanya akan diproses untuk diluluskan sebaik sahaja selesai Kongres nanti.

Kongres Pertama NDP akan bermula pada 29hb dan berakhir pada 30hb April akan datang ini.
Awang Nasar dan Pengiran Mohamad wakil Daerah Belait berbincang-bincang mengenai perjalanan Kongres Pertama NDP
Perkara ini telah dimaklumkan oleh sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP semasa mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan NDP dan ahli-ahli Eksekutif Cabang dari keempat-empat daerah.

Mesyuarat mengenai persiapan-persiapan dan aktiviti-aktiviti berkaitan Kongres Pertama NDP yang perlu diusahakan oleh cabang-cabang NDP dikesemua daerah di negara ini dengan segera dari sekarang berlangsung di Ibu Pejabat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong.
Cikgu Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan memberikan sedikit penerangan mengenai sistem penamaan dan perlantikan calon d peringkat daerah. Sebelah kanan beliau sdra Morshidi sedang mengamat-amati penjelasan yang diberikan
Di mesyuarat tersebut sdra Morshidi sekali lagi menjelaskan mengenai jadual-jadual perjalanan Kongress Pertama NDP dan juga membincangkan perkara berkaitan tatacara menamakan calon-calon, pengundian calon-calon dan perkara-perkara teknikal yang lain bagi memastikan perjalan Kongress dari peringkat daerah ke peringkat negara akan berjalan dengan baiknya.

Beliau juga mensyorkan agar ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan dan ahli-ahli Eksekutif Cabang dapat memulakan kerja-kerja dan persiapan-persiapan bagi memastikan perjalanan Perhimpunan Agong peringkat daerah berjalan dengan sempurna sebelum Kongres Pertama NDP peringkat negara di adakan penghujung bulan depan ini.

Dalam Perhimpunan Agong Perhubungan peringkat daerah, ahli-ahli akan berpeluang mencalonkan dan melantik sendiri jawatan Naib Presiden bagi daerah masing-masing.

Ahli-ahli NDP di daerah-daerah juga berpeluang menamankan calon-calon untuk menduduki beberapa jawatan dalam Majlis Tertinggi Pusat termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Kongress Agong akan datang ini akan menyaksikan pemilihan sengit ahli-ahli yang akan menduduki kerusi Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Majlis Ekseutif Pusat awal bulan ini telah membentuk sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah yang diketuai oleh Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf dan perlantikan Tuan Haji Mohd Zain bin Omar selaku Pengerusi Penitia Kongress Pertama NDP.

Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah akan bertanggunjawab menapis ahli-ahli parti yang menawarkan diri untuk bertanding untuk menjawat jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Jawatnkuasa Disiplin dan Hisbah akan menjalankan tugas dan tanggungjawab nya dalam menapis calon-calon dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi selaras dengan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti.

Penitia Kongress pula akan bertanggungjawab memastikan perjalanan kongress termasuklah proses pencalonan yang dijangka akan diadakan antara 31 Mac ini hingga16 April akan datang, penamaan calon pada 19 April dan pemilihan pada 29 dan 30 April berjalan dengan sempurna.

NDP Rayakan Pelancaran Parti di Malam Riang Ria

Persembahan pentas oleh ahli-ahli NDP
BANDAR SERI BEGAWAN MAC 28 2006: Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangasa (NDP) pada malam Sabtu lepas melupakan buat seketika isu-isu politik untuk santai-santai menghilangkan penat selepas berkerja bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran penubuhan parti disebelah siang nya.

Mereka berkumpul di Dewan PGGMB di ibu kota untuk berhibur di Malam Riang Ria NDP yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Hari Pelancaran Penubuhan Parti. Persembahan tarian tradisi dari ahli-ahli mewakili Temburong Salah seorang ahli wanita NDP menunjukkan bakat seni dimalam ria NDP
Tuan Ahmad Timpus, Timbalan Naib Presiden NDP Temburong bukan saja ada bakat politik tapi juga ada bakat menghibur
Di malam yang penuh warna warni itu, warga NDP dan para jemputan yang lain dihiburkan dengan berbagai persembahan pentas yang mengenengahkan bakat-bakat seni sebilangan ahli.

Wakil-wakil dari daerah-daerah juga mempersembahkan tarian kebudayaan masing-masing untuk menghiburkan tetamu-tetamu dan adli-ahli yang hadir diacara malam ria itu.

Ahli NDP Behibur di Malam Riang Ria



BANDAR SERI BEGAWAN MAC 28 2006: Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangasa (NDP) pada malam Sabtu lepas melupakan buat seketika isu-isu politik untuk santai-santai menghilangkan penat selepas berkerja bertungkus lumus menjayakan majlis pelancaran penubuhan parti disebelah siang nya.

Mereka berkumpul di Dewan PGGMB di ibu kota untuk berhibur di Malam Riang Ria NDP yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Hari Pelancaran Penubuhan Parti.

Di malam yang penuh warna warni itu, warga NDP dan para jemputan yang lain dihiburkan dengan berbagai persembahan pentas yang mengenengahkan bakat-bakat seni sebilangan ahli.
Tuan Ahmad Timpus, Timbalan Naib Presiden Temurong bukan sahaja ada bakat politik...menyayi pun dia boleh

Wakil-wakil dari daerah-daerah juga mempersembahkan tarian kebudayaan masing-masing untuk menghiburkan para jemputan dan ahli-ahli NDP diacara malam ria itu.

Monday, March 27, 2006

Cabaran Menanti NDP Dalam Melayari Arus Membangun Bangsa

LIMBARUH HIJAU 27 HB MAC 2006; Persefahaman dan tindakan segera yang bersepadu antara parti parti politik dan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hendaklah diungkayahkan segera dalam menuju kearah memperkasa dan meningkatkan daya saing bangsa.

Perkara ini telah ditekankan oleh Tuan Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman, Pengerusi Majlis Pelancaran Penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Beliau berucap demikian dimajlis pelancaran parti yang telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) pada pagi Satu baru ini.

Katanya usaha kearah mengeratkan hubungan dan persefahaman antara badan-badan politik dan Kerajaan haruslah diambil secara serius dan jujur dengan langkah pertama hendaklah mengangkat sebarang halangan psikologi dan peraturan-peraturan yang boleh menghalang interaksi positif dan partisipasi rakyat didalam usaha membangun negara dan membina keutuhan bangsa.

“Pada pandangan kita, sebarang halangan yang tidak sihat boleh saja menghambat pembangunan dan keutuhan bangsa itu sendiri”, tegas beliau dimajlis yang bersejarah itu dimana ‘bahtera’ NDP dilayarkan dengan sepenuhnya untuk mengharungi lautan politik negara yang penuh cabaran.

Diawal ucapan, Tuan Haji Mohiddin menjelaskan dalam umurnya kira-kira 7 bulan, NDP telah mengatur gerak kerja mengikut kemampuan dan sumber-sumber yang ada untuk menyebarluas dan memperkenalkan parti kepada seluruh lapisan masyarakat.

“Hasrat kita ialah supaya rakyat berpeluang untuk mendekati kita dan melihat sendiri akan potensi Parti Pembangunan Bangsa sebagai landasan perjuangan buat mereka yang lebih bermakna untuk membangun bangsa dan negara yang kita cintai”.

“Setakat 215 hari umur NDP ini, Alhamdulillah, sekurang-kurangnya tiga isu pokok yang diwar-warkan oleh Parti kita telah sedikit sebanyak memikat hati sebilangan anggota masyarakat dan dilihat telah mula mendapat perhatian yang positif dari pihak pihak yang berkenaan. Isu-isu berkenaan termasuklah isu kemiskinan yang semakin mencengkam, isu perumahan yang meruncing dan isu Keselamatan Permakanan atau food security yang amat membimbangkan”, jelas Tuan Haji Mohiddin.

Tambahnya sebagai sebuah organisasi siasah yang bertanggung jawab, NDP akan terus mengetengahkan isu-isu besar seperti diatas dan lain-lain isu yang releven yang perlu di “hi light kan” atau diketengahkan.

Menurut Tuan Haji Mohiddin tujuan NDP ialah untuk mencetuskan kesedaran dan keinsafan semua pihak betapa semua itu adalah merupakan ancaman keselamatan yang menjadi ‘silent killer’ kepada keutuhan bangsa dan Negara.

Beliau juga menyentuh mengenai perlunya ahli-ahli NDP bersedia berkorban apabila saja menglibatkan diri dalam dunia politik secara berorganisasi.

“Kegiatan berpolitik secara berorganisasi menuntut kepada pengorbanan dan disiplin. Ini bermakna apabila saudara-saudari sekalian menerima falsafah dan prinsip-prinsip perjuangan Parti Pembangunan tentu sekali saudara saudari sudah mengandaikan tanjakan-tanjakan atau “constrains” yang pelbagai yang mesti dihadapi dengan penuh kesepakatan dikalangan warga partai”, tegasnya.

Katanya ujian di hadapan adalah besar, cabaran dihadapan adalah besar, tanjakan-tanjakan dihadapan juga besar.

“Kenapa begitu saudara saudari?”, tanya Tuan haji Mohiddin sambil menjawab, “kerana Partai Pembangunan adalah dilihat sebagai Partai yang besar!”

Namun demikian, tambahnya, untuk menjadikan NDP sebagai partai yang terus digalati dan dihormati, NDP tentunya memerlukan anggota dan pengikut yang berjiwa besar dan semangat juang yang tinggi, pengikut yang berdisiplin, pengikut yang berhemah, pengikut yang cintakan ilmu dan yang penting ialah pengikut yang patuh kepada ketua dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan yang juga Ulil Amri.

“Dalam konteks yang lebih besar, semua aspek ini Insyaallah secara langsung akan turut membentuk iklim dan persekitaran pertahanan Negara yang paling ampuh”.

“Nah! Tanggung jawab politk kita disemua perengkat ialah memenuhi tuntutan agar keta’at setiaan kita tetap satu iaitu hanya kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduk Seri Baginda Sultan, meningkatkan keupayaan daya juang, jati diri dan kualiti hidup”, tegasnya lagi.

Beliau juga menekankan NDP tidak akan menjanjikan pangkat atau jawatan, kemewahan atau kekuasaan bila saja mereka menjadi ahli NDP.

“Sebaliknya yang akan saudara saudari terima sebagai anggota NDP ialah amanah, tugas dan tanggungjawab, kerja yang tidak mengenal penat dan lelah, pengorbanan yang tidak mengenal batas dan waktu, serta melaksanakan tugas tanpa mengharapkan ganjaran”, tegasnya.

Katanya lagi apabila saja ahli-ahli menggugurkan tanda tangan dalam borang keanggotaan partai dan menggugurkan tanda tangan ikrar untuk rebah bangun bersama Baginda Sultan, maka saudara-saudari tidak ada pilihan melainkan memikul dan menunaikan tanggungjawab untuk menjunjung tinggi kedaulatan raja, menunaikan tanggung jawab berbangsa, menunaikan tanggung jawab bernegara, serta menunaikan tanggung jawab moral dan sejarah tanpa banyak soal. Dan kepada umat Islam ditambah satu lagi iaitu tanggung jawab beragama”.

“Makanya, mereka yang takut dilambong ombak, tidak usahlah berumah ditepi pantai!”, tambahnya


Tuan Hji Mohiddin dalam ucapan alu-aluannya juga memberikan semangat kepada ahli-ahli dengan menekankan pentingnya mereka bersedia dan beani menghadapi cabaran yang bakal dihadapi.

“Kemungkinan adanya sesetengah kalangan yang diserang penyakit takut yang tidak berasas”, kata Tuan Haji Mohiddin.

“Sebagai rakyat yang mendudkung cita-cita bangsa tentunya kita inginkan kemenangan. Tetapi bagaimana kita harus mengecapi kemenangan jika kita takut menghadapi kekalahan. Kita dahagakan kejayaan tetapi kita takutkan kegagalan. Kita mahu menikmati erti perjuangan, tetapi kita takut kepada ujian dan rintangan. Kita mahu menimba pengalaman, tetapi takut menghadapi cabaran”.

“Justeru itu kalau kita biarkan rasa takut ini, mana mungkin kita bisa memikul amanah dan tuntutan perjuangan yang kita sama-sama lakar ini, terutama sekali tanggunggung jawab sejarah yang kita pikul untuk mewarnai masa depan anak cucu kita sendiri”, tegas Tuan haji Mohiddin.

Katanya lagi dalam konteks perjuangan politik, rasa takut ini boleh saja timbul dengan sendirinya di dalam diri kita. Kekadang ada masanya kita takut pada banyang-bayang sendiri.

Akan tetapi, katanya lagi, anggota-anggota NDP adalah kelompok masyarakat kecil yang kuat, masyarakt kecil yang gagah perkasa yang Insyaallah akan berupaya mencorakkan warna dan wajah masa depan bangsa kearah yang agung dan gemilang sesuai dengan tuntutan Negara “Baldatun Tayyibatun Warrabun Ghafur”.

“Apa yang saya sebutkan itu bukanlah satu utopia. Sejak kita memulakan gerak kerja parti dalam masa kira-kira 7 bulan ini, kita tidak putus putus menghadapi ujian dan cabaran. Ujian dan cabaran yang tidak diundang ini hadir dihadapan kita dalam pelbagai bentuk dan wajah. Namun, tarbiyah pimpinan yang kita layari, walaupun baru sesingkat ini, telah membuat kita lebih cekal dan kental bak layang-layang yang dilambong angin kencang, semakin kuat ia bertiup semakin tinggi ia terbang!”

Sehubungan ini, izinkan saya memetik ayat 173 surah Ali Imran yang bermaksud :

Orang-orang, yang kepada mereka ada orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka, maka perkataan mereka itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab : cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”.

“Apa yang ingin saya tekankan disini, ialah supaya hendaknya kita berpegang sepenuhnya kepada maksud ayat yang saya sebutkan itu. Justeru dengan penuh keimanan, hendaklah kita mendepani sebarang ujian yang mendatang itu sebagai bahan bakar yang menjiwai semangat kita untuk terus menjulang obor perjuangan “menjunjung titah membangun bangsa” demi menuju Negara Melayu Islam Beraja yang Aman Dan makmur Yang mendapat keampunan Allah AWT”, jelas Tuan Haji Mohiddin.

Pelayaran Bahtera NDP Mengharungi Lautan Politik di Rasmikan

LIMBARUH HIJAU 27 HB MAC 2006: Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan jayanya telah behasil merasmikan pelancaran penubuhannya pada Sabtu pagi 25hb Safar 1427 bersamaan 25hb Mac 2006.


Hampir 700 orang ahli-ahli NDP termasuk para jemputan yang terdiri dari perwakilan negara asing hadir dimajlis yang bersejarah yang berlangsung di Dewan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei di ibu kota.


Umpama sebuah bahtera, pelancaran itu memberi isyarat bahawa bahtera NDP sudah siap untuk dilayarkan dengan sepenuhnya bagi mengharungi lautan politik yang penuh dengan cabaran terutama sekali cabaran yang bersumber dari iklim politik negara yang tidak terhindar dari tekanan iklim politik serantau dan antarabangsa.


Cuaca politik dalam negeri telah melalui banyak perubahan sejak kemerdekaan penuh dicapai pada 1hb January 1984.


Perubahan cuaca politik ini pula jelas semakin pesat berikutan titah berkenaan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15hb Julai 2004 mengaktifkan semula Majlis Mesyuarat Negara (MMN) sekali gus bertitah mengajak rakyat agar dapat berpartisipati secara lebih aktif dalam pembangunan bangsa dan negara.


Dalam masa yang sama perkembangan dan kemajuan di Negara Brunei Darussalam pasca merdeka juga mengambil tempatnya begitu cepat dan rancak.


Antara cabaan-cabaran yang perlu dihadapi oleh nakhoda-nakhoda dan seluruh krew yang berada di bahtera NDP dalam pelayaran menuju kedestinsai ialah suasana dan budaya di lautan politik negara yang digurih oleh berbagai peraturan dan undang-undang.


Seterusnya seluruh warga NDP juga akan terus berdepan dengan cabaran untuk memecahkan kecurigaan berbagai sektor masyarakat dengan kehadiran parti-parti politik di negara ini.
Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP
“Perkembangan-perkembangan ini lah yang mengetuk pintu hati kita untuk mengorak langkah membentuk wadah politik ini”, jelas Ayahnda Yasin Affandy, Presiden NDP dalam ucapan beliau dimajlis pelancaran tempoh hari.


Katanya tuntutan semasa mendesak kita bagi menyatukan setiap warga Brunei Darussalam walaupun di mana mereka berada dan mengajak mereka membaharui ikrar menyatakan taat setia yang tidak berbelah bahagi Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dan terhadap zuriat baginda.


Inisiatif menubuhkan NDP, tambahnya, ialah sebagai menyahut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 15 Julai 2004.

Baginda Sultan dalam titah tersebut telah memberi isyarat akan kesempatan rakyat untuk berpartisipasi di dalam pembangunan politik di negara ini, jelas Ayanhda Yasin Affandy.


Titah tersebut antara lain menyebut bahawa kerajaan baginda telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk mengkaji semula dan meminda beberapa bahagian di dalam Perlembagaan 1959.


“Pinda-pindaan ini bertujuan untuk mengukuhkan Institusi Beraja dan meningkatkan keberkesanan hubungan antara kerajaan dengan rakyat…Beta juga memberi keutamaan bagi meningkatkan peluang orang ramai melibatkan diri dan memberi sumbangan membina kepada kemajuan negara.”

Ayahnda Yasin Affandy menyampaikan sijil keahlian kepada ahli-ahli NDP
Jelas titah tersebut merupakan penzahiran hasrat dan cita-cita baginda sultan ke arah pembaharuan politik negara sejajar dengan perkembangan politik negara-negara maju, dan juga sejajar dengan keperluan memberikan hak rakyat ke atas negara dan pemerintahan seperti yang telah digariskan oleh Islam sendiri, jelas Presiden NDP lagi.


Katanya perkembangan global yang merentangi seluruh pelusuk rantau yang turut menyentuh kehidupan rakyat, justeru tersagirnya (tersentuh) Negara Brunei Darussalam dalam arus globalisasi yang amat deras ini adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dan ianya juga menjadi tumpuan pemikiran kita.


“Arus globalisasi dan pemodenan membawa bersama banyak cabaran dan ini tentunya memerlukan “adjustments” dalam semua aspek pengurusan negara termasuklah di dalam persoalan hak asasi manusia, kebebasan bersuara, demokrasi dan keadilan untuk semua”.

Dalam konteks ini Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah dengan begitu cepat membaca isyarat dari kesan yang bakal dibawa oleh globalisasi ke dalam kehidupan kita bernegara.


Baginda, tegas Presiden NDP, telah mengambil tindakan awal dengan memantapkan lagi siasah dan diplomasi di peringkat serantau dan antarabangsa yang kita lihat boleh menjadi salah satu strategi menghadapi tekanan globalisasi ini.


“Bagaimana pun kesan-kesan negatif yang amat laju dibawa bersama oleh kederasan arus globalisasi dan nilai-nilai asing yang mulai melanda negara pastinya tidak dapat dihadapi dan dikawal oleh baginda seorang diri tanpa penglibatan dan komitmen seluruh rakyat untuk rebah bangun bersama baginda dengan berbekalkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T”, tambah Ayahnda Yasin Affandy.


Tegasnya atas kesedaran inilah kita tampil kehadapan dan bergerak kehadapan menawarkan khidmat kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Dipertuan Negara Brunei Darussalam sebagai rakan strategik baginda dan kerajaan baginda untuk menghadapi cabaran-cabaran mendatang supaya kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan warga-warga dunia yang maju menepati jolokan Brunei sebagai negara “Sejahtera” dan harapan kita untuk memacu Negara Brunei Darussalam ke arah “Negara Aman Makmur Yang Mendapat Keampunan Allah SWT”.


Kita dengan rendah hati, tambahnya, mempersembahkan Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan rakyat baginda seluruhnya sebuah organisasi politik sebagai wadah untuk membantu baginda, kerajaan dan rakyat baginda seluruhnya selagi ia dapat diungkayahkan dan di galas kerana Allah SWT jua. InsyaAllah.


Organisasi politik itu tidak lain ialah Parti Pembangunan Bangsa atau di dalam bahasa Inggeris disebut “National Development Party” (NDP).


Dengan perkembangan-perkembangan yang kondusif itulah, kita berhimpun pada hari ini untuk melancarkan Parti Pembangunan Bangsa secara rasminya. Sebagai sebuah organisasi politik yang sihat dan bertanggungjawab.


Sehubungan itu, Alhamdulillah, kita telah berjaya meletakkan halatuju parti ini pada asas yang benar lagi kukuh seperti yang dapat difahami melalui Artikel 9 dalam perlembagaan parti tersebut yang berbunyi :

“Peggangan tertinggi dan sumber bagi dasar dan peraturan parti pembangunan adalah Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad SAW.

Mana-mana bab, artikel atau klausa di dalam perlembagaan Parti Pembangunan yang bercanggah dengan Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad SAW adalah dengan sendirinya terbatal.

Dengan tertakluk kepada Klausa 1 dan Klausa 2, Artikel 9, semua kegiatan dan pentadbiran Parti Pembangunan adalah dijalankan di bawah bidang kuasa dan arahan Kongres Agung Tahunan atau Khas, dan Kongres Agung Tahunan atau Khas itu hendaklah tertakluk kepada syarat syarat yang termaktub dalam perlembagaan Parti Pembangunan dan peraturan-peraturan yang mengawal Kongres Agung Tahunan atau Khas itu sendiri.

Sementara itu justifikasi kepada kewujudan Parti Pembangunan Bangsa ini dapatlah kita halusi dan fahami sepertimana yang dinukilkan pada Mukaddimah, Visi, Misi Dan Objektif Utama parti”.

Ayahnda Yasin Affandy dalam ucapannya mengingatkan bahawa tanggungjawab politik seluruh warga NDP adalah amat besar.

“Samada parti kita ini diterima sebagai gerakan politik atau gerakan dakwah, ia hendaklah berupaya memikat hati rakyat untuk digembeling dan melaraskan simpati dan sokongan mereka terhadap Parti Pembangunan ini”.

Katanya untuk mencapai hasrat tersebut, ahli-ahli parti diserukan agar sentiasa menanamkan rasa persaudaraan dan persamaan, berfikiran matang, berdisiplin, setia kepada parti, berhemah, mesra dan sivil dalam sebarang pendekatan politik. Melalui pendekatan demikian, Insyaallah, Parti Pembangunan akan sentiasa dilihat sebagai parti yang sederhana, professional, pencinta keamanan dan kesejahteraan, lebih-lebih lagi apabila dilihat idealogi parti adalah berteraskan Islam.


Akan tetapi, tambahnya, suatu hal yang mesti diambil perhatian dan ditangani oleh seluruh ahli-ahli NDP secara bijaksana, terutama sekali oleh para pemimpinnya dari semua peringkat ialah tanjakan-tanjakan atau ‘constrain’ yang sedang berada ditengah-tengah kita, iaitu, bagaimana kita boleh mencetuskan kesedaran berpolitik dikalangan rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan secara sihat dan dalam iklim politik yang sihat, bagaimana kita boleh meraih simpati dan sokongan rakyat dalam suasana dan budaya politik negara hari ini yang digurih oleh berbagai peraturan dan undang-undang?.

“Seterusnya, bagaimana caranya untuk kita memecahkan kecurigaan berbagai sektor agar mereka tidak melihat kehadiran parti-parti politik di negara ini sebagai saingan dan ancaman kepada mereka tetapi sebaliknya adalah rakan strategik yang sama-sama menanai amanah Allah Azzawajalla dan amanah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui pelantar masing-masing”, jelas Presiden NDP lagi.

“Insya-Allah, Parti Pembangunan Bangsa akan melakukan segala sesuatu yang larat kita lakukan dan akan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan kerajaan baginda dalam apa-apa jua usaha dan program yang berkebajikan sepanjang khidmat kita diperlukan, lebih-lebih lagi demi merealisasikan apa yang menjadi cita-cita Parti Pembangunan Bangsa seperti yang diungkapkan dalam perlembagaannya”.

Dalam ucapanya beliau juga menyeru dan mengajak seluruh anak-anak serta ibu-ibu dan bapa-bapa yang datang dari berbagai latar belakang, bekas banduan, bekas penagih dadah, anak-anak yang masih menganggur, saudara-saudara kaum buruh, tani dan nelayan, peniaga-peniaga kecil dan sederhana, kumpulan yang berpendidikan tinggi dan rendah dan yang langsung tidak berkesempatan bersekolah, para pendidik, ahli akademik, teknokrat, kumpulan profesional, ahli-ahli korporat, elit dan ningrat, ulama’ dan para ilmuan, lelaki dan perempuan, muslim dan non-muslim, marilah kita bersatu di bawah wadah Parti Pembangunan. Melalui parti siasah ini, bersama-samalah kita berkhidmat dan menzahirkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan, Ulil Amri dan Mujadid bagi ummat Islam di Negara Brunei Darussalam, berkhidmat dan menzahirkan kesetiaan kepada kerajaan baginda, menzahirkan kecintaan kita kepada rakyat baginda dan juga watan, segala-galanya kerana ketakwaan dan ketaatan kita kepada Allah SWT semata-mata dengan penuh ikhlas kerana-Nya jua. Saudara-saudari semuanya adalah aset penting negara. Percayalah, masih ada ruang untuk semua berperanan membangun negara dan membina bangsa.

“Sudah sampai masanya kini mereka yang berkemampuan dan berkeupayaan untuk berkongsi ilmu, berkongsi pengalaman, berkongsi rezeki, berkongsi kemahiran dengan saudara-saudara, adik-adik dan anak-anak kita yang memerlukan sokongan dan bantuan dari kita semua melalui parti pembangunan bangsa ini. Parti Pembangunan adalah wadah dakwah, wadah khidmat dan wadah politik. Marilah kita menunaikan tanggungjawab kenegaraan kita bersama, dengan penuh jujur dan ikhlas”.

“Mudah-mudahan, di akhirnya nanti, generasi akan datang, dengan izin Allah SWT, akan menyaksikan dan merasa nikmat pembangunan yang dirancang rapi oleh generasi sebelum mereka. Seluruh ummat yang bernaung di bawah cepu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan sentiasa ceria, aman sejahtera mendapat keberkahan Allah SWT, menepati konsep wilayah ‘Darussalam’ dan ‘Baldatun Thayibbatun Warabbun Ghafur’ buat selama-lamanya”, kata Ayahnda Yasin Affandy.

Sunday, March 26, 2006

Rumput Terbiar Panjang Dapat Perhatian

Kontraktor Mulakan Kerja Memotong Rumput Di Kawasan Dewan Serbaguna Pandan

BELAIT AHAD 26 HB MAC 2006: Kalau saja Dewan Serbaguna di Kampong Pandan boleh berkata-kata setentunya ia akan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak tertentu kerana ruput yang terbiar panjang dipersekitarannya akhirnya dipotong jua.
Pekerja-pekerja kelihatan sedang berehat-rehat setelah penat membuat kerja-kerja memotong rumput yang terlalu panjang
Aspirasi-NDP kemarin meninjau ke kawasan itu dan mendapati pekerja-pekerja sudahpun memulakakn kerja-kerja memotong rumput-rumput yang sudah sekian lama terbiar panjang sehingga mencacatkan keindahan persekitaran Dewan Serbaguna itu.

Aspirasi-NDP baru-baru ini telah menyiarkan isu rumput panjang dikawasan ini yang bukan sahaja mencemarkan kecantikkan kawasan dewan dan Rancangan Kemajuan Perumahan Negara Kampong Pandan bahkan juga menjejaskan keselamatan pengguna-pengguna jalan raya dikawasan itu. Isu rumput panjang di kawasan dewan pernah dilaporkan di laman web ini pada 17 hb Mac lalu

Dan Alhamdullilah penduduk di Kuala Belait sangat-sangat berterima kasih kepada pihak-pihak tertentu atas tindakan cepat yang diambil untuk menyelesaikan masalah rumput panjang dikawasan awam itu.

Walau bagaimana pun penduduk-penduduk di Kuala Belait terutama sekali pengguna-pengguna Dewan Serbaguna menaruh harapan agar kerja-kerja pemeliharaan alam sekitar bukan sahaja di kawasan dewan malahan dikawasan awam yang lain seperti di Taman Rekreasi Lagoon Masjid Kampong Pandan akan sentiasa dijalankan dengan istiqamah.
Tandas awam di Taman Rekreasi Masjid Pandan mengalami banyak kerosakan sehinggakan tidak dapat digunakan lagi
Pada masa ini Aspirai-NDP masih mendapati kemudahan-kemudahan yang terdapat di taman rekreasi tersebut masih belum di perbaiki sebagai contoh tandas awam dikawasan terbabit masih belum dapat digunakan.

Saturday, March 25, 2006

Forum Memasyarakatkan NDP Hangat


Forum Hari PelancaranNDP bertempat di Dewan PGGMB di ibu kota

BANDAR SERI BEGAWAN 25 HB MAC 2006: Forum anjuran Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sempena majlis pelancaran penubuhan parti berjalan rancak di Dewan PGGMB pada sa’at ini dengan ahli-ahli panel membahaskan pandangan-pandangan berhubung topik forum ‘Memasyarakatkan NDP’.
Cikgu Haj Antin Ahad, Timbalan Ketua Perhubungan NDP Daerah Brunei Muara Hajjah Raeyah Ali, bekas Pensyarah UBD Haji Matzain bin Haji Mohammad, Peniaga Hajjah Kartini OKPS Di-Raja Abang Haji Abu Hanafiah
Barisan ahli panel terdiri dari Cikgu Antin Ahad, Timbalan Ketua Perhubungan NDP Daerah Brunei Muara, Cikgu Hajjah Raeyah Ali, bekas pensyarah UBD, Haji Mohd Zain Mohammad, peniaga dan Hajjah Kartini OKPS Di-Raja Abang Haji Abu Hanafiah, bekas guru.

Juga ikut serta dalam forum Hari Pelancaran Penubuhan NDP itu ialah sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP selaku pakar rujuk dalam forum yang dipengerusikan oleh Cikgu Haji Abd Rahman.

Ayahnda Presiden NDP, Yasin Affandy dan peserta-peserta yang lain di majlis forum
Dr Pengiran Haji Amir membentangkan pandangan di majlis forum

Dato Harun Majid salah seorang peserta forum juga turut membentangkan pandangan berhubung topik memasyarakatkan NDP

Pemimpin-pemimpin NDP ambil kesempatan rancang acara Kongress Agong


Pemimpin-pemimpin NDP walaupun sibuk dengan acara pelancaran masih ada waktu untuk fikir kongress akan datang
BANDAR SERI BEGAWAN 25 HB MAC 2006: Dalam kesibukkan melancarkan penubuhan parti, ahli-ahli jawatankuasa penganjur Majlis Pehimpunan Agong mengambil kesempatan bermesuyarat untuk mengariskan rencana-rencana yang perlu diambil untuk melancarkan perhimpunan agong pertama NDP yang dijadualkan akan diadakan pada akhir bulan April akan datang ini.

Antara yang hadir dimesyuarat tidak rasmi itu ialah Ayahnda Yasin Affandy, Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan juga Timbalan Presiden NDP, sdra Mahmud Morshidi Othman dan juga Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP.

Mesyuarat tidak rasmi itu diadakan di Bangunan PGGMB di ibu kota dimana NDP mengadakan majlis pelancaran penubuhan parti.

NDP direncanakan akan mengadakan Kongess Agong pada 29 dan 30 April akan datang ini dimana dijangka pemilihan sengit bagi pemilhan ahli-ahli yang akan menduduki kerusi Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.
Majlis Ekseutif Pusat telah membentuk sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah yang diketuai oleh Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf dan perlantikan Tuan Haji Mohd Zain bin Omar selaku Pengerusi Penitia Kongress Pertama NDP.
Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah akan bertanggunjawab menapis ahli-ahli parti yang menawarkan diri untuk bertanding untuk menjawat jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang lain.
Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah akan menjalankan tugas dan tanggungjawab nya dalam menapis calon-calon dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi selaras dengan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti.
Penitia Kongress pula akan bertanggungjawab memastikan perjalanan kongress termasuklah proses pencalonan yang dijangka akan diadakan antara 31 Mac ini hingga16 April akan datang, penamaan calon pada 19 April dan pemilihan pada 29 dan 30 April berjalan dengan sempurna.

Sekitar Majlis Pelancaran Penubuhan Parti Pembangunan

Ahli-ahli NDP dari Belait penuh semangat menuju ke Bandar Seri Begawan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Penubuhan Parti Ahli-ahli NDP dari Daerah Belait dalam perjalanan ke BSB untuk menghadiri majlis yang bersejarah
Ahli-ahli dan tetamu mendaftar sebaik ketibaan di Dewan PGGMB untuk menghadiri majlisPersembahan muzik tradisi menyemarakkan lagi suasana dimajlis pelancaran

Dato Harun Majid dan teman antara yang hadir dimajlis pelancaran penubuhan NDP

Hampir 700 ahli-ahli NDP dan dif-dif jemputan menghadiri majlis yang bersejarah itu
Ahli-ahli NDP berikrar ta'at setia kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Bagida Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Timbalan Presiden NDP, Sdra Mahmud Morshidi Othman beramah mesra bersama TYT Duta Besar Amerika Syarikat di Brunei

Timbalan Presiden NDP, Sdra Mahmud Morshidi Othman bersama salah seorang wakil Kedutaan Asing selepas majlis pelancaran
AWang Haji Mohiddin, Pengerusi Majlis Pelancaran beramah mesra dengan salah seorang jemputan
Major (Bersara) Awang Haji Adnan, Ketua Biro Organisasi dan Penyeledikan sedang melayani salah seorang perwakilan asing di Negara Brunei Darussalam yang turut hadir dimajlis pelancaran
Haji Mohamad Penghulu Haji Bakar bersama salah seorang perwakilan asing yang turut hadir dimajlis pelancaran

Penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Rasmi Pagi Ini

Dalam beberapa Jam Lagi Majlis Pelancaran Penubuhan Parti Akan Berlangsung di Bangunan PGGMB
BANDAR SERI BEGAWAN 25HB MAC 2006: Pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada pagi ini akan melancarkan penubuhan parti setelah ianya di daftarkan sebagai sebuah organisasi politik yang sah di negara yang kita cintai pada 31 hb Ogos tahun lepas.

Majlis pelancaran penubuhan NDP akan berlangsung pada jam 9.30 pagi ini di Dewan Besar Bangunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang terletak di ibu kota.

Dijangkakan kurang lebih 700 ahli-ahli NDP termasuk dif-dif jemputan yang terdiri dari Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) yang dijemput, wakil-wakil Kedutaan Asing and Pesuruhaya-Pesuruhjaya Tinggi Asing di Negara Brunei Darussalam akan menghadiri majlis yang bersejarah dalam perkembangan politik di negara ini.

“Sesungguhnya majlis pada hari ini adalah satu lakaran sejarah yang akan turut membentuk citra dan percambahan pemikiran masa kini dan masa depan politik di Negara Brunei Darussalam”, jelas Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy.

NDP telah diluluskan pendaftarannya pada 31hb Ogos 2005 dan sejak NDP berusaha gigih merekrut ahli-ahli serta menubuhkan cabang-cabang di kesemua daerah.

Hingga ke hari ini bilangan ahli-ahli NDP semakin meningkat degan penubuhan 15 buah cabang-cabang yang meliputi kesemua empat-empat daerah di negara ini.

NDP juga telah mengukuhkan jentera pentadbiran dengan mengemaskinikan Majlis Tertinggi Parti, Majlis Eksekutif Pusat dan Jawatankuasa Perhubungan NDP bagi peringkat daerah. Biro-biro, jabatan-jabatan dan jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Parti bagi tujuan melicinkan lagi perjalanan dan pentadbiran parti juga dikemaskinikan.

Anatarnya ialah, Jawatankuasa Himpunan Pemuda dan Wanita, Biro Orgnasisasi dan Penyelidikkan, Biro Perkembangan Usahawan, Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, Biro Hal Ehwal Agama Islam, Biro Hal Ehwal Non-Muslim dan juga Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam serta Biro Keselamatan dan Bantuan Kecemasan.

Selain dari itu NDP juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas seperti Jawatankuasa Khas memantau perjalanan Rancangan Kemajuan Negara bagi tujuan memastikan NDP menunaikan tugasnya membantu dan menyokong KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan an Kerajaan baginda membangun bangsa dan negara dengan cekapnya seperti yang telah termaktub dalam visi, misi dan objektif parti.

Pada bulan November tahun lepas, NDP juga telah merasmikan Limbaruh Hijau di Jerudong sebagai Ibu Pejabat rasmi NDP dan diselajurkan dengan perasmian pengibaran bendera ‘Sang Setia, bendera rasmi NDP.

Pada pagi ini NDP akan melakar satu sejarah lagi dalam perkembangannya dengan merasmikan penubuhan parti. Dimajlis pada pagi ini akan diadakan acara penyampain sijil-sijil keahlian.

Disebelah tengah hari pula sesi forum yang akan membincangkan topik ‘Memasyarakatkan NDP’ akan diadakan.

Sebagai acara sampingan, pameran mengenai perkembangan NDP sejak ianya didaftarkan juga akan diadakan ditingkat bawah Bagunan PGGMB selain dari gerai jual-jualan yang diungkayahkan oleh ahli-ahli NDP.

Disebelah peatng pula akan diadakan majlis riang ria yang akan mepersembahkan pementasan kebuayaan dan kesenian.



Friday, March 24, 2006

Kejahilan Perlu di Hapus



Cendekiawan dan ulama-ulama Islam cari jalan didik Barat bersidang di Bahrain
Gambar hiasan. KDYMM Paduka Ser Baginda Sulan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seorang pemimpin Islam yang bijaksana dan berpandagan jauh menjadi kebangaan rakyat jelata
Oleh Syed Hamad Fadhil

Walaupun berita mengenai isu kartun menghina Rasullullah akhir-akhir ini sudah kelihatan reda namun dunia Islam tidak bererti turut reda dan mendiamkan diri sahaja membiarkan perkara yang sama berulang lagi.

Apa yang menjadi kerisauan kita sebagai umat Islam, isu kartun menghina Rasullulah itu telah benar-benar mendedahkan lagi jurang pemisah antara dunia Islam dengan dunia Barat.

Gambar hiasan. Kejahilan mengenai Islam menjadi jurang pemisah antara dunia Islam dan Barat
Paling menyedihkan jurang pemisah ini semakin meluas kerana kejahilan pihak Barat terhadap Islam semakin meningkat dan dunia Islam pula terus gagal berbuat sesuatu untuk mengatasi fenomena jahil Islam ini.

Walau bagaimanapun disebalik segala musibah yang menimpa pasti ada rahmat menanti. Bagi isu kartun yang menghina Rasullullah ianya sangat menyinggung jiwa dan perasaan umat Islam.

Akan tetapi rahmatnya, peristiwa itu telah mengejutkan kita dari kelalaian kita terhadap sikap negatif dunia Barat terhadap Islam. Ia membawa kesedaran kepada dunia Islam pentingnya kita sebagai umat Muhammad bangkit untuk mempertahankan kesucian Islam dan kescucian Rasullullah yang diutus untuk membawa rahmat kepada manusia sejagat.

Kita tidak rela perkara yang sama berulang lagi. Dan senjata yang paling empuh untuk memastikan agar perkara sedemikian tidak berulang tidaklah cukup melalui demonstrasi dan kata-kata kutukkan semata. Membuat kerosakkan, membakar bangunan-bangunan bagi menujuk perasaan bukanlah jawapan kepada masalah yang menimpa dunia Islam.


Gambar hiasan. Dunia Islam tunjuk perasaan tapi apakah ini jawapan kepada cabaran mengikis kejahilan Barat terhadap Islam?
Seperti yang pernah di titahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan kita perlu menaganai isu tersebut dengan cara yang bertamadun.

Ini membawa makna kita perlu kembali kepada cara Islam sebenarnya iaitu melalui dakwah Islamiah yang boleh mengecilkan jurang antara dunia Islam dan dunia Barat.

Jelas dunia Islam perlu menghapuskan kejahilan dunia Barat terhadap Islam dan juga terhadap Rasullullah. Kita tidak akan dapat menghapuskan kejahilan dengan kejahilan.

Alhamdullilah dua hari lepas kira-kira 300 cendekiawan dan ulama Islam dilaporkan berhimpun di Bahrain untuk mencari jalan bagaimana mendidik Barat mengenai Nabi Muhammad SAW.

Pertemuan kali pertama sejak tercetusnya isu kartun berkenaan awal tahun ini membabitkan pemimpin Islam termasuk Sheikh Youssef al-Qaradawi dari Qatar dan Sheikh Salman al-Awdah dari Arab Saudi.


Sheikh Youssef al-Qaradawi ulama besar Islam dari Qatar turut serta persidangan di Bahrain

Apa yang kita dapat banggakan terhadap perkembangan terbaru ini ialah ianya menepati hasrat yang dimaksudkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengenai pentingnya persefahaman dan saling hormat antara budaya dan agama.

Baginda Sultan meluahkan hasrat ini dalam titah baginda sempena Hari Kebangsaan negara kali ke 22 pada Februari lepas. Titah tersebut jelas mengambarkan Baginda Sultan seorang pemimpin Islam yang bijaksana dan berpandangan jauh.

Kita sebagai rakyat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan sebenarnya akan lebih berbangga lagi jika sekiranya cendekiawan-cendekiawan dan ulama-ulama Islam kita di negara ini juga turut bangkit dan maju kehadapan menyahut seruan Baginda Sultan itu.

Kita juga perlu mengambil inisiatif yang serious untuk merapatkan jurang persefahaman dan menanam semangat saling hormat menghormati antara dunia Islam dan Barat.

Apa yang jelas dilihat oleh baginda Sultan tindakan menghina Rasullullah yang disifatkan oleh Barat sebagai perbuatan yang sah atas dasar kebebasan bersuara dan kebebasan akhbar berpunca dari kurang kefahaman dan saling hormat Barat terhadap Islam.

Perkara ini juga ditegaskan oleh Soliman al-Buthi, jurucakap persidangan yang berlangsung di Bahrain baru-baru ini.

Katanya “kami percaya insiden itu disebabkan ketidakfahaman mengenai sensitivi umat Islam”.

“Kita perlu mendidik Barat mengenai Nabi Muhammad dan perlu mengadakan dialog terbuka dengan Barat,” kata al-Buthi.

Inilah juga sebenarnya yang dimaksudkan oleh baginda Sultan dalam titah baginda itu.

Titah baginda, jika diambil dari semangat Surah Al-Hujarat ayat 13, manusia tidak akan bergaduh, tidak akan menghina sesama sendiri, apatah lagi menghinakan para Nabi dan Rasul, siapa yang secara istemewa diutus untuk menyempurnakan akhlak serta mengajar manusia bagaimana mengenali hidup ini, selaku hamba yang lemah di hadapan Al-Khaliq Yang Maha Pencipta.

Dalam konteks ini Baginda bertitah perbuatan menghina nabi dan rasul sama ada melalui lisan, penulisan atau lukisan wajar dikutuk walaupun atas apa alasan yang diberikan termasuk atas alasan kebebasan bersuara.

Apakah yang lebih mulia dan lebih mustahak, tanya Baginda, rasul-rasul dan nabi-nabi yang diutus untuk menyempurnakan akhlak serta mengajar manusia mengenai hidup atau kebebasan akhbar atau kebebasan bersuara? tanya baginda lagi.

Tegas baginda kebebasan bersuara atau kebebasan akhbar tidak menaruh makna apa-apa jika sekiranya ia boleh menimbulkan kekacauan dan huru-hara di dunia.

Dalam hal demikian baginda bertitah bahawa sikap saling membantu dan persefahaman adalah diperlukan bukan sahaja di waktu susah malahan juga di masa senang.

"Di sinilah harganya hidup saling membantu dan menjalin persefahaman. Ia berguna, bukan sahaja dalam masa senang, malahan lebih perlu ketika ditimpa kesusahan. Kesenangan itu boleh sahaja dicapai dengan kerja keras, tetapi musibah jika berlaku, biasanya adalah di luar jangkakan”

Dalam titah, baginda juga menekankan penubuhan badan dunia adalah satu idea besar yang mana bertujuaan supaya hubungan di antara bangsa-bangsa menjadi rapat dan padu bukannya untuk bersengketa atau berpecah belah.

Dalam perkara ini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sangat berbangga kerana pandangan yang pernah diluahkan oleh NDP sebaik sahaja isu kartun menghina Rasullulah meletus, jelas mengambarkan parti seiring dan sejalan dengan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan.

Dalam melahirkan rasa yang amat kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan menghina Baginda Nabi Muhamad SAW, Timbalan Presiden NDP Sdra Mahmud Morshidi Othman pernah menyuarakn:

“Apakah kebebasan akhbar dan hak asasi manusia yang menjadi pegangan barat itu turut membawa maksud sewenang-wenangnya boleh menyakiti hati orang lain?,menghalalkan perselisihan dan konflik agama sehingga boleh mencetuskan kegawatan dan keganasan?”

“Jika demikianlah hala tuju dan natijah nilai-nilai kebebasan akhbar dan hak asasi manusia seperti yang diangung-agungkan kan barat itu, maka para promoter keamanan sejagat seharusnya mengambil langkah wajar menilai semula konsep hak asasi manusia dan kebebasan akhbar yang menjadi pegangan mereka, mendidik dan membetulkan persepsi songsang mereka itu kerana, disatu pihak lain ia telah menekan dan menafikan pula hak orang lain.”, tegas saudara Morshidi.

Dalam hubungan ini, beliau berkata NDP merasakan bahawa gagasannya untuk menubuhkan sebuah Sekretariat Hubungan Antarabangsa dan Keamanan sebagai pelantar untuk dialog keamanan, peradaban dan agama khususnya antara Islam dan Barat dan antara Islam dengan agama-agama besar dunia sememangnya suatu gagasan yang releven.

“Disaat-saat genting seperti ini, kita sekadar menangis didalam hati kerana betapa murni dan besarnya sekalipun hasrat NDP untuk menunaikan tanggung jawab politik dan agamanya, namun masih tidak berupaya untuk mengungkayahkanya kerana ketiadaan tenaga professional dan dana”.

“Para cendikiawan dan karyawan masih tidak sudi menceburkan diri kedalam NDP dan dalam masa yang sama kantong NDP juga kosong, apatah lagi usaha besar sebegini tentulah memerlukan dana yang besar dan sokongan pihak-pihak berkenaan” keluh Timbalan Presiden NDP itu.

Wednesday, March 22, 2006

Kearah Tekad Memudahkan Urusan Orang Ramai



Antara Kes Bekalan Air Terputus 8 jam dan Padi Yang Belum Berbayar

DITAKDIRKAN pada hari Rabu 8hb Februari 2006 bekalan air di beberapa kawasan di Daerah Belait terputus. Ia menyebabkan penduduk di kawasan yang terlibat berdepan dengan kepayahan.
Imbas kembali...penduduk di Daerah Belait menghadap masalah putus bekalan air pada awal bulan Februari lalu.
Di Temburong pula sebahagian besar pesawah dari sejumlah 329 pengusaha belum mendapat bayaran dari Jabatan Pertanian melibatkan jumlah tunggakkan bernilai $402,926.

Penduduk yang terlibat dengan masaalah air di Kuala Belait bersungut disebabkan mereka terpaksa menghadapinya hampir sepanjang hari disebabkan pihak yang berwajib mengambil masa selama 8 jam bagi memulakan kerja pembaikan.

Penanam padi di kawasan Perdayan-Lekiun-Nagalang dan KPLB di Daerah Temburung yang padi mereka sudah melewati dua musim menuai belum berbayar lagi. Mereka sudah seperti putus harap.Mereka “kelanguan”menunggu janji tertunai, namun janji demi janji, pembayaran padi mereka masih belum dilunaskan.
Imbas kembali...NDP mengambil inisiatif menghantar bekalan air minuman untuk meringankan kepayahan yang dihadap oleh ahli-ahli NDP yan dilanda bekalan air terputus
Demi memahami sungutan dan kepayahan yang dihadapi oleh penduduk Belait yang menghadapi masaalah air itu, maka Partai Pembangunan Bangsa (NDP) mengambil langkah membekalkan air ala kadar untuk minum, memasak dan lain-lain keperluan kepada lebih 100 orang ahli-ahlinya yang terlibat bagi meringankan keperluan mereka sementara menunggu bekalan air dipulihkan.

Isu masaalah kelewatan pembayaran harga padi yang dibeli oleh Jabatan Pertanian pula telah diketengahkan oleh NDP kepada Jabatan Pertanian pada 14hb Disember 2005 dan susuli lagi pada pada 25hb Februari 2006 dan dua hari selepas itu isu ini dikongsikan kepada pembaca melalui laman ini.
Imbas kembal...beberapa pesawah padi menghadapi masalah lambat pembayaran hasil jualan dibawah skim pembelian semula padi.
Jabatan Pertanian secara positif telah menjawab melalui suratnya 1hb Mac 2006 dengan makluman yang Jabatan tersebut “telah mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk mengatasi masaalah tersebut” dan menyatakan tindakan yang diambil oleh Jabatan Pertanian itu adalah “mengikut prosedur-prosedur yang mungkin mengambil sedikit masa”. Soalannya dikalangan pesawah ialah bila mereka boleh dapat pembayaran?

Isu air dapat diselesaikan dalam masa 12 jam. Isu pesawah padi pula sudah hampir mencecah satu tahun. Kesian mereka…

Persoalan yang berbangkit ialah mengapa perkhidmatan air yang begitu penting untuk penduduk itu mengambil masa sampai 8 jam untuk memulakan kerja-kerja pembaikan? Dan mengambil masa “tahun” untuk melunaskan hutang Jabatan Pertanian kepada pesawah?

Waktu 12 jam bukan suatu tempoh yang singkat bagi pengguna menghadapi ketiadaan air. Demikian juga hutang tidak berbayar hampir mencecah ke “tahun” bukanlah satu tempoh yang wajar, lebih-lebih lagi yang berhutang itu ialah Jabatan Pertanian, agensi yang menanai amanah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan secara langsung.

Masaalah-masaalah seperti ini sudah setentunya menimbulkan masaalah berangkai kepada penduduk yang terlibat.

Brunei Darussalam bukanlah sebuah kawasan yang terlalu luas atau sebuah Negara miskin atau sebuah masyarakat yang terlalu sebok hingga tidak dapat mengatasi gendala itu dalam tempoh waktu yang sewajarnya. Perlukah kita mengambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan sebarang masaalah yang bersangkutan kebajikan dan kesejahteraan rakyat?

Peranan dan tugas perkhidmatan kerajaan dan kaki tangannya dalam sebuah Negara Kebajikan ialah untuk memberikan perkhidmatan yang “laju” dan yang terbaik kepada orang ramai. Inilah hakikat sebenar pengharapan orang ramai.

Sebaiknya hendaklah ada komitmen yang tinggi untuk menyelesaikan segala masalah rakyat dalam masa yang secepat-cepatnya supaya mereka tidak berdepan dengan kepayahan yang sebenarnya boleh dielakkan.

Jepun dan Korea Selatan yang serba maju itu ialah disebabkan semua pihak, kerajaan dan bukan kerajaan, kaki tangan kerajaan dan orang biasa yang tidak bekerja dengan kerajaan, mengambil berat dan segera mengatasi apa saja yang berlaku yang boleh mendatangkan kesusahan kepada orang ramai. Masing-masing tidak menunggu lambat untuk menangani masalah yang terjadi. Masing-masing saling bantu membantu. Cantek!

Brunei Darussalam adalah sebuah negara Islam dan majoriti penduduknya adalah beragama Islam. Islam mengajar penganutnya bekerja secekap dan secepat mungkin bagi menangani masalah rakyat. Menangani sesuatu masalah adalah berpahala. Sebarang kerja yang dapat mengelakkan orang ramai dari menghadapi masalah adalah lebih besar pahalanya.

Melengah-lengahkan kerja adalah satu sikap dan perbuatan yang tidak sihat, kerana sikap itu menyebabkan kepayahan berlanjutan.

Di setengah negara mundur dan masyarakat yang mundur, kaki tangan kerajaannya sengaja melambatkan kerja pemulihan atau lambat untuk memulakan kerja pemulihan dengan tujuan untuk mendapat elaun kerja lebih masa. Demikian juga melambat lambatkan pembayaran disetengah negara mundur adalah suatu yang disegajakan kerana mereka boleh memasang lokah dipergentingan.

Alhamdulillah, mungkin di negara kita sikap keji itu tidak timbul, akan tetapi, dari kacamata orang awam ia ada kaitan dengan persoalan sikap, sindrom priroriti rendah dan kepincangan sistem penyampaian (delivery system) yang perlu diusai segera.

Gejala melengah-lengahkan keperluan orang awam seperti ini perlu dikikis licin dari meresapi sesetengah kakitangan awam kerana ia bukan saja tidak dikehendaki oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri baginda Sultan, akan tetapi ia juga bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menghendaki setiap umat manusia mentadbir dan berkhidmat dengan jujur dan ikhlas.

NDP mahu menanamkan semangat bekerja kuat dan bertindak cepat dan memberikan perkhidmatan yang memuaskan. Yang demikian adalah berpahala dan menjalankan kerja-kerja untuk kebaikan rakyat adalah satu ibadat yang memberikan ganjaran pahala fardhu kifayah.

Sebaliknya yang melambat-lambatkan kerja, hanya akan dapat gaji tetapi tidak dapat pahala. Kita mahu kaki tangan kerajaan dan seluruh pekerja di Negara Brunei Darussalam mendapat ganjaran upah yang secukupnya dari kerja dan perkhidmatan masing-masing dan disamping itu mereka juga dapat ganjaran pahala besar.

Pada pengamatan NDP obor tekad pemadulian terhadap orang ramai itu hendaklah dirakamkan dalam bentuk keboleh capaian kepada “end product” melalui proses tekad memudahahkan urusan orang ramai. Mudah-mudahan dengan pendekatan itu, pucuk pimpinan negara kita tidak lagi akan dibebani dengan masaalah-masaalah seumpama itu, sebaliknya pucuk pimpinan akan dapat menumpukan sepenuh tenaga dan daya usaha kearah menyelesaikan masaalah-masaalah negara yang lebih besar.

Dengan pendekatan dan sikap positif sedemikian, Brunei Darussalam yang merdeka dan berdaulat ini mudah-mudahan akan mencapai tahap negara dan rakyat serba maju. “Baldatun Tayyibatun Warrabun Ghaffur”. Insyaallah.

Kemiskinan Mencuri Masa Depan Kanak-Kanak


Kisah sedih Dayang Salbiah berumur hampir 70 tahun mengambarkan masalah negara dibawah arus deras kemajuan yang sedang di nimkati oleh masyarakat majoriti di negara ini.


PANCUR PAPAN TUTONG 22HB MAC 2006: Kisah sedih seorang nenek tua yang tinggal disebuah rumah usang di Kampog Pancur Papan telah mencuit hati ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) di Daerah Tutong.

Bayangkanlah didalam suasana kehidupan kita seharian yang aman damai dan sejahtera masih lagi terdapat segelintir masyarakat kita yang hidup melarat.

Apa yang paling menyedihan keperitan hidup yang dihadapi oleh segelintir masyarakat yang kurang bernasib baik ini menyebabkan anak-anak dibawah tanggungan mereka yang masih mentah dan tidak berdosa menghadapi masa depan yang gelap apabila pendidikan yang menjadi hak milik mereka diragut oleh kemiskinan.

Harapan negara ialah agar generasi-generasi muda atau pelapis dapat diasuh dengan baiknya untuk menerajui perkmbangan dan kemajuan negara di masa hadapan.

Akan etapi dalam masa yang sama negara bolehlah juga menaruh harapan sekumpulan masyarakat yang kurang bernasib baik ini ada juga harapan untuk menjadi kelompok yang besar disatu hari nanti jika kita terus lalai untuk menagani masalah kemiskinan yang semakin meningkat ini.

Bagi NDP masalah kemiskinan adalah salah satu isu besar yang tidak patut diambil ringan justeru adalah menjadi matlamat NDP untuk membantu negara membasmi kemiskinan dan menjadikan negara sifar miskin dalam jangka 10 tahun mendatang.

Sementara itu wakil-wakil dari Cabang NDP Mukim Pekan Tutong yang terkesan dengan kisah mengenai nasib malang yang menimpa nenek tua itu kemarin telah berkunjung ke rumah nenek itu mengetahui lebih lanjut lagi akan masalah yang dihadapi oleh nenek yang bernama Dayang Hajah Salbiah binti Ahmab itui.

Rombongan NDP Mukim Pekan Tutong yang diketuai oleh Awang HjZam Sharin, Ketua Cabang NDP Mukim Pekan Tutong semasa lawatan itu juga menghulurkan sedikit Bantuan untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh Dayang Hajah Salbiah dan 7 ahli keluarga beliau yang lain.

Rumah Hajah Salbiah yang sudah usang dan perlu dibaikpulih dengan segera terletak di simpang 162 No. 6 Kg. Panchor Papan, Tutong.

Didalam pertemuan itu Dayang Hjh Salbiah sempat menceritakan masalah yang dihadapi beliau berserta dengan 7 orang ahli keluarga.

Menurut Dayang Hjh.Salbiah keperitan hidup yang dihadapai menyebabkan sebilangan dari ahli keluarga beliau terpaksa diberhentikan sekolah.

Dengan perasaan terharu sambil menitiskan air mata beliau mengucapkan rasa berterima kasih diatas bantuan yang diberikan.



Tuesday, March 21, 2006

PATANI : KEZALIMAN YANG MELAMPAU (SIRI 1)


OLEH: HUSSEIN MAA
Kawasan pergunungan dan perhutanan Patani adalah yang terkaya di Thailand, dan ia menjadi sumber 35 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Namun demikian, umat Islam Patani, yang mem­bentuk kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan populasi seramai 55 juta orang, sedang ditekan dan ditindas sejak 200 tahun, dan kini sedang berhadapan dengan polisi genocide.

Penderitaan umat Islam Patani yang pertama bermula pada tahun 1782 apabila Dinasti Rama mula menakluki Patani. Pada waktu itu, pergaduhan berlaku di antara umat Islam Patani dan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai orang-orang Siam, dan ia berlarutan selama beberapa hari. Banyak bandar-bandar Patani yang musnah dibakar, ibu pejabat militarinya dimusnahkan, dan kira-kira 4,000 orang umat Islam Patani dipenjarakan oleh Siam sepanjang tempoh berlakunya pergaduhan itu.
Siam dengan kejam mendera mereka yang dipenjarakan, membawa mereka ke Bangkok dengan mengikat mereka di antara satu sama lain dengan tali yang yang dimasukkan pada cuping telinga yang “ditindik’ sehingga berlubang besar dan merantai kaki mereka. Kemudian mereka ini dipaksa bekerja mengorek terowong tanpa diberikan sebarang peralatan dan perkakasan. Kezaliman oleh “penjajah” Siam ini turut menghapuskan sistem ber Sultan diwilayah Patani tersebut.
Thailand telah terbahagi kepada 7 kawasan selepas peperangan, dan Patani dipaksa membayar cukai, dan berada selama 70 tahun yang berikutnya di bawah kawalan Siam.
Umat Islam Patani mendakwa bahawa mereka bukannya berbangsa Siam, dan mereka juga bukannya berbangsa Thailand, tetapi lebih kepada Melayu Kelantan dan Perlis di Malaysia. Sebenarnya, mereka menggunakan Bahasa Melayu, iaitu bahasa umat Islam Malaysia. Walaupun bahasa tersebut telah ditulis dalam huruf Arab selama beratus-ratus tahun, mereka telah dipaksa untuk meng­gunakan huruf Roman oleh kerajaan Thailand.
Pada tahun 1909, Siam menganugerahkan kepada Pattani sesuatu yang konon­nya dipanggil “kemerdekaan” namun, polisi penindasan kerajaan Thailand tidak ber­ubah sama sekali malah ditingkatkan lagi sehingga mencakupi cengkaman terhadap pendidikan islam, bahasa dan budaya Umat Islam Patani. Keadaan ini menyebabkan rakyat Pattani bangkit bagi menuntut kemerdekaan.
Para pemerintah Thai terus menjalankan polisi mene­kan dan asimilasi yang bertujuan untuk me­ma­dam­kan identiti Islam Patani. Tindakan yang pertama ber­laku pada tahun 1932, apabila pertubuhan-pertubuhan pendidikan Islam telah di­haramkan dari menjalankan sebarang kegiatan. Polisi penghapusan yang lebih besar telah dimulakan pada tahun 1944, dan mengakibatkan umat Islam Patani dan ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh para penganut Budda. Pengamalan rukun-rukun Islam dilarang sama sekali, dan ajaran Budda mula disebarkan kepada masyarakat. Ajaran Buddhisme menjadi wajib di sekolah-sekolah, dan para pelajar Islam dipaksa mengamalkan ajaran-ajaran Budda.
Selama bertahun-tahun, agen-agen pemerintah Thailand telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Patani. Pada tahun 1944, 125 buah keluarga Islam yang tinggal di Belukar Samak telah dibakar hidup-hidup. Polisi-polisi asimilasi yang dilaksanakan oleh Thailand dapat dilihat dan dirasai dalam setiap aspek kehidupan. Banyak menara dan kubah yang diruntuhkan di Patani.
Sebagai sebahagian daripada polisi asimilasi ini, keseimbangan demografi di kawasan Patani turut diubah apabila orang-orang Budda digalakkan supaya berpindah ke sana. Patung Budda terbesar di Thailand telah ditegakkan di Patani, dan umat Islam dipaksa supaya menyembahnya. Sesiapa yang enggan telah dibunuh atau dicampakkan ke Kota River.
Pada masa yang sama, tempat perlindungan pejuang pembebasan Patani telah diruntuhkan oleh kerajaan Thailand dan beratus-ratus rakyat Patani yang tidak bersalah telah didera. Para ulama Islam yang terkenal telah mati di bawah keadaan yang sangat mencurigakan di pusat-pusat kesihatan milik kerajaan Thailand. Pembunuhan dan kehilangan warga yang disyakki sebagai pejuang pembebasan tidak berkesudahan sudah menjadi darah daging kehidupan.
Perjuangan baru bagi mendapatkan kemerdekaan oleh umat Islam Patani, yang sedang mengalami penderitaan, bermula selepas Perang Dunia II dan berterusan sehingga ke hari ini.

Monday, March 20, 2006

NDP Teruskan Inisiatif Rapatkan Hubungan Dengan Belia

BANGAR 20 HB MAC 2006: Majlis ramah mesra bersama belia anjuran Himpunan Pemuda Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang berlangsung di Kampong Rataiee Temburong kemarin berjalan dengan baiknya.

Lebih 50 orang belia termasuk wakil-wakil dari Daerah Brunei-Muara dan Belait menghadirkan diri untuk ikut serta diacara yang bertujuan untuk merapatkan lagi jurang antara belia-belia dengan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP.

Antara anggota-anggota NDP yang ikut serta diacara tersebut ialah Awang Aji Haji Ali, Ketua Himpunan Pemuda, Awang Abdul Halim Haji Jumat, Ketua Hal Ehwal Awam NDP dan juga Awang Haji Yazid, Timbalan Ketua Pemuda Daerah Temburong yang mengendalikan acara tersebut.

Acara ramah mesra dimeriahkan dengan permainan futsal dimana belia-belia yang hadir dibahagikan kebeberapa kumpulan untuk persaingan futsal tersebut.

Selepas itu belia-belia tersebut dibawa melawat ke Taman Rekreasi Batang Duri untuk beristirahat dan melepaskan penat lelah setelah sibuk bersaing di perlawanan futsal persahabtan tersebut.

Acara rama mesra bersama belia yang berlangsung di Temburong itu adalah kesinambungan dari projek yang sama yang bermula di Daerah Tutong pada bulan Februari lepas sebelum ianya diadakan di Daerah Belait pada awal bulan ini.

Dijadualkan NDP akan mengadakan acara kemuncak majlis rama mesra bersama belia di Daerah Brunei Muara pada suatu tarikh yang akan diumumkan nanti.

Tujuan NDP mengungkayahkan projek tersebut selain dari tujuan merapatkan hubungan NDP dengan beia-belia ialah untuk memberikan peluang kepada kaum belia di negara ini untuk mengenali NDP dengan lebih dekat lagi.

NDP berpandangan adalah wajar bagi parti untuk memperkenalkan diri kepada kaum belia yang merupakan lebih kurang 70 peratus dari jumlah penduduk di negara ini dan juga merupakan generasi pelapis yang bakal mewarisi dan menarajui kemajuan negara dimasa hadapan.

NDP berharap dengan pendekatan ini ianya akan dapat membantu parti dalam usaha memahami cita rasa dan aspirasi belia-belia di negara. Dari hasil maklumat-maklumat yang diperolehi akan dapat membantu parti merancang projek-projek dan program-program yang menuju kearah mempertingkat daya saing belia di negara ini.







Sunday, March 19, 2006

Hari Pelancaran Penubuhan NDP Semakin Dekat

LIMBARUH HIJAU 19 HB MAC 2006: Ahli-ahli jawatankuasa pelancaran penubuhan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ‘bertongkat mata’ sejak beberapa malam ini untuk memastikan perjalanan hari yang bersejarah yang akan berlangsung dalam beberapa hari saja lagi berjalan lancar.
Dayang Hajah Saemah, selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pelancaran Penubuhan NDP mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Majlis Pelancaran . Kanan Haji Wan Zain Setiausaha Jawatankuasa Majlis Pelancaran. Beberapa ahli jawatankuasa sedang membincangkan perkara-perkara berhubung majlis pelancaran.
NDP akan mengadakan majlis pelancaran parti pada 25hb Mac akan datang ini bertempat di Dewan Besar bagunan Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) di Bandar Seri Begawan.

NDP telah diluluskan pendaftarannya pada 31hb Ogos 2005 dan sejak itu usaha gigih dimulakan untuk merekrut ahli-ahli serta menubuhkan cabang-cabang di kesemua daerah.

Hingga ke hari ini bilangan ahli-ahli NDP semakin meningkat degan penubuhan 15 buah cabang-cabang yang meliputi kesemua empat-empat daerah di negara ini.

NDP juga telah mengukuhkan jentera pentadbiran dengan mengemaskinikan Majlis Tertinggi Parti, Majlis Eksekutif Pusat dan Jawatankuasa Perhubungan NDP bagi peringkat daerah. Biro-biro, jabatan-jabatan dan jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Parti bagi tujuan melicinkan lagi perjalanan dan pentadbiran parti juga dikemaskinikan.

Anatarnya ialah, Jawatankuasa Himpunan Pemuda dan Wanita, Biro Orgnasisasi dan Penyelidikkan, Biro Perkembangan Usahawan, Biro Pertanian dan Industri Asas Tani, Biro Hal Ehwal Agama Islam, Biro Hal Ehwal Non-Muslim dan juga Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam serta Biro Keselamatan dan Bantuan Kecemasan.
Bangunan tambahan untuk kegunaan Jabatan Pembangunan Keusahaawan dan Juga Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani NDP yang telah siap
Selain dari itu NDP juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa khas seperti Jawatankuasa Khas memantau perjalanan Rancangan Kemajuan Negara bagi tujuan memastikan NDP menunaikan tugasnya membantu dan menyokong KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Kerajaan baginda membangun bangsa dan negara dengan cekapnya seperti yang telah termaktub dalam visi, misi dan objektif parti.

Pada bulan November tahun lepas, NDP juga telah merasmikan Limbaruh Hijau di Jerudong sebagai Ibu Pejabat rasmi NDP dan diselajurkan dengan perasmian pengibaran bendera ‘Sang Setia, bendera rasmi NDP.

Lebih 400 jemputan termasuk 10 orang wakil-wakil kedutaan dan perwakilan asing di negara Brunei hadir dimajlis yang dirasmikan oleh YAM Pengiran Kerma Negara Pengiran Anak Haji Abdul Wahab bin Pengiran Anak Sabtu Kamaluddin. Gambar luar surau NDP
Ruang dalam surau NDP. Walaupu n sibuk dengan urusan dunia NDP tetap komited dengan tanggugjawab memudahkan ahli-ahli menunaikan solat Tempat berwudhu
Perkembangan yang pesat ini juga telah memberikan NDP semangat dan inspirasi untuk menonjolkan diri di arena politik negara, di rantau dan juga di arena antarabangsa melalui media massa justeru NDP melihat adalah wajar baginya mempunyai alat media nya sendiri. Maka lahirlah majalah bulanan NDP iaitu Aspirasi NDP dan juga laman web Aspirasi NDP ini.

Insya Allah berikutan dengan perkembangan-perkembangan yang pesat ini NDP sudah bersedia untuk melancarkan penubuhan parti dengan rasminya.

Apa yang diharpakan ialah selepas pelancaran ini nanti semua ahli-ahli yang ada yang senghaja direkrut untuk menjadi pendakwah parti akan turun padang untuk merekrut lebih ramai lagi ahli.

NDP juga menaruh harapan untuk merekrut lebih ramai lagi ahli yang mempunyai semangat patriotik dan komited untuk berjuang merealisasikan visi, misi dan objektif parti untuk memastikan Negara Brunei selama-lamanya menjadi negara Melayu Islam Beraja yang aman, makmur dan sentiasa mendapat keampunan Allah jua.

Di hari pelancaran itu nanti beberapa acara menarik telah dijadualkan untuk merayakan hari bersejarah itu.

Di jangkakan seramai 700 para jemputan akan hadir dimajlis yang tersebut.

Saturday, March 18, 2006

NDP Bersama Belia

TEMBURONG 19 HB MAC 2006: Usaha Parti Pembangunan Bangsa (NDP) untuk merapatkan jurang antara belia-belia dan pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli NDP akan diteruskan lagi hari ini di Temburong melalui satu lagi acara ramah mesra bersama belia.

Acara ramah mesra bersama belia pagi ini dijadualkan akan berlangsung di Kampong Rataiee di Temburong.

Lebih 100 orang belia-belia dari keempat-empat daerah akan berkumpul untuk mengikuti bermacam-macam aktiviti yang sudah diatur begitu rupa untuk mencapai matlamat merapatkan hubungan antara belia-belia dengan ahli-ahli NDP.

Acara pada pagi ini juga diharapkan akan dapat membukakan peluang kepada ahli-ahli NDP terutama sekali pemimpin-pemimpin mendekakan diri kepada belia-belia yang merupakan generasi pelapis kepada bangsa dan negara.

NDP telah mengambil inisiatif untuk merapatkan hubungan dengan belia-belia pada bulan February lepas dengan mengadakan acara serupa di Daerah Tutong.
Bergambar ramai bersama belia di Kampong Patani Tutong Awang Mahadi Suhaili, Komposer dan Pemuzik NDP menunjukkan cara bermain seruling kepada belia-belia di Daerah Tutong. Kelihatan dalam gambar Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP ikut serta di begkel muzik itu. Sdra Morshidi serta pemimpin-pemimpin NDP yang lain beramah mesra bersama belia di Tutong
Hampir 100 orang belia-belia menghadirkan diri di acara yang telah berlangusng di Kampong Patani Tutong.

Pada awal bulan Mac pula NDP meneruskan usaha yang sama di Daerah Belait dimana hampir 300 orang belia-belia berjaya dikumpulkan untuk ikut serta di acara yang penuh kegirangan itu.
Kanak-kanak di Daerah Belait tidak mahu ketinggalan mendaftar diri untuk ikut serta acara NDP bersama belia yang berlangsung dengan jayanya di kawasan lagoon Mesjid Kampong Pandan. Ahli-ahli NDP begabung dengan belia-belia Belait di pertandingan permainan kasut gergasi
Acara ramah mesra bersama belia di Daerah Belait telah berlangsung dengan jayanya di Lagoon Mesjid Kampong Pandan.

NDP merancang untuk mengadakan acara kemuncak di Daerah Brunei Muara dalam sedikit masa lagi.

Harapan Baru Bagi Maidin

Awang Maidin Rimba dapat melihat satu harapan untuk akhirnya mendapatkan bantuan

Petugas-Petugas Dari Baitul Mal Buat Kajiselidik Untuk Baikpulih Rumah Awang Maidin
KAMPONG SUNGAI TERABAN 18HB MAC 2006: Setelah hampir dua tahun menunggu janji bantuan membaikpulih rumah yang sudah usang akhirnya akan tertunai juga.

Inilah satu harapan baru yang diperolehi oleh Awang Maidin Rimba, seorang nelayan yang tinggal di Kampong Sungai Teraban, apabila beberapa orang pegawai dari Baitul Mal akhirnya datang untuk membuat penyelidikkan berhubung kerja-kerja membaikpulih rumahnya yang sudah usang itu.

Menurut anak perempuan Awang Maidin petugas-petugas dari Baitul Mal telah menggunjungi rumah ayahnya pada hari Khamis baru ini.

“Mereka telah datang untuk mengambil gambar keadaan rumah tetapi tidak pula memberikan keterangan lanjut bilakah kerja-kerja membaikpulih akan dijalankan. Menurut maklumat yang diterima mereka akan berkunjung lagi untuk membuat penyelidikkan lanjut”, jelas Dayang Norhani.

Katanya kunjungan petugas-petugas dari Baitul Mal itu memberikan mereka harapan baru untuk akhirnya berpeluang tinggal di rumah yang lebih selesa.

Hampir dua tahun yang lalu kisah Awang Maidin pernah dilaporkan di media-media tempatan dan telah mendapat perhatian dari beberpa pihak-pihak tertentu. Akan tetapi perhatian yang diberikan tinggal begitu sahaja tanpa sebarang tindakan lanjut untuk betul-betul membantu Awang Maidin membaikpulih rumahnya diambil.

Ini membuatkan Awang Maidin dan keluarga kecewa dan hampir putus harapan untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Sdra Morshidi mendengarkan keluhan Awang Maidin semasa membuat kunjungan ke rumahyang usang iu pada 9hb Mac lalu
Rombongan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang diketuai oleh Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP telah membuat kunjungan ke rumah Awang Maidin pada 9hb Mac lalu untuk melihat secara dekat keadaan rumah Awang Maidin.

Seperti yang dilaporkan, rumah Awang Maidin memang sudah betul-betul tidak selamat untuk didiami dan memerlukan kerja pembaikkan segera.
Awang Haji Matzin, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP bersama Awang Maidin dan isteri sedang melihat sijil penghargaan atas jasa Awang Maidin menyelamtkan 7 jiwa yang hampir lenyap dalam satu kemalangan di laut pada 1989. Sijil itu menjadi satu kebangaan kepada Awang Maidin yang berharap satu hari nanti sijil lama itu akan ikut menghiasai dinding rumanya yang baru.

NDP melihat inisitaif yang diambil oleh pihak Baitul Mal berikutan laporan mengenai keadaan rumah Awang Maidin yang telah disiarkan di laman web ini pada 9hb Mac lalu satu tindakan yang wajar dan NDP sangat-sangat berterima kasih atas sikap keperihatinan pihak Baitul Mal terhadap masalah yang dihadapi oleh Awang Madin dan keluarga.

NDP berharap semoga tindakkan segera akan diambil untuk membantu Awang Maidin membaikpulih rumahnya yang sudah usang itu yang mana beliau dengan pendapatan yang rendah dari hasil menagkap ikan dan tanggungan keluarga yang besar sudah pasti tidak mampu menjalankanya sendiri.

Friday, March 17, 2006

Rumput Oh Rumput Kenapa Kamu Panjang...

Keadaan rumput yang terbiar panjang dikawasan Dewan Serbaguna RKP Kg Pandan menjelikkan
Rumput terbiar panjang menjadikan kawasan perumahan Kg Pandan samak samun

BELAIT 17HB MAC 2006: Rumput oh rumput kenapa kamu panjang? Macam mana kami tak panjang kontraktor belum potong kami?

Kontraktor oh kontraktor kenapa tidak potong rumput? Macam mana mau potong rumput tender potong rumput belum ditawarkan?

Tender oh tender kenapa belum ditawarkan? Macam mana mau tawarkan bajet potong rumput kawasan itu belum ada?
Rumput tumbuh liar dikawasan Dewan Serbaguna Kamong Pandan
Begitulah kiranya kisah kenapa keadaan rumput dikawasan Dewan Serbaguna Kampong Pandan terbiar tidak dipotong hingga kecantikkan dikawasan itu terjejas.

Buat alasan demi alasan seperti lagu Melayu 'Bangau Oh Bangau' ini memang menjadi kelaziman dan inilah kemungkinan punca kenapa rumput dikawasan Dewan Serbaguna Kemajuan Perumahan Kampong Pandan terbiar panjang dan tidak dipotong.

Kenyataannya rumput yang sudah tumbuh liar itu menjadikan kawasan perumahan tersebut kawasan samak samun. Ianya bukan sahaja menjelikkan mata memandang malahan sudah mula mengancam keselamatan pemandu yang sentiasa menggunakan jalanraya dikawsan tersebut.
Sampah sarap terbiar menjelikkan dan juga boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan penduduk

Rumput-rumput yang panjang di persimpangan jalan melindungi penglihatan pemandu dan membuatkan mereka sukar apabila hendak keluar dari simpang-simpang dikawasan yang sudah menjadi kawasan samak samun itu.

Rumput yang panjang menghalang pemandangan pemandu-pemandu

Soalannya kenapa perkara ini berterusan dan kenapa pihak-pihak tertentu semacam tidak mengambil berat tentang kekemasan dan kecantikan kawasan disekitar Dewan Sebaguna Kampong Pandan itu?

Apabila kita cuba bertanyakan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu pasti kita akan di dondangkan dengan jawapan yang serupa dengan nyanyian ‘Bangau Oh Bangau’ seperti lazimnya kita mendondangkan anak-anak damit yang banyak kerenah agar mereka akan terlena dan tertidur.

Akan tetapi seperti yang ditekankan oleh seorang ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) kemarin di hari ke 2 MMN bersidang, kawasan ini Insya Allah akan bersih dan kemas dengan sekelip mata sahaja sebaik sahaja kedengaran ketelinga 'orang atasan' KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan akan berangkat ke kawasan seperti ini.


PSN Pengiran Haj Mohd Yusof, ahli MMN mempersalkan sikap sesetangah jabatan dan agensi kerajaan di persidangan MMN kemarin
Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd Yusof Pengiran Haji Abdul Rahim berkata sesetengah jabatan dan agensi kerajaan "mula nampak aktif" apabila Baginda Sultan berangkat melakukan sesuatu lawatan.


Pengiran Setia Negara Pengiran Haji Mohd Yusof dalam hujahnya mengingatkan jabatan dan agensi kerajaan jangan hanya menjadi aktif apabila mendengar Baginda Sultan melakukan lawatan.
“Jangan hanya apabila Baginda Sultan mengadakan lawatan barulah membersihkan kawasan, bangunan barulah di cat, jalan raya barulah diperbaiki dan sampah sarap pun tidak kelihatan”, tegasnya.
Beliau mahu jabatan dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat mengambil iktibar daripada siri lawatan oleh Baginda Sultan.
Menurutnya, anggota Majlis Mesyuarat juga tidak perlu takut untuk memberikan pandangan dan menyuarakan kemusykilan seperti dititahkan oleh Baginda Sultan.
"Seperti titah Baginda Sultan, kerajaan dan rakyat dituntut menjadi ahli fikir. Mudah-mudahan kita akan menjadi ahli fikir yang sempurna bukan hanya pandai menyebut yang baik-baik sahaja tetapi ingatlah akan akibatnya yang akan datang," jelasnya.

Thursday, March 16, 2006

Sehaluan Dalam Isu Mempelbagai Ekonomi

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dimajlis pembukaan rasmi persidangan Majlis Mesyuarat Negara (Gambar ehsan InfoFoto) Beberapa ahli MMN yang hadir di majlis pembukaan rasmi persidangan MMN di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas

NDP Menjunjung Titah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan

LIMBARUH HIJAU 16HB MAC 2006: TITAH Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemarin menyentuh bidang pertanian sebagai isu contoh mempelbagaikan ekonomi negara jelas mengambarkan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sehaluan dengan baginda.

NDP sehubungan ini sangat mengalu-alukan titah baginda menyeru Majlis Mesyuarat Negara (MMN), yang bersidang di hari kedua hari ini, menumpukan perhatian kepada perkara tersebut.

Titah baginda sultan, negara tidak boleh berterusan bergantung kepada sumber minyak dan gas justeru usaha mestilah juga ditumpukan kepada usaha mempelbagai ekonomi.


“Selain minyak dan gas, sumber-sumber lain juga seperti pertanian turut membawa kita terpanggil untuk menerokanya lebih jauh kerana kita tidaklah boleh selama-lamanya bergantung kepada pihak luar dan malah adalah menjadi satu kesilapan yang ketara jika kita tidak mengambil kira faktor-faktor alam dan politik yang mendatang," tegas baginda sultan.
Gambar hiasan. KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan bertitah baginda mendapat inspirasi dari ramah mesra bersama rakyat dan dapat mengetahui kehendak dan harapan rakyat. (Gambar ehsan InfoFoto)

“Sehubungan dengan titah baginda itu, NDP betul-betul sangat terasa terdorong dan terpanggil untuk meneruskan usahanya membantu merealisasikan aspirasi baginda dibidang kemajuan pertanian khasnya”.


Titah baginda benar-benar mengambarkan NDP sehaluan dengan baginda dalam melihat isu keselamatan negara terutama sekali dibidang keselamatan permakanan sebagai perkara yang terlalu penting untuk diabaikan”, tegas Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP apabila diminta mengulas titah baginda itu.

Gambar hiasan. Sdra Morshidi menegaskan isu pertanian menjadi salah satu agenda teratas dalam perjuangan NDP menjunjung titah membangun bangsa

Katanya NDP sejak awal lagi telah menjadikan isu kemajuan industri pertanian di negara ini sebagai salah satu agenda utama parti dalam usaha merealisasikan visi, misi dan objektif NDP menjunjung titah membangun bangsa.

“Apa yang di titahkan oleh baginda di pembukaan rasmi MMN mengenai pentingnya menumpukan perhatian dan usaha dalam mempelbagaikan ekonomi negara seperti dibidang pertanian bukanlah perkara baru”, tambahnya.

Gambar hiasan. Beberapa ahli NDP turun sawah membantu pesawah-pesawah yang menghadapi masalah di Temburong
“Baginda sudah berulang-ulang kali menyentuh peri mustahaknya perkara ini yang menjurus bukan sahaja bagi kepentingan mempelbagai ekonomi malahan menjadi satu komponen utama dalam memperkukuh keselamatan negara”, tambah Sdra Morshidi.

“Malangnya apa yang dapat dilihat sejauh ini oleh NDP, bidang pertanian ini seolah-olah di anak tirikan dan banyak perkara yang sepatutnya diselesaikan yang boleh memudahkan kemajuannya seperti diabaikan sahaja, umpamanya pembayaran kepada petani-petani yang dilambat-lambatkan”, tambah sdra Morshidi. Gambar hiasan. Awang Haji Matzin Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP (berdiri nombor 3 dari depan dan melihat keatas) membuat lawatan kerja ke salah sebuah ladang Lmau Manis di Labi
Sdra Morshidi berkata NDP sejak awal penubuhannya lagi sudah bertekad untuk menyokong dan membantu KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan agar dapat mencapai cita-cita baginda dibidang pertanian menjadi kenyataan.

Sejak bulan Ogos tahun lepas NDP telah mengambil beberapa inisiatif untuk membantu pihak-pihak berkenaan termasuk pihak-pihak swasta dan petani-petani persendirian dalam sama-sama memajukan bidang pertanian di negara ini. Gambar hiasan. Awang Haji Matzin, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP menunjukkan cara penjagaan pokok limau manis yang betul kepada peladang limau manis

Umpamanya Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP senghaja ditubuhkan bagi menangani bidang pertanian dan industri asas tani serta agar dapat memudahkan NDP menjadi rakan dalam pembangunan.

Rombongan yang terdiri dari ahli-ahli Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP yang diketuai oleh sdra Morshidi, Timbalan Presiden NDP juga telah membuat lawatan sambil belajar ke Indonesia pada bulan 5 hingga 12hb Ogos tahun lepas.

Rombongan berada di Indonesia selaku tetamu kepada Kantor Pengembangan Kewirausahawan Pertanian, Kepala Kantor Komoditi Pertanian dan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian serta Pusat Pemasaran Produk Pertanian telah melawat ke beberapa ladang-ladang dan stesion-stesion pertanian Pemalang dan Jongjakarta.

Rombogan juga telah dibawa melawat ladang tebu Kementerian Pertanian Indonesia dan juga melawat pengusaha dan ladang-ladang ahli-ahli kumpulan peladang cili, bawang merah, kacang soya dan padi.

Lawatan tersebut bertujuan untuk menimba pengetahuan dan tekologi terkini dibidang pertanian untuk dikongsikan dengan petani-petani di negara ini juga telah .

Pada bulan November lalu pula pakar-pakar pertanian dari Indoesia membuat lawatan balas ke Brunei bagi tujuan membuat penyelidikan dan kajian-kajian tanah, struktur tanah serta perkara-perkara yan berkaitan dengan pertanian di negara ini.

Rombongan dari Indonesia itu terdiri dari Dr Irsal Sal dan Dr Azhar Meci. Mereka telah membuat lawatan dan kajian di beberapa kawasan pertanian di negara ini seperti kawasan pertanian di Salangan, Lekiun, Puni dan juga di Lot Sengkuang.

Hasil penyelidikan itu telah pun dikongsikan di satu sesi taklimat dengan pihak Jabatan Pertanian.

Menurut sdra Morshidi lagi NDP juga berhasrat untuk mendapatkan sebidang tanah di Temburong untuk dimajukan sebagai kawasan pemantauan dan penyelidikan pertanian dimna nanti hasil-hasil penyeldikan itu anti dapat dokongsikan dengan petani-petani.

Selain itu, tambahnya, NDP melalui Biro Petanian dan Industri Asas Tani juga menjalankan usaha berterusan memberikan khidmat nasihat kepada petani-petani dan juga mengambil insiatif medapatkan maklum balas dari pengusaha bersangkutan kemajuan mereka dan juga permasalahan yang mereka hadapi.

Ahli-ahli Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP sebagai contoh, telah membuat banyak lawatan kerja ke ladang-ladang dari kawasan Labu di Teburong hingga ke kawasan petanian di Labi Daerah Belait.

“Baru-baru ini kita juga menubuhkan satu Jawatankuasa Khas (Task Force) yang telah ditugaskan memantau perlaksaan Rancangan Kemajuan Negara (RKN). Isu utama yang sedang ditangani oleh Task Force ini ialah isu pertanian yang menjurus kepada isu keselamatan permakanan di negara kita”, jelas sdra Morshidi lagi.

Sementara itu KDYMM Paduk Seri Baginda Sultan dalam titah baginda menjelaskan Belanjawan Negara akan menjadi agenda utama Mesyuarat Pertama dari Musim Permesyuaratan Kedua Majlis Mesyuarat Negara itu.


"Inilah peluangnya untuk ahli-ahli memberikan pandangan masing-masing. Beta yakin mereka mampu melaksanakan tanggungjawab ini”, titah baginda.


"Sebagai ahli mereka tidaklah perlu takut-takut tetapi sebaliknya, meletakkan diri masing-masing untuk menangani kepentingan negara dan rakyat”.


"Jika mereka dapat berbuat yang demikian itu, maka inilah satu kejayaan besar untuk negara dan juga untuk masa depan majlis yang ditunggu-tunggu" titah Baginda Sultan.


Baginda Sultan bertitah harapan adalah sangat tinggi supaya ahli-ahli bukan sahaja menjadi penyampai yang baik bagi kerajaan dan rakyat malah menjadi ahli fikir yang dapat dicontohi oleh masyarakat umumnya.


Rakyat dan penduduk sentiasa memberi tumpuan kepada mereka yang selaku wakil bagi perpaduan kebangsaan dan nilai-nilai etika yang luhur dan juga kerana mereka berada paling depan untuk mendukung dan menghormati agama, undang-undang dan adat resam bangsa, titah Baginda Sultan.


"Perkembangan perlembagaan adalah proses yang memerlukan penilaian dari semasa ke semasa di samping melaksanakannya dengan teratur.


"Beta sendiri juga mahu sama-sama mengawasi proses ini. Beta juga akan menentukan arah tuju serta kesahihan perlembagaan menurut yang semestinya," titah Baginda Sultan.


Mengenai Majlis Mesyuarat Negara Beta, Baginda Sultan bertitah yang baginda sendiri akan memerhatikan perjalanannya di samping turut menilai kesan-kesannya ke atas kehidupan rakyat dan penduduk.


Baginda Sultan turut bertitah menasihati rakyat dan penduduk supaya mensyukuri kemakmuran yang diterima selama ini hasil kerana Brunei menjadi sebuah negara pengeluar minyak.


Namun, titah baginda kemakmuran ini tidak boleh menjadikan mereka leka dan membazir tetapi sebaliknya perlu sentiasa waspada dan berjimat.


"Langkah mempelbagaikan ekonomi juga amatlah penting memandangkan perkembangan dunia yang tidak menentu.


Selain minyak dan gas, sumber-sumber lain juga seperti pertanian turut membawa kita terpanggil untuk menerokanya lebih jauh kerana kita tidaklah boleh selama-lamanya bergantung kepada pihak luar dan malah adalah menjadi satu kesilapan yang ketara jika kita tidak mengambil kira faktor-faktor alam dan politik yang mendatang," tegas baginda.


Baginda Sultan bertitah mahukan semua sektor kerajaan dan swasta sama-sama mendukung usaha kerajaan mempelbagaikan sumber ekonomi negara ini dengan menggalakkan mereka berani meneroka serta berazam untuk mengelakkan kelembapan.


Baginda Sultan turut bertitah mesyuarat yang akan berlangsung ini membawa mesej terbuka bahawa kerajaan dan rakyat berganding bahu memelihara unsur elemen penting dalam sistem pentadbiran.


"Cara ini banyak mendatangkan kebajikan. Melalui permesyuaratan, kita sebenarnya adalah membuka jalan untuk lebih kaya dengan idea-idea baru dan pengalaman."


"Inilah wadah yang amat Beta sukai. Dari semangatnya alhamdulillahlah. Beta telah banyak mendapat inspirasi untuk mengadakan siri lawatan kepada seluruh lapisan rakyat di daerah-daerah mahupun di kampung-kampung. Dengan cara ini dapatlah Beta mendampingi mereka dan juga berkongsi pengalaman serta harapan."

NDP To Uphold HIs Majesty's Titah On Agricuture

His Majesty at the openig of the LegCo Meeting at the International Convention Centre (Pic courtesy of Info Foto) Members of the LegCO group picture with His Majesty and other members of the royal family (Pic Courtesy of InfoFoto)

LUMBARUH HIJAU 16th Mach 2006: The National Development Party (NDP) is joining His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam in calling on members of the Legislative Council (LegCo), now assembling in the capital, to put economic diversification issues particularly on boosting agricultural sector high in their agenda.

NDP in this matter is very encouraged with the message sent out by His Majesty and pledges to continue with its ongoing efforts to help His Majesty realises his vision, particularly on boosting the agricultural sector.

As indicated by His Majesty, NDP also shares his concerns on our national security interest vis-à-vis on the subject of our food security.

His Majesty in his titah said while "we are blessed with oil resources and have been an exporter through which we prosper and to which we should be thankful, however, we should not be complacent but be alert and practice the habit of saving”. Some NDP members took time off to help padi planters in Temburong affected by delayed payment problem to harvest their rice field. This problem has been highlighted by NDP to the relevant authorities. Several NDP members posing with affected padi planters after harvesting
He said efforts towards diversifying the country's economy are very crucial in the wake of global uncertainties. Besides oil and gas, we should explore other resources such as agriculture, he added.

Rightly His Majesty further said that "We should not forever be dependent on outsiders”.
“It is a big mistake when we take into account the unforeseen political and natural factors. In this context, the government and private sector should jointly support government efforts to diversify the economy. We should not be left behind further. We must be brave enough to explore and determined to avoid loss causing sluggishness," said the monarch.
The monarch hoped that the Council members would discuss diligently and earnestly so that decisions could be achieved as required
The LegCo members this morning will convene for its 2nd session at the International Convention Centre with state budget expenditure as one of the main agendas they would debate on.

The LegCo Meeting was officially opened by His Majesty yesterday morning with the ruler receiving royal salute and inspected a guard of honour mounted by personnel from the Royal Brunei Police Force. The Council will convene daily until March 22.
Also present were His Royal Highness Prince Hj Al-Muhtadee Billah, the Crown Prince and Senior Minister at the Prime Minister's Office, and HRH Prince Mohamed Bolkiah, Minister of Foreign Affairs and Trade.
In delivering the titah at the first session of the second leg of the State Legislative Council the monarch said the state budget expenditure would be one of the main agendas of the meeting.
He said this will be an opportunity for members to air their views adding that he is confident that they are capable of carrying out their responsibilities. As members, they should not be afraid, urged the ruler.
"Instead they should position themselves for the interest of the people and the nation. If they are able to do this, then it will be a big achievement for the nation and for the future of the Council, which we are hoping for.
"Hence, hopes are. high on members, not only as good deliverers for the government and the people but also as exemplary thinkers for the society," the Sultan said.
His Majesty said the State Legislative Council brings an open message that the government and the subjects are working hand in hand in upholding the elements of the system.
"This method brings many benefits. Through consultation, we actually open up ways and enrich ourselves with new ideas and experiences.
This is the platform that I prefer added the ruler saying that “I get the inspiration to make numerous visits to districts and villages”.
“Through this, I am able to get close to them and share their experiences and hopes”, said the ruler.
His Majesty said the State Legislative Council plays a role to serve as an advisory body to him me on matters relating to the interest of the people and the nation.
“Views and opinions expressed by the members should be in a constructive manner to achieve consensus," the Sultan added.
"Today is the first session of the meeting for the State Legislative Council members who have just been appointed. It houses 29 members, with five representatives from the four districts.
"The expansion of members is in line with the constitution and my aspiration to give ample opportunities to the subjects to express their views. I am confident that the appointed members will play their roles rightly," said the ruler.
Touching on the subject of Council members, His Majesty said the people and the nation will always focus their attention on them as they have become the representatives for national unity and good ethics. They are the front liners in upholding religion, laws as well as Customs and traditions.
"The constitutional development is a process that needs to be reviewed from time to time, while implementing it properly. I would also monitor its process and decide the direction and authenticity as stated.
"I would also monitor the flow of the State Legislative Council while at the same time review its effect on the life of the people. One of the main agendas is to discuss the state's budget expenditure that will be viewed from different angles, especially financial planning and the country's source of income," said His Majesty.
Earlier, the 29 members comprising I1 Cabinet Ministers, two from the nobility and one from the aristocracy, seven prominent figures who have achieved distinctions in business, religion and society, and five representatives from the four districts were sworn in.

Tuesday, March 14, 2006

US DEPARTMENT OF STATE 'CRABBING' RIGHTS


By Al Barawi

The Bureau of Democracy, Human Rights and Labor of the US Department of State has just released its Country Reports on Human Rights Practices for the year 2005, of which a section on Negara Brunei Darussalam has been included. In that section, “problems” were cited in the report on “the government’s human rights record”. But by what criteria has this conclusion been made? A universal criterion accepted by all, or one made in Hollywood, where life rarely reflects reality.

The rest of the world continues to seriously doubt the credibility of the US in preaching democracy and human rights. The US itself is not exactly a credible example of a truly democratic country. Holding general elections every now and again, as the US does, do not automatically make a country democratic.

In fact, undemocratic outcomes may result from elections and electoral systems that undermine the rights of the majority. Take the US presidential election of 2000 for an example. Al-Gore, the then Vice-President clearly won the popular vote against his rival, the then Governor Bush. But through a system that may be argued to be “undemocratic”, Governor Bush was “selected” by the US Supreme Court to be the forty-third President. This was done against the wishes of the majority of US citizens.

It is ironic then that the US should criticise the Guardian Council of Iran for doing what its own Supreme Court has also done, which thus illustrates the kind of double standards that it has been practicing all along. For those who are interested to know more about how “undemocratic” the US is, then read “The Best Democracy Money Can Buy” by Greg Palast, a New York Times bestseller.

Half a century ago, the US had already then been described to be an “elitocracy”, and not a democracy. Then, argument for this was put forward by C Wright Mills in his book, “The Power Elite”.

As for human rights, can one really take the statements of a country that runs the torture prisons at Guantanamo and Abu Ghraib seriously on this subject? Many would argue that the US has already lost the moral high ground to lecture the rest of the world on this issue. This argument is not without substance. Post Second World War history is rife with examples to support this view. Further, it seems to view rights as absolutes and expects others to view them the same way. That is dictatorial and in itself is against fundamental human rights.

Not all societies view all rights in such a manner. There are relativities in these that many ascribed to (including the US itself in some cases), and they are arguably equally legitimate views and practices, taking into account the differences in people’s perspectives derived from their own customs, traditions, religions, beliefs and so on. These have to be respected and have to be taken into account when human rights are discussed.
The Malays have a saying, “Ketam mengajar anaknya berjalan betul”. That, sadly, is exactly what the US has been doing on the subject of human rights, “crabbing”. Sad because its present sole superpower status gives it the “right” to lecture to others, but that same status has made it so arrogant as to ignore its own “conscience”.

Keyakinan Rakyat Semakin Meningkat

3 Rombongan mewakili 3 Mukim Buat Lawatan ke Ibu Pejabat NDP
LIMBARUH HIJAU 14 HB MAC 2006: Keyakinan orang ramai terhadap Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sebagai sebuah parti politik yang serious dan benar-benar komited dalam merealisasikan visi, misi dan objektif parti semakin meningkat.

Ini terbukti apabila pagi tadi 3 rombongan seramai lebih 30 orang yang mewakili Kampong Ayer, Mukim Berakas dan Mukim Muara membuat lawatan ke Ibu Pejabat NDP di Limbaruh Hijau Jerudong lantas terpikat dengan parti dan terus mendaftar sebagai ahli.

Kedatangan mereka dialu-alukan oleh Timbalan Presiden NDP, Sdra Mahmud Morshidi Othman, Haji Omar Tamin, Naib Presiden NDP Daerah Brunei – Muara dan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP serta jawatankuasa yang lain yang berada di Markas NDP ketika itu.

Sayangnya Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy tidak dapat hadir kerana berada di Kuala Belait untuk melawat salah seorang ahli NDP yang sakit dan memerlukan rawatan pakar sebeberapa segera di Kuala Lumpur.

Di awal sesi lawatan itu sdra Morshidi memberikan kata alu-aluan atas kesudian mereka melawat Markas NDP bagi tujuan untuk mengenali lebih dekat lagi NDP yang sekarang semakin terkenal diseluruh negara sebagai sebuah parti politik yang benar-benar berjiwa rakyat yang cintakan keamanan dan kemakmuran dan menanai konsep Melayu Islam Beraja dengan serious.

Sdra Haji Antin, Timbalan Ketua Perhubungan NDP Daerah Brunei Muara pula memberikan mereka taklimat mengenai dasar perjuangan parti, visi, misi dan objektif NDP bagi memastikan negara sentiasa menjadi negara Melayu Islam Beraja yang aman makmur dan sentiasa mendapat perlindungan Allah jua.

Rombongan dari Kampong Ayer di ketuai oleh Haji Azahari Jais manakala dari Muara dan Berakas di ketuai oleh Haji Hussin Awang Besar.

Menurut maklumat yang diterima ketua-ketua rombongan bersetuju untuk mengadakan perjumpaan dikawasan masing-masing disatu tarikh yang akan dimaklumkan nanti dengan tujuan untuk menubuhkan cabang-cabang mewakili Kampong Ayer, Muara dan Berakas.



Lagi Kisah Malang Keluarga Perlu Bantuan

Rumah usang yang didiami oleh Dayang Mala dan keluarga

Oleh Awang Halim Hj Jumat
Dayang Mala, 76 tahun, yang tinggal bersama seorang cucunya bernama Dyg Noor Ellmy binti Hussen telah memohon bantuan membaiki rumah kediaman mereka kerana terdapat di beberapa bahagian yang sudah usang.
Mereka tinggal di alamat No 362, Jalan Pandaruan, Kg Paya Begangan, Bokok, Temburong.

Dayang Mala juga mendiami rumah berkenaan bersama 4 orang anaknya.
Banyak atap rumah Dyang Mala yang sudah bocor
Beliau tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Untuk menyara hidup, dia hanya mengharapkan menerima bantuan elaun pencen tua sebanyak $200.00 dan elaun kebajikan $100.00 sebulan.

Dia juga menyara seorang cucu perempuan bernama Noor Ellmy binti Hussen sekarang berumur 19 tahun yang sejak kecil lagi ditinggalkan oleh bapanya yang berasal dari Kuching, Sarawak. Ibunya iaitu anak kepada Dayang Mala sudah lama meninggal dunia.

Dayang Noor Ellmy terpaksa berhenti sekolah untuk mencari pekerjaan, tapi dukacitanya kesemua usahanya itu telah gagal kerana dia memiliki kad pengenalan merah walaupun ibunya dulu seorang rakyat jati Brunei yang memiliki kad pengenalan warna kuning.

Rumah yang sudahpun berusia 30 tahun itu kini sudah pun tidak selamat di diami. Atapnya bocor, dinding dan kayunya reput serta keadaan sekeliling rumahnya terdapat pokok-pokok yang tinggi dan membahayakan terutamanya ketika angin kencang dan hujan.

Pada 2 tahun lalu, Dayang Mala pernah menghadapkan masalahnya itu kepada Ketua Kampung, Kg Bokok, Awang Hj Jaman Bin Hj Arshad untuk meminta bantuan membaiki rumahnya itu,

Ketua Kampung berkenaan hanya mengarahkannya pergi berjumpa dengan pihak Yayasan SHHB, BSB.

Jawapan Ketua Kampung berkenaan telah mengecewakan Dyg Mala kerana dia tidak berupaya untuk berjumpa dengan pihak berkenaan kerana usianya yang sudah lanjut dan tidak tahu tempat dan bagaimana cara menghadapkan permohonan.

Walaupun Dayang Mala mempunyai 4 orang anak, tapi kesemuanya sudah pun berumah tangga dan mempunyai ramai anak.

Ada di antara anak-anaknya itu yang sudah berpencen dari perkhidmatan kerajaan.

Mereka, menurut Dayang Mala juga tidak berkesanggupan untuk membina atau membaiki rumahnya kerana kesuntukan wang.

Sementara itu Dayang Noor Ellmy binti Hussen pernah pergi ke Pejabat Imigresen, Pekan Bangar untuk menguruskan kad pengenalannya.

Dia juga erusha menhadapkan permohonan bantuan membaiki rumah Dyg Mala kepada Pejabat Pegawai Daerah Temburong.

Rintihan anak yatim, Dyg Noor Ellmy binti Hussen yang memohon belas ehsan dari pihak berkenaan untuk meringankan beban penghidupannya bersama neneknya yang sudah tua itu sangat memilukan hati.

Dalam rayuannya itu dia mengakui dia bersama neneknya tidak lagi menerima bantuan kewangan dari Baitul Mal setiap bulan.

Mereka juga pernah memohon bantuan untuk rumah tapi tidak diluluskan.

Dalam kesedihan, dia menceritakan apabila tiba pertengahan bulan, dia bersama neneknya tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Bayaran elektrik dan air yang tertunggak juga semakin meningkat kerana wang yang mereka terima dari kerajaan itu tidak mencukupi.

Kerosakan rumah mereka itu sudah sangat teruk dan membahayakan di mana lantainya sering sahaja patah apabila di pijak.

Salah satu bilik tidurnya sudah tidak lagi dapat di gunakan kerana selalu di masuki air.

Setiap kali hujan turun, rumah mereka itu tetap di masuki air.

Binatang liar dan berbisa seperti tikus, ular keli jengking sering berkunjung ke rumah mereka itu.

Walaupun hasratnya untuk melanjutkan pelajarannya hingga ke peringkat tinggi, tapi niat itu terpaksa di pendamkan sahaja oleh Dyg Noor Ellmy dan terpaksa berhenti dari alam persekolahannya dalam tahun 2004 kerana ingin cuba mencari pekerjaan untuk membantu nenek yang sudah tua. Tapi malang sekali menimpa dirinya kerana hasratnya itu gagal dan sehinggalah sekarang dia tidak bekerja.

Wanita muda ini mengharapkan agar dapat meningkatkan taraf hidupnya bersama nenek dan memohon kepada rakyat di negara ini yang bersimpati dengan penghidupan peritnya itu supaya dapat membantunya supaya penghidupannya sama dengan orang lain.

NDP Belait Teruskan Pengagihan Beras Sempena Hari Kebangsaan

BELAIT 14HB MAC 2006 : Naib Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) kemarin menyerahkan beberapa kampit beras kepada Ketua-Ketua Cabang NDP di Daerah Belait untuk mereka mengagih-agihkan nya kepada ahli-ahli NDP dikawasan masing-masing.

Acara penyampaian derma beras berlangsung di pejabat sementara NDP di Daerah Belait.

Awang Sulaiman Metrasad selaku Naib Presiden NDP Belait dan Ketua JK Perhubungan NDP Belait menyerahkan derma beras tersebut kepada Pengiran Haji Zainal selaku Ketua Cabang NDP Kuala Belait dan Haji Wan Zain selaku Ketua Cabang NDP Seria manakala Pengiran Haji Mohamad selaku Ketua Cabang NDP Sungai Liang.

Penyampain derma beras kepada Ketua-Ketua Cabang itu diadakan sebagai salah satu projek meryakan Hari Kebangsaan kali ke 22.

Pengiran Hji Zainal, Ketua Cabang NDP Kuala Belait menerima kampit beras dari Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait untuk diagih-agihkan kepada ahli-ahli yang memerlukannya
Haji Wan Zain, Ketua Cabang NDP Seria menerima kampit beras dari Naib Presiden NDP Belait
Pengiran Haji Mohamad, Ketua Cabang NDP Sungai Liang menerima kampit beras dari Naib Presiden NDP Belait

Monday, March 13, 2006

Rumah Tidak Selamat Didiami

Tangga konkrit yang sudah repuh. Inilah keadaan rumah Dayang Hajah Hidup di Lambak Kanan


LAMBAK KANAN 13 MAC 2006: Seorang ibu tua terpaksa meninggalkan rumahnya yang rosak kerana tidak mampu memperbaikinya walaupun hatinya berat untuk meninggalkan rumah yang banyak meninggalkan kenanagan manis semasa bersama suami yang dikasihi yang kini sudah tiada.

Dayang Hajah Hidup binte Ahmad telah dipindahkan oleh Jabatan Kemajuan Perumahan kerumah NO 36 rumah Terrace di Lambak Kanan berikutan aduan beliau mengenai keadaan rumahnya di alamat No. 20 Spg 177 Jalan 77 Perpindahan Lambak Kanan tidak lagi selamat untuk didiami

Menurut anak beliau, Dyg Hjh Azizah, Penolong Ketua Himpunan Wanita NDP ibunya terpaksa mengosongkan rumah peninggalan ayahnya Allayarham Haji Momin bin Ahmad kerana terlalu banyak kerosakkan pada tangga konkrit dan juga pada beberapa kasau konkrit di rumah tersebut.

Rumah tersebut tidak lagi selamat di diami, tegas Dayang Hajah Azizah.

Menurut Dayang Hajah Hidup rumah sepeninggalan Allayarham suami beliau telah di anugerahkan pada tahun 1990 dan rumahh yang di kategorikan kelas `C’ itu di bayar ansuranya setiap bulan.

Katanya keadaan rumah itu sebelum ini telahpun di adukan ke Jabatan Perumahan dan kira-kira lima tahun yang lalu telahpun di baikpulih.

“Akan tetapi kerja-kerja baikpulih itu nampaknya tidak sempurna dan tidak berkualiti kerana sekarang keadaan kembali kepada kerosakkannya asal”, tegas Dayang Hajah Hidup.

Katanya dia tidak ada kemampuan untuk membaikpulih kerosakkan-kerosakkan itu memandangkan beliau hanya menerima wang pencen tua saja dan anak-anak pun tidak juga mampu membantu kerana berpendapatan rendah.

Salah seorang anak lelaki Dayang Hjh Hidup berkata beliau sendiri telah mengadukan perkara itu ke Jabatan Perumahan dan Jabatan Perumahan memaklumkan bahawa aduan mereka adalah senarai yang ke lima menunggu membaikpulih.

Apa yang menjadi kemuskilan beliau sudah satu tahun berlalu namun tidak ada tindakan untuk membaikpulih di buat.

Sementara itu menurut Dayang Hajah Hidup Jabatan Perumahan telah menawarkan kepada beliau untuk mengantikan rumah itu dengan sebuah rah kelas `E’.

Tapi katanya dia menolak tawaran tersebut dengan alasan bahawa rumah yang di adukan itu di bayar mengikut kategori kelas `C’ di mana jika di arahkan berpindah ke rumah kelas `E’ maka bagi pendapat beliau adalah menjadi satu kerugian.

Dayang Hajah Hidup juga beralasan bahawa rumah tersebut memberikan kenangan di mana rumah tersebut telah di naiki oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan semasa lawatan baginda suatu ketika dulu.

Ianya juga, tambahnya menaruh banyak kenangan bersama Allayarham suami beliau.

Apa yang lebih menyedihkan Dayang Hajah Hidup rumahnya yang sudah dikosongkan telah dimasuki pencuri. Pintu rumah dirosakkan,, cermin jendela hilang bahkan terdapat tilam yang bukan milik beliau di dalam rumah itu berkemungkinan di bawa ke dalam rumah untuk kegiatan maksiat.

Pintu rumah dipecah masuk oleh pencuri bila saja Dayang Hajah Hidup mengosongkannya

Ziarah Rumah Ahli Mendedahkan Banyak Masalah

Timbalan Presiden NDP Buat Lawatan Kerja Ke Belait
Bertanyakan khabar berita Dayang Haisah dan keluarga. Sdra Morshidi bersama Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Beliat dan Awang Haji Ali, Ahli JK Disiplin dan Hisbah semasa berkunjung kerumah kediaman sementara Dayang Haisah.
BELAIT MAC 13 2006: Usia mereka sudah melewati setengah abad dan anak-anak pun sudah membesar namun nasib belum meyebelahi mereka.

Hidup Dayang Haisah dan keluarga masih seperti dulu, berpindah randah dan sentiasa berharap kepada ehsan sanak saudara yang sudi memberikan mereka perlidungan sementara.

“Insya Allah, mudah-mudahan dalam sedikit masa lagi semuanya akan berakhir”, keluh Dayang Haisah dan menambah pihak-pihak berkenaan sudah mempertimbangkan permohonannya untuk mendapatkan tempat tinggal sementara di barik kerajaan.

Dayang Haisah mengongsikan ceritanya itu kemarin kepada Timbalalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Sdra Mahmud Morshidi Othman yang berkunjung kerumah kediaman sementara Dayang Haisah dan keluarga di Kampong Baru Seria.

Sdra Morshidi ditemani oleh Pembantu Khas Timbalan Presiden, Pengiran Hamzah, Awang Mahmud Basuni Othman, Sulaiman Metrasad, Naib Presiden Belait, Awang Haji Ali, Ahli JK Disiplin dan Hisbah, Malai Hassan Othman, Timbalan Ketua Perhubungan NDP Belait, Hajah Saemah, Ketua Biro Himpunan Wanita serta Awang Mahadi Suhaili, Ketua Pemuda Cabang Kuala Belait.

Kunjungan ziarah ke rumah kediaman sementara Dayang Haisah dan keluarga merupakan salah satu lawatan kerja Timbalan Presiden kemarin ke rumah-rumah beberapa ahli NDP di Daerah Belait yang bermasalah.

Ia bertujuan untuk mengeratkan lagi silatulrahim anatara ahli dan pemimpin sambil mengambil peluang mengetahui lebih dekat lagi kesejahteraan mereka yang difahami menghadapi berbagai masalah.

Lawatan kerja kemarin juga merupakan salah satu inisiatif NDP melaksanakan programnya yang bernama ‘Tekad Memudahkan Urusan Orang Ramai’ dalam memperluaskan lagi skop pemedulian orang ramai.

Dalam pandangan NDP Tekad Pemedulian Orang Ramai akan lebih berkesan jika diperluaskan lagi dengan tekad memudahkan urusan orang ramai dimana orang ramai bukan sahaja dipeduli dan dilayani malahan akan terus dibantu menanganai cabaran birokrasi agar memudahkan urusan mereka dengan pihak-pihak tertentu.

Semasa menziarahi Dayang Haisah dan keluarga, Sdra Morshidi dan rombongan juga mendapat maklumat mengenai masalah perumahan yang dihadapinya.

Bagi Dayang Haisah hampir 15 tahun sudah berlalu, namun permohonannya untuk mendapatkan rumah dibawah Skim Kemajuan Perumahan Negara belum juga berjaya.

Sementara itu semasa kunjungan ke rumah salah seorang ahli yang juga tinggl di Kampong Baru Seria, rombongan juga dimaklumkan mengenai masalah jalan yang belum beaspalt dan sepatutnya sudah ditingkatkan kepada tahap jalan yang lebih baik dan selesa memandangkan penduduk dikawasan itu semakin ramai. Berkunjung kerumah Awang Mohamad Barudin berusia lebih 70 tahun
Menurut Awang Mohamad bin Barudin tidak disangkalkan pihak-pihak tertentu sudah banyak mengambil inisiatif memperbaiki jalan-jalan menuju ke kawasan itu dan juga meperbaiki jambatan culvert yang rosak.

Walau bagai manapun lebih banyak usaha perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan tahap jalan dikawasan itu dari tahap jalan kampong kepada jalan yang lebih baik bersesuian dengan jumlah rumah yang sudah meningkat dikawasan itu, tambahnya.

Mereka juga, katanya masih berasa sangsi mengenai kedudukan mereka yang tinggal diatas tanah bertaraf Lesen Tumpang Sementara (T.O.L) walaupun sudah tinggal disana lebih 20 tahun.

“Kami mengharapkan pihak-pihak tertentu dapat memberikan geran tanah kepada kami yang menduduki tanah-tanah T.O.L dikawasan ini agar kami dapat merasa aman dan terjamin”, kata Awang Mohamad yang sudah berumur lebih 70 tahun.

Salah seorang ahli yang diziarahi kemarin juga mengadu mengenai masalah kelambatan mendapatkan taraf kerakyataan Brunei.
Suami Dayang Hiasah sudah lebih 20 tahun memohon kerakyatan dan masih lagi dipertimbangkan
Menurut ahli tersebut, beliau sudah menunggu hampir 30 tahun akan tetapi sehingga kini permohonan nya masih dipertimbangakan.

Semasa membuat lawatan di Kampong Baru, Timbalan Presiden dan rombongan juga mendapati sebuah rumah tua yang tidak mempunyai bekalan letrik dan air yang diduduki oleh seorang warga asing berumur lebih 50 tahun yang mengaku telah menetap di negara ini sepanjang hayatnya. Pondok buruk ini masih berdiri dikawasan perumahan disekitar Kampong Baru Seria yang semakin pesat berkembang
Ingin tahu apa masalah penghuni rumah buruk ini. Sdra Morshidi meluangkan masa singgah kerumah buruk tersebut.
Awang Kau berasal dari Sarawak mengaku sudah pernah memohon kerakyatan akan tetapi belum dapat dipertimbangkan walaupun beliau mempunyai banyak sanak saudara terdekat di negara ini.

Sementara itu di awal lawatan, Timbalan Presiden dan rombongan berkunjung kesalah sebuah rumah kediaman ahli di Kuala Belait untuk menziarahi salah seorang ahli keluarganya yang menghidap penyakit yang serious.

Awang Shafiee bin Haji Suhaili dikatakan menghidap penyakit kanser dan perlu menjalankan rawatan segera di Kuala Lumpur.

Beliau dijangka akan berangkat ke Kuala Lumpur minggu ini.

Sunday, March 12, 2006

PENGUMUMAN KONGRES AGUNG PERTAMA

Jadual Perjalanan Kongres Pertama NDP

LIMBARUH HIJAU 12HB MAC 2006 : Timbalan Presiden NDP petang kemarin mengumumkan jadual perjalanan Kongress Pertama NDP yang akan berlangsung pada 29 dan 30hb April akan datang seperti berikut:

PENCALONAN (31HB MAC – 16HB APRIL 2006)

Perhimpunan Agung Tahunan Perhubungan Daerah-Daerah diadakan diantara tarikh yang disebutkan diatas.

Antara lain perhimpunan tersebut bertujuan untuk pencalonan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Himpunan Pemuda, Ketua Himpunan Wanita, Ketua Hal Ehwal Non-Muslim dan 19 Ahli Majlis Tertinggi lainnya.

PENYERAHAN SENARAI CALON (17HB APRIL 2006)

Senarai calon-calon yang terpilih akan dikemukakan oleh Jawatankuasa Perhubungan Daerah-Daerah kepada Penitia Kongress untuk dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah untuk proses eliminasi.

KELAYAKKAN BERTANDING

1- Semua jawatan yang dipertandingkan hendaklah dicadang oleh seorang ahli dan disokong oleh 2 ahli yang lain.

2- Semua calon akan ditapis dan ditentukan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah mengikut kriteria yang ditetapkan.

3- Setiap ahli yang berkelayakkan hanya dibenarkan menjadi calon yang dipilih bagi satu jawatan sahaja.

4- Pencalonan

a- Calon Presiden hendaklah mendapat sokongan seterusnya oleh ahli tidak kurang 20 peratus

b- Calon Timbalan Presiden hendaklah mendapat sokongan seterusnya oleh ahli tidak kurang 15 peratus

c- Calon Naib Presiden hendaklah mendapat sokongan seterusnya oleh 15 peratus daripada keahlian parti di Daerah masing-masing


d- Calon Ahli Biasa Majlis Tertinggi yang mewakili Daerah masing-masing dalam sistem kuota yang ditetapkan hendaklah mendapat sokongan seterusnya oleh tidak kurang 10 peratus daripada keahlian parti di Daerah masing-masing

e- Calon Ketua Himpunan Pemuda, Ketua Himpunan Wanita dan Ketua Hal Ehwal Non-Muslim hendaklah mendapat sokongan seterusnya oleh 10 peratus daripada keahlian kumpulan mereka masing-masing


PROSES ELIMINASI (17 – 18HB APRIL 2006)

Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah bersidang untuk menapis kelayakkan ahli-ahli parti yang dicalonkan bagi menjawat jawatan-jawatan Majlis Tertinggi yang dipertandingkan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

PENGUMUMAN KEPUTUSAN KELAYAKAN BERTANDING (18HB APRIL 2006)

Jawatnkuasa Disiplin dan Hisbah akan menyampaikan keputusan proses eliminsai kepada Pengerusi Penitia Kongres yang akan mengumumkan calon-calon yang layak bertanding bagi 28 kerusi yang dipertandingkan.

PENAMAAN CALON (19HB APRIL 2006)

Penamaan calon untuk jawatan-jawatan yang dipertandingkan akan diadakan di Markas NDP Pusat di Limbaruh Hijau Jerudong dan akan dibuka mulai jam 9 dan akan ditutup pada 12 tengah hari.

Calon-calon yang gagal untuk mendaftarkan pencalonan masing-masing pada tarikh dan masa yang ditentukan akan ditolak oleh Penitia Kongres.

KEMPEN (19 – 28HB APRIL 2006)

Calon dan wakil-wakil calon hanya dibenarkan memulakan kempen bermual dari jam 12 tengah hari 19 April hingga 12 tengah malam 28 April 2006

KONGRES AGUNG HARI PERTAMA (29HB APRIL 2006)

Kongress Agung hari pertama akan menyaksikan berlangsungnya:

1- Persidangan Hal Ehwal Non-Muslim untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatankuasa yang lainnya

2- Persidangan Himpunan Pemuda untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatankuasa yang lainnya


3- Persidangan Himpunan Wania untuk memilih seorang Ketua dan 9 Ahli Jawatnkuasa yang lainnya

KONGRES AGUNG HAR KEDUA (30HB APRIL 2006)

Kongres Agung hari kdua akan menyakiskan berlangsungnya:

1- Pemilihan Presiden

2- Pemilihan Timbalan Presiden

3- Pemilihan Naib-Naib Presiden

4- Pemilihan 19 Ahli Biasa Majlis Tertinggi yang lainnya

Pada hari kedua ini juga akan menyaksikan pebentangan usul dan membahaskan usul-usul yang dikemukakan.


PERHATIAN

1- Berikutan proses Mesyuarat Agung Daerah-Daerah pertimbangan dan kelulusan keahlian dibekukan bermula 28hb Mac ini dan akan berakhir pada 19hb April akan datang ini.

2- Pertimbangan dan kelulusan keahlian akan dibekukan semula apabila berlangsungnya proses Kongress Agung Pertama bermula 26hb April ini dan akan berakhir pada 4hb Mei 2006.

3- Semua pemilihan adalah rahasia (Ballot Box)









NDP Umumkan Kongres Pertama

28 Kerusi Majlis Tertinggi Termasuk Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Akan Di Pertandingkan
Sdra Morshidi, Timbalan Presiden NDP umumkan tarikh Kongres Agung pertama dimana pemilihan bagi jawatankuasa Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden juga akan dijalankan. Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy juga turut hadir dimajlis taklimat tersebut.
LIMBARUH HIJAU 12HB MAC 2006: Parti Pembangunan Bangsa (NDP) petang kemarin mengadakan taklimat mengenai perjalanan kongress pertama NDP yang akan berlangsung pada 29 dan 30 April 2006 akan datang.

Hampir 100 ahli Jawatankuasa Perhubungan Daerah-Daerah dan Ketua-Ketua, Timbalan Ketua-Ketua dan Setiausaha-Setiausaha Cabang seluruh negara hadir dimajlis taklimat yang disampaikan oleh Timbalan Presiden NDP, Sdra Mahmud Morshidi Othman.

Juga hadir sama ialah Ayanhda Yasin Affandy, Presiden NDP dan ahli-ahli Majlis Tertinggi NDP.
Sesi soal jawab juga diadakan dimajlis taklimat Kongres Agung NDP yang berlangsung di bangunan PGGMB di Bandar Seri Begawan
Majlis taklimat diadakan ditingkat 15 Bangunan Perastuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) Bandar Seri Begawan.

Dimajlis taklimat tersebut Timbalan Presiden mengumumkan tarikh Kongess Agong pada 29 dan 30 April yang akan menyaksikan bagi pemilihan sengit ahli-ahli yang akan menduduki kerusi Majlis Tertinggi termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

Sdra Morshidi juga mengumumkan keputusan Majlis Ekseutif Pusat untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah yang diketuai oleh Tuan Haji Ali bin Haji Yusuf dan perlantikan Tuan Haji Mohd Zain bin Omar selaku Pengerusi Penitia Kongress Pertama NDP.

Menurut Sdra Morshidi Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah akan bertanggunjawab menapis ahli-ahli parti yang menawarkan diri untuk bertanding untuk menjawat jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang lain.

Jawatankuasa Disiplin dan Hisbah akan menjalankan tugas dan tanggungjawab nya dalam menapis calon-calon dengan mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi selaras dengan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan berkualiti.

Penitia Kongress pula akan bertanggungjawab memastikan perjalanan kongress termasuklah proses pencalonan yang dijangka akan diadakan antara 31 Mac ini hingga16 April akan datang, penamaan calon pada 19 April dan pemilihan pada 29 dan 30 April berjalan dengan sempurna.

Sementara itu Presiden NDP menasihtkan kepada semua calon dan wakil-wakil calon supaya mematuhi arahan mengenai kegiatan berkempen yang hanya boleh dimulakan pada 19 April selepas penamaan calon dan berakhir pada tengah malam 28hb April.

Ayahnda Yasin Affandy juga menasihatkan supaya “sebarang kempen dijalankan dengan penuh hemah dan menjaga kesesuliaan agar proses demokrasi dalam parti berjalan dengan baik dan indah menepati konsep syura yang diwawaskan oleh parti”.

Beliau juga mengingatkan didalam keghairahan calon-calon, wakil-wakil calon dan ahli-ahli berkempen akan sentiasa mengikut peraturan dan undang-undang keselamatan negara umpamanya memaklumkan kepada pihak polis tempatan dan kepada Pendaftar Pertubuhan mengenai sebarang perjumpaan politik yang akan diadakan.

TAKZIAH KEPADA KELUARGA YAM PSJ PENGIRAN HAJI ABDUL MOMIN


Allahyarham YAM PSJ Pengiran Haji Abdul Momin Pengiran Othman NDP Mengibarkan bendera kebangsaan dan bendera parti setengah tiang tanda penghormatan kepada Allahyarham YAM Pengiran PSJ Pengiran Haji Momin, pembesar negara yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa kepada negara, bangsa dan raja.

LIMBARUH HIJUA 12HB MAC 2006: Seluruh anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ikut bersedih besama keluarga-keluarga dan sahabat handai atas kemabalinya ke rahmatullah Yang Amat Mulia Pengiran Setia Jaya Pengiran Haji Abdul Momin Pengiran Othman yang kembali ke rahmatullah pada pukul 5.15 petang Kamis.

NDP melihat allahyarham sebagai seorang tokoh negara yang banyak berjasa kepada, negara, bangsa, agama dan raja.

YAM Pengiran Haji Abdul Momin dilahirkan di Kampung Pekan Lama pada 9 Mac 1923 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jalan Pemancha Pekan Brunei dari 1934 hingga tahun 1939.

Allahyarham meneruskan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia mulai 1941 hingga 1948.

Allahyarham mula berkhidmat sebagai guru pelatih pada 1939, penolong guru besar II dalam tahun 1952, guru besar dalam tahun 1959, nazir sekolah dan bersara sebagai Setiausaha Sulit Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Allahyarham diangkat menjadi Yang Amat Mulia Pengiran Setia Jaya pada 14 Mac 1969 dan dikurniakan dengan beberapa Bintang Kebesaran dan pingat-pingat kehormatan seperti Dato Laila Utama DK, Dato Seri Utama DK, Pingat Puspa, Pingat Peringatan Jubli Perak, Selangor dan dianugerahi sebagai Tokoh Guru Berbakti dalam tahun 1995.

Allahyarham juga menjadi anggota Majlis Mesyuarat Di-Raja, Majlis Mesyuarat Negara, Majlis Mesyuarat Ugama Islam dan Majlis Mesyuarat Adat Istiadat.

AJK Majlis Pelancaran Penubuhan Parti Pembangunan Bersidang

Ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Penubuhan Parti di bentuk

LIMBARUH HIJAU 12HB MAC 2006: Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah membentuk satu jawatankuasa bagi menjayakan rancangan untuk mengadakan majlis pelancaran penubuhan parti pada 25 Mac akan datang ini.

Penubuhan jawatankuasa itu berlangsung kelamarin di bilek mesyuarah NDP di Limbaruh Hijau Jerudong. Lebih 30 anggota-anggota NDP telah dilantik sebagai Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Pelancaran Penubuhan Parti itu.

Ahli-ahli jawatankuasa yang baru dilantik meneruskan perjumpaan kelamarin dengan mesyuarat untuk membincangkan program-program dan aktiviti-akiviti yang akan dijalankan sempena hari pelancaran parti itu. Mesyuarat AJK Majlis Pelancaran Penubuhan Parti membincankan perkara-perkara bekaitan lojistik dan juga aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dimajlis tersebut

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Awang Haji Mohiddin Pengarah Dato Paduka Haji Othman yang telah dilantik selaku pengerusi majlis pelancaran itu.

Di mesyuarat tersebut ahli-ahli jawatankuasa juga membincangkan hal-hal berkaitan dengan lojistik-lojistik yang perlu diambil kira di majlis tersebut yang dijangkakan akan dihadiri oleh lebih 700 orang jemputan, termasuk ahli-ahli dan tetamu-tetamu dari dalam dan luar negeri.

Majlis pelancaran penubuhan parti itu dijadualkan akan diadakan di dewan besar Persatuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Antara program-program dan aktiviti-aktiviti yang dicadangkan untuk menjayakan hari yang bersejarah bagi NDP dan juga bagi negara itu ialah pameran untuk mengenegahkan perkembangan NDP sejak ianya didaftarkan sebagai badan politik yang sah di Negara Brunei Darussalam.

Sesi forum juga akan diadakan dimana ahli-ahli panel yang akan dijemput terdiri dari para ilmuan dan cerdik pandai dari dalam dan luar negeri untuk membentangkan kertas kerja mereka berhubung perlembagaan, visi, misi dan objektif parti.

Sebagai kegiatan sampingan, AJK Majlis Pelancaran Penubuhan juga bercadang untuk mengadakan mini expo dimana ahli-ahli NDP yang mempunyai perusahaan digalakkan untuk ikut serta mempromosikan perniagaan mereka.

Di sebelah malamnya pula, acara Malam Budaya akan berlangusng dimana ahli-ahli NDP mewakili daerah masing-masing akan dipelawa untuk membuat persembahan kebudayaan masing-masing.

Juga dibincangkan di mesyuarat kelamarin perlunya NDP mengambil inisiatif untuk mempromosikan majlis pelancaran yang dapat dilihat sebagai satu ‘milestone’ dalam perkembangan politik di negara ini setelah 22 tahun menikmati kemerdekaan.

Sementara itu satu majlis taklimat juga telah diadakan kelamarin bagi ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan NDP dari ke empat-empat daerah. Majis berlangsung di dewan besar PGGMB.

Dimajlis taklimat tersebut ahli-ahli JK Perhubngan yang mewakili daerah-daerah masing-masing diberikan penerangan berhubung majlis pelancaran tersebut dan juga dibawa melihat secara dekat bangunan PGGMB dimana majlis pelancaran akan berlangsung.

NDP telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan politik yang sah di Negara Brunei Darussalam pada 31hb Ogos 2005.

Friday, March 10, 2006

Empat Ahli NDP Di Kurniakan Pingat

DAERAH BELAIT 10 HB MAC 2006: Jawatankuasa Perhubungan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Daerah Belait pada petang Khamis merayakan kejayaan 4 ahlinya yang telah dikurniakan Pingat Indah Kerja Baik oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mereka terdiri dari Awang Wahab Tuah, seorang Pekerja Brunei Shell, Awang Bujang Amin, juga pekerja Brunei Shell, Dayang Hajjah Kartini, bekas guru dan Dayang Hajjah Fatimah Tanji juga seorang bekas guru.

Mereka menerima pingat tersebut atas jasa bakti mereka dan kecemerlangan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Pingat-pingat telah disamapiakn oleh DYTM Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah disatu Majlis yang berlangsung di Lapau, Bandar Seri Begawan.

NDP dan anggota-anggotanya turut berbangga dengan pencapaian mereka itu yang boleh menjadi contoh kepada ahli-ahli yang lain. Hajjah Kartini menerima cendera hati dari Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Daerah Belait sambil disaksikan oleh Malai Hassan Othman, Timbalan Ketua JK Perhubungan NDP Belait
Awang Wahab Tuah menerima cendera hati dari Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Belait Awang Bujang Amin, salah seorang penerima pingat yang diraikan oleh JK Perhubungan
Majlis doa kesyukuran dan tahlil yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Perhubungan NDP itu juga diadakan bagi merayakan kejayaan NDP Daerah Belait menganjurkan pesta NDP Beramah Mesra Bersama Belia yang telah berlangsung di Lagoon Masjid Kampong Pandan Kuala Belait pada hari Ahad lepas.

Majlis telah berlangsung di pejabat sementara NDP Daerah Belait di Rumah No 4 spg 363-29-73-12-3 RPN Kampong Pandan.

Dimajlis tersebut Awang Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Daerah Belait yang juga menjawat jawatan Ketua Perhubungan telah menyamapaikan cendera hati kepada 4 ahli NDP yang dikurniakan pingat tersebut.

Thursday, March 09, 2006

Masih Mengharapkan Bantuan




Awang Maidin bin Rimba mengeluh kesal setelah hampir 2 tahun bantuan dijanjikan belum terlaksana Timbalan Presiden NDP, Sdra Morshidi mendengarkan keluhan Dayang Mahani, isteri Awang Maidin

Hampir 2 Tahun Berlalu Namun Bantuan Belum Di Terima
Belait 9 MAC 2006: Sudah hampir dua tahun berlalu sejak kisah sedih mengenai sebuah keluarga di Kampong Sungai Teraban Belait disiarkan di akhbar tempatan namun keadaan mereka masih sama seperti dulu walaupun kisah mereka mendapat perhatian dari beberapa pihak tertentu.
Keadaan rumah Awang Maidin yang menyedihkan. Atap rumah sudah rosak seperti yang dapat dilihat dari dalam ruang tamu ini. Terdapat beberapa batang tiang rumah sudah reput dan ada yang putus
Rumah yang didiami masih dalam keadaan buruk dan merbahaya untuk penghuni seramai 8 orang yang termasuk kanak-kanak damit seperti yang pernah dipaparkan diakhbar tempatan.

“Janji tinggal janji. Hingga ke hari ini satu paku pun belum dilantak apatah lagi sekeping atap untuk mengganti atap yang bocor”, keluh Awang Maidin bin Rimba, seorang nelayan yang sudah berumur lebih 63 tahun. Walau dalam keadaan apapun, rasa taat setia dan cinta kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan keluarga tetap tertanam di hati Awang Maidin dan keluarga. Potrait KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan DYTM Pengiran Muda Al Muhtadee Billah dan DYTM Pengiran Anak Sarah menghias ruang tamu rumah Awang Maidin

Katanya sebaik sahaja kisah mereka tersiar diakhbar pada tahun 2004 lepas, beberapa pegawai-pegawai kanan dan wakil-wakil dari agensi-agensi kerajaan dan juga dari Baitul Mal datang untuk melihat secara dekat keadaan rumah mereka.
Salah seorang anak Awang Maidin menghidap berbagai macam pemyakit. Oleh kerana keadaan hidup yang susah, Awang Maidin tidak mampu meberikan anaknya tongkat yang lebih baik dan terpaksa membuat tongakt diperbuat dari paip pvc.

“Kurang lebih 8 kali mereka melawat kesini dan pernah sekali pekerja dihantar untuk menyukat rumah ini”, cerita Awang Maidin kepada Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) yang telah membuat lawatan kerja ke kediaman Awang Maidin.
Sdra Morshidi dan Awang Haji Matzin, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP menemu ramah Awang Maidin dan isteri
Juga ikut serta melawat ke rumah tersebut ialah Awang Haji Mat Zin bin Haji Salleh, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP serta Pengiran Hamzah Pengiran Haji Salleh, Pembantu Khas Timbalan Presiden NDP. Malai Hassan Othman, Timbalan Ketua Jawatankuasa Perhubungan NDP Daerah Belait juga ikut serta dalam lawatan tersebut.

Awang Maidin berkata rumah kediamannya yang sudah berumur hampir 50 tahun itu tidak dapat diperbaiki lagi.

“Dari lawatan-lawatan yang telah dibuat, rata-rata pegawai-pegawai yang berkunjung kesini bersetuju rumah ini perlu diroboh dan dibangunkan yang baru”.

Katanya dengan pendapatan bulanan sejumlah $700 ke $800 sebulan dari hasil ke laut menangkap ikan dan dengan tanggungan yang ramai sudah tentu beliau tidak mampu untuk berbuat demikian.

“Apa yang kami pohonkan ialah bantuan untuk membina rumah yang baru untuk mengganti rumah yang sudah usang ini. Keadaan rumah ini sudah buruk dan tidak selamat dan selesa untuk didiami. Kami bukannya minta dibinakan rumah yang mahal. Apa yang kami perlukan hanya sebuah rumah yang sekadarnya untuk kami tinggal dengan selesa dan selamat. Apa yang saya risaukan ialah cucu-cucu kami yang masih kecil yang ikut menumpang disini”, katanya lagi.

Menurut beliau pernah dia dan keluarga ditawarkan untuk berpindah dan tinggal di barik kerajaan untuk sementara waktu bagi memudahkan kerja-kerja membina dijalankan.

“Masalahnya saya ini nelayan dan sangat bergantung kepada laut untuk menyara hidup. Jika saya dipindah ke barik kerajaan ia akan menyulitkan saya untuk turun ke laut. Saya mencadangkan saya dan keluarga akan berpindah ke rumah Allahyarham ayah saya yang sudah dikosongkan bersebelahan dengan rumah saya sekarang ini sementara mereka menjalankan kerja-kerja pembinaan tersebut”.

“Akan tetapi sehingga kini mereka hanya menyepi dan entah bilakah bantuan yang diharapkan akan tiba”, keluhnya lagi sambil membawa sdra Morshidi dan rombongan untuk melihat secara dekat keadaan rumag yang betul-betul dalam keadaan yang teruk itu.

Atap-atap rumah banyak yang sudah rosak dan dapat dibayangkan bila sahaja musim hujan, Awang Maidin dan keluarga terpaksa mencari ruang yang tidak dimasuki hujan.

Lantai-lantai rumah juga banyak yang sudah buruk dan dapat juga dibayangkan Awang Maidin dan keluarag terpaksa selalu berjaga-jaga takut-takut ‘menerubus’ yang mana akan mendatangkan musibah kepada keluarga tersebut.

Sdra Morshidi dalam pertemuan dengan Awang Maidin dan keluarga berkata NDP akan cuba memanjangkan lagi perkara ini kepihak-pihak tertentu mudah-mudahan mereka akan dapat mengambil tindakan segera.

NDP, katanya, turut berasa sedih dengan keadaan yang dihadapi oleh Awang Maidin dan keluarga. NDP juga, tambahnya berasa risau dengan keselamatan mereka terutama sekali anak-anak damit yang ikut tinggal disana.

Katanya walaupun apa alasan yang diberikan untuk tidak dapat memberikan bantuan kepada Awang Maidin dan keluarga, sesuatu usaha perlu juga diambil kerana katanya jika musibah menimpa mereka kita semua sebagai sebuah masyarakat akan ‘ampit’ di persalahkan sebagai tidak ambil peduli akan kesejahteraan ahli masyarakat kita.

Semangat Bernegara Tetap Di Tanai

Rumah Awang Chen Teck Kiong dan Isteri ranap dalam kebakaran itu

NDP Teruskan Projek Kemasyrakatan
LIMBARUH HIJAU 9 MAC 2006: Walaupun Hari Kebangsaan sudah berlalu semangat patriotisma dan bernegara tetap terus ditanai oleh Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dengan meneruskan lagi projek-projek berkebajikan memeduli rakyat.

Pada Hari Ahad lepas contohnya anggota-anggota NDP tanpa membuang masa pergi ke Temburong bila saja menerima berita mengenai satu kebakaran yang meranapkan sebuah rumah di Jalan Batang Duri Kampong Lagau.

Awang Ahmad Timpus, Timbalan Naib Presiden Temburong mengetuai rombongan melawat mangsa kebakaran tersebut dengan diselajurkan penyampain sedikit derma berupa makanan dan barang-barang keperluan yang lain. Awang Ahmad Timpus, Timbalan Naib Presiden NDP Temburong menyampaikan derma kepada mangsa kebakaran

Derma tersebut diserahkan kepada Chan Teck Kiong dan isterinya Dayang Baras binte Udan.

Kebakaran yang berlaku hari Sabtu lepas kira-kira jam 10.30 malam itu telah meranapkan rumah Awang Chan Teck Kiong dan isteri.

Juga ikut serta dalam rombongan itu ialah Awang Serudin Pungut, Ketua Hal Ehwal Non-Muslim NDP.

Sementara itu diacara yang lain, NDP juga telah ikut serta dalam acara pemberian derama kepada Pusat Ehsan di Bandar Seri Begawan. Pg Shahminan bersama dua lagi ahli NDP diacara tersebut.
Pg Shahminan Pg Hj Ismail, Bendahari bagi Jawatankuasa Perhubungan NDP bahagian Brunei Muara mewakili parti dicara tersebut. Juga hadir menyaksikan acara tersebut ialah Dayang Susan Ameerah Abdullah, Timbalan Bendaharai dan Hajah Siti Khadijah Hj Ibrahim slah seorang lagi ahli NDP.

Wednesday, March 08, 2006

PERTANIAN MENURUT ISLAM

Oleh : Putera Sang Setia

“Kami menjadikan (di atas muka bumi ini tempat yang sesuai untuk dibuat) ladang-ladang kurma dan anggur. Kami pancarkan banyak mata air (di situ). Tujuannya supaya mereka boleh mendapat rezeki daripada hasil tanaman tersebut dan tanam-tanaman lain yang mereka usahakan. Adakah mereka berasa tidak perlu bersyukur?”
(Yasin : 34-35)

Kepentingan sektor pertanian dalam kehidupan manusia dan keperluannya begitu ketara sejak zaman terawal lagi. Sejak sekian lama sektor pertanian sentiasa diberikan penekanan oleh ahli agronomi dalam kajian dan tulisan mereka.

Dalam Islam, kegiatan pertanian merupakan salah satu daripada pekerjaan yang mulia dan amat digalakkan. Kepentingannya tidak dapat dinafikan lagi apabila hasil industri ini turut menyumbang kepada hasil makanan negara selain merupakan sumber pendapatan petani.

Banyaknya ayat al-Quran yang menyebutkan mengenai hasil tanaman dan buah-buahan yang pelbagai menunjukkan betapa pentingnya bidang pertanian pada pandangan Islam. Antaranya Allah berfirman dalam surah Al An’aam ayat 99 yang bermaksud :

“Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah-buan) yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”

Dari aspek akidah kegiatan pertanian dapat mendekatkan diri seseorang kepada Allah. Tanda kebesaran Allah dapat dilihat dengan jelas dalam proses kejadian tumbuh-tumbuhan atau tanaman. Apabila seseorang itu melakukan usaha pertanian, ia akan membuatkan seseorang itu lebih memahami hakikat sebenar konsep tawakal dan beriman kepada kekuasaan-Nya. Yang memberikan hasil tetap datangnya dari Allah Swt.

Hukum Kegiatan Pertanian

Dalam Islam, jika pertanian merupakan satu-satunya bidang yang seseorang boleh lakukan untuk mencari nafkah bagi menyara diri dan keluarganya, maka hukum bertani itu adalah fardu ‘ain baginya. Sementara itu, adalah menjadi fardu kifayah pula kepada sesiapa yang mampu melakukannya demi kepentingan awam untuk mengeluarkan bekalan makanan yang cukup bagi semua.

Menurut Dr. Zainal Azam Abd. Rahman seorang cendikiawan Islam dalam tulisan beliau dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Januari 2005, kegiatan pertanian menjadi fardu kifayah kerana manfaatnya lebih besar daripada manfaat peribadi. Kebanyakan fuqaha’ Islam berpendapat bahawa pertanian adalah lebih afdal atau utama pada pandangan Islam dan suatu gagasan berbanding lain-lain jenis perniagaan dan perancangan projek-projek “Mega-Mega” kerana manfaat pertanian lebih meluas dan menjangkau kehidupan rayat justeru kepentingannya tidak dapat dinafikan sebagai bidang yang membekalkan makanan kepada umat.

Sebagaimana firman Allah dalam surah Abasa ayat 27 – 32 yang bermaksud :

“Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian (27) Dan buah anggur serta sayur-sayuran (28) Dan zaitun serta pohon-pohon kurma (29) Dan taman-taman yang menghijau subur (30) Dan berbagai-bagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput. (31) Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternakan kamu (32).”

Tentulah menjadi masalah yang besar sekiranya sesebuah negara itu banyak bergantung kepada sumber luar untuk mendapatkan bahan makanan. Ini kerana dibimbangi sekiranya berlaku peperangan, berlaku bencana alam di negara pengeluar atau sebarang sabotaj menyebabkan bekalan makanan sukar didapati. Pandangan itu tepat, jika ditinjau dari keadaan yang berlaku hari ini disesetengah negara dimana sekatan-sekatan ekonomi, peparangan dan kemusnahan disebabkan oleh bencana alam menyebabkan kekurangan makan dan kebuluran.

Hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud:
"Andainya kiamat tiba dan pada tangan seseorang daripada kamu ada sebatang anak kurma, maka hendaklah dia tanpa berlengah-lengah lagi menanamkannya." (Hadis riwayat Imam Ahmad).

Demikianlah pentingnya kegiatan pertanian hingga pada akhir zaman pun, bidang ini tidak boleh diabaikan kerana ia adalah sumber terpenting bagi kehidupan manusia sebagai penyumbang bekalan makanan.


Allah SWT Menjanjikan Insentif Istimewa Kepada Pengusaha Sektor Pertanian

Sesuai dengan kedudukannya sebagai sektor yang sangat digalakkan, kita dapati ada Allah Swt telah menjanjikan insentif yang lumayan bagi petani dan pengusaha sektor ini, sama ada ia dilihat dari sudut kebendaan atau kerohanian. Bagi umat Islam, bidang pertanian adalah antara cara mudah bagi mendapat pahala dan ganjaran daripada Allah, selain menerima manfaat atau pendapatan halal daripada hasil jualan keluaran pertanian.

Rasulullah bersabda bermaksud:

"Tiada seorang Muslim pun yang bertani, lalu hasil pertaniannya dimakan oleh burung atau manusia atau binatang, melainkan dia akan menerima pahala di atas hal itu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Baginda bersabda maksudnya:

"Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman, melainkan Allah menetapkan baginya ganjaran sebanyak jumlah buah yang dihasilkan oleh tanaman berkenaan." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Sabda Nabi lagi:

"Carilah rezeki dari khazanah bumi." (Hadis riwayat at-Tabrani)

Rasullallah sendiri adalah contoh unggul. Baginda SAW sejak kecil sudah terlibat dengan aktiviti ternakan. Baginda sendiri adalah seorang penggembala kambing. Baginda pernah menyebutkan saat-saat yang dialaminya pada waktu menggembala itu:

"Nabi-nabi yang diutus Allah itu gembala kambing."

Dan sabda Baginda lagi:

"Musa diutus, dia gembala kambing, Daud diutus, dia gembala kambing, aku diutus, juga gembala kambing keluargaku di Ajyad."

Kewajipan Mengusahakan Tanah Yang dimiliki

NDP memberikan peringatan kepada anggota-anggotanya agar mengambil perhatian serius keperluan mengusahakan tanah yang dimiliki dan jika diberikan tanah tumpang sementara yang tidak dapat diusahakan agar menyerahkannya kepada mereka yang berupaya mengusahakannya pula.

Pada masa baginda Rasulullah SAW baru tiba di Madinah, Baginda telah menggalakkan agar usaha dalam bidang pertanian dipertingkatkan. Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya:

"Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas dilihat daripada peruntukan dalam syariah berdasarkan hadis Nabi iaitu sesiapa saja yang mengusahakan tanah kerajaan dengan jayanya sewajarnya mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan pendapat kebanyakan ulama.

Berdasarkan pendapat mazhab Malik, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara saja, jika selepas mendapat hak milik tanah itu, dibiarkan semula terbiar, orang lain yang mengusahakannya akan memperoleh hak milik dengan menjayakannya.

Hukum di atas adalah berdasarkan kepada hadis Nabi bermaksud:

"Sesiapa yang menjayakan tanah yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya." (Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)

NDP Tidak Mengacau Kerja Orang Lain

Atas kesedaran dan keinsafan inilah NDP menghadirkan dirinya ketengah-tengah masyarakat dengan pandangan-pandangan mengenai berbagai masaalah yang dihadapai oleh orang ramai dari kaca mata sebuah pertubuhan siasah ksususnya kebimbangan mengenai keselamatan permakanan atau “food security”, sesuai dengan komitmen dan iqrar nya untuk membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Kerajaan Baginda seperti yang digarapkan dialam Perlembagaan NDP.

Dalam konteks keselamatan permakanan ini, NDP sentiasa memberikan kerjasama kepada pihak-pihak berkenaan untuk membisaikan lagi keadaan agar tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah yang terbeban keatas pudak bahu Ulil Amri dan pemerinahan Baginda ini dapat kitani tanai dan ungkayahkan bersama sebagai tanda kecintaan kitani kepada Baginda, Kerajaaan dan rakyat Brunei seluruhnya kerana Allah SWT jua.

Tuesday, March 07, 2006

DON'T NEGLECT AGRICULTURE

BEDB SHOULD ALSO LOOK AT AGRICULTURE AND FISHERIES


In the 22nd National Day Titah, His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam highlighted the serious possibility of oil production reaching a peak in the very near future and the country’s reserves of this very strategic mineral starting to deplete.

That possibility would have a very significant impact on the nation’s socio-economic development and inadequate preparations to meet such a predicted future may bring about serious negative consequences to the nation.

The Brunei Darussalam Economic Development Board (BEDB), among others, has in general, been tasked with the responsibility of developing the economy of the country by His Majesty’s Government for the benefit of His Majesty’s subjects and residents, and future generations.

Given the abovementioned possible scenario, it is therefore most comforting to note that the board has been busy promoting major economic developmental projects designed, as is understood, to reduce Negara Brunei Darussalam’s over dependence on oil and gas for its socio-economic well-being.

Mr Timothy Ong, the Acting Chairman of BEDB, as reported in Borneo Bulletin Weekend (Saturday, 4th March 2006), stated that “… the country has great potential for growth…”.

The National Development Party (NDP) could not agree with him more and sincerely commends the board he is currently leading for promoting projects such as “the construction of a world class methanol plant” and “world class fertiliser and aluminium plants” in the Sungai Liang Industrial Park, and the Pulau Muara Besar port project.

These projects also promise to create jobs that hopefully would help alleviate substantially the unemployment problem presently faced by the country.

Without being misconstrued for not appreciating the efforts that have been undertaken so far by BEDB to help develop the economy of Negara Brunei Darussalam, NDP would wish to suggest that emphasis should also be given by the board to promote and develop further the agriculture and fisheries sectors of the country as viable and sustainable economic activities that would contribute to bringing about positive socio-economic results in the medium and long terms.

In all fairness, BEDB may already have such promotion and development in its plans, but arguably have yet to make them public. Members of the public, not being made fully aware of these, may somehow conclude wrongly that emphasis is solely given to the mega-projects mentioned above and that economic development of the agriculture and fisheries sectors are not given due attention.

In recent months, NDP has conducted studies on the state of the country’s agricultural sector. Minimal attention given to some aspects in this sector by certain parties has caused agriculture to be seen generally as an unviable and unsustainable economic activity.

This makes the sector very unattractive for potential investors to venture into and also causing it to be frowned upon by the unemployed as a credible self-employment alternative.

With greater attention and support from the relevant authorities, including BEDB, such a situation could be improved for the better.

NDP is prepared to cooperate in such an effort and would welcome a continuous dialogue with BEDB, or any other authority for that matter, to find effective and efficient ways and means to address the said situation for the betterment of the country as a whole.

In anticipation of a positive response for such a cooperation, NDP has already established a task force to look into some of the problems faced by Bruneians engaged in the agricultural sector and would suggest, in due course, possible solutions to alleviate them.

Mr Timothy Ong has also been quoted by Borneo Bulletin Weekend to have stated that, “Brunei Darussalam’s economic outlook in the short term (2006) is positive only if we do the right thing.

Brunei Darussalam’ economic outlook for the medium term (2006 to 2010) is good only if we do the right thing and Brunei Darussalam’s economic outlook in the long term (20 years) is brilliant only if we do the right thing.” That statement is correct, and it goes without saying. He also reportedly stated that, “… We must work together.” Again, NDP could not agree with him more.

NDP is prepared to work together with the relevant authorities, including BEDB, to “strengthen the economy”, as commanded by His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, by planning and working for sustainable economic growths.

Monday, March 06, 2006

Isu Tunggakan Pembayaran Belum Terjawab

Menteri Industri dan Sumber-Sumber Utama turun sawah memberikan harapan isu tunggakan pembayaran bagi skim pembelian balik padi akan selesai.

Pesawah Terlibat Di Temburong Masih menunggu Jawapan

LIMBARUH HIJAU 6HB MAC 2006: Apa yang diluahkan oleh Pehin Dato Awang Haji Ahmad Jumat, Menteri Industri dan Sumber-Sumber Utama di Pesta Menuai di Temburong kelamarin sangat mengkagumkan para hadirin termasuklah pelancung-pelancung yang menghadirkan diri untuk menyaksikan majlis tersebut.

Ini kerana ia menggambarkan betapa Kementerian Perindustrian memberikan keutamaan kepada perkembangan dan kemajuan industri pertanian terutama sekali dibidang penanaman dan penghasilan padi di negara ini.

Dari aspek perhubungan awam, majlis tersebut sudah dapat mencapai matlamat untuk mengambarkan hasrat kerajaan berhubung usaha meningkatkan penghasilan padi dan masa depan yang yang positif terhadap industri tersebut.

Pelancung-pelancung yang ikut serta dimajlis itu terhibur dan mungkin berasa beruntung dapat melihat secara dekat budaya negara kita berhubung dengan upacara menuai padi.

Media-media utama di negara ini juga tidak ketinggalan memaparkan suasana riang ria majlis menuai itu dan juga melaung-laungkan ucapan Pehin Dato Haji Awang Ahmad Jumat berhubung usaha berterusan untuk membantu pesawah-pesawah memajukan sawah padi mereka.

Akan tetapi sebilangan pesawah yang hadir dan ada yang tidak hadir mungkin kurang yakin dengan apa yang diluahkan mengenai hasrat kerajaan untuk meningkatkan penghasilan padi di Temburong kepada kadar10 peratus dalam masa 10 ke 15 tahun mendatang.

Mungkin saja mereka melihat apa yang dikatakan itu hanya satu impian yang akan tinggal impian.

Ini kerana sebilangan mereka masih tertanya-tanya mengenai dengan masalah tunggakan pembayaran sejumlah lebih B$700 ribu yang belum dijelaskan sejak bulan Julai tahun lepas oleh pihak Jabatan Pertanian bagi pembelian padi dibawah skim pembelian balik padi dari pesawah-pesawah yang mengikuti program tersebut.

Ucapan Menteri Industri dan Sumber-Sumber Utama dimajlis menuai itu nampaknya tidak cukup untuk memberikan jawapan kepada isu tunggakan itu kepada mereka.

Majlis menuai yang penuh riang ria itu juga nampaknya belum dapat mendondangkan hati pesawah-pesawah yang masih risau akan masa hadapan mereka.

Hati mereka masih sedih memikirkan masalah pemberian baja yang tidak mencukupi yang mereka hadapi selama ini, masalah saliran dan pembentungan yang belum selesai dan juga masalah pengangkutan serta masalah jentera untuk memudahkan mereka memajukan sawah nampaknya tidak terhibur dengan majlis tersebut.

Parti Pembanguna Bangsa (NDP) juga turut merasakan kesedihan mereka dan berharap isu yang telah NDP panjangkan kepada pihak Jabatan Pertanian sejak Disember tahun lepas akan dapat di selesaikan dengan segera.



Sekitar Acara NDP Bersama Belia di Lagoon Mesjid Pandan

Timbalan Presiden Sdra Morshidi memeluk mesra belia semasa acara NDP ramah mesra bersama belia
Ayahnda Yasin Affandy bersama Tuan Haji Ali dan Pengiran Haji Zainal di acara NDP beramah mesra bersama belia Timbalan Presiden NDP, Sdra Morshidi beramah mesra bersama ahli-ahli big bikers
Laporan Bergambar Acara NDP Bersama Belia Di Kuala Belait


Sebilangan belia-belia sedang mendaftar diri sebelum menyertai acara

Belia-belia yang ikut sertadiacara riang ria itu juga tidak mahu ketinggalan mendapatkan senaskah seorang Aspirasi NDP

Macam-macam ada diacara NDP bersama belia. Kumpulan pancaragam yang terdiri dari belia-belia Daerah Belait asyik menghiburkan penonton-penonton
Kanak-kanak yang berada di lagoon dibawa ikut serta acara NDP bersama belia. Rasa gembira jelas tergambar di wajah-wajah mereka
Pertandingan bawa bola mendapat sambutan hangat
Timbalan Presiden NDP sedang menyaksikan pertandingan memancing di lagoon Mesjid Pandan Salah seorang pemenang acara memancing sedang ditemu ramah oleh Awang Zaini Munir

Lumba kasut gergasi mendapat sambutan hangat dari peserta-peserta. Tuan Haji Ali sedang memberikan semnagat kepada kumpulan HAWA
Sdra Morshidi sampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang pertandingan kaki gergasi

Sunday, March 05, 2006

NDP Buka Cabang Baru Di Tutong

TUTONG 5HB MAC 2006: Usaha gigih Jawatankuasa Perhubungan NDP Daerah Tutong tidak sia-sia apabila petang tadi perjumpaan dengan sebilangan penduduk di Mukim Kiudang menghasilkan kejayan dengan mukim tersebut diistihar sebagai satu lagi cabang NDP di Tutong.

Dengan penubuhan Cabang Mukim Kiudang, NDP sekarang telah mempunyai 6 cabang di daerah yang dianggap kawasan yang sedikit sukar untuk ditembusi mana-mana pergerakkan politik.

Melalui program jerayawara politik yang diungkayahkan oleh Jawatankuasa Perhubungan NDP Tutong, NDP telah berhasil menubuhkan cabang di Pekan Tutong, Telesai, Lamunin, Keriam, Ukong dan yang keenam ini di Kiudang.

Kurang lebih 60 orang penduduk Mukim Kiudang menghadiri perjumpaan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan NDP Tutong petang tadi yang diadakan di rumah Awang Haji Osman bin Talipuddin.

Juga turut hadir diperjumpaan itu ialah Sdra Mahmud Morshidi Othman, Timbalan Presiden NDP, Haji Hanafi, Naib Presiden NDP Daerah Tutong yang juga selaku Ketua Jawatankuasa Perhubungan, Awang Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP.

Perjumpaan itu dipengerusikan oleh Awang Haji Junaidi OKSN Haji Safar, Timbalan Naib Presiden yang juga merangkum Timbalan Ketua Jawatankuasa Perhubungan. Antara lain-lain ahli eksekutif NDP yang juga turut hadir ialah Awang Major (B) Haji Adnan, Ketua Biro Organisasi dan Penyelidikan dan Major (B) Haji Daud, Ketua Biro Keselamatan dan Bantuan Cemas NDP.

Perjumpaan di Kiudang bukan sahaja berhasil dengan penubuhan cabang akan tetapi juga berjaya melantik ahli-ahli eksekutif cabang.

Awang Haji Osman bin Talipuddin telah dilantik menjadi Ketua Cabang Mukim Kiudang manakala Awang Haji Omar bin Raup dilantik selaku Timbalan Ketua Cabang.

Ahli-ahli lain yang dilantik selaku ahli Eksekutif Cabang ialah Awang Haji Ali Hashim selaku Setiausaha, Awang Rahman Haji Yusuf selaku Penolong Setiausaha dan Awang Haji Abu bin Mohd Yusuf selaku Bendahari. Manakala Pengiran Haji Osman bin Pengiran Salleh, Shahrin bin Yatim, Haji Abd Rahman bin Serudin, Johan bin Haji Osman, Nor Azmi bin Lasung, Abid bin Haji Mohd Nor dan Haji Metamit bin Haji Tahir selaku ahli.




Riang Ria Bersama Belia

NDP - Partai Mesra Belia

Bergambar ramai bersama ahli jawatankuasa dan sebilangan belia-belia yang hadir diacara ramah mesra bersama belia

BELAIT 5HB MAC 2006: Suasana riang ria terserlah di lagoon Mesjid Kapong Pandan sejak pagi tadi apabila lebih 300 belia-belia di Daerah Belait berkumpul di kawasan riyadah itu untuk meluangkan masa bergembira bersama pemimpin-pemimpin dan anggota-anggota Parti Pembangunan Bangsa (NDP).

Bergambar ramai semasa acara NDP beramah mesra bersama belia
Kehadiran lebih 20 penunggang motosikal ‘big bike’ menambahkan lagi suasana ceria di lagoon yang indah itu. Ketibaan mereka di lagoon dengan menunggang motosikal ‘big bike’ disambut dengan tepukan gemuruh dan teriakan-teriakan gembira dari belia-belia yang hadir.

Timbalan Presiden Sdra Morshidi beramah mesra bersama belia

Begitulah hebatnya sambutan yang diberikan oleh semua belia-belia termasuklah penunggang-penunggang big bike yang sudi menghadirkan diri walaupun undangan dibuat secara mendadak.

Acara NDP Beramah Mesra Bersama Belia itu dianjurkan bersama oleh Biro Perkumpulan Pemuda dan Puteri NDP dengan Jawatankuasa Perhubungan NDP Daerah Belait. Acara tersebut juga mendapat sokongan dan bantuan dari cabang-cabang NDP di Daerah Belait dan juga anggota-anggota NDP dari Daerah Tutong, Temburong dan Pusat.

Timb. Presiden berinteraksi bersama bikers

Presiden NDP, Ayahnda Yasin Affandy dan Timbalan Presiden Sdra Mahmud Morshidi Othman juga tidak mahu ketinggalan untuk hadir di acara yang penuh keriangan dan kemeseraan itu.

Ayahnda Yasin Affandy menyampaikan hadiah

Acara dimulakan dengan kempen kebersihan di lagoon dimana semua belia-belia bersama pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli NDP bergotongroyong membersihkan kawasan riyadah tersebut.

Selepas itu ahli-ahli NDP yang hadir berinteraksi dengan belia-belia dengan menubuhkan pasukan masing-masing yang terdiri dari belia-belia sebagai ahli pasukan manakala ahli-ahli NDP sebagai ketua-ketua pasukan untuk ikut serta dalam beberapa pertandingan yang dijalankan. Timbalan Presiden NDP, Sdra Morshidi ikut serta pertandinga kaki gergasi


Antara pertandingan yang popular ialah perlumbaan kaki gergasi dan juga lumba bola gergasi.

Sdra Morshidi dan anggota-anggota NDP yang lain tidak mahu ketinggalan untuk menyertai perlumbaan yang melucukan itu. Mereka menubuhkan pasukan-pasukan masing-masing dan ada yang rembah rimpah apabila cuba mengalahkan pasukan lawan.



Juga tidak mahu ketinggalan ialah anggota-anggota Perhimpunan Wanita NDP (HAWA). Dengan semangat daya saing yang tinggi mereka menubuhkan pasukan sendiri untuk menyaingi pasukan lelaki.

Pertandingan memancing juga diadakan dimana peserta-peserta diarahkan untuk menangkap ikan yang paling kecil dari tasek lagoon yang luas itu. Juga menarik minat ramai dan meyeronokkan ialah pertandingan lumba bola gergasi antara belia-belia dan ahli-ahli NDP.

Untuk memeriahkan lagi suasana, sebilangan belia-belia yang terdiri dari kumpulan-kumpulan pancaragam di Daerah Belait dengan sukarela membuat persembahan pancaragam.

NDP big bikers

Sokongan mereka ini benar-benar mengambarkan betapa mereka ini sangat-sangat memerlukan aktiviti-aktiviti sehat seperti ini dengan lebih kerap lagi. NDP, bertepatan dengan visi dan misi nya untuk menjunjung titah membangun belia dan bangsa, menjawab cabaran ini dengan menganjurakan acara tersebut. Semangat pemedulian NDP benar-benar terbokti dalam acara yang berlangsung tadi. Belia-belia tidak di sembaranakan. Makan dan minum di sediakan untuk sarapaqn pagi dan juga makan tengah hari secara percuma kepadasemua yang hadir. Ahli-ahli HAWA yang bermurah hati dan komited dengan aspirasi NDP dengan sukarela membawa alat masakan untuk menyediakan cucur-cucuran dan makanan ringan yang lain.

Hadiah-hadiah juga disediakan kepada semua yang ikut serta dalam pertandingan-pertandingan yang dijalankan.

Acara yang diungkayahkan tadi bertemakan ‘Mempertingkatkan Daya Saing Belia’ selaras dengan tema Hari Kebangsaan kali ke 22 iaitu 'Mempertingkatkan Daya Saing Bangsa'.

Ia dinajurkan sempena memperingati Hari Kebangsaan Negara kali ke 22 pada tahun ini.

Special Task Force To Scrutinise National Development

LIMBARUH HIJAU 5TH MACH 2006: The National Development Party’s Special Task Force, formed just forty eight hours after the party’s President, Mr. Yasin Affandy called for its formation, held its first meeting yesterday.

It was held at the party’s headquarters at Limbaruh Hijau in Jerudong.

The first meeting saw the appointment of Awang Haji Khalid bin Haji Ghazali as the Chairman of the Special Task Force. Haji Khalid is a former senior government officer. He held the post of Managing Director of TAP (Employees Provident Fund) before he retired. He was also the Secretary of the Brunei Currency Board prior to his appointment at TAP.

Also assigned to the Special Task Force was Awang Haji Zaili who was appointed as its Secretary. Haji Zaili was also a former senior government officer. His last assignment at the public service sector before his retirement was at the Public Service Commissions. Haji Zaili has wide experience in cooperative organisations.

The newly formed Special Task Force also saw the appointment of Awang Haji Mat Zin bin Haji Salleh, the Head of NDP’s Bureau of Agriculture and Agro Base Industry as one of its members.

Awang Haji Mat Zin held the post of an Assistant Director at the Agricultural Department of the Ministry of Industry and Primary Resources prior to his retirement from the government service.

Also in the line-up of the Task Force were Dayang Hajah Kartini, a member of NDP, Awang Haji Aminorashid bin Haji Ghazali, the Secretary General of NDP, Awang Haji Majid, the Deputy Secretary General of NDP and Malai Hassan Othman, the Director of Media at the NDP's Bureau of Information and Public Affairs.

Like the others, Dayang Hajah Kartini was also a former government employee. She is a graduate in Social Science.

Awang Haji Aminorashid meanwhile was a Brunei Shell Petroleum Company’s employee before he left the company to start his own business. He held a senior position at the IT department before he went for his early retirement from the company.

Awang Haji Majid, the Deputy Secretary General of NDP is also a former government employee who has wide experience in diplomatic affairs.

Malai Hassan Othman meanwhile is a journalist by profession. He was the Deputy Editor (NEWS) of the Borneo Bulletin before he left the company to start his own business. Malai was at one time appointed as one of the members of a working committee for the publication of a book entitled ‘Perjalanan” (Journey). It was published by the Ministry of Development in cooperation with the Economic Planning Unit of the Ministry of Finance. The book featured the progress and development the nation had made during the past 20 years since it first got its National Development program.

The Task Force is formed with the objective to provide His Majesty the Sultan dan Yang Di-Pertuan of Negara Brunei Darussalam with second opinion on the progress and development on the implementation of the National Development Plan.

Its immediate concern is the implementation of the 8th Five-Year National Development Plan that ended last year.

During the meeting members discussed on various issues ranging from food security to the social development in the country relating to the 8th National Development Plan.

The members of the Task Force agreed that food security would be one of their priority areas in efforts to scrutinize the implementation of the National Development Plan.

Also discussed at the first meeting was the need for the Task Force to line up more members with good qualification and experience to ensure the Task Force could carry out its task professionally and with quality.



Saturday, March 04, 2006

Pleasant Surprise For NDP

Courtesy Call By German Ambassador To Brunei and Member of Parliment from Finland. From Left: Haji Aminorashid, the Secretary General of NDP, Yasin Affandy, the President of NDP, Mr Kimmo Kiljunen, a Member of Parliment from Finland, His Excellency Mr. Conrad Cappell, German Ambassador to Brunei

LIMBARUH HIJAU 4TH MACH 2006: It was a truly pleasant surprise for the President of the National Development Party (NDP) and several of his senior members including his Secretary General when German’s Ambassador to Brunei dropped in to his office without notice this afternoon.

His Excellency Mr. Conrad Cappell walked in to NDP’s Headquarters at Limbaruh Hijau in Jerudong during lunch time today looking for Mr. Yasin Affandy who was at that time enjoying his lunch of chicken rice at the back office with some of his staff.

Pleasantly surprised, the President welcomed the Ambassador and offered him lunch of chicken rice. His Excellency politely refused saying, with tongue in cheek, that he is not comfortable eating chicken at this time of bird flu threat.

Apologetically he informed the President that he was actually there to set an appointment for a visitor from Finland who wished to meet up with him.

So the appointment was set. At 2 pm this afternoon, His Excellency Mr. Conrad Cappell came back to NDP’s Headquarters with Mr Kimmo Kiljunen, a Member of Parliment of Finland to make a courtesy call to Mr. Yasin Affandy.

Mr Kimmo Kiljunen is a historian by profession. He arrived in Brunei yesterday and is here as part of his tour to Asia in his bid to do research on the history of Asia including South East Asia.

It was learnt that he came to know Mr. Yasin Affandy from reading some materials about Brunei and was surprised when told that he is still alive and active in politics, hence he wanted very much to meet and talk to the ‘walking’ history of Brunei.

“The meeting lasted about 45 minutes. We discussed on many interesting topics, from the political development in Brunei to social development with Mr. Kimmo Kiljunen”, reported Haji Aminorashid, the Secretary General of the party who was also at the meeting to accompany his president.

“It was a very interesting meeting. NDP is honored by the casual visit of His Excellency Mr. Conrad Cappell and Mr. Kimmo Kiljunen”, said the Secretary General.























Task Force NDP Memantau RKN Bersidang

Tuan Haji Khalid Haji Ghazali mempengerusi mesyuarat pertama Task Force memantau RKN

LIMBARUH HIJAU 4 MAC 2006: Jawatankuasa Khas NDP (Task Force) yang baru ditubuhkan bagi memantau perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara (RKN) bersidang buat pertama kali pagi tadi di Ibu Pejabat NDP di Limbaruh Hijau, Jerudong.

Mesyuarat pertama itu dimulakan dengan perlantikan Tuan Haji Khalid Haji Ghazali, bekas seorang pegawai kanan kerajaan yang kini sudah bersara selaku Pengerusi. Tuan Haji Kahlid sebelum bersara telah menduduki jawatan selaku Pengarah Pengurusan Tabung Amanah Pekerja dan juga pernah menduduki jawatan selaku Setiausaha Lembaga Matawang Negara.

Juka dilantik ialah Tuan Haji Zaili, selaku Setiausaha. Tuan Haji Zaili juga merupakan bekas pegawai kanan kerajaan dan pernah ditugaskan di Jabatan Perkhidmatan Awam sebelum beliau bersara. Tuan Haji Zaili juga mempunyai pengalaman yang luas dibidang kooperasi.

Tuan Haji Mat Zin bin Haji Salleh, Ketua Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP pula dilantik sebagai ahli jawatankuasa Task Force yang baru itu. Tuan Haji Mat Zin juga merupakan pegawai kanan kerajaan yang telah bersara. Sebelum bersara beliau menduduki jawatan Penolong Pengarah Pertanian di Jabatan Pertanian.

Ahli-ahli NDP yang lain yang juga dilantik untuk menganggotai Task Force tersebut ialah, Dayang Hajjah Kartini bekas pegawai kerajaan yang berkelulusan Sains Kemasyarakatan, Tuan Haji Aminorashid, Setiausaha Agong NDP, Tuan Haji Majid, Timbalan Setiausaha Agong NDP dan Malai Hassan Othman, Pengarah Jabatan Media dibawah Biro Penerangan dan Hal Ehwal Awam Pusat.
Tuan Haji Aminorashid merupakan bekas pekerja Syarikat Minyak Brunei Shell dan pernah memegang jawatan tinggi di bidang IT di BSP, manakala Awang Haji Abdul Majid merupakan bekas pegawai kerajaan yang berpengalaman di bidang diplomatik. Malai Hassan pula ialah seorang wartawan yang pernah menjadi ahli jawatankuasa terbitan buku 'Perjalanan' anjuran Kementerian Pembangunan dan Jabatan Perancang Ekonomi. Buku bertajuk 'Perjalanan' mencatakan kemajuan dan perkembangan negara dibawah Rancangan Kemajuan Negara selama 20 tahun sejak RKN pertama diperkenalkan.

Di mesyuarat pertama itu, ahli jawatankuasa Task Force tersebut juga mengenalpasti isu-isu berhubung perlaksanaan RKN yang akan dibincangkan dan diteliti untuk tindakan selanjutnya.

Tuan Haji Kahlid dalam ucapan alu-aluan beliau menekankan pendekatan jawatankuasa ialah untuk meneliti agenda-agenda rancangan kemajuan negara yang telah digariskan dan membuat kajiselidik yang terperinci sejauh mana pencapaian perlaksanaan RKN selama lima tahun yang lalu.

Semua maklumat yang diperolehi akan dimuatkan dalam satu laporan khas yang akan dihadapkan kepada Majlis Tertinggi NDP sebelum ianya diserahkan kehadapan Kebawah Duli yang Maha Mulia Paduka Seri Beginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Perdana Menteri.

Sebagai contoh agenda RKN berhubung Keselamatan Permakanan (Food Security). Task Force akan meneliti isu ini dengan mengambil kira hasrat negara, perancangan yang sudah digariskan, bajet yang sudah diperuntukkan bagi mencapai hasrat ini dan juga kemajuan yang sudah dicapai sejauh ini.

“Tujuan kita bukannya untuk mencari kesalahan sesiapa akan tetapi semata-mata untuk meneliti dimana negara boleh memperbaiki dimana yang kurang dan mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi memastikan negara menuju kearah merealisasikan hasrat yang dicita-citakan”, tegas Tuan Haji Kahlid.

Akhirnya apa yang NDP ingin lihat ialah kesejahteraan negara, rakyat dan penduduk terjamin seperti yang dihasratkan. Ini selari dengan hasrat KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan selari dengan visi dan misi parti untuk membantu Baginda dalam usaha mencapai hasrat ini, tambah Tuan Haji Khalid.

Mesyuarat juga membincangkan perlunya mempelawa lebih banyak lagi ahli-ahli yang mempunyai pengalaman yang luas dibidang-bidang seperti, pembangunan, perekonomian, pertahanan, keselamatan dan lain-lain yang berhubung dengan pembangunan negara.

Islam Di Myanmar


NASIB UMAT ISLAM DI MYANMAR

Myanmar (sebelum ini dikenali sebagai Burma) mempunyai rakyat seramai 48 juta orang dengan 15% daripadanya beragama Islam. Majoriti penduduknya menganut agama Buddha. Umat Islam tinggal di kawasan Arakan yang terletak di negara tersebut.

Arakan merupakan sebuah kawasan yang paling kaya dari segi simpanan minyak dan gas asli dan penduduknya telah memeluk Islam melalui pedagang-pedagang Arab. Perubahan ke arah Islam memuncak dengan penubuhan kerajaan Islam pada tahun 1430. Negara ini telah bertahan selama 350 tahun sebelum penganut Buddha menamatkannya dengan menakluk Arakan.

Cerita tentang Myanmar sebagai sebuah negara yang tidak hormat kepada hak asasi manusia rakyatnya sudah selalu sangat kita dengar. Mutakhir ini rejim tentera telah mengambil alih kuasa akibat daripada pergolakan yang berlaku dan walaupun Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi pimpinan anak Aung San, Suu Kyi memenangi pilihanraya pada tahun 1990 dengan majority besar, ia tidak dibenarkan memerintah negara itu. Berbagai bentuk penindasan terhadap hak asasi mengakibatkan Myanmar seakan-akan telah terpinggir dari masyarakat antarabangsa.

Bagi masyarakat Islam Myanmar, pencabulan hak asasi bukan sesuatu yang baru mereka alami. Sejak dua abad dahulu sehingga kini istilah hak asasi telah terhapus dalam kehidupan mereka. Setelah kejatuhan kerajaan Islam Arakan pada tahun 1783 penganut Buddha Myanmar telah memulakan polisi menindas malah secara fizikal cuba menghapuskan umat Islam. Kempen anti Islam semakin rancak pada abad ke 20 sehingga menyebabkan kematian. Pada tahun 1942 terjadi peristiwa pembunuhan beramai-ramai sehingga menyebabkan kematian sebanyak 100 000 penduduk Islam Arakan. Beratus ribu lagi telah cedera dan dihalau keluar dari tanah air sendiri.

Setelah Myanmar mencapai kemerdekaan pada tahun 1948 kehidupan umat Islam bertambah sukar dan huru hara. Semasa perang dunia kedua, beberapa ribu orang telah lari ke Bengal. Selepas peperangan ramai orang Islam dalam kawasan itu mengatakan yang bahagian utara wilayah tersebut termasuk dalam Pakistan. Ini menyebabkan terjadinya konflik bersenjata di antara kumpulan yang menggelarkan diri mereka mujahid dengan tentera kerajaan. Semenjak itu, konflik telah berterusan dan peperangan telah menjadi satu masalah dalam kawasan tersebut.

Jeneral Ne Win yang merampas kuasa secara ketenteraan pada tahun 1948 telah menggerakkan kesemua pasukan bagi menghapuskan seluruh umat Islam. Program Parti Sosialis Burma telah menggunakan segala macam cara untuk memesongkan akidah umat Islam. Ini bermakna umat Islam telah kehilangan hak-hak untuk berpolitik. Semua kemudahan pendidikan Islam, masjid-masjid dan tempat yang serupa telah ditutup. Masjid-masjid telah ditukar menjadi pusat hiburan ataupun kuil Buddha. Mengerjakan haji, berkorban di bulan Haji, solat berjemaah dan segala macam bentuk ibadah yang lain telah diharamkan. Kesan daripada tekanan-tekanan yang dilakukan sesetengah rakyat yang beragama Islam telah lari meninggalkan negara itu. Walaupun berlakunya perpindahan majority rakyat dikawasan tersebut masih beragama Islam. Jeneral Ne Win kemudiannya telah meningkatkan lagi tekanan dan melakukan tangkapan-tangkapan yang tidak sah dan seterusnya mendera mereka.
Kanak-kanak Islam di Myanmar
Seorang penulis Islam, Harun Yahya dalam laman webnya menulis, berdasarkan kepada laporan hak-hak asasi manusia antarabangsa, kira-kira 20 000 umat Islam Arakan telah dibunuh dengan kejam oleh rejim penindas ini di antara tahun 1962 hingga 1984. beratus-ratus wanita diperkosa dan semua harta benda milik umat Islam telah dirampas. Komunikasi dalam negeri telah digunakan untuk menyebarkan pembohongan dan fitnah terhadap Islam. Pada tahun 1978 kerosakan yang dilakukan oleh askar memaksa lebih 200 000 umat Islam melarikan diri ke Bangladesh dengan keadaan yang menyedihkan.

Menurut Harun Yahya lagi, kesan kekejaman tentera Buddha Myanmar dapat dilihat apabila mengakibatkan 10 hingga 15 000 kediaman telah musnah, sekitar 2 juta orang telah berpindah,220 000 telah dibunuh,di mana 200 000 daripadanya telah dibunuh secara beramai-ramai. Sebanyak 20 000 telah dirogol, 40 000 dipenjarakan, 5000 buah masjid dibakar, kira-kira 50 000 masih hilang dan menyebabkan satu juta orang menganggur.

Pada tahun 1990-an, kira-kira 250 000 orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka yang dikenali sebagai Rohingya melarikan diri daripada penindasan rejim tentera yang semakin menjadi-jadi selain masalah himpitan ekonomi. Malangnya nasib tidak menyebelahi mereka apabila kedatangan mereka tidak dialu-alukan oleh negara jiran itu. Bangladesh merupakan sebuah negara Islam yang miskin dan ia tidak mampu memberikan makanan dan tempat perlindungan kepada pelarian dari Myanmar itu.

Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 28 Februari 2006 kemudiannya melaporkan Pihak Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) kemudian telah menghantar pulang sebahagian besar daripada 250 000 pelarian Rohingya. Sejak itu, tidak ramai yang cuba pulang ke negara asal mereka sebaliknya keluar semula melintasi sempadan Myanmar-Bangladesh sepanjang 320 kilometer. Sumber Bangladesh menjelaskan, disebabkan kebanyakan mereka adalah pelarian ekonomi maka pihak berkuasa Myanmar keberatan untuk menerima mereka semula.

Cerita tentang penderitaan yang dialami umat Islam Myanmar ini bukan cerita baru. Nasib mereka pernah menjadi perbincangan malah mendapat perhatian terutama dari kalangan negara Islam sendiri sebelum ini. Entah di mana silapnya, seperti biasa, janji hanya tinggal janji. Negara-negara yang kononnya menunjukkan simpati terhadap harapan dan masa depan umat Islam Myanmar terutama pelarian Rohingya kemudian menyepi seribu bahasa.

Semua umat Islam mesti menghayati tangisan dan jeritan meminta tolong dari Myanmar dan juga Bangladesh. Di dalam al-Quran, Allah mengarahkan manusia supaya membantu orang-orang miskin, mereka yang dihalau dari rumah dan juga mereka yang memerlukan. Ia menjadi satu tugas bagi setiap umat Islam untuk menyediakan persekitaran yang selesa kepada mereka yang dihalau, sedia berkorban untuk membantu mereka dan memberikan sokongan serta menunjukkan rasa kasih saying kepada mereka. Contoh-contoh tersebut telah diberitahu di dalam al-Quran, yang telah memberikan contoh terbaik yang patut diikuti oleh umat Islam terhadap mereka yang diusir dari tempat tinggal masing-masing.

Bagi pelarian Rohingya, mereka sudah kering air mata untuk menangisi nasib yang menimpa. Kini apa yang diharapkan ialah agar satu keajaiban bakal berlaku.

Friday, March 03, 2006

Memeduli Masyarakat

NDP Teruskan Kempen Hari Kebangsaan


SERIA 3 MAC 2006: Dalam usaha berterusan memeduli masyarakat dan sempena kempen Hari Kebangsaan, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Cawangan Belait dengan kerjasama NDP Pusat pagi tadi telah menyampaikan derma berupa makanan dan barang-barang keperluan yang lain kepada Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua di Pekan Seria.

Setiausaha Agong Parti, Haji Aminorashid bin Haji Ghazali telah menyampaikan derma hasil kutipan dari ahli-ahli parti kepada Awang David Teo selaku wakil Jawatankuasa Pengurusan Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua itu. Rombongan NDP berbincang-bincang dengan Awang David Teo, wakil JK Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua di Pekan Seria selepas penyampain derma

Turut hadir dimajlis itu ialah Tuan Sulaiman Metrasad, Naib Presiden NDP Daerah Belait, Tuan Pengiran Haji Zainal, Ketua Cabang Kuala Belait, Tuan Haji Wan Zain, Ketua Cabang Seria, Tuan Pengiran Haji Mohamad, Ketua Cabang Sungai Liang, Tuan Haji Yunus, Timbalan Ketua Cabang Kuala Belait.

Juga turut hadir dimajlis tersebut ialah Pengiran Hamzah, Pembantu Timbalan Presiden NDP dan beberapa ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan NDP Daerah Belait.

Majlis penyampain derma itu dikiuti dengan perbincangan tidak rasmi antara Awang David Teo selaku wakil Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua dengan rombongan NDP.

Perbincangan berkisar sekitar isu kebajikan penginap-penginap di Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua yang pada keseluruhannya terdiri dari orang-orang Tiong Hua.

Menurut Awang David Teo seramai 12 orang yang menginap di Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua itu.
Awang David Teo sementara itu dimaklumkan oleh wakil-wakil NDP bahawah adalah menjadi hasrat parti untuk terus mengungkayahkan projek-projek dan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan selaras dengan visi dan misi parti untuk memastikan negara sentiasa aman, damai dan sejahtera dimana rakyat dan penduduk dapat menjalankan kehidupan dalam keadaan harmoni dan tentram.
Projek kemasyarakatn itu bertujuan antara lain melatih ahli-ahli supaya bersikap prihatin dan mesra rakyat.








DI ANTARA KEBEBASAN KETAMADUNAN DAN KEHARMONIAN

Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan semasa bertitah sempena Hari Kebangsaan kali ke 22.

Meneladani Kepimpinan Unggul Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam

Oleh: AL-BARAWI

Titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersempena Hari Kebangsaan ke 22 yang baru lalu telah menggariskan beberapa mesej penting yang perlu diamat-amati dengan segala keseriusan oleh segenap lapisan rakyat Baginda serta penduduk negara ini khasnya.
Di antara mesej yang dimaksudkan itu, adalah yang berkisar mengenai tindakan menghina Rasulullah SAW dalam bentuk lukisan yang telah disiarkan oleh beberapa buah akhbar di luar negeri belum lama sebelum ini.
Pada pandangan Baginda, perbuatan sedemikain itu adalah suatu yang "jijik" dan tidak ada apa sekali pun yang boleh diketengahkan sebagai justifikasi bagi melegitimasikannya. Ini adalah mesej yang pertama di antara dua mesej penting yang ingin diketengahkan di sini yang dilihat dan dinilai sebagai mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lainnya.

Nilai Kebebasan

Kebebasan akhbar dan bersuara bukannya suatu lesen yang boleh digunakan sesukanya untuk menyakiti hati 1.5 bilion umat Islam, atau sesiapa sekali pun, sehingga boleh menjejaskan keharmonian di dalam perhubungan di antara tamadun dan penganut pelbagai ugama.

Kebebasan akhbar dan bersuara seharusnya digunakan dengan penuh tanggungjawab dan dijadikan sebagai pemangkin kepada kewujudan suasana yang kondusif dan harmonis di mana dialog di antara pelbagai pihak, termasuk di antara umat Islam dengan golongan-golongan atau tamadun-tamadun yang lain boleh diadakan secara berterusan.

Demikian juga, pendekatan seperti ini seharusnya turut menjurus ke arah pembendungan pertembungan antara tamadun yang telah digembur-gemburkan sejak kejatuhan Kesatuan Soviet dan tersebar luasnya tesis Samuel Huntington yang berjudul "Clash of Civilisations".

Tetapi sebaliknya apa yang dapat disaksikan ialah pengeksploitasian prinsip-prinsip kebebasan akhbar dan bersuara itu, sehingga boleh dikatakan bahawa terdapatnya pihak-pihak tertentu yang, secara sedar atau pun tidak, bertindak memenuhi ramalan yang terkandung di dalam tesis tersebut.
Biar apa pun agenda mereka, apa yang jelas ialah pihak yang telah menyiarkan kartun-kartun yang "jijik" itu telah menyebabkan timbulnya keadaan yang tegang dan mencemaskan di negara-negara Islam dan di negara-negara di mana terdapatnya ramai penduduk Muslim, sehingga berlakunya kematian dan berbunuh-bunuhan.
Apakah kebebasan akhbar dan bersuara boleh dipraktikkan dengan cara yang tidak bertanggungjawab, biar pun natijah daripadanya ialah kematian dan pembunuhan? Akal yang waras serta akhlak mulia yang telah dibentuk oleh suatu tamadun yang ulung sudah setentunya akan mengatakan yang ianya tidak boleh dibenarkan dipraktikkan sedemikian rupa.
Hakikat di sebalik mesej inilah yang dinilai dan ingin disampaikan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan melalui titah Baginda itu, agar rakyat dan penduduk dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.
Pendekatan Yang Berhemah

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berpandangan bahawa mesej yang disampaikan oleh Kebawah DYMM itu adalah suatu mesej yang amat tepat dan bernas sekali dan dengan demikian menyokong penuh pandangan Baginda itu.
Jika kebebasan bersuara benar-benar harus dipertahankan daripada sebarang bentuk pengawalan seperti yang dilaung-laungkan oleh beberapa media Barat dan lain-lain pihak, walau pun pengawalan adalah melalui akal yang waras, akhlak yang mulia dan perasaan tanggungjawab yang tinggi, maka umat Islam di Negara Brunei Darussalam sudah setentunya boleh saja memprotes di jalanan berikutan penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu, termasuk membakar bendera negara-negara Barat seperti Denmark yang padanya terdapat palang atau "cross" yang menjadi simbol agama Nasrani.
Tetapi apa yang amat membanggakan ialah umat Islam di negara ini, biar pun turut marah dan bersedih dengan penghinaan ke atas Rasulullah SAW, telah memberikan reaksi yang berhemah tanpa mengambil tindakan-tindakan ganas sedemikian rupa.
Reaksi keras Kebawah DYMM dan parti-parti politik dinegara kita ini terhadap isu berkenaan sudah dilihat cukup memadai. Tempelakkan NDP seperti yang pernah dinyatakan oleh Timbalan Presiden NDP terhadap nilai kebebasan yang diagungkan barat sehingga membawa mudarat itu merupakan suatu tramparan kepada nilai dan pengamalnya yang tidak terkawal itu.
Ini juga telah disentuh di dalam titah Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang telah disiarkan melalui RTB pada malam 22hb Februari 2006, dan merupakan mesej kedua di antara dua yang dinilai penting serta berkaitan.
Pasif Tidak Semestinya Lemah

Reaksi umat Islam di Negara Brunei Darussalam dilihat sebagai bersesuaian dengan sunnah Rasulullah SAW sendiri, sewaktu Baginda mendakwakan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu. Ketika itu, Baginda secara peribadi juga diejek dan dihina, tetapi sebagai rahmat kepada seluruh alam, Baginda sebaliknya mendoakan kesejahteraan mereka-mereka yang mengejek dan menghina itu, agar mereka dikurniakan cahaya petunjuk oleh Allah SWT.

Sesetengah pihak mungkin melihat reaksi umat Islam di Negara Brunei Darussalam sebagai suatu yang "pasif" semata-mata kerana tidak keluar ke jalanan untuk memprotes dan merusuh, tanpa menyedari bahawa reaksi yang dilihat sebagai "pasif" itu sebenarnya lebih menghampiri kepada sunnah Rasulullah SAW.

Dan reaksi yang bersesuaian dengan sunnah Rasulullah SAW inilah yang telah dititahkan oleh Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sebagai suatu yang bertamadun.

Ianya merupakan respons yang terpuji daripada rakyat Baginda dan penduduk negara ini yang beragama Islam, sekali gus bertindak sebagai contoh teladan yang mulia kepada sebilangan saudara seagama mereka di negara-negara yang lain.

Jelas Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan berbangga dengan respons yang bertamadun daripada rakyat Baginda dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang beragama Islam, dan kita juga harus turut sama-sama berbangga di dalam perkara ini.

Reaksi yang bertamadun mencerminkan akhlak dan perspektif yang juga bertamadun. Tidak juga dapat dinafikan bahawa kewujudannya di kalangan umat Islam di Negara Brunei Darussalam adalah merupakan suatu rahmat daripada Allah SWT yang dilimpahkan-Nya melalui kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan sebagai Ulil Amri di bumi yang penuh kesejahteraan ini.

Pendekatan Berhemah Wajar Diteruskan

Penerusan kewujudan akhlak dan perspektif sebegini mestilah diusahakan tanpa jemu-jemu oleh semua pihak dalam menghadapai apa jua keadaan dan isu.

Apabila dikaitkan dengan mempraktikkan kebebasan akhbar dan bersuara secara penuh bertanggungjawab, maka natijah yang diharapkan daripadanya ialah wujudnya keharmonian yang berterusan di dalam hubungan di antara rakyat Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum, puak dan anutan agama.

Seterusnya yang dapat kita nilai ialah, bahawa Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam jelas melihat perkara ini sebagai suatu yang amat penting untuk terus dipelihara.

Tentu saja, respons yang tidak bertamadun daripada rakyat Baginda dan penduduk negara ini yang beragama Islam boleh sahaja menyebabkan timbulnya suasana yang mengganggu-gugat dan mengancam keharmonian yang wujud di antara mereka dan yang berasal dari latar belakang yang berlainan.


Teladan Yang Unggul

Lebih jauh, kesudian Baginda, sebagai misalan, untuk berangkat bercemar duli ke majlis sambutan Tahun Baru Cina pada 6hb Februari 2006 di Pusat Persidangan Antarabangsa di Berakas, hendaklah disanjung tinggi oleh mereka yang berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah SAW, bertamadun dalam akhlak dan perspektif, mencintai keharmonian, serta tidak memperalatkan kebebasan dan hak-hak yang diberikan untuk menghina mana-mana pihak serta kepercayaan mereka.

Kepimpinan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan di dalam perkara ini adalah merupakan suatu contoh yang unggul yang harus disokong dan diteladani oleh setiap rakyat Baginda dan penduduk Negara Brunei Darussalam demi mengekalkan keharmonian yang telah sekian lama wujud di bumi bertuah ini.

MILF IN THE LIMELIGHT OF PEACE PROCESS

By Salman Kalaganie

It was brought to the public knowledge through media about the on-going peace process between the Government of the Republic of the Philippines and the Moro Islamic Liberation Front (MILF) in Mindanao which started from 1997 during the administration of President Fidel Ramos up to the present administration of President Gloria Macapagal Arroyo in which the sole objective is to find a negotiated political solution to the Bangsamoro problem.

Al Haj Murad Ebrahim Chairman of MILF

The formal peace talks between the Moro Islamic Liberation Front (MILF) and the Government of the Republic of the Philippines (GRP) have started during the administration of President Fidel Ramos on 1997 and it continued to the administration of President Joseph E. Estrada up to the present administration which is under President Gloria Macapagal Arroyo.

The MILF main agenda in negotiating with the Philippine government is "How to solve the Bangsamoro Problem" which prompted both negotiating Parties to examine the problem, understand the roots and finally to offer a final solution.

The MILF is always of view in line with its Islamic ideology that the most civilized and practical way to solve the Bangsamoro problem in Mindanao is through a negotiated political settlement of this conflict.

But the peace talk negotiations have been always interrupted by skirmishes in the ground particularly the two major wars launched by the Philippine government against the MILF.

The first was the all-out war unleashed by ousted President Joseph Estrada on March 20, 2000 and the second by President Gloria Macapagal Arroyo on February 11, 2003 with the objective of demolishing the MILF forces in Mindanao.

This prompted the MILF to declare all-out Jihad using guerilla warfare against the Philippine forces.

As a result, thousands of government soldiers and MILF freedom fighters were killed or wounded and a big number of civilians killed or wounded and about a million people mostly Bangsamoro displaced from their home, in addition to a vast farming and cultivated land spoilt and damaged.

Due to the alarming economic down turn of the country and the upsetting peace and order in Mindanao as a result of the conflict, Arroyo has no other option except to initiate the resumption of peace talks with the MILF.

Thus, the Philippine government under the Arroyo administration had requested Malaysian government through Prime Minister Dr. Mahathir Mohammad to help convince the MILF to go back to the negotiating table to restart the abandoned peace process.

The MILF responded positively to the resumption of the talks but made the following preconditions:

a) To respect and implement all previous agreements;

b) The venue of the talks must be in a neutral foreign state;

c) The Organization of Islamic Conference (OIC) or any member state acts as mediator or facilitator; and

d) The pullout of government forces from occupied acknowledged camps of the MILF;

e) and to drop all criminal cases against the MILF leaders.

The Peace Process Marches On

In the name of peace both parties has reached compromises which led to the resumption of formal peace talks between the two Parties that continues until today under the facilitation of the Government of Malaysia.

During the present government administration several agreements were made between the MILF and GRP.

Among them are the Agreement on the General Framework for the Resumption of Peace Talks between the GRP and MILF on March 24, 2000 at Kuala Lumpur, Malaysia and followed by the Agreement on Peace between the GRP and the MILF on June 22, 2001 at Tripoli, Libya.

The Tripoli’s Agreement on Peace between GRP and MILF is considered as "mother agreement" as it became a basis of all succeeding talks, agreements, joint statements, joint communiqués, press statements, and other documents related to the peace process.

It has three main aspects, security, relief and rehabilitation, and ancestral domain, which approximated the essentials of the nine issues and concerns embodied in the single agenda of the peace talks presented by the MILF at the outset of the talks.

And then it was followed by series of formal peace talks and exploratory talks between the two Parties under the facilitation of the Government of Malaysia in Kuala Lumpur.

During these talks, the Parties succeeded to hurdle various important issues including and ranging from the activation and composition of the International Monitoring Team (IMT) and its Terms of Reference (TOR), in which Brunei Darussalam is among the OIC country members that play a vital role through its ten (10) strong and dedicated military personnel, in monitoring the implementation of the ceasefire agreement between the MILF and the GRP ; the conduct of the Joint Needs Assessment in the conflict affected areas in Mindanao by the World Bank; setting the guidelines for accreditation of observers during the formal talks; activation of the Ad Hoc Joint Action Group (AHJAG) and the adoption of the Interim Guidelines for its operationalization, and adoption of at least 25 consensus points of the various strands of ancestral domain aspect of the Tripoli Agreement of 2001.

Most importantly, during the latest exploratory talk which was held on 6-7 February, 2006 at Port Dickson, Malaysia the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front negotiators, as quoted in Manila Inquirer News said that they had reached a preliminary deal on the controversial issue of ancestral lands.

As the two Parties succeeded to hurdle the last unresolved issues on the ancestral domain aspect of the Tripoli Agreement of 2001, thereby bringing to about 31 consensus points signed by the Parties.

Two days of preliminary peace talks in Malaysia ended with both parties "successfully wrapping up the consensus points of the ancestral domain issue," negotiators from the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front said in a joint statement.

"The ancestral domain agreement may be signed by late March 2006, simultaneously with the inception of the formal talks," they said. The parties had agreed to determine the scope of the Moro homeland based on technical maps and data submitted by both parties, it said. They settled on measures to address "the legitimate grievances" of the Moro people "arising from the unjust dispossession and/or marginalization" and "their right to use and develop their ancestral domain and ancestral lands."

They also reached agreement on economic cooperation, said the statement. The two Parties also agreed, among others, to establish a joint advocacy committee to conduct campaign to enlighten the people on the peace process and the benefits derived therein once the comprehensive compact is signed, and a Leadership and Management Institute for the Bangsamoro emerging leaders and professionals in Cotabato City.

Silvestre Afable, who led the Philippine government delegation, was quoted as saying by the official Bernama news agency that the Philippine government was committed to achieving peace and "very happy that the MILF had responded with seriousness and commitment." He predicted that they would reach their goal sooner than expected.

MILF delegation leader Mohagher Iqbal said their hope of achieving a comprehensive and durable peace in Mindanao was "getting nearer and nearer." Among the issues to be discussed was a political solution between the two parties, he said.

The joint statement also said that the two parties agreed in principle to the establishment of a Bangsamoro Leadership and Management Institute in Cotabato City as a capacity building center for.

Afable, as quoted by voanews.com says he is confident of reaching a final agreement for many reasons, especially the good faith of the MILF representatives he is dealing with. "I have experience across the negotiating table that there is a very good spirit of give-and-take," he added saying "We are dealing with a very reasonable group who share certain aspirations with our government to have permanent peace in Mindanao and to finally end this conflict".

Afable says there is also very strong international support from Southeast Asian nations, the United States and the European Union. He says another positive factor is the stability in Mindanao, referring to a cease-fire that has been in place for several years.

Malaysia has been mediating in peace talks between Manila and the 12,000-strong MILF, at the same time monitoring the implementation of the ceasefire agreement in the ground through its 50 strong and dedicated military personnel together with other OIC country members such as Brunei, and Libya.

The MILF has been demanding that it be granted rights over its "ancestral domain" or homeland which traditionally means the entire Mindanao, where they have been fighting to establish an independent Islamic state.

As everyone is aware of the political, security and economic instability in Mindanao definitely affects the stability of the whole region particularly the immediate neighboring Southeast Asia countries. This draws concern being peace loving people about the development of the on going peace process between the Philippine government and the Moro Islamic Liberation Front that aims to reach a genuine and just solution to the centuries-old problem in Mindanao.

Thursday, March 02, 2006

NDP Tubuh Task Force Pantau RKN

Presiden NDP Minta 'Task Force' Buat Kajian Segera
LIMBARUH HIJAU 2 MAC 2006: Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pagi ini telah mengeluarkan arahan bagi penubuhan sebuah jawatankuasa khas (Task Force) yang akan ditugaskan untuk menjalankan penyelidikan terperinci berkaitan perlaksanaan-perlaksanaan perancangan kemajuan negara.

Task Force ini akan dianggotai oleh beberapa ahli yang terdiri dari pakar-pakar dan professional yang berpengalaman diberbagai bidang seperti bidang perekonomian, perusahaan, kemasyarakatan dan lain-lain yang berkenaan.

Ayahnda Yasin Affandy mengeluarkan arahan tersebut berikutan laporan-laporan yang telah dihadapkan oleh Biro Hal Ehwal Awam dan juga Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP berhubung permasalahan yang sedang dihadapi oleh petani-petani di negara ini.
Timbalan Presiden, Sdra Mahmud Morshidi Othman juga beberapa hari lepas telah membuat kunjungan ke ladang-ladang yang bermasalah di Temburong untuk membuat tinjauan lebih dekat lagi terhadap masalah yang dihadapi oleh pesawah-pesawah.

Menurut laporan-laporan biro-biro tersebut sebilangan besar penanam-penanam padi di negara ini sedang menghadapi masalah yang serius bukan sahaja dari aspek keupayaan kewangan malahan dalam bidang-bidang yang lain seperti pembajaan, pembentungan dan saliran serta pengunaan jentera.

Dari aspek kewangan, sebagai contoh, Jabatan Pertanian dikatakan masih terhutang sejumlah lebih B$700 ribu kepada petani-petani yang mengikuti skim pembelian balik padi yang dilaksanakan oleh Jabatan tersebut.

Biro Pertanian dan Industri Asas Tani dalam penyelidikannya pula mendapati sebilangan besar sawah-sawah padi yang diusahakan oleh penanam-penanam padi yang mengikuti skim yang sama menghadapi kepayahan mendapatkan baja.

Sebilangan penanam-penanam padi melaporkan mereka hanya diberikan jumlah baja yang sangat sedikit berbanding dengan keluasan sawah padi mereka.

Penanam-penanam padi juga mengadu kepada NDP mengenai masalah mereka berhubung dengan sistem pembentungan dan saliran yang dibawah tahap tidak memuaskan menyebabkan tanaman-tanaman padi mereka mudah rosak.

Masalah lain yang diadukan oleh pesawah-pesawah ialah masalah pengangkutan dan jalanraya.

Menurut maklumat yang diterima pesawah-pesawah sudah berkali-kali memohon bantuan dari pihak-pihak tertentu dan juga pernah mencadangkan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Akan tetapi sejauh ini belum ada sebarang tindakan yang memuaskan telah diambil bagi menyelesaikan masalah-masalah yang mereka hadapi.

Apa yang dapat dilihat oleh NDP, rata-rata pesawah-pesawah padi sudah hilang semangat untuk meneruskan usaha bersawah padi.

Perkara ini sangat-sangat mendukacitakan dan NDP berasa risau kerana jika ianya berterusan boleh menjejaskan perlaksanaan polisi Kerajaan berhubung keselamatan permakanan di negara ini.
Justeru itu, Ayahnda Yasin Affandy berpendapat NDP harus tampil kehadapan membantu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam selaku Perdana Menteri dalam meneliti sedalam-dalamnya permasalahan yang dihadapi oleh pesawah-pesawah ini.

Task Force yang akan ditubuhkan, Antara lain akan bertanggungjawab membuat penyelidikan yang terperinci bagi memahami masalah ini dari akarumbi nya lagi.

Rumusan dari kajiselidik ini nanti akan dihadapkan kepada Majlis Tertinggi parti yang akan menilai laporan tersebut sebelum ianya dihadapkan Kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan selaku Perdana Menteri.

Berhubung dengan perkara ini NDP sangat-sangat mengalu-alukan sokongan dan bantuan dari professional dan cerdik pandai di negara ini yang ingin memberikan khidmat buah fikiran yang bernas agar usaha untuk memantau perlaksanaan rancangan kemajuan negara dapat dibuat dengan lebih berkualiti.

Hasrat NDP ialah bagi membantu KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan mendapatkan maklumat-maklumat yang tepat dari sumber-sumber yang lebih dekat kepada penerima-penerima hasil dari perlaksanaan Rancangan Kemajuan Negara.






NDP Tingkatkan Keupayaan

Bangunan Tambahan Untuk Urus Setia dan Program Usahawan
Bilek urus setia yang baru dibina
LIMBARUH HIJAU 2 MAC 2006: Dalam usaha berterusan mempertingkatkan keupayaan dan kecekapan jentera pentadbiran dan pengurusan, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah mengambil insiatif menyediakan sebuah bilek urus setia di ibu pejabatnya di Limbaruh Hijau Jerudong.

Bilek urus setia yang berhawa dingin ini akan dilengkapi dengan kemudahan untuk mengadakan mesyuarat kecil dan kemudahan-kemudahan lain untuk membuat perancangan dan pengurusan projek-projek dan aktiviti-aktiviti berkala.

Inisiatif ini diambil memandangkan projek-projek dan aktiviti-aktiviti yang sedang direncanakan semakin bertambah menigkut kepesatan perkembangan NDP yang sekarang sudah berumur lebih enam bulan.

Dipenghujung bulan Mac ini NDP akan mengadakan majlis pelancaran parti yang dijangka akan dihadiri oleh lebih 600 ahli-ahli selain dari tetamu-tetamu dan pemerhati yang akan diundang sama untuk memeriahkan majlis tersebut.

NDP juga dijadualkan akan mengadakan Kongres Agong nya pada bulan April akan datang. Dalam masa yang sama NDP akan mengadakan majlis menutup perayaan bulan kemerdekaan sedikit masa lagi. Banyak lagi program-program dan aktiviti-aktiviti yang sedang dirancang oleh NDP.

Dari itu NDP berharap dengan menyediakan bilek khas ini akan dapat membantu jawatankuasa-jawatankuasa kerja mengurus dan mentadbir program-program dan aktiviti-aktiviti yang akan mereka ungkayahkan dengan lebih efisyen.

Bilek urus setia yang baru ini disediakan oleh salah seorang ahli NDP yang bermurah hati membiayai kos pengubahsuain ibu pejabat NDP. Bangunan tambahan sedang dalam pembinaan bagi Biro Pertanian dan Industri Asas Tani NDP dan juag bagi menempatkan pejabat kemajuan usahawan

Sementara itu beberapa orang ahli NDP yang lain pula telah juga bermurah hati membiayai kos kerja pembangunan sebuah bangunan tambahan bagi kegunaan Biro Pembangunan Keusahawan.

Bangunan tambahan ini akan menempatkan kakitangan-kakitangan NDP yang akan ditugaskan untuk menyediakan perkhidmatan yang menjurus kepada pembangunan pengusaha-pengusaha tempatan di Negara ini.

Dibangunan tambahan ini nanti akan disediakan antara lain sudut khidmat nasihat dan bimbingan perusahaan dalam berbagai bidang sebagai contoh dalam bidang industri permakanan dan pembungkusan.

Wednesday, March 01, 2006

Waspada Terhadap Selesma Burung

Presiden NDP Seru Ahli Bantu Cegah Penyakit Selsema Burung


LIMBARUH HIJAU, RABU, 1 MAC : Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) diseru supaya terus berwaspada dan mengawasi tanda-tanda Penyakit Selsema Burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) ialah penyakit unggas dan boleh menjangkiti manusia disebabkan virus Avian Influenza jenis H 5 N 1. Penyakit ini telah merebak kebeberapa benua dan masih aktif di negara-negara jiran.

NDP berkongsi kebimbangan ini seperti yang telah berulangkali disabdakan oleh DYTMM Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, Pengiran Muda Al Muhtadi Billah, selaku Pengerusi Jawatankuasa Menangani Selesma Burung di Negera Brunei Darussalam.

Penyakit ini boleh berjangkit menerusi makanan, minuman dan udara sekitaran yang dicemari virus. Menyekat kemasukan, pengesanan awal jangkitan dan pelupusan segera unggas bila dijangkiti adalah kaedah yang diamalkan bagi mencegah, membendung dan seterusnya membasmi penyakit ini.

Menurut Presiden NDP ayahanda Yasin Abd Rahman @ Yasin Affandy, “ahli-ahli NDP dikampung-kampung yang kebanyakannya menjadi penternak dan petani boleh membantau secara berterusan mengawal dan mengesan tanda-tanda jangkitan virus ini”.

“Kita tidak boleh leka walupun negara kita masih kekal bebas dari sebarang tanda jangkita virus ini. Jangkita ini boleh berlaku dan menular dimana-mana jua”. Amaran Ayahanda Presiden kepada ahli-ahli NDP.

Sementara itu, Syarikat berita AP/Reuters hari ini melaporkan, di Berlin, German seekor bangkai kuching didapati ada sejenis virus selesma burung H5N1. Kuching boleh dijangkiti jika ia makan bangkai burung yang ada virus berkenaan.

Di Stockholm, Sweeden turut melaporkan terdapat sejenis virus maut selesma burung dikesan pada dua ekor itik diselatan negara itu. Keadaan agak serius berlaku di berpuluh-puluh daerah di Turki dan di Rostov-on-don sebuah wilayah selatan Russia.

Sementara itu, di London Pengerusi Agensi Taraf Makanan, Dame Deirdre Hutton memberi amaran “pakar mencadangkan supaya ayam dimasak dengan betul sehingga jusnya jernih dan tiada cecair merah atau daging mereah menakala telur perlu dimasak sehingga putihnya keras dan bukan kuningnya”

Tanda-tanda Penyakit HPAI

- Ayam sakit dan jatuh dari pokok

- Ayam seolah-olah mencatuk

- Kadar kematian unggas yang tinggi

- Kepala ayam membengkak dan berwarna merah hingga unggu

- Kesesakkan darah (congestion) organ-organ penting seperti tonsil sikum, paru- paru, tembolok dan dinding usus pada pemeriksaan post-mortem


Dikebanyakan Tempat, Penyakit HPAI dikaitkan dengan perkara-perkara berikut:

- Penyertaan di dalam pertandingan sabung ayam

- Penyertaan pertandingan ayam cantik

- Penyertaan pertandingan suara burung

- Kemasukan ayam, itik dan burung dari negara jiran atau kawasan jangkitan

- Kemasukan daging ayam segar dari negara jiran atau kawasan jangkitan


Tindakan dilaksanakan bagi membasmi jangkitan HPAI

- Melupuskan ayam, itik dan burung peliharaan dalam lingkungan 1 km dari pusat jangkitan. Unggas tersebut dimatikan terlebih dahulu dengan menggunakan gas karbon monoksida. Seterusnya di incinerate bagi mematikan virus

- Melarang pemindahan ayam, itik dan burung peliharaan dan produknya dari kawasan jangkitan

- Menjalankan disinfeksi reban, raga, sangkar dan premis ayam, itik dan burung selepas pelupusan bagi mematikan sisa virus.


Awda boleh membantu mencegah jangkitan HPAI dengan:

- Mengelakkan dari membawa ayam, itik dan burung peliharaan dan produknya dari negara jiran

- Melaporkan segera kepada Jabatan Haiwan bila melihat tanda-tanda penyakit seperti yang disebutkan

- Tidak membuang karkas ayam, itik, burung dan binatang-binatang peliharaan yang mati di merata tempat termasuk di sungai-sungai. Bangkai-bangkai tersebut hendaklah ditanam atau dikuburkan.

- Meningkatkan tahap biosekuriti ladang

- Membenarkan pegawai-pegawai Jabatan Haiwan mengambil sampel untuk mengesan virus jika diperlukan

- Memberikan maklumat yang tepat berhubung dengan sumber ayam, itik dan burung peliharaan bila diminta oleh pegawai Jabatan Haiwan

- Memberi maklumat yang betul berhubung dengan kematian ayam, itik dan burung peliharaan bila diminta oleh Jabatan Haiwan

Gambar : Kepala ayam dijangkiti virus avian influenza jenis H 5 N 1 bengkak dan berwarna merah hingga ungu


Jika awda memerlukan sebarang maklumat mengenai virus ini atau ingin melaporkannya sila hubungi Jabatan Pertanian di talian 8984777 or 8985777.

Jabatan-jabatan Kerajaan yang berkaitan, Alhamdulillah akan setiap masa bersedia memberikan perkhidmatan segera kepada awda dalam menangani kes-kes berkaitan.

Kempen Ketenteraan Amerika Di Iraq Punca Keganasan Meningkat



AMERIKA DI IRAQ : PENDAPAT UMUM DUNIA

LONDON, 1 MAC : AGENSI BERITA AFP dari London hari ini melaporkan majoriti penduduk dunia percaya kempen ketenteraan dan pencerobohan Amerika Syarikat (AS) di Iraq adalah punca peningkatan ancaman keganasan.

Hasil tinjauan oleh firma kaji selidik Kanada GlobeScan dan Program Pandangan Terhadap Dasar Antarabangsa AS (PIPA) bagi pihak radio Perkhidmatan Dunia Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam menunjukkan, pendapat itu dikongsi sebahagian besar rakyat di 33 dari 35 negara yang terbabit dalam kajian berkenaan.

China muncul negara paling ramai berpendapat sedemikian iaitu 85 peratus diikuti Korea Selatan (84 peratus) dan Mesir, 83 peratus.

Di Britain, 77 peratus responden menganggap ancaman pengganas meningkat selepas kempen ketenteraan AS, diikuti 55 peratus responden warga AS sendiri dan 75 peratus di Iraq.

Malah, responden di 20 negara turut menyokong penuh cadangan supaya tentera AS berundur dari Iraq dalam beberapa bulan akan datang.

Sebanyak 60 peratus penduduk di 33 negara bersetuju yang pencerobohan tentera AS ke atas bumi Iraq pada Mac 2003 adalah punca berleluasanya ancaman keganasan berbanding hanya 12 peratus yang menganggap sebaliknya.
Seramai 15 peratus lain pula menganggap kempen ketenteraan itu tidak memberikan sebarang kesan.