Dunia Barat lagak bingung atas reaksi umat Islam
Pada 31 Januari lepas, Carsten Juste, Ketua Penyunting ‘Jyllands-Posten’, membuat siaran surat terbuka untuk memohon maaf kepada semua umat Islam yang tersinggung atas tindakan akhbarnya menyiarkan 12 siri kartun yang menghina Rasullullah S.A.W.
Akan tetapi dalam surat terbuka itu Ketua Pengarang tersebut tidak pula meluahkan rasa kesal dan tidak beranggapan perbuatan menyiarkan kartun tersebut sebagai satu kesalahan dan punca segala masalah.
Malahan dia meyalahkan pula umat Islam kerana tidak memahami budaya orang Denmark. Ketua Penyunting tersebut seperti juga pengamal-pengamal media massa yang lain juga berasa ‘heran bin ajaib’ kenapa umat Islam susah sangat untuk menerima permohonan maaf yang dihulurkan.
Dia juga dilaporkan sebagai berkata "kalaulah saya tahu perkara tersebut boleh menimbulkan kemarahan umat Islam setentunya saya tidak akan menyiarkan perkara tersebut".
Akan tetapi dalam masa yang sama kata-kata tersebut keluar dari mulutnya, kartun-kartun yang sama yang bersumber dari akhbar beliau juga turut disiarkan semula pula oleh akhbar-akhbar lain di Eropah.
Persoalannya bagaimana perkara ini boleh berlaku lagi kalau bukan Jyllands-Posten yang memiliki hak cipta kartun-kartun tersebut yang sebenarnya memberikan kebenaran.
Disini jelas betapa penyakit munafik dan cakap tidak serupa bikin berleluasa di Eropah pada hari ini.
Dalam perkembangan lain, Jan Lund, Penyunting bahagian ehwal luar Jyllands-Posten lebih terbuka dari bosnya dalam membuat komen mengenai tindakan akhabrnya menyiarkan kartun tersebut.
Dalam temuramah dengan Guardian beliau dipetik sebagai berkata, "kami mohon maaf kerana menyakiti hati ramai umat Islam akan tetapi kami tidak akan meminta maaf atas tindakan kami menyiarkan kartun tersebut". (Ini umpama berkata, "saya minta maaf lah kerana ayah kamu telah mati tapi jangan harap saya akan minta maaf kerana menembak dia").
Adengan-adengan meminta maaf ini juga dilakunkan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Setiausaha Agong PBB, Kofi Anan, (dalam masa akhbar-akhbar yang lain masih berdegil menyiarkan kartun tersebut), menyeru umat Islam untuk menerima sajalah permohonan maaf penerbit-penerbit (walaupun permohonan maaf yang dimaksudkan Kofi Anan itu tidak pernah dibuat).
Apa yang penting, kata Kofi Anan, akhbar yang mula-mula menyiarkan kartun tersebut sudah pun minta maaf dari itu tambahnya terima sajalah maaf mereka itu kerana Allah jua dan teruskan lah hidup seperti biasa.
Mengimbas kembali, perkara ini berlaku seolah-olah ianya satu skrip lakunan yang sudah dirancang dan disenghajakan untuk menyakiti hati umat Islam.
Jyllands-Posten dalam ‘skrip’ lakunan itu akan menyiarkan kartun menghina Rasullullah S.A.W yang dijangkakan boleh menimbulkan kemarahan umat Islam. Jika umat Islam membantah atau cuba untuk berbincang tidak akan dilayani. Sekiranya umat Islam semakin marah ianya lebih baik dan bertepatan dengan ‘skrip’ itu kerana akan membukakkan peluang untuk mereka mempermain-mainkan lagi umat Islam. Mereka akan menyiarkan gambar-gambar umat Islam marah diseluruh dunia. Media-media dan tali barut tali barut mereka tidak akan memberikan maklumat tepat apa sebenarnya membuatkan umat Islam marah.
Dengan cara ini dunia akan dapat melihat bagaimana umat Islam ini benar-benar golongan extremist dan fanatic. Ini sangat bertepatan dengan ‘skrip’ yang sudah sedia ada dan sudah ditanamkan dalam fikiran masyarakat dunia bahawa orang-orang Islam ialah pengganas. Dalam apa jua keadaan kemenangan sudah pasti menyebelahi mereka.
‘Skrip’ ini pun dilakunkan dengan baiknya. Umat Islam yang tersinggung memberikan reaksi seperti yang dijangkakan iaitu meminta untuk diadakan mesyuarat dengan penyunting-peyunting akhbar di Denmark. Akan tetapi permintaan mereka ditolak. Duta-duta dan wakil-wakil dari 12 Negara Islam cuba pula mengaturkan satu mesyuarat dengan Perdana Menteri Denmark akan tetapi permintaan itu juga ditolak atas alasan kerajaan tidak boleh berbuat apapun kerana tidak ada kuasa untuk mengatur media.
Ini sebenarnya satu pembohongan akan tetapi dalam kempen mereka keatas Islam berbohong tidak mengapa. Malahan dalam kedua-dua inisiatif untuk mencari penyelesaian itu, wakil-wakil orang Islam yang berusaha untuk mencari jalan terbaik penyelesaian maslah di beri ceramah mengenai demokrasi dan nilai-nilai ‘tinggi’ demokrasi.
Ternyata demokrasi yang diagong-agongkan mereka itu menaruh makna bahawa ‘tidak ada ruang untuk berdailog dengan umat Islam dan umat Islam tidak ada hak mempersoalkan demokrasi yang memberikan mereka lesen untuk terus menghina Islam’.
Akan tetapi apa yang mereka tidak jangkakan umat Islam seluruh dunia mengambil tindakan yang lebih berat dari hanya meluahkan suara-suara bantahan. Umat Islam seluruh dunia mengambil keputusan memboikot produk-produk dari Denmark.
Bermula dengan satu syarikat iaitu Syarikat Arla Foods yang menanggung kerugian sejumlah 1.8 juta dollar, senario pergolakan kartun menghina Rasullullah berubah tidak seperti dalam ‘skrip’ yang sudah diolah awal-awal lagi.
Inisiatif memboikot produk-produk Denmark itu memberikan tekanan dan memaksa akhbar tersebut memohon maaf walaupun dengan separuh hati sahaja. Begitu juga dengan Kerajaan Denmark yang walaupun rasa keberatan terpaksalah meluahkan rasa kesal nya.
Pertembungan Dua Budaya
Hampir keseluruhan pengamal-pengamal media massa di seluruh dunia membuat tanggapan kejadian yang berpunca dari penyiaran kartun tersebut yang sekarang sedang bergolak sebenarnya ialah pertembungan antara dua budaya: Islam dan nilai-nilai kebebasan bersuara dan menunjukkan perasaan.
Islam sebenarnya mengajarkan umat nya supaya berkelakuan mulia dan mengharamkan umat Islam membuat sesuatu yang boleh menyinggung pengikut-pengikut agama lain. Islam mengajarkan umatnya supaya bertanggungjawab atas segala kata-kata yang diluahkan dan akan dipersoalkan di akhirat kelak seperti yang difirmankan oleh Allah S.A.T dalam Surah 50 (surah Qaaf) Ayat 18.
Rasullulah S.A.W sendiri pernah mengingatkan umat nya bahawa sesiapa yang percayakan Allah dan Hari Akhirat akan hanya berkata-kata yang baik-baik dan diam adalah lebih baik bagi mereka jika tidak ada yang baik-baik untuk dikatakan.
Umat Islam memuliakan semua Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi yang telah diutus oleh Allah S.A.T kepada manusia dari Nabi Adam Alaihisalam, Nabi Noh Alaihisalam, Nabi Ibrahim Alaihisalam, Nabi Musa Alaihisalam, Nabi Isa Alaihisalam sehinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun umat Islam mengalu-alukan dialog dan perbincangan dengan penganut-penganut agama lain, ianya mestilah dipastikan diadakan dengan berhikmah dan secara bertamadun.
Umat Islam dilarang menghina, mempermain-mainkan penganut-penganut agama lain. Malahan umat Islam dilarang mengunakkan kata-kata kesat terhadap tuhan-tuhan palsu yang boleh sahaja menyinggung perasaan penganut-penganutnya. Perkara ini telah di ingatkan oleh Allah S.A.T dalam firmanNya dalam Surah 6 Ayat 108 yang bermaksud:
"Dan jaganglah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menggangap baik pekerjaan mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan".
Ternyata sekali Allah S.A.T tidak redha dengan kebebasan untuk menghina yang tidak berkesudahan itu. Allahu Akbar !!! carilah mana satu dunia Barat yang mendakwahkan ajaran yang sebanding dengan ajaran Islam ini.
Kita tidak bermaksud mengatakan bahawa Eropah jahil terhadap isu tanggungjawab yang menghadkan kebebasan bersuara. Setiap negara-negara Eropah mempunyai undang-undang yang menghadkan kebebasan bersuara.
Mereka punya undang-undang bersangkutan fitnahan, ucapan kebencian, pencerobohan hak peribadi, mempertahankan rahsia negara, anti- Semitisma.
Akan tetapi terdapat perbezaan pokok antara Islam dan Barat dimana undang-undang Islam dihasilkan atas dasar yang abadi seperti yang digariskan dalam Al-Quran manakala undang-undang Barat dihasilkan atas dasar tolak ansur dan bersumber dari persaingan kepentingan-kepentingan tersendiri.
Malangnya dasar yang diolah ini tidak menjanjikan kedudukan atau asas yang abadi. Contohnya, Britain mempunyai undang-undang terhadap fitnahan akan tetapi malangnya apabila umat Islam cuba mengunakan undang-undang tersebut keatas Salman Rushdi penulis ‘Satanic Verses’ pada 1989, mereka ditolak atas alasan undang-undang tersebut hanya dimaksudkan untuk memelihara kepentingan agama Kristian sahaja bukan nya Islam.
Dimanakah dasar maruah yang mereka agong-agonkan itu?
Kenapakah prinsip kebebasan bersuara ini boleh sahaja disekat sekiranya ianya digunakan untuk menghina Kristian akan tetapi prinsip serupa ‘dilantak mati’ dan tidak dapat diubah-ubah atau di kompromi jika yang tersinggung itu umat Islam?.
Ini kerana undang-undang yang dibuat tidak berdasarkan prinsip maruah akan tetapi berdasarkan tolak ansur antara Kristian dengan kepentingan pihak sekular.
Lebih menarik lagi jika kita lihat bagaimana undang-undang Barat yang tidak dapat di kompromi dengan kebebasan bersuara jika seseorang itu meluahkan pandangan dan pendapat mengenai sejarah Holocaust, akan tetapi kebebasan bersuara, walaupun jelas dengan niat menghina dibenarkan dan digalakkan sekiranya mangsanya ialah Islam.
Amalan undang-undang ini juga digunakan oleh Denmark. Denmark mempunyai undang-undang berkaitan fitnahan dan juga penghinaan bangsa (racism). Akan tetapi kedua-dua undang-undang ini tidak diguna pakai malah dilanggar dalam isu kartun menhina Rasullullah S.A.W itu.
Akhbar yang berkenaan berkeras mempertahankan bahawa tidak ada perlanggaran undang-undang dalam perkara tersebut walaupun jelas undang-undang negeri Denmark dalam Bahangian 266b Kod Jeneyah Denmark mengariskan anatar lain:
‘Sesiapa sahaja, secara terbuka atau dengan niat menyebar luaskan, membuat penyataan atau memberikan maklumat yang mana satu-satu kumpulan orang akan terancam, terhina atau dijatuhkan maruah berhubung dengan bangsa, kebangsaan atau kepuakan, agama atau kecendrungan jantina adalah telah bersalah dibawah undang-undang fitnahan dan boleh didenda atau dipenjarakan tidak lebih dari 2 tahun’
Dalam Bahagian 140 berhubung fitnahan undang-undang tersebut berbunyi seperti berikut:
‘Sesiapa sahaja secara terbuka mempermainkan dan menghina satu-satu ajaran atau masyarakat beragama yang disahkan dalam negeri ini boleh didenda atau dipenjarakan sehingga 4 bulan.
Seperti juga Penal Kod Norwegian Bahangian 142 hukuman juga boleh dikenakan kepada ‘sesiapa yang menghina secara terbuka dengan cara yang menunjukkan penghinaan keatas sebarang ajaran atau agama yang dihalakan dinegara ini’.
Akan tetapi seperti yang telah jelas undang-undang ini seolah-olah tidak dimaksudkan kepada menjaga kepentingan agama Islam walaupun bilangan penganut-penganut Islam ramai di negara-negara Eropah.
Umat Islam tidak mempunyai pengaruh politik dalam sistem demokrasi Eropah. Kekecewaan inilah yang menyebabkan dunia Islam melihat betapa pentingnya mengambil tindakan memboikot ekonomi Erpoah, terutama sekali Denmark.
Kebimbangan yang diluahkan oleh ‘pelakun-pelakun’ di Eropah ialah tanggapan umat Islam tidak memahami budaya dan masyarakat mereka.
Sebenarnya jauh didalam benak sanubari mereka mereka bimbang umat Islam mula betul-betul memahami bagaimana sebenarnya masyarakat mereka bermaya.
Mereka bimbang umat Islam tidak lagi sebodoh yang mereka sangkakan dan mulai menyedari untuk mendapatkan hak dan pengaruh di Eropah mereka terpaksa menunjukkan pengaruh dan kuasa mereka.
Inisiatif memboikot ekonomi Eropah itu dilakukan atas kesedaran ini dan jika kita teruskan akan dapat membantu Eropah mengubati penyakit sombong dan angkuh mereka itu dan penyakit phobia terhadap Islam (Islamophobia).
Mudah-mudahan dengan inisiatif ini Eropah akan melihat melayani umat Islam dengan baik dan hormat adalah satu polisi yang baik. Insya Allah.
(Sumber laporan asal di tulis oleh Ilmuan Islam Khalid Baig. Terjemahan ke bahasa Melayu oleh Malai Hassan Othman)