Pemandangan Yang Indah Tapi Tak Seindah Yang Di Harapkan
Keindahan Masjid Kampong Pandan dapat dinikmait dari arah kawasan riyadah
Laporan Malai Hassan Othman
BELAIT 27HB FEB 2006: Masjid Kampong Pandan yang dibina lebih sepuluh tahun yang lalu masih tersergam indah dengan taman riyadah yang luas dan tasek yang membawa ketenangan jiwa terhampar indah dihadapan kawasan masjid itu.
Melihat pemandangan masjid ini dari arah kawasan riyadah yang terletak dikawasan Skim Kemajuan Perumahan Pandan Lapan boleh membuatkan seseorang yang pernah berkunjung ke India akan teringat dengan keindahan Taj Mahal di India.
Walaupun tidak sebanding dengan Taj Mahal namun pemandangan dikawasan Masjid Kampong Pandan tetap indah dan tidak keterlaluan jika dikatakan dengan kehadiran kawasan riyadah dan tasek itu, ianya lebih berseri lagi dan menawan dari yang lain di negara ini.
Keindahan dan suasana yang menenangkan ini membuatkan bukan sahaja penduduk-penduduk dipersekitaran Kampong Pandan suka berkunjung ke kawasan ini malahan ada yang ‘berkarih’ berkunjung ketempat ini setiap pagi dan petang untuk bersenam, berjogging dan tidak kurang penggemar-penggemar memancing ikan.
Tempat ini juga digemari ramai kerana kawasan lapang yang luas sesuai untuk membuat aktiviti-aktiviti seperti bersenam beramai-ramai dan pesta-pesta keramaian yang lain.
Terdapat dikawasan ini juga ialah tempat permainan ‘skate board’ yang terbaik di negara ini. Disinilah belia-belia sering berkunjung untuk menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain ‘skate board’ yang mereka gemari.
Bangunan Perpustakaan Awam yang baru siap dibina

Bangunan Perpustakaan Awam yang baru siap dibina Sedikit masa lagi kawasan ini akan diserikan lagi apabila Bangunan Perpustakaan Awam yang sudah siap dibina dibuka untuk kegunaan awam.
Setentunya penduduk Kampong Pandan khususnya dan penduduk Daerah Belait pada amnya sangat beruntung dapat menikmati kemudahan-kemudahan awam tersebut. 

Belia-belia menghabiskan masa di taman riyadah Kampong Pandan
Bolehlah dikatakan usaha kerajaan dan tujuan utama membelanjakan berjuta-juta ringgit unuk membina kawasan riyadah yang indah bagi orang ramai ini berjaya dicapai.
Itu pada dasarnya sahaja. Keindahan yang digambarkan tadi hanya dapat dinikmati apabila kita berhenti seketika sahaja saja tanpa meluangkan masa untuk singgah dan bersiar-siar dikawasan ini.

Tong sampah yang rosak dan sampah sarap terbiar Ramai yang mungkin sudi berbuat demikian akan merasa kecewa kerana keindahan dan suasana yang tenang yang memikat hati mereka dari pandangan pertama itu sebanrnya hanya seperti ‘iklan’ sahaja.
Kawasan ini yang menjadi tempat kegemaran belia-belia melepak, pengemar memancing ikan dan pengunjung-pengunjung yang lain kalau dilihat dari dekat sangat menyedihkan.
Sampah sarap dibuang disana sini. Tandas awam tidak lagi boleh digunakan, tong-toing sampah banyak yang dipugut dan terdapat banyak kerosakkan-kerosakkan pada alat-alat letrik dibanyak tempat dikawasan ini.

Sampah sarap dibuang dimerata-rata tempat apabila tong sampah yang masih baik penuh dan tidak dikosongkan oleh pihak-pihak tertentu yang difahami tidak mempunyai budget yang mencukupi untuk membuat kerja-kerja pemeliharaan dikawasn ini.
Besi-besi penutup longkang bagi keselamatan awam banyak yang hilang dan kerusi-kerusi untuk pengunjung berehat-rehat untuk menikmati undara nyaman dikawasan itu sudah banyak yang rosak.
Melihatkan keadaan ini membuatkan kita tertanya-tanya kenapa perkara sedemikian terjadi. Perbelanjaan berjuta-juta ringgit yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk kepentingan rakyat dan penduduk di negara ini seperti tidak dihargai. Dimana silap kita? Adakah kita perlu menyalahkan belia-belia pemugut sebagai punca kawasan yang indah itu menjadi sedemikian?
Memanglah mudah bagi kita meyalahkan sahaja belia-belia pemugut sebagai pelakunya akan tetapi persoalan akan masih timbul mengenai program pemeliharaan yang sepatutnya dijalankan sebaik sahaja projek pembinaan kawasan riyadah itu selesai dan dapat digunakan.

Perkara pemeliharaan harta benda kerajaan ini sebenarnya satu perkara yang perlu diteliti semula dan diperbaiki dimana sekiranya ada kekurangan.
Taman Riyadah Kemajuan Perumahan Pandan Lapan ini hanya satu contoh dimana program pemeliharaan harta benda-harta benda kerajaan dan awam tidak berapa diambil berat.
Akhirnya kemudahan-kemudahan yang disediakan tidak berfungsi dengan baiknya dan ini ditambah teruk lagi dengan sikap pemugut belia-belia kita.

0 comments:
Post a Comment